Utusan Malaysia
24/6/2013
24/6/2013
KUALA LUMPUR 23 Jun - Majikan dinasihatkan supaya tidak mengambil
kesempatan terhadap kelonggaran yang diberi oleh Kementerian Sumber
Manusia dalam pelaksanaan dasar gaji minimum.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, kelonggaran tersebut perlu
bertempoh supaya nasib pekerja tidak terabai.
"Kebajikan pekerja mesti diberi keutamaan jika majikan mahu
memastikan syarikat atau perniagaan mereka lebih maju dan berdaya saing.
"Pihak kerajaan perlu meneliti beberapa aspek seperti kos operasi
yang ditanggung oleh majikan dalam menilai pihak yang layak diberi
kelonggaran," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Akhbar melaporkan majikan yang mempunyai masalah dalam melaksana
dasar gaji minimum akan diberi kelonggaran sekiranya dapat memberikan
alasan munasabah kepada Kementerian Sumber Manusia.
Menterinya, Datuk Richard Riot berkata, input daripada majikan itu
akan dibincangkan wakil kementerian, kesatuan sekerja serta majikan dan
hasilnya akan menentukan sama ada majikan berkenaan boleh melanjutkan
tempoh permulaan pelaksanaan gaji minimum atau sebaliknya.
Sementara itu, Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia
(MTUC), Abdul Halim Mansor pula berpendapat kelonggaran tersebut adalah
tidak wajar berikutan dasar gaji minimum memainkan peranan penting
meningkatkan kebajikan pekerja berpendapatan rendah.
"Selaras dengan matlamat utama kerajaan dalam menjana pertumbuhan
ekonomi negara, pihak kami percaya dasar gaji minimum boleh memberikan
manfaat kepada negara dalam jangka panjang," katanya.
1st lagiiii..yahoooo..ada aku ksah
BalasPadamno. 2 cukup la....
BalasPadamgaji minimum pekerja awam pun rendah dari pekerja swasta.. apa cerrrr.....
BalasPadamTanpa Nama berkata...
BalasPadam1st lagiiii..yahoooo..ada aku ksah
*************************************************************************
tak ada kerja keeeee?
Mentaliti pekerja bawahannnnnn
Biasala.. kerja dgn gomen
PAR di perodua pun dapat bonus 6 bulan gaji tahun 2012. Klu basic RM1000 pun dah dpt RM6000
fikir-fikirkanlah
Dasar nak bela pendatang asing itulah jadiny
BalasPadamDulu pekerja tempatan bekerja dikilang boleh juga 7-8ratus,, masuk pendatang asing gaji 4-5ratus, so salah siapa jika rakyat tempatan tak mahu bekerja dikilang?????????
BalasPadamhttp://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf
BalasPadamPekiling ini menunjukkan sijil-sijil kejuruteraan dari politeknik setaraf dengan stpm. Hebahkan.
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/16/pp162009.pdf
BalasPadamPekiling ini menunjukkan sijil-sijil kejuruteraan dari politeknik setaraf dengan stpm.Menunjukkan tidak ada keadilan dalalm MALAYSIA.. Hebahkan.
kerajaan patut mulakan dulu . Bagi kakitangan awam gaji minimun , baru boleh pihak swasta ikut . ni tak , suruh swasta buat sedangkan kerajaan tengok saja . menteri-menteri akai ada ke ?
BalasPadam
BalasPadamBATU PAHAT – Seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mendakwa terpaksa membayar RM45 hanya untuk tiga gelas air minuman yang dinikmatinya bersama dua lagi rakannya, di sebuah warung di sini.
Mohd Hamidi Mad Tap, 37, berkata, dia bersama dua rakannya ketika itu dalam tugasan untuk membuat pemotongan bekalan elektrik di warung berkenaan.
Sementara melaksanakan tugasan itu, dia memesan tiga jenis minuman iaitu teh ais, milo ais dan teh O di warung tempat proses pemotongan bekalan utiliti dibuat.
“Saya ke warung itu adalah untuk memotong bekalan elektrik yang tertunggak sejak tujuh bulan lalu. Sementara menunggu urusan selesai, saya dan rakan memesan tiga jenis air untuk diminum.
“Kami hanya minum sahaja dan tidak memesan sebarang makanan, atau apa sahaja yang ‘special’ di situ. Bagaimanapun kami terkejut dengan jumlah bayaran iaitu sebanyak RM15 untuk setiap jenis air.
“Lebih menyakitkan hati saya, apabila baki sebanyak RM5 setelah saya menghulurkan wang RM50 itu dipulangkan dengan wang syiling,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Hamidi tidak menolak kemungkinan peniaga terbabit bengang dengannya yang bertindak memotong bekalan elektrik di warung tersebut.
“Apa pun alasannya, perkara ini tidak patut terjadi kerana kami juga sebagai pelanggan di warung terbabit, dan saya meminta resit bagi setiap air yang telah kami pesan.
“Saya juga memerhatikan, warung berkenaan juga tidak mempunyai papan tanda harga yang sepatutnya menjadi garis panduan buat pelanggan seperti saya ini,” katanya.
Menurut Hamidi, dia meminta pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) supaya menyiasat dan mengambil tindakan yang tegas.
Selain itu katanya, peniaga warung berkenaan juga hanya mengeluarkan resit biasa sahaja yang ditulis dengan tangan, selain tidak mempunyai nama atau alamat warung berkenaan.
Dakwanya lagi, jika ia benar-benar istimewa, ia perlu mempunyai resit yang dicetak menggunakan komputer, sebagaimana restoran makanan segera.
“Peniaga terbabit perlu dikenakan tindakan sewajarnya sebagai memberi pengajaran kepadanya serta peniaga lain dan tidak melakukan kesalahan dengan menindas pelanggan lain pula,” katanya.
Sinar Harian kemudiannya, melakukan tinjauan di warung berkenaan dan cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pemilik warung berkenaan, namun dia enggan mengulas lanjut insiden terbabit. - Sinar Harian
Itu sudah dkira nasib baik lg pekerja TNB ni hanya dikenakan cas rm45 utk 3jenis minuman. Kalau dtempat aku d Grik Perak pkerja TNB ni tokey warung bg minum free aje.. tp lepas minum n blk umah compooommmm muntah darah sbb kena SANTAU ngan tokey kdai tu. Akaiiiii ada ka? Dah hang p potong letrik kt warung tu n lps hang potong hang nk tunjuk hero p order minum pulak. Kalau aku jd tokey warung tu n aku pun marahhh... hang dah menutup pintu rezeki dia n hang ada pikir ka dia ada tanggung jwb nk sara 4bini n 40org anak.
PadamJgn jd bahlol. Jangan la smua nak free je. Ini bukan tnb 1malaysia...lol
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamTanpa Nama Tanpa Nama berkata...
BalasPadamItu sudah dkira nasib baik lg pekerja TNB ni hanya dikenakan cas rm45 utk 3jenis minuman. Kalau dtempat aku d Grik Perak pkerja TNB ni tokey warung bg minum free aje.. tp lepas minum n blk umah compooommmm muntah darah sbb kena SANTAU ngan tokey kdai tu. Akaiiiii ada ka? Dah hang p potong letrik kt warung tu n lps hang potong hang nk tunjuk hero p order minum pulak. Kalau aku jd tokey warung tu n aku pun marahhh... hang dah menutup pintu rezeki dia n hang ada pikir ka dia ada tanggung jwb nk sara 4bini n 40org anak.
* org yg komen di atas ni mmg lg xda otak. bukan dia saja nk potong.dh 7 bln tetunggak..
paham ke x statement dia.. lolz..
nk bkak kdai pn xkn smpai 7 bln x byar letrik.kasi bkembang cket la sel2 otak 2 nk komen pn..
x kisah la nk sara bpa ribu anak pn. dh guna letrik bayar la..