SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mei 2013

GAJI MATI TINGGAL SEJARAH MENERUSI SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF - KSN

Bernama
5/5/2013



 MUAR, 2 Mei (Bernama) -- Gaji maksimum atau gaji mati dalam kalangan penjawat awam disifatkan tinggal sebagai sejarah selepas kerajaan memperkenal Sistem Saraan Transformatif baru-baru ini.

Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa berkata kini tiada lagi gaji maksimum untuk penjawat awam selepas kerajaan memperkenal pergerakan gaji khas tiga peratus setiap tahun.

"Kalau gaji sudah sampai mata akhir, setiap tahun akan dapat kenaikan tiga peratus sampai pencen. Dalam menuju ke arah negara berpendapatan tinggi, gaji penjawat awam juga akan meningkat mengikut kadar pertumbuhan ekonomi negara," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Guru Muda 1Malaysia Daerah Muar di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota di Muar, Khamis.

Beliau berkata ini merupakan penambahbaikan kerana sebelum ini penjawat awam yang sudah sampai ke tahap gaji maksimum hanya boleh menikmati pertambahan gaji apabila dinaikkan pangkat.

"Sedangkan dalam sistem piramid, tidak banyak jawatan untuk kenaikan pangkat," katanya.

Berita baik itu merupakan antara inisiatif Sistem Saraan Transformatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 11 Mac lepas, yang juga menghadiahkan penjawat awam satu kenaikan gaji tahunan pada 1 Julai ini.

Mengenai Sarana Guru Muda 1Malaysia, Ali berkata guru berusia 23 hingga 40 tahun dilihat sebagai ejen penggerak dan pemacu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Katanya, seramai 204,254 guru atau 49.5 peratus daripada jumlah keseluruhan guru di Malaysia boleh mengemukakan idea, kreativiti, inovasi, bakat dan penampilan dalam bidang masing-masing bagi menjayakan PPPM.

Sarana merupakan inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan, termasuk ibu bapa dan masyarakat, bagi melahirkan modal insan yang berkualiti global melalui sekolah.

--BERNAMA

30 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

1st!!!!!

eh? mana pi macai-macai yg rajin komen dlm ni? harini cuti ker? ker smua wat keje? wakakaka

Tanpa Nama berkata...

macai2 semua dh brhenti keje coz xpuas hati pembangkang kalah teruk pru 13 baru ni....hahahahahahahahahahahaa

Tanpa Nama berkata...

MINTA JASA BAIK DATO DAN PM - KAJIAN BERAPA RAMAI KUMPULAN SOKONGAN YANG MEMPUNYAI DIPLOMA DAN IJAZAH DI SEMUA KEMENTERIAN/JABATAN/BADAN BERKANUN PERSEKUTUAN/AGENSI KERAJAAN/PBT DAN LAIN-LAIN CONTOHNYA MENJADI PEMBANTU TADBIR DAN PENOLONG PEGAWAI DAH SEKIAN LAMA WALAUPUN MEMPUNYAI PENDIDIKAN YANG TINGGI....KENAIKAN PANGKAT ADALAH TERBATAS....NAK TUNGGU TIME BASED 13 TAHUN...KADANGKALA GOLONGAN P & P HANYA MEMANDANG KAMI SEBELAH MATA JER...TAHAP PENDIDIKAN ADALAH SAMA CUMA GRED DAN GAJI YANG BERBEZA....MOHON DIBERIKAN ELAUN KHAS ATAU APA2 FAEDAH KEPADA KUMPULAN INI.

ATAU UBAH KELAYAKAN MASUK:

1) P & P : KELAYAKAN MASUK MASTERS

2) PENOLONG PEGAWAI PELBAGAI SKIM : KELAYAKAN MASUK IJAZAH

3) PEMBANTU TADBIR PELBAGAI SKIM: KELAYAKAN MASUK DIPLOMA/STPM

4) PAP / PRA /PEMANDU/ KESELAMATAN/TUKANG: KELAYAKAN MASUK SPM

Tanpa Nama berkata...

bila JPA nak keluar pekeliling dan kuatkuasakan KUP13 thn dan KGT diawalkan ni?

Tanpa Nama berkata...

Perlukah omar osman di gantikan?..
1.perlu
2.tidak perlu
3.amat perlu
4.sangat perlu

Vote for omar osman, 1,2,3 & 4

Tanpa Nama berkata...

tak lama lagi nak bulan 7... bila pekeliling nak keluar ni..???? bahagian gaji pun tak dapat buat apa2 pasal pekeliling berkenaan perkara tersebut sampai sekarang tak keluar2..

Tanpa Nama berkata...

macai2 semua tgh hibernate tuh, maklum le pru dh abiss... menjelang pru-14 nanti hidup balik ler derang.


muahaha

Tanpa Nama berkata...

Macai kilang, muncul bangkai pulak yg bermaharjalela....huhu

Tanpa Nama berkata...

MANA JANJI???????? NAIKKAN GRED 'N' YG DAH BERKULAT!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

mana pekeliling naik gaji 1 julai ?

Tanpa Nama berkata...

Elaun Rumah kepada N17 ... bila nak naik ?

Tanpa Nama berkata...

Soal kebajikan Staf bawahan elok lah KSN dan KPPA fikirkan bagaimana cara terbaik untuk membantu mereka...

Sekarang kerajaan bertekad menjadikan Malaysia berdaya gaji tinggi.... untuk memulakan CYCLE/PUSINGAN RODA EKONOMI ini ... mulakan dengan naik gaji minimum RM1500 bagi gred paling rendah dan selaraskan semua Gaji PA selaras dengan kenaikan gaji minimum.

Jika gaji minimium PA RM1500 di campor elaun elaun boleh lah dapat RM2000 di tolak balik potonga KWSP/PERKESO ... RM1750 net.

Dengan ini putaran roda ekonomi dijangka baik. bermakna peniaga akan dapat untang dan dapat membayar gaji pekerja swasta dengan lebih tinggi lagi dari RM900 sekarang!!

Tanpa Nama berkata...

Cadangan diadakan SKIM TABUNG PINJAMAN KESIHATAN KELUARGA.

Ini bagi memboleh PA membuat pinjaman segera bagi RM10K setiap kali ada keperluan melunaskan bil hospital dan rawatan kesihatan untuk keperluan diri, keluarga dan ibu/bapa dan ibu/bapa mertua.

Maksimum PA boleh buat pinjama 5 kali sepanjang perkhidmatan. Setiap pinjaman boleh dibayar balik dalam tempoh 5 ke 10 tahun.

Kadar Faedah : 0%

Jenis bil perubatan ialah Mana-mana bil rawatan kesihatan yang tidak termasuk dalam senrai yang layak di bayar oleh kerajaan seperti

1. Pembedahan
2. Masuk Wad Pesakit Dalam
3. Rawatan Gigi
4. Rawatan Katark/Lasik
5. Alat Bantu Pendengaran
6. Alat Bantu Penglihatan
7. Kerusi Roda
8. dll yang boleh dicadangkan dari masa ke semasa.





Tanpa Nama berkata...

agak agak naik tak elaun rmh untuk kump sokongan time bajet 2014 september nanti..dah bertahun tahun menanti elaun tetap 180 tak gerak gerak

Tanpa Nama berkata...

katanya ada 2 perkara yg mlibtkn pnmbhbaikn gaji d sektor awam
1) kenaikan gaji tahunan 2 kali stahun pd thn ni (bln julai)
2) stm gaji baru yg mlibtkn knaikn yg agak optimum jgla ( informadi dr guru2 yg tlah hadir taklimat baru2 ni)

kita masih mnunggu2 pekeliling dr jpa bg tujuan tersebut...kmgkinan besar akn dkluarkn pd buln jun depan....

Tanpa Nama berkata...

tentang bab campur tgn politik dlm PA itu ada kbnrnnya jg..we have to look case by case....biasanya mlibtkn pegawai2 kerajaan yg bertaraf JUSA.. yg d bwh ni mngikut je...klo buat perangai pasti buah TATATERTIB akn dikumandgkn...ada stuju?

Tanpa Nama berkata...

pekeliling ttg 1 julai naik KGT lagi akn keluar pada jun ini ke ??

betul ?

Tanpa Nama berkata...

mana pekeliling naik gaji 1 julai ?
___________________________

tunggu julai leeeee

Tanpa Nama berkata...

kalau baru start kerja bulan 5 dapat juga ke kenaikan gaji bulan 7?

Tanpa Nama berkata...

baru masuk keja bulan 5 tak layak.t.kasih

Tanpa Nama berkata...

maklumat terkini,pekeliling kelua bulan 9 selepas hari raya.

Tanpa Nama berkata...

biasala jpa yang dipenuhi dengan poyo tahap dewa tu memang kija selowwww!!! semua lembab buat pekeliling pun merangkak!

Tanpa Nama berkata...

Kerani yg nk buat surat pklling bukn tk nk buat cepat....
Tp ada tangan yg tk bg lampu hijau lg..... Paham2 je la.... Surat tu 5 minit boleh siap, sebb kerangkanyer udah ada, tinggl cetak jer

jebatn9 berkata...

Betul tu..pekeliling ttg kenaikan bulan Julai mana? Kata hadiah utk penjawat awam dr Najib..Kabinet dah dibentuk so, takde masalah pun nak keluarkan pekeliling..kot JPA mmg slow buat keje? Ramai tertunggu-tunggu ni

Tanpa Nama berkata...

aku tanya kerani bahagian gaji yg buat kew. 8 mcm mana dengan kenaikan gaji bulan julai ni jadi ke tak..?? kerani bahagian gaji kata kami tak dapat buat apa2 kerana tiada sekular berkaitan kenaikan tangga gaji pada bulan julai tersebut.. nampaknya kenaikan gaji bulan julai tiadalah / tertunggak kerana kebiasaanya gaji akan dapat dlm masa 3 bulan... najib umumkan pada bulan 3 tetapi sekarang dah nak hujung bulan 5 tetapi sampai sekarang pekeliling tak keluar2...

Tanpa Nama berkata...

sedihnya,,,,,,,,,,,,,,1 julai tiada kenaikan gaji.
najib tipu?

Tanpa Nama berkata...

Ye la kan? selepas pru 13 ni aku dapat perhatikan Najib ni nampak senyap je.

Tanpa Nama berkata...

sabauu... tgk bln jun nnti cmna

Tanpa Nama berkata...

Selagi semua penjwat awam tak dpt time base cam cikgu....selagi tu la....

Tanpa Nama berkata...

Knape cikgu dpt 8 tahun...
Yg lain dpt 13 tahun timebase