Bernama
7/1/2013
7/1/2013
PUTRAJAYA, 7 Jan (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak dalam
menegaskan hala tuju penjawat awam untuk tahun ini mahu mereka
memastikan Belanjawan 2013 dilaksanakan dengan cekap dan lancar dengan
memberi tumpuan kepada agenda transformasi negara yang memberi kesan dan
kepuasan kepada rakyat.
Perdana Menteri berkata sesuai dengan belanjawan (bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati') sudah tentunya beliau mahukan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan dan penjawat awam memberi penekanan kepada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Hala tuju yang berteraskan intipati belanjawan 2103 ini akan secara langsung memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan eknomi yang baik, katanya pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.
Beliau berkata ia merupakan hala tuju yang perlu diberi penekanan oleh semua penjawat awam, ke arah menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara.
Perpaduan dan jati diri nasional perlu diperkukuh berpaksi kepada gagasan 1Malaysia, agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat merasakan bahawa kerajaan hari ini sememangnya dipimpin oleh sebuah kerajaan yang adil, saksama dan bersifat inklusif, katanya.
Menurut beliau, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik, agar dapat memastikan bahawa kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat, berasaskan kepada keadilan sosial.
"Dengan cara ini kita dapat tentukan bahawa kekayaan negara tidak tertumpu kepada peringkat atau kawasan tertentu sahaja, tetapi mesti dirasai oleh rakyat teramai," katanya.
Menyentuh pelaksanaaan agenda NBOS, Najib berkata ia memerlukan kerjasama jabatan berlainan dalam menjayakan setiap projek secara bersepadu.
Selain itu Perdana Menteri ingin melihat penjawat awam di semua peringkat kementerian, mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di samping meneruskan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.
"Sebagai warga penjawat awam, kita teruskan usaha penambahbaikan berdasarkan kepada tiga aspek yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti; pemikiran kreatif serta inovatif; dan penekanan kepada produktiviti.
"Tahun ini banyak inisiatif baharu akan diperkenalkan, termasuk pelan pembangunan pendidikan yang akan dibentangkan secara muktamad, dan ini juga akan beri kesan besar kepada masa depan dan pembangunan modal insan negara," katanya.
-- BERNAMA

25 ulasan:
YES FIRST!!!! FIRST!!! FIRST LA WOOIIII!!!!
Alamak,,second,,second,,fuh,,,
yeahh...3 pun xpe..hehehe
Mana janji karajaan nak bagi J/G17 ke J/G27...Janji Ditepati Kononnya...Puiiiii!!!!
Gaji Penjawat Awam Malaysia masih d tahap rendah d banding dgn peningkatan sara hidup yg meningkat...brg2 keperluan sengaja dinaikkan dab tidek dibendung untuk menguntung kroni2 yg menopoli barangan keperluan tersebut seperti gula, tepung dll..
PELUANG PA DARI SARAWAK YG ADA IJAZAH & SARJANA,UTK MEMAJU KERJAYA DLM KENAIKKAN PANGKAT DIANAK TIRIKAN...PENGGUNAAN PERMOHONAN JAWATAN KOSONG SECARA ONLINE MERAGUKAN.....
Ada ke patut temuduga SPA ahli panel hanya dari Jabatan saja dan tiada wakil SPA.
Gerenti aku tak dapat.
Tapi kalau dah ada kabel kira ok lah.
Aku tersentuh dengan gesaan PM, tapi ketua besar nampak rileks ajer...
mana kenaikan elaun perumahan....benda ni pun tak selesai lg....sewa bilik skrg dah rm380..dengan elaun yg ada skrg rm180... mana la cukup.... fikir sikit la dato...kaorg kaya,gaji besar..memang tak rasa benda ni...nanti PRU13 korg rasa la
Gaji Penjawat Awam Malaysia masih d tahap rendah d banding dgn peningkatan sara hidup yg meningkat...brg2 keperluan sengaja dinaikkan dab tidek dibendung untuk menguntung kroni2 yg menopoli barangan keperluan tersebut seperti gula, tepung dll..
...................................
Betul tu bro... Dulu (tahun 2009) kalau beli sadin tin kecil rm 1.50 skarang dah rm3.00, mee maggie Rm3.50 skarang dah RM5.00. Semua barang runcit telah naik sampai RM3.00+++. Kalau dulu kita belanja RM300.00 untuk barang dapur dan ditambah dengan kenaikan harga barang yang melambung sekarang, apalah sangat kenaikan gaji PA sokongan rendah macam kita ni ????????????????
yeahh...sokong 101%..huhuh..
Tak payah sibuk nak tentukan hala tuju PA! Pentadbiran sendiri pun tak tentu hala!!! Oii Cuepacs mana penambah baikkan SBPA? Tangga gaji? Kaedah kenaikkan pangkat/ujuian ganti PTK? Gaji pun naik ciput lagi nak tentukan itu ini? Biar kami PA yang tentukan hala tuju hang tu Najib lepas PRU 13!
"PENJAWAT AWAM TENTUKAN HALA TUJU PM LEPAS PRU-13"!!! wakakakakaka
SETUJUUUUU....!!!!
tentukn dlu hala tuju kak mah tu , kapal laut pn dia pegi rasmi..
Tanpa Nama berkata...
"PENJAWAT AWAM TENTUKAN HALA TUJU PM LEPAS PRU-13"!!! wakakakakaka
.....................................
ya betul tu..pas ni kak ros br bleh balik kg...org kg ramai rindu kat dia..
kak ros roti canai 1mlysia xde ke...?
TIN KARI AYAM 1 MALAYSIA TIDAK ADA RASA DAN KARINYA CAIR PULA...MCAM MANA NI..KUALITI TIDAK DIJAGA & MENGGUNTUNGKAN PENGELUAR & PENGEDAR BGANGAN 1 MALAYSIA
Betoi kata kwan..saya ada pengalaman beli barangan 1Msia..mutu nya rendah & tidak berkualiti
WAHAI MANUSIA YANG BERGELAR ORANG:
Mari kita rehatkan otak kita yang agak serabut dengan mendengar nasyid baru dan lama:
NASYID LAMA
El Suraya, Al Wathan, Orkes Nada Murni, Al Hidayah, Al Mizan, Al Jawaher dan banyak lagi;
NASYID BARU
Rabbani, Hijjaz, Firdausi dan memang banyak lagi jangan asyik dengar lagu Tak Ada Tak Ada sahaja.
Tak caya cuba dulu dan rasai kesannya dalam diri anda. Yes...!
Tak ada kualiti, itu pasal harga rendah, tumbesaran pun terbantut.
Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijil Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?
Sehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?
Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :
Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah.
Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.
Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga.
Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-
i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.
ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.
iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.
Hasilnya? Sungguh mengecewakan.
Sambungan...
Sekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.
Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.
Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.
Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002:
adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002
sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27.
sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan.
jadi untuk apa diteruskan?
Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30 tahun?
Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.
P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?
TOLONG KERAJAAN NAIK KAN GAJI ATAU ELAUN BAGI MERINGANKAN PA SOKONGAN DI SELURUH MALAYSIA SEBELUM PILIHANRAYA KE 13
adakah pekerja nbos ni akan diserap?
Catat Ulasan