SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

06 Julai 2012

KSN MINTA KETUA-KETUA SETIAUSAHA, JABATAN TURUN PADANG

Bernama
6/7/2012


KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa meminta semua ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya turun padang untuk melihat sendiri keadaan petugas masing-masing ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau yang berjanji akan turut berbuat demikian, berkata langkah itu bertujuan menjaga kebajikan penjawat awam dalam melaksanakan tugas.

"Kita perlu turun melihat sendiri keadaan sebenar. Ada kemungkinan jabatan tertentu ada (berlaku) kelewatan (dalam menyediakan perkhidmatan). Kita perlu lihat perkhidmatan kaunter (misalnya) dan kita (hanya) lihat dari depan, dan tidak tahu adakah mereka selesa, adakah sesiapa yang menjaga mereka.

"Kita perlu jaga kebajikan petugas kita sendiri, perlu lihat kepuasan mereka untuk memberi perkhidmatan," katanya pada program Dialog Khas bersama KSN terbitan RTM yang disiarkan secara langsung di TV1 Rabu malam.

Pelantikan Ali, 57, berkuat kuasa pada 24 Jun lepas, dan beliau menggantikan Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Ali yang merupakan KSN ke-13, sebelum ini merupakan Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta, Jabatan Perdana Menteri.

Program bertemakan 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam' itu dihoskan Sayed Munawar Sayed Mustar.

Dalam pada itu, Ali meminta penjawat awam di peringkat atasan supaya mengamalkan sistem terbuka bagi memberi ruang kepada petugas bawahan untuk berjumpa dan memberi idea serta mengemukakan sebarang masalah.

Beliau turut menjawab soalan seorang pemanggil berhubung kekurangan penyertaan bukan Bumiputera dalam sektor awam.

Ali berkata antara kaedah yang boleh dibuat untuk menarik minat golongan itu menyertai sektor awam yang kini mempunyai 1.4 juta pejawat ialah mengadakan dialog dan perjumpaan dengan persatuan dianggotai bukan Bumiputera.

Mengenai dakwaan pakej yang ditawarkan di sektor awam kurang menarik berbanding swasta, beliau berkata lebih banyak maklumat perlu didedahkan berhubung keistimewaan sektor awam.

Beliau turut menggalakkan ketua setiausaha dan ketua jabatan supaya menggunakan media baharu seperti Facebook dan Twitter dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Selain itu, beliau menggesa penjawat awam supaya memupuk kerjasama erat antara satu sama lain, selain dengan badan bukan kerajaan, pihak swasta dan Cuepacs.

"Kita mempunyai kelebihan jika kita bekerjasama mencari jalan untuk membangunkan negara selaras dengan hasrat Malaysia menjadi negara maju menjelang 2020," katanya.

-- BERNAMA

67 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangan harap

Tanpa Nama berkata...

Turun padang tak bolih nampak PA tidur di bawah meja.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tidur tu aircond ofis janganlah kuat sangat

Tanpa Nama berkata...

Mengenai dakwaan pakej yang ditawarkan di sektor awam kurang menarik berbanding swasta, beliau berkata lebih banyak maklumat perlu didedahkan berhubung keistimewaan sektor awam.

++++++++++++++++++++++++++++++++++

KENA TAWARKAN PAKEJ YANG LAGI MENARIK LA....

Tanpa Nama berkata...

Ceupacs tolong kami.....kalau tak dapat ganjaran kewangan,minta cadangkan tambahan manfaat lain seperti cuti,elaun,keistimewaan...pakej rangsangan,bantuan penjawat awam,pusat penjagaan anak,cuti khas dan macam macam lagi.

kerja makin bertambah,ekspektasi makin bertambah,PA dah berjaya laksanakan hasrat kerajaan.transformasi telah berlaku.beri PA galakan utk terus berusaha.kami akan terus berusaha.kerjaan sokonglah hasrat murni kami...kami akan lebih berusaha jika ada rangsangan positif

Tanpa Nama berkata...

j17 ke j27 lagu mano.harap2 jadi

SOKONG KERAJAAN berkata...

Ceupacs tolong kami.....kalau tak dapat ganjaran kewangan,minta cadangkan tambahan manfaat lain seperti cuti,elaun,keistimewaan...pakej rangsangan,bantuan penjawat awam,pusat penjagaan anak,cuti khas dan macam macam lagi.

kerja makin bertambah,ekspektasi makin bertambah,PA dah berjaya laksanakan hasrat kerajaan.transformasi telah berlaku.beri PA galakan utk terus berusaha.kami akan terus berusaha.kerjaan sokonglah hasrat murni kami...kami akan lebih berusaha jika ada rangsangan positif
-------------------

kalau ashik nak rangsangan je...mengungkit kerja yang telah dibuat,itu tak ikhlas.syukurlah...kalau tak puas hati dgn nikmat kerja kerajaan berhenti kerja balik tanam padi,toreh getah.kerjaan perlu fikirkan juga rangsangan utk rakyat,bukan hanya 1.4 juta pA.

Tanpa Nama berkata...

Hakikatnya PTD hari ini mengalami krisis kepercayaan kehilangan sokongan daripada majoriti penjawat awam dan kepimpinan mereka semakin ditolak oleh majoriti penjawat awam.

Tanpa Nama berkata...

Jangan dibeli oleh duit. Yang penting hubungan yang baik

Tanpa Nama berkata...

Dato sewajarnya dianugerahi gelaran Tan Sri dan dilantik sebagai Kementerian Kewangan ke-2

Tanpa Nama berkata...

aircond kuat la best..sejukkkk beleh tido nyenyak.....bil bukan nye kita bayorr

man dego berkata...

Turun padang main bola bolehla.

Tanpa Nama berkata...

semoga dato ksn mluluskan gred j27 kpd skim j..

Tanpa Nama berkata...

main bola lisut..

Tanpa Nama berkata...

Org baru naik mmg mcm tu la ayat dia...lama besok, turun tah ke mana...padang tah kemana.......

Tanpa Nama berkata...

Jangan ganggu PA tidur bersenyap-senyap nanti PA tidak dapat mengundi dalam PRU dengan begitu tepat.

ABU84 berkata...

nak turun padang apa lagi, dah berapa juta cina dok komplein pasal perkhidmatan awam kita ni, lembab dan terlamapau ramai! kenapa nak dinafikan? kami mahu tindakan!

Pecat mereka yang malas dan suka mengulor seperti omar osman dan sewaktu dengannya. Ini asyik hilang- merokok, MC, CRK, urusan peribadi, hantar ambil anak etc. Kedua kenapa perlu satu sekolah satu JTK, komputer rosak hari2? Jawatan yang tak perlu tak payah diwujudkan klu hanya mereka datang menyorok di lab dan komplein di forum apa guna?

Ini setiap kali sebut pasal peningkatan atau penambah baikkan BUKANnya bermaksud, servis lebih baik, kerjalebih cepatdan cekap, senyum selalu TETAPI gaji lebih banyak, elaun lebih banyak, cuti lebih panjang, naikkan gred, bonus dua tiga bulan dan jawatan baru lebih banyak,apa ni?

Rakyat mahu perkhidmatan lebih baik bukan pembaziran lebih banyak!

ABU

Tanpa Nama berkata...

walk about tu bermula dpd KSN, jangan harap PTD atasan jer !!!

bila turun padang, buat ler keja tunggu di kaunter eg kaunter JPj ke kaunter pesakit luar di hospital ker !

kalau PM boleh goreng burger , apasal KSN tak boleh ambik kad pesakit dan pergi cari rekod pesakit (BHT)....
amacam .. stuju bro.? mai datang ke klinik .. aku tunggu ngko !

Tanpa Nama berkata...

JTK di setiap sekolah tuh suatu pembaziran. knapa tak pool kan je kat jabatan pelajaran negeri/daerah & bila ada isu di sekolah baru pegi tengok?

sudahnya hari hari lepak lab layan torrent layan pr0n. tu jela keje masa lapang mereka!

Tanpa Nama berkata...

apabila KSN kata macam tu, kesimpulannya selama ni KSU/KP sebelum-sebelum ni tak pernah ambil tahu hal di bawah mereka. tau kenyang perut sendiri saja!

harapnya KSN ni bukan setakat hangat-hangat tahi ayam. maklum la dia kan PTD. PTD ni memang tipikal hangat-hangat tahi ayam.

tak percaya tanya PTD-PTD yang tengah stalking dalam ni. eh, mereka tu PTD, mana dia akan sokong kenyataan aku! kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

Patut dari dulu lagi kene turun padang. Pegi tengok service kat kaunter jabatan kerajaan. Memang x berubah dari dulu. Kaunter ada 8 yg buka cuma 4. Yg lain x de sbb g minum pagi. Diorg balik yg 4 tadi plak ganti. Kalau mcm tu baik le kaunter tu buat 4 je. X membazir.

Tanpa Nama berkata...

dah 10 hari .. apa yg di buat?
cakap jer?

10 X 24 jam = 240 jam.

tunggu tempo 360* ???

Tanpa Nama berkata...

JTK sekolah ok, cuma pentadbir sekolah bermasalah tak tau apa peranan seorang JTK tu. Ada ke disuruh JTK buat line kat padang sekolah, tolong buat kerja N17 ... Org DG ni tak leh jadi Pentadbir bagi kumpulan lain, dia tau kelompok dia ajer ...

Tanpa Nama berkata...

016

Tanpa Nama berkata...

JTK sekolah ok, cuma pentadbir sekolah bermasalah tak tau apa peranan seorang JTK tu. Ada ke disuruh JTK buat line kat padang sekolah, tolong buat kerja N17 ... Org DG ni tak leh jadi Pentadbir bagi kumpulan lain, dia tau kelompok dia ajer ..

SETUJU....PTD MESTI MELAKUKAN KERJA PENGURUSAN DI SEKOLAH...ATAU CREATE PERJAWATAN LEBIH TINNGI BAGI JTK.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak tengok tak perlu maklumkan awal-awal, terus datang dan tengok baru berkesan. Amalan sekarang 1 bulan sebelum datang dah maklumkan, satu jabatan dah sibuk mesyuarat dan bersedia, mana nak tercapai hasrat nak turun padang tu, kalau dimaklumkan awal2 memanglah jabatan akan buat yg terbaik masa lawatan KSN2 dia.......

Tanpa Nama berkata...

Baik bagi pencen yang tak larat buat kerja tu ! Kena wujudkan sistem BMI ! Yg terlebih BMI berhenti kerja coz PA yg gemuk malas buat kerja ! Dan yg asyik sakit je bg medical board ! Baru perkhidmatan kerajaan bertaraf dunia ! Hope ksu take tis into consideration !

Tanpa Nama berkata...

nak turun padang apa lagi, dah berapa juta cina dok komplein pasal perkhidmatan awam kita ni, lembab dan terlamapau ramai! kenapa nak dinafikan? kami mahu tindakan!

Pecat mereka yang malas dan suka mengulor seperti omar osman dan sewaktu dengannya. Ini asyik hilang- merokok, MC, CRK, urusan peribadi, hantar ambil anak etc. Kedua kenapa perlu satu sekolah satu JTK, komputer rosak hari2? Jawatan yang tak perlu tak payah diwujudkan klu hanya mereka datang menyorok di lab dan komplein di forum apa guna?

Ini setiap kali sebut pasal peningkatan atau penambah baikkan BUKANnya bermaksud, servis lebih baik, kerjalebih cepatdan cekap, senyum selalu TETAPI gaji lebih banyak, elaun lebih banyak, cuti lebih panjang, naikkan gred, bonus dua tiga bulan dan jawatan baru lebih banyak,apa ni?

Rakyat mahu perkhidmatan lebih baik bukan pembaziran lebih banyak!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

bagi saya semua jabatan kerajaan sekarang ada KPI sebagai petunjuk prestasi,ada kajian kepuasan pelanggan,ada peti cadangan dan penamambaikan perkhidmatan.ada inovasi....

Memang saya akui contohnya di hospital pesakit semakin ramai,di jpj orang selalu ramai....namun ada penambahbaikan dilakukan terutamanya di wilayah KL dan putrajaya cuma di setengah negeri memang saya akui keadaan masih tidak berubah.mungkin mereka berada di zon selesa.harap kalau KSN nak turun padang,turunlah ke negeri seperti Kelantan,perlis,pahang ,trengganu iaitu di negeri melayu tidak bersekutu.

sekiranya perlu...mereka yang berada dizon selesa tersebut perlu diberi pendedahan mungkin dipindah atau dipinjam sementara di putrajaya .setakat kursus je nampak macam tak ada penerapan sangat.

tentang imbuhan dan prestasi...memang saling berkait.jika ekspektasi pelanggan tinggi,PA berusaha dan berjaya penuhi ekspektasi tersebut,perlu ada ganjaran utk beri motivasi...kenapa LHDN beri bonus kepada pekerjanya?Begitu juga PA jika harapan pelanggan makin tinggi,berjaya dipenuhi,jika tiada motivasi,lama lama mereka akan demoralized.

Berkenaan dengan jumlah PA yang ramai tu...sebenarnya salah satu sebab lembab adalah kerana pekerja kurang.mungkin bila kita dah boleh ganti manusia dengan robot,kita boleh kurangkan pekerja.masa tu jangan la pula komplen tak ada budi bicara kerana semua ikut arahan mesin dan robot.sememangnya robot tu ikut apa yang diprogramkan saja.untuk perbandingan...bandingkan hospital yang pakai manual dengan hospital berkomputer,yang mana satu masa menunggu lebih lama.fikirkan..

Tanpa Nama berkata...

Stuju .. patut ada kaedah baru utk pencenkan PA. Saperti VSS.
Kiraan pencen ditambatkan pada gaji terakhir yg sepatutnya diterima dlm perkhidmatan beliau mengikut umur persaraan pilihannya
55/56/58/60.

Tanpa Nama berkata...

betul ke pencen 60 tahun ditarik balik.

Tanpa Nama berkata...

turun padang jangan tak turun.....cakap serupa bikin....bro...

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
Baik bagi pencen yang tak larat buat kerja tu ! Kena wujudkan sistem BMI ! Yg terlebih BMI berhenti....s into consideration !
Rabu, Julai 11, 2012 8:20:00 AM
Bodohlah kamu kalau buat kebanyakkan PA kena berenti termasuk Menteri dan KSN termasuk doktor pakar. Eloklah otak benggap macam kamu kalau sakit tak perlu ke klinik gomen makan panadul je...

anak kedah berkata...

Permudahkan. Proses. Tatatertib. DAtuk. Ksn.

Tanpa Nama berkata...

Semua KSN pandai menggunakan dengan mulutnya tetapi masih belum buktikan dengan kejayaan. Buktikanlah KSN BARU. Jangan contohkan kepada semua PA supaya memohong kepada RAKYAT.

Tanpa Nama berkata...

sekelian bro....madu ori....pokok tualang punya....harga boleh runding....baru turun pokok tualang..mari...mari...

Tanpa Nama berkata...

sekelian bro....madu ori....pokok tualang punya....harga boleh runding....baru turun pokok tualang..mari...mari...

Tanpa Nama berkata...

orang it pun nak elauan jawatan jugak!

Tanpa Nama berkata...

orang kerja unit it nak elauan kritikal jugak...penat kerja saorang jer..,.

Tanpa Nama berkata...

semoga dato ksn mluluskan gred j27 kpd skim j..

-========================================================================================

tak taulah sampai bila nak kena tipu....dah 20 thn lebih tunggu....kesian kat geng2 sijil poli/uitm yg masuk kerja guna sijil tapi sampai sekarang sama taraf ngan SPM gred 17...

Tanpa Nama berkata...

Silap kenyataan ni.

Sepatutnya KSN yang perlu turun padang pantau Ketua S/u.

Tanpa Nama berkata...

ksn saorang vs ksu 24 orang....siapa barani lawan bro...

Tanpa Nama berkata...

tak taulah sampai bila nak kena tipu....dah 20 thn lebih tunggu....kesian kat geng2 sijil poli/uitm yg masuk kerja guna sijil tapi sampai sekarang sama taraf ngan SPM gred 17...

DAH LER TU DH JD SAMA TARAF DGN KAWAN2 YG DARI KUMPULAN D DIUPGRED KE KUMPULAN C...CONTOH....JURUTAIP NAIK KERANI.......ALAHAI SIJIL POLI SAMA TARAF DGN LULUSAN PMR

JTK makan gaji buta berkata...

Apa guna JTK ni?

hantar repair komputer, dia format aku pun tahu.

hantar repair printer dia rosakkan suruh hantar kedai cina pula.

komputer rosak dia tampal kertas dia tak repair.

datang hari-hari 90% lepak di lab online.

bayangkan kalau gaji dan imnbuhannya di beri kepada orang-orang miskin dah berapa ramai hidup senang.

Kenapa tanggung biawak hidup?

Tanpa Nama berkata...

Apa guna JTK ni?

hantar repair komputer, dia format aku pun tahu.

hantar repair printer dia rosakkan suruh hantar kedai cina pula.

komputer rosak dia tampal kertas dia tak repair.

datang hari-hari 90% lepak di lab online.

bayangkan kalau gaji dan imnbuhannya di beri kepada orang-orang miskin dah berapa ramai hidup senang.

Kenapa tanggung biawak hidup?

Rabu, Julai 11, 2012 11:10:00 AM

*********************

apasal Penilai Pertama BODOH BANGANG subahat dgn JTK spesis MAKAN DUIT HARAM ini???

kasi repot antar KSN.

Tanpa Nama berkata...

PA semakin berkurangan disebabkan ada yg pencen wajib, opsyen awal, kematian, sakit kronik, cacat kekal, sakit mental, dpt peluang baik cabut, dsbnya, tinggallah kami semua khususnya pembantu Tadbir yg terpaksa menanggung kerja yg sepatutnya di buat oleh 2-3 org PA lain, kami terpaksa buat 2-3 kerja serentak, kamilah buat perkhidmatan, persuratan, pembangunan dan sebagainya, dahlah tue alat bantu tak da, komputer jenis lama tak cukup unit pulak tue,line asyik problem jea, telepon kena pakai duit sendiri, ke sana-sini pakai kereta sendiri, kenderaan jabatan tak da, driver buat makan angin, berita terkini penghulu dpt naik elaun jea, kesian, kerja punya teruk elaun jea naik, kami PA 1.4 juta meminta agar gred dan elaun kami dinaikkan, memandangkan bebanan kerja sekarang semakin bertambah dan kompleks.. sekirannya tiada, tunggulah nasib kerajaan di kemudian hari, kami mampu mengubahnya..!!!

Tanpa Nama berkata...

chief clerk (N22) say: starting today all must down on the ground...
PT P/O N17 bachelor of arts degree say: what? down on the ground? too difficult, I tell you aa...........

Tanpa Nama berkata...

DAH LER TU DH JD SAMA TARAF DGN KAWAN2 YG DARI KUMPULAN D DIUPGRED KE KUMPULAN C...CONTOH....JURUTAIP NAIK KERANI.......ALAHAI SIJIL POLI SAMA TARAF DGN LULUSAN PMR

--------------------------
saikologi....I tell you aa...........

Tanpa Nama berkata...

JTK okay laa tak payah, cuma bagi ke PPTM ke atas...kena buat sistem dan macam-macam lagi, sampai repair komputer pun PPTM yang kerjakan...

Tanpa Nama berkata...

JTK okay laa tak payah, cuma bagi ke PPTM ke atas...kena buat sistem dan macam-macam lagi, sampai repair komputer pun PPTM yang kerjakan...

Tanpa Nama berkata...

baguih la turun padang...tapi yg tak baguihnya...bila depa turun..buat majlis tu..majlis ni..belanja besaq..lebih dari menteri lagi..perabih duit rakyat saja...

Tanpa Nama berkata...

...Claim byk lagi.Yg orang bawah ni mcm hamba pencacai..,tukang sambut ler..tukang kipas ler...Kerja lain tak buat,..bos panggil meeting...meeting.Nyampah aku..huaaa.
Nasib ler kumpulan sokongan.

Tanpa Nama berkata...

j17 ke j29 mcm mana.jadi ke

Tanpa Nama berkata...

Gaji satu baris cukup bagus !

Tanpa Nama berkata...

Bonus raya tahun ni..amacam ada dapat tak?

bukan komplot berkata...

turun padang golf boleh la....hahaha

Tanpa Nama berkata...

j17 ke j29 mcm mana.jadi ke

========================================================

naik gred 27 pun tak kemana.....naik j29 lagi jauh macam langit ngan bumi lah jawabnya....takpe PRU dah nak dekat ni.....kalau takde gak sebelum PRU 13 ni kita koyak je lak sijil poli dan Uitm ni, sbb dah tak leh pakai , x setaraf STPM seperti yg di perkatakan

senapi berkata...

Diploma kan setaraf STPM, apa mangkuk la korang ni, x paham dasar pendidikan tinggi negara. sIJIL? haa setaraf SAP..

Makin kuat ura2 BONUS RAYA ni, ramai PTD, AG tertentu dah dipanggil taklimat tertutup.

Syukur, bukti kerajaan BN membela rakyat dan Malaysia banyak duit.

Tanpa Nama berkata...

Adalah mencukupi untuk KSN BARU menasihat semua PA supaya sentiasa mematuhi kepada arahan kerajaan dan jangan buat nasihat macam seorang bapa kepada anaknya. Setiap PA mempunyai otak tak sama tetapi unik.

Tanpa Nama berkata...

right! KSN tu yang kena turun padang kasi pantau sama itu KSU/KP.

Tanpa Nama berkata...

maksudnya KSN minta semua ketua jabatan supaya SELALU TURUN KE PADANG GOLF. itulah yang mereka suka buat selalu. wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

yeahh..mari kita ramei2 main golf..

Tanpa Nama berkata...

Kami menyokong penuh kenyataan KSN, supaya ketua-ketua jabatan turun padang, pertamanya dapat SPONSOR untuk turun ke padang GOLF, lepas penat main golf turun ke SPA, urut badan pulak,layanan istimewa dari amoi-amoi bergetah, malam nanti turun pulak ke pusat hiburan spt pub,delux, paradise, hotel pan pacific,jb-kl, berkaraoke dengan GRO,sampai jam 3-4 pagi, esoknya turun ke pejabat jam 9-10 pagi, BOS katakan, itulah diistilahkan turun padang oleh KSN..

Tanpa Nama berkata...

OOooii setan j17 ingat la kat org lain jugak ..yg lain tak keja ka ingat kami gred R (R14) ni goyang telor ka..pegi jahanam la j17..kami kalau tak dapat apa2 sebelum PRU13 Kita TUKAR..Kita TUKAR..Kita TUKAR

Tanpa Nama berkata...

I like tis statement

Tanpa Nama berkata...

Elok pun turu padang tengok dgn jelas bukak mato luas puak2 KSN,PTD di terutama SPA/JPA yg merangka gaji & elaun SKIM mana @ Jawatan mana yg betul2 berkhidmat & Jabatan mana yg makan gaji buto , staff nya yg ramai mengulat ?
Sila kan teman memang mengalu - alukan benda yg baik .
Dah Dapat keputusan tengok kerja Jawatan mana yg patut diberikan Elaun @ Skim Time Base yg baik .

Berkhidmat utk rakyat tatkala mereka disaat kematian/kesakitan & ada imbuhan di akhirat kerana ilmu yg dimanfaatkan kpd org lain .

Tanpa Nama berkata...

beban kerja kakitangan awam semakin bertambah disebabkan oleh konsep multi tasking yang di amalkan. apabila terdapat aduan terus sahaja kakitangan awam disalahkan tanpa menyoal siasat... kebajikan tidak dijaga... bagaimana nak bg perkhidmatan yang cemerlang kalau muka mengantuk kerana berjaga malam,badan letih kerana tak cukup rehat, pihak atasan kena lebih perihatin dan tak menyalahkan kakitangan kesihatan semata2. dan jagn beri tekanan yang tidak munasabah .jika badan sihat otak cergas baru la dapat beri perkhidnmatan terbaik. cari sebab kenapa jadi sedemikian.

Tanpa Nama berkata...

mansuhkan skim pegawai khidmat pelanggan dan gantikan dengan skim pembantu tadbir (pengkeranian/operasi), ia lebih flexible..