Utusan Malaysia
22/1/2013
22/1/2013
PUTRAJAYA 22 Jan. - Kerajaan dijangka mengumumkan penetapan gaji dua
hingga lima peratus bagi penjawat awam yang sudah mencapai tahap gaji
maksimum atau gaji mati pada Februari ini, kata Ketua Setiausaha
Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sedang membuat kajian
teliti bagi menangani masalah penjawat awam yang berprestasi baik dan
cemerlang dengan markah 80 peratus ke atas dalam Laporan Nilaian
Prestasi Tahunan (LNPT) mereka tetapi sudah mencapai gaji maksimum dan
tidak memperoleh kenaikan pangkat kerana tiada kekosongan.
Saya tidak mahu melihat penjawat awam yang menjalankan tugas dengan
cemerlang tetapi mendapat gaji statik. Ini yang saya mahu atasi.
JPA sedang memuktamadkan senarai yang ada. Mereka sedang meneliti
rekod perkhidmatan. Selalunya akan ada kenaikan biasa gaji, tetapi dalam
kes ini kita mahu selesaikan kes mereka yang sudah mencapai tahap
statik.
Kami perlu berbincang dengan Perbendaharaan mengenai implikasi
kewangan. Kerajaan amat positif mengenainya. Mereka faham gaji statik
bukannya jawapan kepada penjawat awam yang berprestasi cemerlang,"
katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Sebelum itu, Ali menyampaikan Amanat 2013 kepada kira-kira 4,000
penjawat awam pelbagai kementerian dan jabatan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya. Majlis yang dilaksanakan menerusi
live-streaming itu turut boleh disaksikan penjawat awam di seluruh
negara.
Dalam amanatnya, Ali menyarankan penjawat awam memainkan peranan
dalam sektor luar negeri khususnya untuk memahat nama Malaysia di
persada antarabangsa.Beliau berkata sektor domestik dan luar negeri adalah sama penting
untuk memacu agenda transformasi negara ke arah merealisasikan Wawasan
2020.Semua penjawat awam, baik di dalam mahupun di luar negara, perlu
terus bekerjasama dan bergerak sebagai satu pasukan untuk memastikan
kecekapan penyampaian, keberkesanan pengurusan dan amalan diplomasi yang
proaktif demi mempertahan dan mempromosi kepentingan Malaysia.
Kita juga perlu sentiasa mengintai atau mencari peluang-peluang
baharu dalam mempromosi imej negara, selain juga menerokai pasaran atau
pelaburan baharu untuk negara," katanya.Selain itu, Ali juga menyarankan penjawat awam agar lebih peka dan
responsif dalam melaksanakan dasar-dasar yang diputuskan kerajaan.Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa
membentangkan Belanjawan 2013 telah mengumumkan 111 perkara melalui
penjanaan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Dalam hal ini, sokongan dan kerjasama di semua peringkat, tidak
mengira sama ada ketua jabatan, pegawai pengurusan mahupun kumpulan
pelaksana, diharapkan dalam memastikan kelangsungan serta kelancaran
pelaksanaan keputusan-keputusan tersebut agar matlamatnya tercapai
dengan jayanya. Sebagai penjawat awam yang prihatin dengan wawasan kerajaan,
hendaklah bertindak lebih proaktif untuk memudahkan dan bukan
menyusahkan," katanya.
Pada majlis yang sama, Ali melancarkan buku bertajuk "Pengamalan
Budaya Ketepatan Dalam Gagasan 1Malaysia: Transformasi Ke Arah
Pembentukan Negara Maju" dan buku kecil Gagasan 1Malaysia dalam lima
bahasa. - BERNAMA
7 ulasan:
Bagaimana pula upgred skim J dan G. Dam mereka yang telah berkhidmat 10 tahun pun tiada kenaikan pangkat.
Celaka pundek jubog hitam dok kira kumpulan tua bangka dah nak mampus mcm dia je.Sebaiknya tukar kerajaan je sbb kerajaan sedia ada dah terlalu berlagak n sombong sbb dh perintah lama sgt..Tak mustahil akan tumbang kerajaan BN kalau kerajaan tak bagi apa-apa penambahbaikan n insenrif dlm 1-2 bulan ini kpd PA gred 1-40.Jadi org miskin di Malaysia lebih baik.rumah dpt free.bantuan duit bulanan jabatan kebajikan pun dpt.tak payah kerja pun.tp jd PA sialnye kena pinjam duit kalu nk buat or beli rumah. Mcm-mcm Bantuan org miskin RM juta-juta tp bantuan kpd PA yg susah habuk pun tarak.Nak harap gaji pergi mampus le dulu sbb gaji PA kecik.
yes... no 3... naik podium...
BETUI HANG CAKAP!!!NI BAGI DENGAN YG DAH NAK MAMPUS...LEMBIK 7 TIADA MINAT NAK KEJA LAGI...TUNGGU NAK PENCEN....BAIK BAGI PADA PA YG MASIH MEMBESARKAN ANAK 7 MEMBELI KEPERLUAN LAIN SEPERTI RUMAH & KERETA UTK KEMUDAHAN KELUARGA
INSPEN 1,kementerian kewangan m'sia PUN KENA jual KEPADA FELDA
KALO KEPALA X BETUL..YANG BAWAHAN IKUT TELUNJUK DH ELOK PUN UTK TUKAR PEMIMPIN BARU RAKYAT TAHU MANA YANG KENDUR..MANA YANG TEGANG..PHUIII
BUKAN SETAKAT PA.PAP PUN SAMA...KEJA BAGAI NAK MAMPUS...BAK KATA OWG ATASAN ARAHAN SEMASA KE SEMASA....HUHU....
Catat Ulasan