SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Februari 2013

SPA SUDAH TEMUI HAMPIR SEPARUH PEGAWAI LANTIKAN KONTRAK KERAJAA

Bernama
20/2/2013




 PUTRAJAYA, 19 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sudah menemui hampir separuh daripada kira-kira 50,000 pekerja kontrak kerajaan untuk mendengar dan seterusnya berusaha menyelesaikan masalah berkaitan taraf perkhidmatan mereka.

Pengerusinya Tan Sri Mahmood Adam berkata Jawatankuasa Mengkaji Masalah Pegawai-pegawai Lantikan Kontrak SPA Selasa mengadakan perjumpaan dengan wakil pegawai-pegawai kontrak dari Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), yang merupakan salah satu daripada tiga badan kerajaan yang mempunyai pegawai kontrak dalam jumlah yang banyak.

Beliau berkata dua lagi badan kerajaan yang mempunyai pegawai kontrak dalam jumlah yang agak besar ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) (kalangan guru-guru KEMAS), dan petugas dari Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Katanya jawatankuasa itu akan menyelaras setiap masalah yang dikemukakan dan akan melihat sekiranya ia dapat diselesaikan dengan segera dalam satu pertemuan wakil pegawai kontrak berkenaan dengan wakil-wakil dari jabatan yang berkaitan seperti SPA, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), KPKK sendiri, dan sebagainya.

Bercakap pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan wakil pegawai lantikan kontrak dari KPKK di sini beliau berkata, bagi masalah lebih rumit yang dilihat hampir mempunyai persamaan di kalangan pegawai di ketiga-tiga agensi berkenaan, pihaknya akan membuat penyelarasan dan mengemukakan syor kepada kerajaan mengenai cara menanganinya.



Mahmood berkata selepas ini pihaknya akan berusaha untuk 'engage' dengan pegawai kontrak dari jabatan-jabatan kerajaan lain yang mempunyai petugas kontrak di Putrajaya, sebelum mengkaji kemungkinan beralih kepada siri jelajah SPA ke negeri-negeri pula.



Merujuk kepada KPKK, katanya sehingga awal tahun ini kementerian itu memiliki kira-kira 1,122 pegawai lantikan secara kontrak.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mahmood berkata mulai tahun ini SPA akan menyerahkan sendiri surat lantikan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sebagai penjawat awam secara bersemuka.

"Dulu kita pakai pos sahaja, sekarang ni kita panggil pegawai serah sendiri (surat pelantikan), dan beri ceramah sikit mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam perkhidmatan awam," katanya.

Beliau berkata majlis pertama penyerahan surat pelantikan itu akan diadakan di ibu pejabat SPA di sini Khamis ini, membabitkan kira-kira 200 jawatan.

-- BERNAMA

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dapat lg 1st.....hahahahaha.....

Tanpa Nama berkata...

Isu pekerja kontrak lagi. Sila rujuk balik terma dan syarat yang telah ditandatangani sebelum ini. There should be no short-cut if we want to be fair to others. Jika kerajaan nak bagi jalan mudah kepada kumpulan pekerja kontak ini maka tidakkan keputusan itu nanti akan turut membangkitkan kumpulan pekerja kontrak sektor lain utk mendesak kerajaan melayan tuntutan mereka? Tidak berbaloi jika kerajaan berjaya selesai satu isu tetapi 100 lagi isu timbul baru. Sama2 kita fikirkan.....

orang kerajaan persekutuan berkata...

Isu pekerja kontrak lagi. Sila rujuk balik terma dan syarat yang telah ditandatangani sebelum ini. There should be no short-cut if we want to be fair to others. Jika kerajaan nak bagi jalan mudah kepada kumpulan pekerja kontak ini maka tidakkan keputusan itu nanti akan turut membangkitkan kumpulan pekerja kontrak sektor lain utk mendesak kerajaan melayan tuntutan mereka? Tidak berbaloi jika kerajaan berjaya selesai satu isu tetapi 100 lagi isu timbul baru. Sama2 kita fikirkan.....
=====================================================

busuk hati ngko ni. . biar la kerajaan nak buat apa pun. bodoh. dah dikaji semua tu. ko ni jawatankuasa dilantik kah menentukan keputusan kerajaan? Kalau bukan sedar diri tu siapa. ko ni patut dinyahkan dari kerajaan. bodoh

Tanpa Nama berkata...

Short cut amendenye bongok,, On the job training la.. to be fair amendenye..refer to swasta.. Pengalaman diutamakan baru tengok akademik,, tapi sebenarnya ko dengki dan goyang adik beradik ko x dapat kan,, eleh.. dengki le tu.. tak yah suruh orang fikir, ko yang tak dak otak leh fikir.. phuiii

Tanpa Nama berkata...

Maaf ye sbb takkan ade pa2 berita baik buat pekerja kontrak cuma jika nak terus kerja sila perbaharui kontrak utk yg dah tamat dan memohon jawatan tetap ikut tatacara yg telah SPA/JPA tetapkan. Sekali lagi maaf je.... nasib badan.

Tanpa Nama berkata...

Ade ku kesah? Padan muka pekerja kontrak, bagai anjing menyalak bukit yg tak runtuh2.

Tanpa Nama berkata...

apapun... serap jer lah, pekerja kontrak yang dah lama bekerja di sektor awam drpd hire yang baru. skim kontrak pihak JPA boleh create NEW. itu pun susah ker... walhal kalau nak bangkit isu waran bagi gaji, sama jer setiap kementerian/jabatan/agensi tempat pekerja kontrak itu bekerja.

cuba perhatikan, kat satu jabatan/agensi itu dah ada pekerja kontrak mengisi jawatan (post) dalam organisasi tersebut. pastu bleh plak ketua jabatan request pada kementerian mengatakan terdapat kekosongan jawatan tetap dalam organisasi di jabatan tersebut.

padahal pekerja kontrak tersebut dah bekerja melebihi 5 tahun ke atas. apa salahnya serap terus pekerja kontrak tersebut kepada jawatan (post) kosong dalam organisasi itu.

Tanpa Nama berkata...

smga ada berita baik untuk pekerja kntrak ni.... agar diserapkn ke jawtn tetap mgikut trm dan syarat...

Husni berkata...

Ade ku kesah? Padan muka pekerja kontrak, bagai anjing menyalak bukit yg tak runtuh2.
=================================
Astagfirullah.. bertaubat la ko. Esok Allah tarik pula rezeki ko baru kau sedar Kekuasaan-Nya. Jangan kau menidakkan kuasa Allah. Semakin ko menghina semakin rezeki ko jauh dari ko.. musibah ko dapat sakit yang ko terima. Masa tu baru ko sedar diri tu lemah

Tanpa Nama berkata...

saya juga mohon agar dipertimbangan pekerja2 kontrak kepada jawatan tetap memandangkan mereka telah berkhidmat lama bersama kerajaan n sudah tahu selok belok dalam government sector...

Tanpa Nama berkata...

Mari......... mohon jgn tak mohon selagi nyawa dikandung badan. Tapi adakah ia hak atau keistimewaan kita? Isu yg tidak ada penghujung selagi BN memerintah tapi mun PR confirm isu ni selesai kerana dasar mereka nak mengurangkan PA.

Tanpa Nama berkata...

Ade ku kesah? Padan muka pekerja kontrak, bagai anjing menyalak bukit yg tak runtuh2.
=================================

camna la lembu macam ni leh diterima masuk ke jawatan tetap, oo.. patut la hati busk sangat,, perut ko dah penuh dengan rezeki dari ot dan tnt haram,, ko tengok la apa jadi dekat anak2 ko nanti

Tanpa Nama berkata...

Pekerja kontrak sepatutnya diserapkan ke jawatan tetap memandangkan mereka sudah berpengalaman dengan tugas - tugas di jabatan / kementerian.

Unknown berkata...

ceupac kena mintak penurunan kenaikan pangkat KUP kumpulan sokongan kepada 8 tahun macam guru2...bukan cikgu jer yang nak hidup kat dunia nie dengan kereta dan rumah banglow ratusan ribu ringgit.....pekerja golongan pelaksana nak makan pon susah apatah lagi nak buat rumah ... sebab golongan pelaksana ni lah kuli batak yang kena buat keje.. tapi bila pasal naik gaji dan naik pangkat semua profesional dapat lebih..... pikirlah sikit...tiap-tiap tahun harga barangan naik , harga tanah naik , rumah naik .... kalau jadi presiden ceupac takpelah kot.... jangan pikir golongan tertentu jer....sebab orang lain pon nak hidup....jangan duk perjuang nak naikkan pangkat sesetengah golongan saje.....adillah..... apa kata semua golongan pelaksana kerajaan sokong pembangkang untuk PRU13....kite tengok plak macam mana? mane tau ada presiden ceupac yang baru

Tanpa Nama berkata...

Sokong pembangkang belum pasti akan menaikkan gaji kump pelaksana sahaja, gaji kump pengurusan dan profesional akan turut dinaikkan. Takde di dunia ni gaji pekerja awam lulusan spm mengalah gaji pegawai jusa yg ada ijazah. Bayangkan jika gaji kump pelaksana nak disamakan dgn pemegang jawatan ijazah tentu akan berlaku huru hara kerana berlaku benda yg tak logik. Pada satu hari nanti anak/ cucu anda yg brjaya memperoleh ijazah dan menjawat jawatan berdasarkan kelulusan sudah pasti hairan dan tidak setuju dgn cara bodoh menyamakan gaji mereka dgn lulusan spm atau diploma.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah banyak membaca rungutan2 pekerja kontrak tapi aku tak faham apa itu pekerja kontrak, adakah mereka ini bertaraf tetap?, ada pencen? ATAU pekerja yg boleh ditamatkan perkhidmatan pada bila2 jika kontrak dah tamat? Atau mereka tidak layak menikmati kemudahan spt pekerja tetap? Sengaja nak tanya, sebenarnya siang2 lagi saya dah tau......yeeeehah........

Tanpa Nama berkata...

Ade ku kesah? Padan muka pekerja kontrak, bagai anjing menyalak bukit yg tak runtuh2.
================================
inilah pemikiran dajal. Allah tak suruh kita samakan orang lain dengan anjing. Yang Allah suruh kita doakan yang baik-baik kepada manusia