SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

24 Mei 2013

KPDNKK, CUEPACS PERLU DIDIK MASYARKAT CELIK KEPENGGUNAAN

Bernama
24/5/2013

KOTA KINABALU, 23 Mei (Bernama) -- Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) harus berperanan mendidik masyarakat Malaysia, khususnya di Sabah agar celik isu kepenggunaan.

Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Abu Bakar Hassan berkata langkah itu bagi mengelak masyarakat daripada terpengaruh dengan sebarang naik turun harga ekoran pasaran bebas dunia.

"Kenaikan harga ini akan memberi kesan terhadap barangan keperluan dan perkhidmatan kepada pengguna. Oleh itu, kerajaan sentiasa berusaha membantu masyarakat untuk mengurangkan kos perbelanjaan harian.

"Kenaikan harga seperti bahan api di pasaran dunia telah menyebabkan kerajaan menstruktur semula harga runcit minyak di Malaysia," katanya pada penutupan seminar kepenggunaan sempena Bulan Pengguna Kebangsaan 2013 peringkat negeri Sabah di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah di sini hari ini.

Abu Bakar berkata kerajaan melalui pejabat KPDNKK telah melaksana pelbagai insentif untuk rakyat seperti Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M), Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M), Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) dan Kad Diskaun Skuad Pengguna (SP).

Kerajaan juga katanya telah membuat penyeragaman harga barangan kawalan untuk masyarakat luar bandar dengan melantik pembekal untuk menghantar terus barangan kawalan tersebut.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Rakyat khususnya golongan bumiputera yg tinggal di kawasan luar bandar harus di'bainwash' utk memulau mana2 pihak spt para peniaga yg menindas mereka dari segi kenaikan harga barang dan mutu barangan yg dijual. Para pengguna harus bersepakat menggunakan kuasa memulau supaya para peniaga tidak menaikkan harga barangan sesuka hati saban hari. Biar sampai ada peniaga yg gulung tikar; jika pengguna dpt berbuat demikian maka ia merupakan kejayaan bagi pihak pengguna. SEMOGA KITA ADA SEMANGAT INI DAN AMALKAN SELAMANYA SUPAYA TIDAK ADA PIHAK YANG BERANGGAPAN BAHAWA PENGGUNA DI NEGARA INI MUDAH DITIPU. SEMOGA BERJAYA...

Tanpa Nama berkata...

lancau..!!! harga barang semua naik sekarang nie, gi jea mana saja JUSCO, GIANT, D'MART, KEDAI 1 M'SIA, semuanya cekik darah, kecuali TESCO ada sikit murahnya, kedai runcit lainnya lagi cekik darah.. duit RM50 mcm RM5 skg nie.. kepala butoh masak asamlah kau org..

Tanpa Nama berkata...

duit RM50 mcm RM5 skg nie..

===============

sokong, 50 hanya boleh beli milo, cream craker, susu dan beras timbang je..