Bernama
16/1/2012
16/1/2012
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sedang meneliti dan mengkaji satu skim
insurans khas untuk penjawat awam beruniform yang melakukan operasi
penguatkuasaan di luar waktu pejabat.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata skim itu akan diusul kepada kerajaan dalam waktu terdekat bagi mengambil kira risiko yang dihadapi penjawat awam berkenaan.
"Saya lihat tugas anggota penguatkuasa yang melakukan operasi di luar waktu pejabat sering terdedah dengan risiko yang besar seperti ditimpa kemalangan dan sebagainya, jadi kita (CUEPACS) beranggapan wajar satu skim insurans khas diwujudkan untuk mereka ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau operasi bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di plaza tol Sungai Besi arah Seremban di sini Selasa malam.
-- BERNAMA

1 ulasan:
saran lg mcm2.... kena fokus jugak wehhh....
Catat Ulasan