Sinar Harian
7 Disember 2012
7 Disember 2012
TANJUNG MALIM - Cuepacs akan bermesyuarat dalam masa
terdekat untuk memutuskan sama ada bersetuju atau membantah berhubung
cadangan kerajaan memperkenal skim Faedah Pencen Bercarum (FPB).Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, beliau telah mendengar taklimat
wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) semalam berhubung cadangan
kerajaan menawarkan skim itu kepada penjawat awam yang baru dilantik.
Bagaimanapun, Omar enggan mengulas lanjut mengenai butiran taklimat tersebut.Beliau berkata demikian pada kepada pemberita selepas menghadiri Sesi
Bicara Eksekutif mengenai Isu Kenaikan Gaji, Elaun dan Tuntutan Cuepacs
anjuran Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) anjuran Kesatuan
Pegawai Am UPSI di sini, hari ini.Omar berkata, sekiranya ia dilaksanakan, kerajaan perlu menawarkan
pilihan kepada penjawat awam sama ada untuk memilih skim FPB atau skim
pencen demi memastikan pekerja mempunyai simpanan kewangan yang
mencukupi apabila mencapai usia persaraan kelak.
"Cuepacs sebelum ini telah membantah skim FPB kerana bimbang ia akan
memberi kesan buruk kepada pesara dalam jangka masa panjang, tetapi
selepas mendengar taklimat JPA semalam, skim FPB yang baru ini lebih
baik berbanding skim yang sama dicadangkan untuk dilaksanakan dulu,"
katanya.Skim FPB itu pernah dicadangkan kerajaan pada tahun 2006 tetapi
dibantah Cuepacs. FPB diwujudkan dengan tujuan menjimatkan perbelanjaan
kerajaan di samping menyediakan pakej persaraan lebih lumayan kepada
penjawat awam yang baru dilantik.
Selain itu, Omar meminta kerajaan menyemak semula skim gaji penjawat
awam beruniform iaitu polis, bomba, Jabatan Kastam Diraja Malaysia,
Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Jabatan Imigresen kerana pekerjaan mereka berisiko tinggi.Selain itu, golongan penjawat awam beruniform perlu mendapat faedah
pampasan yang lebih baik setimpal dengan tahap risiko yang dihadapi
dalam tugasan harian mereka, katanya. - Bernama
2 ulasan:
FIRST!!! JGN JELES!!!
Kalau bole..pihak krajaan klu nak bgi knaikan gaji jgn la nak bgi spruh pihak ja..balik balik unit brunifon...tgok la kami yg tk brinifom...kmi pun salah satu pyumbang ngara tbesar juga..kalau nak bagi knaikan pun biarla sma rata semua bru adil....kata PM kita.rakyat didahulukan pencapaian di utamakan....bru adil nama nya....jadi jangan salahkan sikiranya kakitagan awam yang lain tidak berpuas hati....ok..
Catat Ulasan