Bernama
12/10/2012
12/10/2012
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Jabatan Perdana Menteri (JPM)
mengeluarkan surat pekeliling baru mengenai Peraturan Perjalanan Pegawai
Awam Ke Luar Negara Atas Urusan Persendirian yang berkuat kuasa pada 1
Okt lepas, selaras dengan usaha untuk menambah baik kecekapan sistem
penyampaian perkhidmatan.
Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012 itu menetapkan semua pegawai awam yang ingin ke luar negara atas tujuan persendirian perlu mendapatkan kelulusan pegawai tinggi mengikut jawatan dan kategori pegawai.
Ia ditandatangani Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Dr Ali Hamsa bagi menggantikan Surat Pekeliling Am bertarikh 1 Mac 1984 dan 11 Jun 1986.
Menurut surat pekeliling terbaru itu, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan di JPM perlu mendapatkan kelulusan KSN.
Pegawai-pegawai di bawah seliaan Ketua Setiausaha Kementerian termasuk Timbalan Ketua Setiausaha, Setiausaha Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan Ketua-ketua Jabatan di bawah Kementerian pula perlu mendapatkan kelulusan Ketua Setiausaha Kementerian (butiran tiga dalam pekeliling).
-- BERNAMA

10 ulasan:
rasanya benda ni dah lama. nak keluar negara atas urusan peribadi seperti melancong dan sebagainya perlu mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan.
keluar negeri atas kelulusan ketua jabatan tu mmg la dah lama.. 1984 lagi aktanya.. tp nak tambah baik katanya.. kena kelulusan ketua setiausaha negeri??? tak ke menyusahkan urusan?
Menyusah kan orang ajer peraturan ini........
susah senang dalam perkhidmatan awam .... senang lagi jika dibanding dengan sektor swasta.
yesssss...j17 ke j29.....jgn jelessssssssssssssssssssssssssssssssss
berangan la puas-puas wahai mat (J)enin. kah kah.
APA RASIONALNYA PEKELILING NI?
KALAU AKU NAK MELAWAT SAUDARA MARA AKU DI JOHOR TAK ADA MASAALAH, SEKARANG KALAU PAK LONG AKU YANG KAT SINGAPURA TU SAKIT TIBAX MASA HUJUNG MINGGU AKU TAK BOLEH JENGOK SEBAB TAK ADA KELULUSAN KETUA JABATAN. KALAU CUTI PANJANG TIBAX BINI AKU AJAK PERGI JALANX KE KRABI KE MEDAN KE PUN TAK BOLEH. KALAU AKU PERGI JUGAK, BALIK NANTI KENA TINDAKAN TATATERTIB?
AKU DAH BAYAR DAN ADA PASSPORT. MAKNANYA AKU BUKAN BERMASAALAH DAN KERAJAAN DAH BENARKAN AKU KELUAR NEGARA. DAH TENTULAH AKU PAKAI DUIT SENDIRI. KALAU AKU PAKAI DUIT KERAJAAN LOGIKLAH KENA MINTAK KELULUSAN. TAK PAHAM APA KEJADAHNYA LOGIKNYA NAK MINTAK KELULUSAN KETUA JABATAN YANG TAK KENA MENGENA DENGAN URUSAN PERIBADI AKU???
INILAH DIA SATU LAGI IDEA BANGANG PTD. TAK HABIS-HABIS DENGAN GILA KUASA DAN KEPENTINGAN SENDIRI. AKU NAMPAK INI SEBAGAI MEKANISMA UNTUK MENGAWAL DAN MEMBUAT PENJAWAT/ PECACAI AWAM MACAM AKU NI TERPAKSA MENYEMBAH DAN BERGANTUNG KEPADA 'KUASA' MEREKA SENTIASA. BERAPA BANYAK MASA DAN TENAGA YG AKAN TERBUANG UTK PROSES BANGANG NI. PERTAMBAHAN BIROKRASI YG SIA-SIA.
'KETUA JABATAN' NI BIASALAH, PUAK MANA YANG MAJORITI JUSA, PREMIER DSBNYA KALAU BUKAN PTD.
INI PAK OSMAN KENA LAWAN. TAK MASUK AKAL. KALAU NAK TAMBAH BAIK, BATALKAN PEKELILING (DAN PTDX) YANG BANGANG MACAM NI!! TAK HABISX NAK MENAIKKAN DARAH ORANG!
YAB PM, KENAPA BIARKAN PTD YG SEJEMPUT NI BERMAHARAJALELA EK? DAH BORING BERKUASA KE? DAH LUPA SIAPA PUNCA FIASCO SBPA? TAK PERLUKAN LAGI SOKONGAN PENJAWAT AWAM DAN NAK BAGI PELUANG KAT PR PULAK KOT?
Ikut suka aku nak pi negara mana pun dgn duit aku.Celaka betul kalau pi luar negara urusan peribadi dan duit pun aku punya yg ketua jabatan menyibuk apa hal.ada aku pinjam duit kerajaan ka nak ke luar negara.
Yang menteri tiap minggu pi luar negara sapa yg bagi kebenaran kpd mereka.Aku duit banyak nak seronok pi tengok negara org tapi ada bos mangkuk hayun yg halang sebab aku tak bawa dia sama pi.Kalau nak harap pi luar negara dgn duit kerajaan sampai mampus la aku tak akan dapat pi sbb si celaka bos mangkok hayun akan pi dulu.dah tu haram tak bagi tau anak buah pun bla pi luar negara.Nampak sgt pemimpin negara ni kolot dan suka halang org nak berjaya di luar negara.Aku pi luar negara bukan buat kerja haram,buat pi dok cari betina,bukan buat pemindahan wang haram pun.Just nak luaskan pengalaman dan berniaga secara halal dgn org luar negara.Nak buat macamana aku kawan dgn ramai org luar Malaysia.Leceh le ini undang2 tak bleh pakai.nampak sgt nak bagi rakyat jd seorang yg bodoh sepanjang masa supaya senang diperbodohkan.
yang peliknya JPM yang keluarkan pekeliling, bukannya JPA.
sudah sampai masanya JPA dibubarkan. takda apa fungsi pun cuma tau jaga tembolok sendiri & suku sakat saja.
Tanpa Nama berkata...
yesssss...j17 ke j29.....jgn jelessssssssssssssssssssssssssssssssss
Rabu, Oktober 17, 2012 10:50:00 PG
Tanpa Nama berkata...
berangan la puas-puas wahai mat (J)enin. kah kah.
Khamis, Oktober 18, 2012 11:43:00 PG
...................................
kan dh ade yg jelesssssss.....
Catat Ulasan