Bernama
17/1/2013
MELAKA: Kerajaan menyediakan garis panduan lengkap berteraskan enam prinsip dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.Beliau berkata, langkah itu terbukti berkesan apabila kes tatatertib kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes pada 2011 berbanding 2010.
MELAKA: Kerajaan menyediakan garis panduan lengkap berteraskan enam prinsip dalam memastikan kualiti penjawat awam di negara ini mencapai standard ditetapkan dan melaksanakan tanggungjawab secara profesional, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam.Beliau berkata, langkah itu terbukti berkesan apabila kes tatatertib kira-kira 1.2 juta penjawat awam di negara ini mencatatkan penurunan sebanyak 6.96 peratus kepada 4,627 kes pada 2011 berbanding 2010.
Sambil
menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa kualiti penjawat awam tidak
memuaskan, beliau berkata pelantikan penjawat awam dibuat berdasarkan
prinsip cepat, tepat, integriti atau CTI dan produktiviti, kreativiti
dan inovasi atau PCI.“Mungkin ada kakitangan awam di negara ini
terlibat dengan masalah tatatertib dan ia adalah kes terpencil dan tidak
seharusnya menjadi kambing hitam kepada keseluruhan penjawat awam,”
katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan
Pengerusi-pengerusi Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam ke-5 di sini
semalam.
Persidangan itu yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka
Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bertujuan membincangkan pelbagai isu
pengurusan dan tatatertib dalam perkhidmatan awam daripada aspek
perundangan.Mengulas lanjut, Mahmood berkata daripada jumlah kes
tatatertib itu, kumpulan perkhidmatan awam persekutuan mencatatkan
pertambahan kes sebanyak 4.14 peratus manakala perkhidmatan awam negeri
dan pihak berkuasa tempatan, masing-masing mencatatkan penurunan
sebanyak 75.5 peratus dan 59.6 peratus.Katanya dua kesalahan
utama dicatatkan ialah pelanggaran tata kelakuan dan tidak hadir
bertugas, masing-masing sebanyak 43 peratus dan 47 peratus daripada
keseluruhan kes tatatertib direkodkan pada 2011.
“Statistik ini
jelas menunjukkan peningkatan yang baik bagi sektor awam dan diharap
prestasi itu dapat teruskan pada masa hadapan,” katanya. — Bernama Pada
majlis itu, Mohd Ali turut melancarkan buku bertajuk “Bongkar:
Komplikasi Kesilapan Lazim Pengurusan Tatatertib Perkhidmatan Awam” yang
berperanan sebagai panduan kepada penjawat awam berhubung isu
tatatertib. — Bernama
2 ulasan:
Woi BHAI2 semua... AKU FIRST LA WEIII BHAI2!!! KORANG SUMER MMG BHAI!!! FIRST LA WEIIIIIIIII!!!!
Kakitangan awam layari laman lucah dipecat
Cardif: Berpuluh-puluh kakitangan awam kini menghadapi masalah selepas didapati melayari laman sesawang lucah ketika waktu bekerja, lapor media semalam.
Setakat ini, 55 kakitangan Pejabat Kerajaan Wales disahkan memuat turun gambar serta video lucah di meja masing-masing. Ekoran penemuan itu, pihak berkuasa mengenakan tindakan disiplin ke atas kakitangan terbabit, malah seorang daripada mereka - berjawatan pengurus kanan - diarah bersara kerana menikmati gambar lucah kanak-kanak pada 2008. Dua tahun kemudian, polis dipanggil apabila seorang kakitangan kerajaan didapati melihat gambar lucah ekstrem.
Media melaporkan, dia juga dipecat kerajaan. Justeru, kerajaan dicadangkan supaya mengharamkan capaian laman sesawang lucah itu dari pejabat kerana ia menghalang kakitangan awam untuk menjalankan tugas mereka. Peguam pekerja, Leanne Thomas, berkata lebih seorang daripada empat pekerja mengaku menonton kandungan lucah di Internet di tempat kerja. “Apabila ia membabitkan kandungan lucah, sesebuah pertubuhan itu seperti berada di atas bom jangka,” katanya. - TS
sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/art...cle/index_html
Catat Ulasan