Sinar Harian
7 Januari 2013
7 Januari 2013
PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menegaskan hala tuju
penjawat awam untuk tahun ini mahu mereka memastikan Belanjawan 2013
dilaksanakan dengan cekap dan lancar dengan memberi tumpuan kepada
agenda transformasi negara yang memberi kesan dan kepuasan kepada
rakyat.
Perdana Menteri berkata, sesuai dengan belanjawan (bertemakan 'Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati') sudah tentunya beliau mahukan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan dan penjawat awam memberi penekanan kepada pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).
Hala tuju yang berteraskan intipati Belanjawan 2103 ini akan secara langsung memberi suntikan besar kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui pengurusan eknomi yang baik, katanya pada perjumpaan bulanan pertama tahun 2013 dengan petugas Jabatan Perdana Menteri di Dataran Perdana di sini hari ini.
Beliau berkata, ia merupakan hala tuju yang perlu diberi penekanan oleh semua penjawat awam, ke arah menjadikan 2013 sebagai tahun yang amat cemerlang dalam lipatan sejarah negara.
Perpaduan dan jati diri nasional perlu diperkukuh berpaksi kepada gagasan 1Malaysia, agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dapat merasakan bahawa kerajaan hari ini sememangnya dipimpin oleh sebuah kerajaan yang adil, saksama dan bersifat inklusif, katanya.
Menurut beliau, pertumbuhan baik ekonomi negara yang berterusan menuntut kepada pengurusan yang baik, agar dapat memastikan bahawa kekayaan negara diagih kepada seluruh rakyat, berasaskan kepada keadilan sosial.
"Dengan cara ini kita dapat tentukan bahawa kekayaan negara tidak tertumpu kepada peringkat atau kawasan tertentu sahaja, tetapi mesti dirasai oleh rakyat teramai," katanya.
Menyentuh pelaksanaaan agenda NBOS, Najib berkata, ia memerlukan kerjasama jabatan berlainan dalam menjayakan setiap projek secara bersepadu.
Selain itu Perdana Menteri ingin melihat penjawat awam di semua peringkat kementerian, mencapai sepenuhnya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) di samping meneruskan kesinambungan dalam penambahbaikan sistem penyampaian kerajaan.
"Sebagai warga penjawat awam, kita teruskan usaha penambahbaikan berdasarkan kepada tiga aspek yang pernah saya sebutkan sebelum ini, iaitu perkhidmatan yang cepat, tepat, berintegriti; pemikiran kreatif serta inovatif; dan penekanan kepada produktiviti.
"Tahun ini banyak inisiatif baru akan diperkenalkan, termasuk pelan pembangunan pendidikan yang akan dibentangkan secara muktamad, dan ini juga akan beri kesan besar kepada masa depan dan pembangunan modal insan negara," katanya. - Bernama

26 ulasan:
YES, AKU FIRST! FIRST!!! FIRST LA WOOOIIII!!! YAHOOOOOOOOOOOOOOOOOO BERDERDERT AKU FIRST!!!!
yeahhh...2nd aku punyer...
Saya yang ketiga ye
Salam dari Flower
tpt aq sll jew pgw2 sh aq mcm2... aq x phm pg2 dh dew kj. lex bai, br kul 930 dew je sh bt. aq pg2 mud kj kurg lew... ptg skt bai br lew smgt. 930 bai! gla pe pgw2 skunk! igt aq kuli mk bpk ko kew?
ku sokg pgw2 diblsh... siap aq bw geng myvi extreme dgn junction produce ku... mau lr mn pgw2 haaaa!!!
yeh yeh... tnp cpcs ku dpt gk kj pap dlm gomens ni ... pirah smbg tul bla aq mtk tlg cpcs time cr kj... wek cpcs!!!!
Mana Janji Kerajaan nak bagi J17 ke J27...Mana dia????...Konon nya Janji Ditepati.....Puiiiiiii!!!!
Bro, lain kali harap jangan guna lagi perkataan ringkas macam ni ye. Susah orang macam aku nak baca dan faham.
MANA DIA PENGANTI SKIM SBPA ATAU PENAMBAHBAIKKAN SBPA...DAH NAK ELECTION NI????...GAJI PUN NAIK ALA KADAR BERBANDING KOS KEHIDUPAN
Salam semua.
Soal kemajuan dan kehebatan jika dibandingkan dengan KCS memang golongan Cik Sonah, Cik Kiah menggalahkan KCS. Kehebatan mereka terbukti. Melihat gelagat KCS seperti terkudung kepada dan terkulai layu.
Itulah kehebatan PTD dan tak dinafikan lagi. Cara persembahan lebih hebat.
UNTUK RENUNGAN BERSAMA:
Imam Al-Ghazali pernah berkata " Cara hidup kita di dunia adalah bayangan cara kehidupan kita di Akhirat nanti ".
Aku ingin melihat Allah SWT tetapi , keupayaan aku tidak mampu, namun aku mampu melihat keagungan Ciptaan dan Kejadian Allah.
Aku rindu mendengar kata-kata Allah SWT tetapi aku dapat mendengar kata-kataNya dalam Al-Quran Al-Karim.
Aku ingin bersahabat dengan Allah SWT, maka aku hanya mampu bersahabat dengan Rasulullah SAW dan Hadis-Hadis yang Baginda wariskan pada ulamak-ulamak.
Sesiapa yang hendak mengetahui kedudukannya di sisi Allah maka lihatlah kedudukan Allah di dalam hatinya. Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kedudukan hambanya di sisiNya sebagaimana hamba meletakkaNya di dalam dirinya."
Mat Jiwang2 Flower
penentuan pemenang anugerah nobel keamanan sejagat dan anugerah insan kamil siri 1 bil. 1 tahun 2013 adalah mengikut pengiraan mata yg dibuat oleh juri-juri berpengalaman yang dipilih oleh pihak kami. jadi, tanpa melengahkan masa kita umumkan pemenang bagi anugerah tersebut. dipersilakan dengan segala hormatnya.........................ehem ehem ehem, __ L __ __ R naik ke pentas utk menerima trofi beserta sijil....
utk makluman, beliau telah dua kali memenangi anugerah nobel keamanan sejagat. tahniah.
Clap Clap Clap........
Jum minum dulu kt presinct 8... pekena teh tarik dan roti canai wonne dulu la bai!
mmg lanchowla kjaan be end.konon janji nk ganti sbpa.skg ni kputusan mgkaji trsfmasi x klor plak.janji dec 12 klor.mmg haprakla najib rosmah.skg ni sebok plak sprm x bg use fb n mcm2 time kje.lanchowla korang sprm.sperma lg baik.taib mamod sprm siasat x abes pon.jerong2 buas puak atasan mkn billion rosmah guna jet esk n fuad zarkasi kmalusin jarjis rumah runtoh psl duit haram.. mmg lanchow pgurusan jpa ptd mbuatkan msia hancor
KATA SURUHANJAYA KHAS MENGKAJI TRANSFORMASI PA AKAN SERAHKAN KAJIAN KEPADA KERAJAAN PADA 31.12.12 TAPI SAMPAI SEKARANG PUN BAYANG N HABOK PUN TARAK NAMPAK.....masih kaji lagi ke?????
Kita sudah jadi bahan ujikaji .....
Harga Rumah naik melampau kerana PEMAJU mahu untung 60 % ....... laporan harian metro.
Harga Rumah naik melampau kerana PEMAJU mahu untung 60 % ....... laporan harian metro.
...........................................
Di sarawak terutama di sibu, harga rumah satu tingkat harganya menjangkau RM180,000.00+++. Dahlah kecik sangat berbanding harga, kalau duduk kaki diluruskan akan bertembung dengan kaki yang duduk di hadapan. Kos yang digunakan untuk batu bata, simen, besi dan kayu serta gaji, kos nya tak sampai rm80,000.00.
Manusia zaman moden khasnya golongan kaya terlalu taksub dgn harta dan wang. Mereka hilang pertimbangan terhadap manusia lemah dan mengamalkan nilai moral serta agama yg paling rendah. Semoga tindakan mereka dibalas dgn hebat sekali setelah mampus dari pentas dunia yg haru biru ini.
KERAJAAN SEKARANG PENIPU..MANA YANG PENGGANTI SBPA TU...CAKAP NAK RAK 31.12.12 NAK SELARASKAN GAJI...SAMPAI SEKARANG MASIH NAK KAJI LAGI....SAMP[AI BLA LAGI NAK KAJI..LANCHOW LAA....KERAJAAN MEMANG PENIPU....PUIII...CELAKA.....
Jangan banyak CAKAPLAH wahai pemimpin omno/bn..! Laksanakan Tranformasi Perkhidmatan Awam dengan segera,. Tunaikan tuntutan PA. Kami orang kampung bukan dapat apa-apa, puuiii. BRIM awak nak bagi selama 55 tahun perintah negara. AUTALAH...Kami tunggu PRU ke-13. Kamu mahu Perubahan kepimpinan...!!!
MAKSWIP Berjaya berkata...
Jum minum dulu kt presinct 8... pekena teh tarik dan roti canai wonne dulu la bai!
Selasa, Januari 08, 2013 8:43:00 PG
**************************************************************************
Salam semua
Jika mengharapkan suami sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah maka, jadikanlah diri anda semulia Saidatina Fatimah Az-Zahra.
Matlamat adalah kompas kehidupan. Hidup tanpa matlamat umpama kapal tanpa nakhoda, hanyut di tengah lautan. Terumbang-ambing dipukul arus dan gelombang kehidupan. Jika bernasib baik, terdamparlah ia di tepian, jika nasibnya malang, maka hanyutlah ia dan terus dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan karam.
Mat jiwang2 flower
pa.... jgn harap macm2 le... kau org hnya bahan kajian je....
tubuh s/jaya berbulan2, kaji benda apo tk tau.
nnti akan serah jpa, jpa kata dia akan kaji dlu hasil kajian suruhanjaya tu. kaji lg
nnti jpa akan serah kerajaan/kabinet... kerjaan akan kaji dlu. kaji lg.
berapa lm kaji tk tau lh... nk muntah dh aku ni.
WAHAI MANUSIA YANG BERGELAR ORANG:
Mari kita rehatkan otak kita yang agak serabut dengan mendengar nasyid baru dan lama:
NASYID LAMA
El Suraya, Al Wathan, Orkes Nada Murni, Al Hidayah, Al Mizan, Al Jawaher dan banyak lagi;
NASYID BARU
Rabbani, Hijjaz, Firdausi dan memang banyak lagi jangan asyik dengar lagu Tak Ada Tak Ada sahaja.
Tak caya cuba dulu dan rasai kesannya dalam diri anda. Yes...!
Penambaikan Skim Juruteknik J17 (Lepasan Sijil Politeknik) Masih Belum Selesai Selepas 30 tahun?
Sehingga ke hari ini pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) masih belum menggunapakai sepenuhnya Pekeliling Tahun 1983 dan 2002 yang berkaitan kenaikan skim Kejuruteraan gred J17. Pejam celik, pejam celik sudah hampir 30 tahun lamanya Jabatan Perkhidmatan Awam dilihat masih lagi gagal melaksnaakn pekeliling tersebut. Apa sebabnya?
Seperti biasa, apabila ditanya kenapa masih belum dilaksanakan, jawapan yang diterima :
Semua penambahbaikan skim perkhidmatan perlu diperhalusi, diperhalusi dan terus diperhalusi. Sampai bila? Entahlah.
Perlu diperbincangkan kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan dengan Ketua Perkhidmatan, pihak yang berkenaan serta tertakluk kepada kemampuan kewangan Kerajaan. Bunyinya seperti ada seribu macam masalah.
Akhirnya masalah ini sudah menginjak ke tempoh 30 tahun lamanya, tidak selesai-selesai juga.
Sedangkan, mantan Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia, Y.Bhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Judin Abdul Karim, melalui surat bertarikh 3 Mac 2010 kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, Jabatan Perkhidmatan Awam telah mencadangkan sendiri penambahbaikan Skim Perkhidmatan Juruteknik dan Pelukis Pelan seperti berikut:-
i) Skim Perkhidmatan Pelukis Pelan digabungkan dengan Skim Perkhidmatan Juruteknik dengan kelayakan minima Sijil dari Politeknik/Institusi yang diiktiraf.
ii) Skim Perkhidmatan Juruteknik bermula dari Gred Lantikan J27 dan disediakan gred-gred naik pangkat yang bersesuaian.
iii) Pegawai Juruteknik hanya boleh menjawat jawatan Penolong Jurutera/Jurukur Bahan/Pegawai Senibina sekiranya mempunyai kelayakan Diploma yang diiktiraf dan kekosongan jawatan.
Hasilnya? Sungguh mengecewakan.
Sambungan...
Sekiranya JPA memberikan alasan “perlu diperhalusi kesannya kepada lain-lain skim perkhidmatan yang berkaitan’’ akibat daripada kenaikan gred J17 ini, apa maknanya Pekeliling-pekeling yang dikeluarkan sebelum ini? Dan…kemungkinan besar skim-skim lain selain dari kelayakan Sijil Politeknik ini akan mengambil kesempatan dari perkara ini, walaupun syarat kemasukan ke skim mereka tersebut bukannya dari kelayakan Sijil Politeknik setaraf STPM.
Masakan tidak, JPA mengeluarkan sendiri Pekeliling Tahun 1983 dan Pekeliling SSM Tahun 2002 dahulu, tetapi tidak menepati JANJI dan MEMINGGIRKAN golongan Juruteknik J17 selama 30tahun. Kami percaya jika isu ini melibatkan sendiri gred gaji serta skim para pentadbir di JPA serta Ketua Perkhidmatan yang terlibat, kami yakin dan percaya isu seperti ini akan lebih pantas diselesaikan.
Isu ini juga adalah bukan disebabkan kemampuan kewangan kerajaan dan implikasi struktur organisasi, tetapi adalah berdasarkan punca kuasa kelayakan dan lantikan, yang telah diJanjikan JPA didalam Pekeliling tersebut.
Jika pihak JPA dan SPA terpaksa memperhalusi semua skim perkhidmatan dan memerlukan lebih masa untuk kajian terhadap pekeliling 1983 dan 2002:
adalah lebih baik kiranya JPA menarik balik dan membatalkan Pekeliling 1983 dan 2002
sekaligus menarik balik skim NT dan lain lain skim yang menggunakan Sijil Politeknik yang telah diberikan gaji atas gred 27.
sudah termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Kerajaan Malaysia berkaitan nilai taraf kelayakan Sijil Politeknik dengan ‘pelarasan’ yang dikatakan oleh JPA/SPA tersebut, tetapi masih lagi tidak dilaksanakan.
jadi untuk apa diteruskan?
Harapan kami agar pihak JPA dan kerajaan Malaysia dapatlah menyelsaikan permasalahan isu gred juruteknik dari J17 ke J27 secepat mungkin. Tambahan pula, isu kalangan mereka tiada elaun kritikal pun masih tidak diselesaikan. Hakikatnya mereka inilah yang hari- hari turun ke site. Bagaimana Perkhidmatan Awam Malaysia hendak memberikan khidmat terbaik kepada rakyat sekiranya sebahagian jentera perkhidmatan awamnya seperti golongan Juruteknik J17 yang menjadi frontline pembangunan infrastruktur negara masih tetap dipinggirkan dan dipermainkan selama 30 tahun?
Ini salah satu permasalahan dalam penjawatan rendah dalam sektor kerajaan. Kami yakin bukan sekadar melibatkan J17 sahaja,..banyak lagi perjawatan yang rendah lain telah dianaktirikan.
P/S : Cuepacs mungkin boleh melihat permasalahan seperti ini secara serius. Sepatutnya sudah tiba masanya untuk dilakukan kajian yang lebih menyeluruh terhadap perjawatan awam di Malaysia ini. Apa kata anda pula?
eee
elaun rumah bila nak naik.....?
Catat Ulasan