SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

07 Oktober 2012

ANGGOTA CUEPACS BANTAH BANK URUS PINJAMAN PERUMAHAN

Utusan Malaysia
7/10/2012


JERANTUT 6 Okt. - Rata-rata penjawat awam di seluruh negara membantah cadangan Kementerian Kewangan untuk menjalinkan kerjasama dengan bank bagi menguruskan skim pinjaman perumahan kepada kakitangan kerajaan.Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, beliau sendiri dihujani dengan panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada kakitangan awam yang mahu skim pinjaman tersebut tidak diserahkan kepada institusi kewangan.

"Sebelum ini, Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah memaklumkan terdapat empat bank komersial terbesar tempatan bersetuju bekerjasama dengan kerajaan menawarkan skim pinjaman perumahan kepada penjawat awam."Jadi mereka tidak bersetuju dengan cadangan ini dan meminta CUEPACS agar tampil menyuarakan luahan hati penjawat awam agar pinjaman perumahan diuruskan oleh kerajaan sepenuhnya," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Profesionalisme Keguruan Zon Timur sempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun Kesatuan Kebangsaan Guru-guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia (KKGLMSM) di Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut, di sini hari ini.

Hadir sama, Presiden KKGLMSM, Datuk Jamale Paiman; Timbalan Presiden KKGLMSM, Azmi Sujak dan Pengerusi Koperasi KKGLM (M) Berhad, Awang Mohmad.Omar berkata, rata-rata penjawat awam yang menghubunginya berpendapat pelbagai masalah akan timbul sekiranya kerajaan menjalinkan kerjasama dengan institusi kewangan dalam menguruskan skim pinjaman perumahan."Mereka bimbang wujudnya masalah di kemudian hari seperti insurans pembeli, insurans pemaju, komisen dan prosedur bank serta bayaran pendahuluan 10 atau 20 peratus kepada bank," ujarnya.

Menurutnya, CUEPACS memandang serius perkara tersebut dan segala luahan penjawat awam akan dibincangkan dalam mesyuarat kesatuan itu bulan depan agar mereka yang terlibat dapat membeli rumah dengan mudah dan selamat."Saya tahu ramai penjawat awam bimbang dengan perkara ini kerana mereka takut dibebani dengan hutang dan timbul pula isu rumah terbengkalai sedangkan pembayaran telah dibuat kepada pihak bank," jelasnya.

25 ulasan:

Bukan Kerana Nama berkata...

kenyang la bank kalau pinjaman perumahan kerajaan pun dia nak sapu

kenyang la mereka!!

Tanpa Nama berkata...

Aku tak kisah siapa yang uruskan pinjaman asalkan interest nye rendah. Sekarang Bahagian Perumahan pun 4% interest. Bank memang lah tinggi. Cubalah bantu PA dengan kurangkan kadar faedah. 1% ke?

Tanpa Nama berkata...

aku cadangkan supaya PA beli rumah dengan pinjaman bank tapi kerajaan yang bayarkan.
amacam cadangan aku?
Bernaskan?
hehehehe...

Tanpa Nama berkata...

kerajaan malas nak layan tuntutan penjawat awam ni...sebelum bajet 2013 dibentangkan,cuepacs minta kerajaan turunkan peratus pinjaman perumahan perbendaharaan dari 4% ke 2%,apa yang dia bagi masa pembentangan bajet hari 2,bukannya peratus diturunkan d tukar pula pinjaman perumahan ke bank-bank yang ada...baru kauorg tau....sudah2 lah 2...kita cuba je pentadbiran kerajaan yang baru...kalau tak baik, kita tukar je kerajaan lain..

Tanpa Nama berkata...

Memang bangang dan pekak.PA minta CUEPACS desak dan paksa kerajaan turunkan kadar peratus pinjaman kerajaan yg CEUPACS pi bincang dgn bank buat apa.Mana ada bank nak bagi interest rendah bawah drpd pinjaman kerajaan.lain yg ahli suruh buat lain yg ceupacs buat.tak boleh harap langsung.Kita suruh ceupacs perjuangkan utk keuntungan PA tp yg sialnye Ceupacs pulak dok sekongkol dgn pemerintah dan membelakangkan tuntuan ahli.Perjuangan ceupacs mestilah untungkan PA tetapi nampak skrg yg untung pemerintah boleh aniaya PA.Bonus pun bukan berapa sen sgt.Saman lalulintas sgt banyak sekarang sampai ujung DIS ni boleh bantu kerajaan bayar duit bonus PA.Sial tul.

Tanpa Nama berkata...

pasti ada caj urusan bank...paling eok lagi ikut peratus pinjaman....mampuslah kita..kayalah bank.....

pinkjaman peribadipun ada caj urusan bank,padahal pekerja bank tu memamg dah dibayar gaji..

jangan terus biarkan bank ambil kesempatan .

Tanpa Nama berkata...

Haramjadah punya qpecs sama dgn kerajaan skrg ne sama punya haramjadah. Mintak turunkan kadar faedah di peras pulak dgn bank. Bank tu kroni umno punya.

PA tiada rumah lagi.. berkata...

Lain yang Cuepacs perjuangkan lain pulak yang Kerajaan putuskan.. Macamana inikah Kerajaan yang perihatin kepada rakyat.. Slogan Rakyat Didahulukan kena ditukarkan kepada 'Rakyat Yang Kena Dulu'..

Tanpa Nama berkata...

Boleh tak Ceupacs fight utk dptkan pinjaman perumahan interest 1 % hanya utk rumah pertama ?

Kalau tak boleh, bagi kat orang lain yang boleh !

Ceupacs ni semua tak boleh buat !

Bantulah PA yang gajinya bawah RM 4000 ni ! Yg atas tu tak payah pun takpe !

Tanpa Nama berkata...

jika dilaksanakan juga kerjasama dgn bank,ramai penjawat awam tidak mampu untuk membeli rumah biarpun rumah kos rendah.

Tanpa Nama berkata...

129Harga rumah di Lembah Kelang saja telah naik lebih 400% dalam tempoh kurang 10 tahun.
Situasi ini hanya untungkan agen hartanah, pemodal besar dan orang asing.
Rumah untuk didiami bukan untuk dijual beli sekerap 2-3 tahun sekali.
Kadar cukai 15% terhadap transaksi kediaman kurang 3 tahun tak cukup sebab rumah pun siap dalam tempoh 2-3 tahun juga.
Sebaiknya haramkan pemilikan KEDIAMAN untuk mereka yang sudah ada kediaman di Lembah Kelang ini untuk elakkan spekulasi.
Hanya mereka yang belum ada rumah saja yang boleh beli.
Sama seperti kerajaan pernah buat tahun 70an sehingga 80an dulu.
Kenapa sekarang perkara yang sama tak boleh dilakukan kembali?
Harga rumah meningkat adalah kerana spekulasi dan monopoli pihak tertentu.

Tanpa Nama berkata...

jangan potongan pinjaman melalui biro angkasa yang lambat dan ambil untung sebagai org tengah.. bebanan ni pada peminjam.. boleh tak terus potong melalui bank sahaja.. kalau boleh kita minta terus di hapuskan biro angkasa ni, yang berpenanan potong duit dan beri pada pemberi pinjaman. kita potong terus pada pemberi pinjaman.

Tanpa Nama berkata...

dah lama biro angkasa ni, ambil untong sebagai orang tgh kiri kanan dia sapu,kadang kala lambat bayar pada pemberi pinjaman, peminjam yang kena tanggungjawab bungga tersebut.. ada ke patut?

Tanpa Nama berkata...

Mohon perjuangan CUEPACS.
1)Dari segi umur, boleh ke pihak bank memberi pinjaman sehingga ke umur 90 tahun, sedangkan maksimum umur dibenarkan maksimum 60 tahun.
2)Dari segi interest 4%, skrg dgn pinjaman kerajaan dikira pada kadar baki pinjaman, sedangkan pihak bank tidak melaksanakan faedah ini.
3)Dari segi jumlah pinjaman, biasanya pihak bank tidak membenarkan pinjaman 100% spt dinikmati sekarang. Maksimum pinjaman dibenarkan adalah 90%. Bayangkan sekiranya harga rumah teres RM300 ribu, kita kena bayar RM30 ribu. Itu tidak termasuk kos guaman dan insurans. Saya khuatir selepas ini penjawat awam tidak lagi mampu memiliki rumah teres mahupun pangsapuri memandangkan harga rumah yang naik tanpa kawalan.
4)Bank berasaskan keuntungan, sekiranya membeli rumah dalam pembinaan, boleh ke bayaran balik pinjaman slps rumah siap sedangkan ini tidak pernah berlaku?
5) Insurans sblm ini di tanggung kjaan iaitu dimasuk dlm loan, adakah mrta ini perlu byr advance.
6) Sblm ini kelayakan berdasarkan pd gaji hakiki dan pay slip, bila bank pegang segala komitmen dpt dilihat melalui Citos..ini akan memberi kesan kpd ktgn kjaan.

Mohon perjuangan Cuepacs, sekiranya ianya benar benar hendak dikuatkuasakan, berilah sedikit tempoh kepada pejawat awam contohnya kuatkuasakan selepas Jun 2013. Ini akan memberi ruang kepada kakitangan awam untuk bersedia menghadapi perubahan dan bukannya memberi tempoh yang terlalu singkat iaitu 3 bulan.

Mohon perjuangan pihak CUEPACS.

pembantu tadbir p/o berkata...

kami nak elaun rumah dulu bila nak naik rm180 untuk bayar astro ja naikan elaun rumah dulu bru fikir rumah kerajaan x layan wooo dia layan tuntutan kita ,kita tukr ja sampai bila kita nak tunggu 6 tuntutan kita minta bonus ja dia bagi kerani kerani apa yang dapat bonus ja

Tanpa Nama berkata...

aku dah amik pinjamanap erumahan dah dengan perbendaharaan...selamat aku...interest 4% je atas baki....yang muda2 nak amik pinjaman...amik lah dengan bank..interest 6-7% flat rate....pas tu undi lah pas ke dap ker

Tanpa Nama berkata...

SAH 4 BANK PANEL YANG AKAN BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN ADALAH BANK2 YANG KRONI NAJIB BIN AJIB....FIRST ON THE LIST MESTI CIMB BANK......BOROI LAGI LAH PERUT DEPA...YANG ROSMAI MESTI SEMAKIN LEBAR...PEPET LABUH...

Katipang berkata...

nampaknya kerajaan mcm takboleh jaga kebajikan PA dah..of course la setiap PA bila keja nk juga ada rumah bila pencen nti. ni mcm nk kencing hidup2 semua PA je. yang untung pastilah bank. entah sapa punya cadangan bodo entah..sumpah jadi katak baru taw!

Tanpa Nama berkata...

mintak tak jadi la serah kat bank..bantah cuepacs jangan tak bantah walaupun rata-rata korang dah pinjam loan ngan BPP..jgn sekat kemudahan yang sedia ada ini...nampaknya sedikit-sedikit kemudahan kakitangan awam di tarik..

Tanpa Nama berkata...

PAS nak mansuh 4%... tp kerajaan nk kasi kat bank lak,, cmfm interest kekal,, kate nk ceupacs turunkan 1 % .. ceupacs kene bantah hasrat kementerian kewangan.... jngan gadai keistemewaan PA... PRU13 dah dekat..ko jngan wat masalah... nnti kami PA pangkah _ _ _ , kekalkan yg sedia ada...

Tanpa Nama berkata...

ni semua nak nyusahkan PA, org bawahan jadi mangsa, org atasan punye kerja,,, bnayk duit keluar bagi projek2 xfaedah, pinjaman ni lak nak kasi bank, kenyang bank, bank mmg putar belit,,kami nak batalkan perjanjian ngan bank, teruskan dengan sedia ada, jngan cari alasan nk teruskan, cari penyelesaian camner nak kukuhkan pengurusan, Dato ceupacs kene bantah dengan tegas cadangan yg menyusahkan PA ni... jngan pakai idea tu...

Tanpa Nama berkata...

jngan sebab kes ni kerajaan BN akan jatuh , sebab PA xsokong kamu sebab kes ni... tolong bantah cadangan ni, teruskan ngan BPP ..

Tanpa Nama berkata...

CIMB GROUP MENJADI YANG PERTAMA,,, TAHNIAH

ushaservicesonline@gmail.com berkata...

TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
mghfbibdgf@gmail.com

BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
*******************************
1) Nama Penuh:
2) Jantina:
3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
4) Tempoh Pinjaman:
5) Negara:
6) Alamat Rumah:
7) Nombor Mudah Alih:
8) Nombor Faks:
9) Pekerjaan:
10) Pendapatan Bulanan:
11) Tarikh Gaji:
12) Tujuan pinjaman:
13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
mghfbibdgf@gmail.com

financialserviceoffer berkata...

QUICK EASY EMERGENCY URGENT LOANS LOAN OFFER EVERYONE APPLY NOW +918929509036 financialserviceoffer876@gmail.com Dr. James Eric