SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Julai 2012

BONUS : CUEPACS SAMBUT BAIK KENYATAAN PM


Utusan Malaysia
23/7/2012

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mempertimbangkan permintaan bonus kakitangan awam sebelum Aidilfitri.Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, peningkatan hasil pendapatan negara dan keadaan ekonomi semakin baik sejak kebelakangan ini dilihat mampu memenuhi tuntutan bonus yang dikemukakan pihaknya minggu lalu.

''Walaupun dunia sedang berdepan masalah kegawatan ekonomi, namun ia tidak berlaku di Malaysia kerana kebijaksanaan kerajaan pimpinan Perdana Menteri yang berjaya menangani perkara tersebut.''Sekiranya kerajaan memberikan bonus kepada 1.4 juta kakitangan awam, ia bakal merancakkan ekonomi negara dengan kelancaran aliran wang tunai apabila ia dibelanjakan untuk persiapan Aidilfitri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan kemampuan kewangan negara sebelum memutuskan mengenai permintaan bonus kakitangan awam bersempena Aidilfitri.Tuntutan bonus itu diputuskan dalam mesyuarat CUEPACS pada 16 Julai lalu yang antara lain meminta kerajaan memberikan sagu hati kepada pesara-pesara bersempena perayaan tersebut. Ujar beliau, pihaknya berharap kerajaan akan terus membantu dan mempertimbangkan permintaan tersebut untuk kesenangan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Omar, permintaan tersebut mampu menyuntik semangat untuk berkhidmat dengan lebih baik dan bermutu, selain meringankan beban tanggungan 1.4 juta kakitangan awam.''Bonus dan sagu hati tersebut bakal meringankan beban yang kini ditanggung mereka terhadap peningkatan kos taraf hidup, selain memberi seribu satu wajah kegembiraan kepada kakitangan awam yang selama ini komited kepada usaha dan dasar kerajaan,'' katanya.

24 ulasan:

Cecupak berkata...

1.4 juta kakitangan x RM500 = RM700 juta...

Tanpa Nama berkata...

PERSOALAN:
Mengapa perlu tunggu Cuepacs minta baru nak bagi Bonus Raya.Macam main2 pulaknya akan dipertimbangkan. Sepatutnya Kerajaan akan lebih popular dan diterima rakyat bila umum Bonus tanpa tunggu permintaan dari Cuepacs. Sebenarnya duit BONUS itu nanti akan menjana ekonomi negara juga. Yang untung Kerajaan juga sebab banyak CUKAI yang dapat dikutip.

Tanpa Nama berkata...

KUALA SELANGOR 7 Jun "BR1M Kedua Dikali"

“Semalam kita bincang dalam Kabinet. Datuk Seri Noh (Omar) pun ada. Saya beritahu Perdana Menteri, kalau agak ada duit lebih kita buat sekali lagilah (BR1M). Tidak tahulah, itu pandangan saya tetapi PM senyum sahaja.

“Beliau kata apa susah, cari sumber, kita sudah ada sumber tetapi kadang-kadang pendapatan tidak dikutip dan bila Perdana Menteri arahkan LHDN tingkatkan kutipan, tahun lalu dapat tambah hasil RM26 bilion dan tahun ini diarahkan tingkatkan kepada RM30 bilion," katanya.

Kenapa tak guna ayat yg sama, "APA SUSAH, CARI SUMBER" kenapa perlu TENGOK BUKU KIRA2, MACAM BAKI BUKU DAH BERKURANG JER BUNYINYER....

Cecupak berkata...

Saya setuju dgn bonus... ia sgt penting bagi kami sebagaimana yang dilihatkan dalam link di bawah (copy paste kalau x leh click)

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=283628321744311&set=a.212555668851577.46548.210263122414165&type=1&theater

Tanpa Nama berkata...

AKU ORANG KE LIMA, SOKONG BONUS

Tanpa Nama berkata...

SEMUA PA PUN SOKONG.... NAK LUAH KAT SINI TAKUT TAK MUAT...

Tanpa Nama berkata...

Kami 1.4 juta PA dah bosan dpt bonus RM1000 jea, PRU-13 bulan 9,tahun nie akan menentukan BONUS baru lebih baik bersama kerajaan baru, PR..

Tanpa Nama berkata...

cari sumber tu sepatutnya lebih kepada menarik pelabur asing ke dalam negara, ataupun menjalankan perniagaan berstatus antarabangsa.


bukannya menggunakan kastam & LHDN untuk merompak wang rakyat dengan mengenakan cukai pendapatan, cukai perkhidmatan yang mengarut ngarut!

Tanpa Nama berkata...

Kalau 1,399,999 PA mau bonus. Aku seorang cadangkan bonus tahun ini tak perlu. Sebabnya tahun depan PR bagi kita 6 bulan bonus.. he..heeee

Tanpa Nama berkata...

senyum tak perlu kata apa-apa....

Tanpa Nama berkata...

Apabila hujung tahun dah hampir 'penyakit bonus' mula menjangkiti PA. Prestasi kerja bagaimana? Masih lagi bekerja ditakuk lama, berfoya2, mengambil masa rehat yg lama, melayan pelanggan secara acuh tak acuh. Dah mual dan nak muntah tengok perangai PA yg buat kerja sambil lewa.

Tanpa Nama berkata...

PRU 13 sesuai sangat kita tukar kerajaan pr,tukar sekali semua barisan cuepacs kaki bodek ini,termasuk kppk negeri dan kebangsaan yg naik dengan pengundian yg penuh dengan penipuan,ayuh pa kita berubah

Hamba Hutang berkata...

Dapat bonus pun nak guna untuk bayar hutang PTPTN jugak...

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada bonus, meriahlah sikit raya aku sama anak2 dan isteri tahun ni... Bagilah kami pak PM, macam bagi durian runtuh kat diorang felda itu hari, umum saja tak payah nak tengok2 dulu, kemewahan negara insyaallah akan bertambah lagi kalau PM bagi bonus pada kami yg sangat2 memerlukan ini. Kalau hari raya perbelanjaan biasanya akan meningkat 2 x ganda dan kadang2 lebih lagi. Kita bukan setakat belanja untuk diri sendiri dan anak isteri, bahkan jiran tetangga, sahabat handai, ahli keluarga kita raikan. Takkan hari raya kita nak tutup rumah dan duduk rumah aje. . . Pak menteri pun buat rumah terbka, lagi banyak pakai duit dari hari biasa, begitulah juga kami yg gaji tak seberapa ni. . . Barang2 keperluan pun semakin naik harganya, . . .

Tanpa Nama berkata...

KATA :cari sumber tu sepatutnya lebih kepada menarik pelabur asing ke dalam negara, ataupun menjalankan perniagaan berstatus antarabangsa.


bukannya menggunakan kastam & LHDN untuk merompak wang rakyat dengan mengenakan cukai pendapatan, cukai perkhidmatan yang mengarut ngarut!

Isnin, Julai 23, 2012 2:04:00 PM
___________________________________

AKU SOKONG...!!! BRILIANT IDEA !!

Tanpa Nama berkata...

bulan 3 kerajaan dah bagi kenaikan gaji 13%, cukup2la tu.kalau tgk prestasi PA bukan la bagus sgt..asik mengular je lebih.yg pompuan bisnes tak sudah, yg laki merokok, rehat tak sudah2.di kaunter2 berlagak mcm la pelanggan ni pengemis.sombong bukan main.layan acuh tak acuh.dah mual dgn perangai mereka ni.yg pegawai atasan pula sibuk menunggu kenaikan pangkat tak sudah2..cukup2la tu..cuba tgk private sector, keja mmg tiptop.layanan di bank2 cth Public Bank mmg paling tiptop...customer is always no 1.

Tanpa Nama berkata...

Kenapalah orang atas ni...ini bonus hari raya, kira macam duit raya dari PM, 13% tu gaji, memang patut naik pun sebab perbelanjaan isi rumah saban tahun meningkat. Bayangkanlah nasi lemak dulu degn harga nasi lemak sekarang, masih lagi sama ke, doh!,,,

Tanpa Nama berkata...

kerajaan singapura telah menaikan gred dan gaji kakitangan awamnya bermula tahun lepas yang lalu, 1.4 juta PA malaysia bila lagi..?

Tanpa Nama berkata...

Kenapa korang tamak sangat? Dah nak bagi RM1000 pun tak nak? Tamak giler korang ni. Kalau dapat RM1000 nak batalkan bonus seperti SBPA la tu.

Tanpa Nama berkata...

Bagi bonus rm2000 + naik gaji 50% tahun depan...

Tanpa Nama berkata...

x de bonus thun ni cuma rm250 iaitu bntuan kwangan jer
menurut firasat aku

khairul env

Tanpa Nama berkata...

Betooiiiii...kalu pr kami janji, min 6 bulan. Ada rezki kami bg 12 bulan. Bukan nya susah, negara kita kaya dgn galian dan pert.

Tanpa Nama berkata...

apabila kerajaan dan kepimpinan tertinggi dalam perkhidmatan awam, hatta dalam cuepacs sekalipun masih lagi dikuasai oleh mereka2 yang sudah JUMUD, inilah jadinya...

Tanpa Nama berkata...

KENYATAAN : Kakitangan awam akan mendapat bonus raya tahun ini.

BETUL KE BOHONG?

(sapa salah kena 'karen')...kah3