Bernama
22/7/2012
22/7/2012
KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan agar pekerja diberi
pilihan untuk mengeluarkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
pada umur 55 atau 60 tahun.
Setiausaha Agungnya Lok Yim Pheng berkata cadangan itu susulan maklum balas daripada kumpulan pelaksana yang tidak bersetuju pengeluaran caruman KWSP hanya pada umur 60 tahun.
"Kita perlu melihat tiga kategori pekerja iaitu berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Biasanya pekerja berpendapatan sederhana dan rendah amat memerlukan wang untuk menyelesaikan hutang dan pinjaman sebelum bersara. Ada yang menggunakan wang persaraan untuk pendidikan anak-anak," katanya dalam satu kenyataan, di sini Jumaat.
Sehubungan itu katanya isu tersebut mesti diteliti terlebih dahulu sebelum dilaksana.
Isu pengeluaran KWSP pada usia 60 tahun itu timbul susulan pembentangan Rang Undang-undang Persaraan Minimum 2012 untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada bulan lepas, yang menetapkan umur persaraan minimum pekerja swasta dilanjutkan kepada 60 tahun, berkuat kuasa Januari tahun depan.
-- BERNAMA

2 ulasan:
yes aku 1st...hahahahaha from n9
Dah masuk Skim Pencen ... KWSP dah langsai ......
Catat Ulasan