Berita Harian
4/10/2012
4/10/2012
Sedia pembiayaan untuk kakitangan awam
Empat bank komersial terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan untuk menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam.
Empat bank komersial terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan untuk menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam.
Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berkata kerajaan masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa bank mengenai perkara.
Kerajaan masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa bank mengenai perkara” - Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, Ketua Setiausaha Kementerian KewanganKatanya, keputusan konkrit bank-bank yang terbabit akan diumumkan sebelum hujung tahun ini.
“Bila kita melakukan penyumberan luar kepada bank, kita tidak perlu lagi meminjam RM6 bilion setahun yang kita peruntukkan untuk memberi pinjaman perumahan kepada kakitangan awam.
“Tetapi, kita hanya menampung perbezaan kos faedah dan kakitangan awam masih membayar 4 peratus.
“Dari segi pinjaman, kita tidak akan menyusahkan kakitangan awam, sebaliknya kita akan tambah baik lagi proses peminjaman dan sebagainya," katanya kepada selepas sesi temubual dalam rancangan Helo Malaysia di Kuala Lumpur semalam.
Tunggu keputusan
Irwan berkata, bank tempatan turut mengalu-alukan keputusan kerajaan untuk bekerjasama kerana ia adalah peluang perniagaan kepada bank.
“Bank amat menyokong kerana ini adalah perniagaan bagi bank. Walau pun penjawat awam hanya membayar empat peratus, sebarang lebihan akan ditanggung oleh kerajaan.”
“Kita belum tentukan berapa banyak bank yang terbabit, tetapi buat masa ini empat bank sudah bersetuju dan kita menawarkan kepada bank-bank lain untuk menyertai skim ini,” katanya.
Sementara itu, mengenai permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) agar bonus kepada penjawat awam pada Disember dan Januari ini, dikecualikan daripada cukai pendapatan, Irwan berkata, kerajaan akan menimbangkan permintaan itu.
“Kalau kita layan sektor kerajaan, sektor swasta pun kita perlu layan. Jadi ini membebankan kerajaan dan kita perlu mengkaji supaya permintaan ini tidak membebankan kewangan kerajaan,” katanya.
Irwan berkata, kerajaan sudah memperuntukkan RM6.6 bilion untuk membayar bonus satu setengah bulan kepada penjawat awam. - BERNAMA
5 ulasan:
selagi kita guna sistem yahudi dan kapitalis, selagi tula akan ada masalah berkaitan dengan pinjaman.
CIMB pasti dapat punya. maklum la CEO dengan PM kan adik beradik. kui kui kui
Sedangkan kerajaan pun tak dapat nak tampung kos 6 billion..inikan pihak bank yang berteraskan keuntungan. Sudah pasti hak-hak keistimewaan kakitangan awam tidak akan ditanggung oleh pihak bank..
penjawat awam terutama golongan bawahan sentiasa rugi bila bank mengambil alih pinjaman kerana setiap bank akan mempergunakan kakitangan awam untuk mengaut keuntungan tidak ada bank didunia ni mahu rugi. sepatutnya kerajaan mengurangkan lagi interest pinjaman dari 4% ke 2% supaya Kakitangan awam terutamanya dapat menikmati kediaman yang lebih baik kerana setiap tahun harga rumah naik mendadak. satu hari nanti penjawat awam tidak akan mampu untuk beli rumah kerana harga rumah meningkat 2kali ganda setiap tahun. kebanyakan penjawat awan tidak sedar kerana tinggal dikuaters. Cuepacs sepatutnya membantu penjawat awam yang bergaji rendah tapi skrg dah jadi sebaliknya
Harga rumah kian meningkat terutama di bandar , kakitangan kerajaan kurang mampu membeli....dan isu tawar pinjaman perumahan ke bank menambahkan lagi kesulitan kakitangan kelak....
Catat Ulasan