24 Jun 2013

PENJAWAT AWAM PATUT BERSYUKUR DENGAN PERGERAKAN GAJI JULAI INI - CUEPACS

Bernama
23/6/2013


MUAR, 23 Jun (Bernama) -- Penjawat awam patut bersyukur dengan pemberian faedah pemindahan gaji bersamaan kadar satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai ini, menurut Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

Timbalan Presidennya Azih Muda berkata walaupun kenaikan itu dilihat kecil oleh sesetengah pihak, ia memberi faedah besar kepada penjawat awam dalam jangka masa panjang.

"Walaupun kenaikan ini tidak besar, tetapi ia jelas menunjukkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) amat prihatin terhadap kebajikan penjawat awam," katanya pada majlis perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-30 Koperasi KOSPETA Malaysia Berhad di sini Ahad.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan pelaksanaan eksesais itu susulan keputusan kerajaan berkaitan kajian penambahbaikan skim perkhidmatan awam, landasan kerjaya dan pembetulan kepada masalah struktur gaji.

Menurut JPA masalah struktur gaji akan diselesaikan sebelum 31 Dis ini.

Mengenai bonus tahun ini, beliau berkata Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan habuan lebih baik daripada satu setengah bulan gaji tahun lalu.

Azih berkata Cuepacs juga berharap kerajaan memperuntukkan 30 peratus daripada sejuta buah rumah mampu milik yang akan dibina dalam tempoh lima tahun akan datang kepada penjawat awam.

-- BERNAMA

65 ulasan:

  1. Syukur alhamdulillah.

    BalasPadam
  2. Bila gaji dan gred 7 agensi penguatkuasaan akan naik ? Gred j17 dah naik j27 ? Kami bila ? Admin tlg jawab?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu suruh belajar rsjin malas. Kat sekolah kaki lawan cikgu.... nah sekarang baru kau tahu....

      Padam
    2. Bile gred kelayakan pmr nk diupgrade ke spm

      Padam
  3. Aku J17. Sapa kata J17 naik ke J27 atau J29????. Ini semua khabar angin saja. Mana buktinya????

    BalasPadam
  4. Juruteknik,Pembantu Pertanian akan naik pada 1 julai atau 15 Julai 2013.Minta cuepac lihat balik lain-lain skim dibawah kemneterian Pertanuian contoh Jabatan Perikanan krn ada perbezaan sikit antara Pertanian,Mada ,LPP,Risda yg menggunakan sijil institut Pertanian.Perikanan gunakan sijil SKM tahp III.Adakah dengan kenaikan gred tidak melibatkan Jabatan Perikanan.Minta YB Dato lihat.

    BalasPadam
  5. 1 Kumpulan sokongan dari gred 1,7,17 ,27, 32,36,38 sepatutnya diboleh naik sehingga gred 40 dengan kemahiran dan pengalaman serta kepakaran yang ada bagi semua skim, GURUke, JURUTETNIK ke, PERTANIAN ke. dll.
    2. Saya difahamkan cuma jawatan Penghulu dan Kesihatan boleh mencapai peringkat ini iaitu NP40 dan U40 masing-masing.
    Sepatutnya semua boleh lah dan J/Kuasa penambahbai JPA perlu menilai balik sebelum akhir tahun ini iaitu sebelum perkeliling JPA dikeluarkan akhir tahun ini 2013.
    3. Diharap CUEPACS bawa perkara ini segera.

    BalasPadam
  6. Setiap Gred perlu tubuhkan kesatuan kerana dengan adanya kesatuan dan bernaung dibawah cuepacs akan datang memperjuangan hal-hal kebajikan kakitangan.contoh kita lihat kestauan yang kuat spt guru,bomba,JPJ dll.Kita lihat kesatuan yg baru akan mendapat tentangan dari pihak atasan kerana mereka akan rasa tertekan dan mengambil berbagai tindakan terdapat usaha-usaha murni bagi menubuhkan kesatuan.Maksudnya bagi gred sokongan tu buat la kertas kerja sendiri untuk mendapatkan apa-apa imbuhan dari kerajan contoh bonus,kenaikan elauan,pelarasan,kenaikan gred atau dll.Jgn berharap pegawai atasan atau pentadbiran akan menolong krn mereka akan membantu pada perancang awal tetapi taktikal akhir akan masuk gol sendiri bukan gol lawan.dari tahun 1980an bekerja hingga pencen awal begiru nasib yang diterima perubahan gaji,gred la,,dipanggil seluruh malaysia dibentang dan akhirnya sunyi sepi sehingga lah berpencen tetapi habuk pun tarak.hanya ss sahaja.Tolong liha Industri Perikanan Negara yang diterajui oleh Jabatan Perikanan Malaysia dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

    BalasPadam
  7. patut bersyukur?memang kami bersyukur walaupun kenaikan ini tidak adil bagi kami yang bergred 26 kebawah....sepatutnya kerajaan kena kaji dulu sebelum nak membuat pekara sebagini.kenapa gred 26 kebawah diberi kenaikan mengikut kenaikan gaji tahunan?sepatutnya pemberian seperti ini tidak mengikut KGT tetapi mengikut keadaan.sebagai contoh N17 mendapat KGT Rm95 setiap tahun sedangkan DG41 mendapat Rm225 dan beza ini sangatlah jauh.untuk KGT mungkin patut sebab gred mereka tinggi tetapi kalau dalam soal pemberian janganlah mengikut KGT tetapi mengikut kos sara hidup.apa salah nya penberian untuk N1 sampai N17 Rm110 ke dan N22 Sampai 26 Rm130 supaya jarak gaji tidaklah jauh sangat dengan gred yang lain.

    BalasPadam
  8. Kami memang bersyukur kerana mempunyai pembangkang yang kuat. Pakatan Rakyat kuat, rakyat senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hello,
      jgn bodoh berfikir...ini semua adalah dari desakan ahli kerajaan sendiri bukannya pembangkang. Pembangkang tidak pernah sekalipun dalam sejarah meminta kerajaan naikan gaji penjawat awam sebaliknya penjawat awam macam awak tu.nak di hapuskan oleh mereka. Pandai2 lah sikit kalau nak bersyikur tu...bodoh!!

      Padam
  9. Rugi bagi sapa yang KGT bulan Jan dan April.

    Untung bgi yang KGT bulan Julai dan Oktober.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sapa kata januari dan april rugi, mereka tu lah yg untung kerana ada tunggakan dari bln januari/april utk KGT mereka. Bahaya betul engkau ni, nasib baik bukan engkau yg urus KEW.8 utk kenaikan gaji PA. Utk makluman: kumpulan PA yg lantikan/kenaikan bulan januari lah yg paling untung dari segi gaji dan senioriti. ENGKAU FAHAM?

      Padam
  10. Rugi bagi sapa yang KGT bulan Jan dan April.

    Untung bgi yang KGT bulan Julai dan Oktober.

    Isnin, Jun 24, 2013 2:10:00 PTG


    Laaa.. rugi ape nya... KGT korang dh naik skali... lps tu naik gi bln julai... kira 2 kali KGT la..
    Kami KGT julai naik 2 kali gak pd julai... sementara KGT okt.. naik julai skali.. lps tu okt naik skli gi.. cukup la 2 kali... Jadi? ada beza ke? kan tiap2 org akan merasa KGT 2 kali.... itupun x faham2 lagi ke? Ke merasa x cukup2 lagi...bersyukur la..

    BalasPadam
  11. perbezaaan gaji yg junior dan senior tak jauh bezanya sekarang ni.. hampir sama.. ambil contoh yg dh bekerja 5 tahun dgn yg dh bekerja 10 tahun memang tak jauh pun bezanya.. harap pihak kerajaan ambil serius akan perkara ini...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hampir sama tk pe lagi tuan, gaji aku dh kena potong oleh junior.....
      Puncanya kenaikan 13% ari tu, junior naik januari aku oktober.....haru biru

      Padam
  12. KUP 13 tahun aper cerita? kalau ikut pengumuman PM tempohari, pemberian 1 KGT dan KUP 13 tahun berkuatkuasa pada Julai ini. Yang nampak sekarang ni hanya KGT sahaja diwar warkan.

    Sekian... yang dah kejer 14 tahun, tunggu KUP J36. huhuhu

    BalasPadam
  13. Semoga kita sama-sama dapat bersedekah padsa bulan ramadhan nanti

    BalasPadam
  14. kepada Tanpa Nama 2:45 dan 3:53 PTG.

    Kalau Tanpa Nama 3:53 PTG kata ada tunggakan untuk yg KGT Jan dan April, itu ok. tapi kalau tak ada mmg akan rugi 6 bulan (bagi KGT Jan) dan 3 bulan ( bagi KGT April)

    KGT Jan dan April untuk tahun 2013 mmg dah dapat. Then akan naik bulan Julai sekali lagi, untuk kenaikan sekali lagi Julai ni bg yang KGT Jan akan naik selama 6 bulan sahaja seblum kenaikan KGT biasa pada bulan Jab 2014 nnti

    Cuba lihat KGt Julai atau Okt.
    Bagi KGT Julai, mereka akan naik 2 kali serentak dan KGT special yg dpt Julai ni pn akan berpanjangan selama setahun sehingga Julai Tahun 2014. makna nya keuntungan bayaran selama 6 bulan tu.

    Kalau yg naik bulan Oktober pula,
    Ikutkan mereka akan naik sepatutnya bln 7 tahun ni dan bulan 7 tahun depan. Tp sebab dapat KGT special bulan Julai hingga Okt tahun depan dia org untung 12 bulan iaitu lebih 3 bulan berbanding yg Julai tadi.

    MMg la semua akan dpat KGt yg sama pada bulan Julai ni dan dari segi jumlah gaji KGT tetap akan sama tapi rugi dalam pembayaran beberapa bulan untk yg KGt Jan dan April.

    Tp kalau kata Tanpa Nama 2:35 pt td ada tunggakan, alhamdulilah.

    Tp buat masa ni tak ada plak dgr ada tunggakan tu.

    hehehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau takde tunggakkan utk yg bln jan dan apr maka kerajaan telah memperlihatkan keburukan sistem ini kerana ada kumpulan yg teraniaya dan ada pula yg untung. Walau apa pun tunggu saja penyata gaji bulan julai. Harap kerajaan berlaku adil bukan mengucar-kacirkan sistem yg kononnya terbaik daripada sistem2 sebelumnya. Tiada guna buat pembaharuan jika keadaan bertambah teruk kerana yg buat kerja2 ini bukan calang2 org maka seharusnya tanpa cacat.

      Padam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. terima kasih...syukur

    BalasPadam
  17. owah bukan main lg klu pasal kira gaji..tp yang sedihnya yang gred 17 ni masih ditakuk lama juga..Gred 11 banyak dah dinaik ke skel 17..weii N17 bangun anda di pejabat pastinya lebih tahu mengenai perubahan semasa..aku hasut N17 agar bangun dan bersuara minta juga perubahan kenaikkan skel..anda majority tau.. :P

    BalasPadam
  18. ala bagi ajer gred 17 tu ke gred 21.. kita akan perjuangkan juga.

    BalasPadam
  19. Apa pula untungnya kenaikan bulan Julai dan bulan Oktober. Pd tahun 2013 kenaikan bulan jan dan april mka akan dpt kenaikan (jika belum mkin ada tunggakan pd bulan julai) dan akan dpt sekali lagi kenaikan pd bulan julai bersama-sama PA yg dpt kenaikan bulan Julai dan Oktober. Yg kenaikan bulan Julai akan dpt 2x kenaikan pd bulan julai manakala kenaikan bulan oktober akan naik kenaikan biasa pd bulan oktober samalah seperi kenaikan bulan jan, april dan julai. Jgn kelirukan PA yg lain..tak faham cuba baca pekelililing jpa terbaru. Tahun 2014 kenaikan biasa bulan jan, april, julai dan okt.

    BalasPadam
  20. bagi gred 21 tapi gaji sama gan gred 17, hehehe.

    BalasPadam
  21. betul..betul.. betul

    BalasPadam
  22. Syukur pada yg ada. Pemberian satu anugerah. Jgn pertikai n buat nilai. Hati, jiwa, perasaan akn mematikan seseorg sekiranya ianya tidak dmurnikan ngn fkran positive.

    BalasPadam
  23. owah bukan main lg klu pasal kira gaji..tp yang sedihnya yang gred 17 ni masih ditakuk lama juga..Gred 11 banyak dah dinaik ke skel 17..weii N17 bangun anda di pejabat pastinya lebih tahu mengenai perubahan semasa..aku hasut N17 agar bangun dan bersuara minta juga perubahan kenaikkan skel..anda majority tau..

    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    blom selesai lg..pengawal keselamatan gred kp 11 masih statik...cuepacs pe cite ni????

    BalasPadam
  24. cuepacs ni buat blog ntah baca ntah tidak..sesekali jenguk2 la blog ni ambil tau skit...gred kp 11 tak berubah lg ni...tukang masak yg bwh dr pengawal keselamatan kp 11 dlu dh lompat pergi 17..jauh lak ketinggalan..pe cer???main pilih2 ke??benda mudah mcm ni pn pyh sgt ke nk buat??yg bwh 11 naik 11(12,14).yg 11 naik 17,yg 17 naik 22(19,21) dan seterusnya...itu pn susah ke???kesimpulannya cuepacs lansung tak baca blog ni..keluarkn isu ikut sukati dia je

    BalasPadam
  25. kami pengawal keselamatan gred kp 11 mohon agar gred kami dinaikkn ke gred kp 17..pndg2 la kami ni cuepacs ooiiiii

    BalasPadam
  26. polis bantuan aadk @ pengawal keselamatan kp 11 yg bekerja di puspen(pusat serenti)bagaimana pula???kami pn badan beruniform juga..klu penjara bole naik kenapa kami takde dlm senarai..keje lbh kurang sama je..3 dlm 1 lg...(polis,aadk,kpkk).hebat tu..cuepacs je yg tak tau sbb leka bawa isu2 baru....isu lama tiada kesudahan..

    BalasPadam
  27. polis bantuan swasta taraf spm manakala polis bantuan kerajaan taraf srp..pangkat sama je konstabel pb cuma gaji polis bantuan swasta lbh tinggi dr kerajaan..mcm mn tu???tak selaras pada hal 1 pasukan???pdrm tu tgk2 le..takkan diam je..nk harap cuepacs ntah bila la jwbnya...

    BalasPadam
  28. pekerja sambilan ada gred,dapat jgk ke pergerakan gaji.

    BalasPadam
  29. Doh doh la tu.klu ado rezeki.ado la tu.xsoh risau deh.

    BalasPadam
  30. kelakar tgk orang melalak kt sini cakap pasal naik gaji x adil dah perlu lah sama utk setiap gred.

    sedarla diri sket, xkn la kenaikan bos ngn anak buah mesti sama, even dlm private sector pn x sama,

    kalo nk komplen sgt nek gaji sket, bek pegi keje sendiri, xder sape nk gado gaji byk mane

    BalasPadam
  31. Salam.
    Bercerita ttg TUNGGAKAN, sepatutnya tunggakan di kira dari bulan Jan lg sbb pd 2013, Kerajaan telah bersetuju menggunakan skim gaji Min Mak, iaitu jadual gaji SEBARIS (Tanpa P1, P2 atau P3).
    Maksudnya SEKARANG ini gaji kita dibayar menggunakan skim lama yg TIDAK sebaris.
    Cuba nyatakan di mana gaji anda sekarang, P1/T13 atau P2/T13 ???????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju....tonggang longgangggg

      Padam
  32. Tanpa Nama berkata...

    1 Kumpulan sokongan dari gred 1,7,17 ,27, 32,36,38 sepatutnya diboleh naik sehingga gred 40 dengan kemahiran dan pengalaman serta kepakaran yang ada bagi semua skim, GURUke, JURUTETNIK ke, PERTANIAN ke. dll.
    2. Saya difahamkan cuma jawatan Penghulu dan Kesihatan boleh mencapai peringkat ini iaitu NP40 dan U40 masing-masing.
    Sepatutnya semua boleh lah dan J/Kuasa penambahbai JPA perlu menilai balik sebelum akhir tahun ini iaitu sebelum perkeliling JPA dikeluarkan akhir tahun ini 2013.
    3. Diharap CUEPACS bawa perkara ini segera.
    Isnin, Jun 24, 2013 12:12:00 PTG

    Wahai sedara tanpa nama!!!

    mane ade U40 dah!!! Gred U kumpulan pelaksana cume sampai U36 jer....

    BalasPadam
  33. Aku kakitangan swasta kadang2 tergelak jugak tgk gelagat kakitangan awam meminta-minta,kerja tak seberat kami kerja diswasta.kadang-kadang nampak gelagat kakitangan awam yang banyak meronda kat luar padahal waktu bekerja megah dengan baju kementerian masing2.masuk & keluar kerja tak tahulah pukul berapa?Yang peliknya siap boleh borak lagi sampai pukul 9 a.m belum masuk kerja lagi..alahai kakitangan awam sedarlah Allah sedang memerhati kamu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...Betul...Betul

      Padam
    2. Mungkin betul apa yg saudara/saudari ckp tu. Tp bkn semua kakitgn awam mcm tu. Paling jelas cikgu la... Mmg nmpk masuk pg, thari dh blk. Tp tau x blk tu masih bkerja lg... Apapun cikgu ada pkerjaan yg mulia & syukur atas nikmat yg Allah beri...

      Padam
  34. syukur dpt kenaikan gaji dua kali dlm thn nie...kerajaan patut memberi ganjaran yg lebih pada PA yg berkhidmat sebelum tahun 2000..mereka yg byk bersusah payah bersama kerajaan dr zaman kegawatan ekonomi sehingga mencapai kemajuan skrg,mereka berhak diberi ganjaran yg lebih apabila bersara..harap kerajaan ambil perhatian dan hargai mereka yg menjadi tulang belakang kerajaan pd zaman susah dahulu.

    BalasPadam
  35. jgn lah tersngt sibuk dgn gaji.. gaji kecil buat cara gaji kecil.. jgn ikut org gaji besao.. sedarlah diri ckit.. member beli kete baru kita nak beli kete baru.. ukur bdan kita..sbnarnya kau org ni telah diuji oleh tuhan.. bersyukurlah..kalau kita keje ikhlas tuhan akan tolong..kalau tak ikhlas gaji besao mana pun hidup tak akan selesa.. sering susahati.. dengki org itu dan dengki org ni. Hati jadi busuk.. aku bkan nak bedabik dada..masa dulu gaji aku 200 shj pada 80an kemudian naik ckit.. anak makin bertambah shingga 7 org.. tapi aku selalu berdoa kepada tuhan agar dimurahkan rezeki . Alhamdulillah aku bersyukur skrg
    masih lagi jadi orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fuhhhhhhh nasib baik kau masih jd orang. Aku ingat ko dah jd beruang (berwang) lah bodooooo... ko nk sembang zaman 80an punyer taraf hidup dgn zaman 2013 punyer. Akai ada ka? Rm80 ko dulu mcm2 boleh beli. Skrg ni rm1000 apa yg ko boleh sara kalau anak 7org. Sembg guna akai kepala lutut...

      Padam
  36. KAH!KAH!KAH! TOKSAH DOK LAYAN SEMUA PUAK2 PEMALAS NI! PAK OMAR.KEJE MALAS GAJI NAK BESAR,ASYIK BERHUTANG JER TU YG GAJI TAK CUKUP. ASYIK MAIN FB JER HARI2.KAH!KAH!KAH!

    BalasPadam
  37. apasal kajian nak betulkan struktur gaji ni makan masa sangat lama. inilah jadinya kalau PTD yang x kompeten lead kajian membabitkan kira2.. gaji junior dah lama mengatasi gaji senior yang 2 tahun diatasnya.. tak faham lagi ke formula mcm mana nak selesaikan masalah KGT vs. TPG (tarikh pergerakan gaji) yang kucar kacir semenjak KGT dinaikkan tapi TPG dikekalkan. Tentulah akan memberi kesan sebab TPG ada 4 kali setahun.. Lain kali nak tukar dari tangga gaji kepada min-maks, kaji la dulu betul2.. buat kira2 betul2.. soal gaji ni bukan main2.. sedangkan gaji junior lebih rm10 dari senior pun dah rasa tak dihargai, inikan pula beza sampai ratusan ringgit.. adoyaiii..

    BalasPadam
  38. Betul10x.......sama lh, gaji ambo dh kena ptong dek junior.....geram ambo.
    Cerdik pandai di jpa bila lg nk selesai mslh ni.

    BalasPadam
  39. Syukur ALHAMDULILLAH mulai semalam 1.7.2013 memang real le sbb aku dah naik pangkat dari G22 ke G27
    Tak sangka dah nak nak pencen umur pun dah 50an baru dapat.Apa pun mesti kerja lagi rajin ok.Ini rezeki Allah hantar utk anak-anak nak sambut posa n raya ini n ada nak sambung pelajaran.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah akupun bersyukur jgk sbb smlm aku naik gred drp j17 kpd j27 alhamdulillah sbb gajipun dpt lebih drp j17 gaji rm1700 skrg ni gaji aku j27 dpt rm2700 timakasih MTSU CUEPACS JPA & KERAJAAN. Tp bila aku bangun pg td rupa2nya aku bermimpi rupanya.... I`m sorryyyyyy.....

      Padam
  40. kumpulan bawah gaji naik rm145 dah kecoh..nu pepuak atas naik 10k x kecoh dalam ni pun...siap alaun belipat puloh kali ganda lagi...en Omar Osman jalani...sila letak jawatan..

    BalasPadam
  41. puuiiii punya kerajaan . yang gred atas tu dah senang lagi nak senangkan . sampaikan nak makan pon orang bawahan yang belikan .. puiiii. yang bawahan nie , 10 tahun kerja naik 50,60 ringgit . puuuiiii ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku sokong hang... yg bab nk mknpun suruh org bawahan belikan. Lebih2 lg bulan puasa dah nk tiba dah ni.. siap suruh org bawahan beli nasi bungkus tghr n roti canai waktu pg n teh tarikkkk woNeyyyy...

      Padam
  42. Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja,
    Berkerjalah dengan setulus ikhlas ;
    Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
    Moga budimu Allah membalas.

    Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
    Justeru ada Negara adalah pekerja;
    Apa pun bidang kerja sumbangannya pada Negara,
    Kerajaan tidak dapat dipisahkan dengan pekerja.

    Kerajaan pembela nasib pekerja,
    Pekerja kerajaan dilayan seperti anak emas;
    Tepat masa pulang habislah kerja,
    Kerajaan naikkan gaji juga diberi bonus.

    Rakyat datang mahu berurusan,
    Berurusan dengan penjawat awam;
    Menunggu lama amat membosankan,
    Membosankan berurusan penjawat awam.

    Gaji nak bonus pun nak,
    Tapi kerja tak setimpal gaji;
    Bonus tak dapat mula memberontak,
    Pekerja cemerlang kerajaan tetap memuji.

    Kerajaan menyeru penjawat awam ,
    Semua pekerjanya lakukan transformasi;
    Demi kecemerlangan Negara dan orang awam,
    Maka Negara maju kerana pekerja berdedikasi.

    Malang sungguh pekerja swasta,
    Masih ada juga sistem penghambaan;
    Bekerja separuh mati gaji entah ke mana,
    Kejamnya majikan tak ada perasaan.

    Di era Negara maju serba moden,
    Majikan untung berlipat ganda;
    Gaji pekerja mereka tak naikkan,
    Derita pekerja menyara keluarga.

    Kerja separuh mati tak setimpal gaji,
    Demi kehidupan teruskan juga;
    Bos mengherdik juga mengeji,
    Hati merintih ditahankan juga.

    Hati merintah ditahankan juga,
    Demi meneruskan sebuah kehidupan;
    Sanggup bersusah demi keluarga,
    Mengharapkan sinar cahaya di masa depan.

    Sabar pekerja menahan cabaran,
    Menghadapi karenah cerewetnya majikan;
    Salah sikit dah panas baran,
    Pekerja bersabar dalam kesempitan.

    Gaji diberi tidak mencukupi,
    Untuk menyara kehidupan keluarga;
    Padahal majikan hidup serba mencukupi,
    Sumbangan pekerja tidak berharga.

    Mogok pekerja bos yang susah,
    Mogok bos pekerja tak bergaji;
    Hidup pekerja semakin susah,
    Negara moden selalu tak begini.

    Hari-hari bekerja demi sesuap nasi,
    Mencari nafkah keluarga tercinta;
    Setiap tahun bos menabur janji basi,
    Memberi bonus semuanya helah belaka.

    Mana lagi tempat hendak mengadu,
    Pekerja malang derita tanggung sendiri;
    Syukurlah ada hamba Allah ambil tahu,
    Membela pekerja tidak dibiarkan sendiri.

    Segala masalah mengadu kepada WNK,
    Berjuang habis-habisan demi pekerja;
    Berhujan berpanas sanggup bertekak,
    Asalkan terbela nasib pekerja.

    Dikutuk dihina tidak diambil peduli,
    Memperjuangkan nasib pekerja bermati-matian;
    Terbela nasib pekerja kepuasan di hati,
    Kemenanganmu sentiasa kami nantikan.

    Ya Tuhan jika kami di pihak yang benar,
    Berilah kami kekuatan dan keazaman;
    Moga rintihan kami mereka mendengar,
    Bahagialah kami demi sebuah kehidupan.

    Doa orang teraniaya tanpa hijab,
    Hidup bersandar kepada Allah semata;
    Berusaha bertawakal doa mustajab,
    Berjuang tetap berjuang demi pekerja tercinta.

    Duhai kerajaan mereka kata,
    Hidup ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang;
    Pekerja salahkan kerajaan...majikan diam tanpa kata,
    Alangkah bagus seia-sekata mulai detik ini dan akan datang.

    Kamu akan dapat apa yang kamu perjuangkan,
    Tapi ada hati-hati sengsara tak cukup gaji;
    Justeru belalah nasib pekerja duhai kerajaan dan majikan,
    Agar jadi realiti rakyat berpendapatan tinggi.

    Tiada pekerja tiada kerajaan tiada Negara,
    Saling faham memahami demi Negara;
    Antara pekerja majikan juga kepimpinan Negara,
    Kerana pekerja penentu masa depan Negara.

    Pekerja penentu masa depan Negara,
    Itu tidak dapat dinafikan mana-mana Negara;
    Rakyat dibela diperjuangkan demi Negara,
    Pekerja merealisasi tranformasi Negara

    Aku tahu aku naif dalam hal ini,
    Sepuluh jari ku mohon kemaafan;
    Kerana aku tahu siapalah aku ini,
    Tidak sebijakmu menuntut sebuah harapan.


    BalasPadam
  43. Pantun pekerja penentu masa depan negara

    BalasPadam
  44. Bila nak selaraskan elaun cola dan perumahan..dok begaduh bab lain buat apaaaaa.....

    BalasPadam
  45. Bila kerajaan bak selaraskan elaun cola dan elaun perumahan...dok begaduh bab lain buat apee...visamdol sungguh.tolol.

    BalasPadam
  46. Elaun cola selaraskan kan la x kire duk.quarters kerajaan or duk luar

    BalasPadam
  47. Bile la nk dpt nk diupgrade kelayakan pmr ke spm dh lame tgu ne khabar angin dh dgr2 tp x jalan lg

    BalasPadam
  48. ya,kami bersyukur kerana dapat 2 kenaikan gaji bulan ni...kami juga bersyukur kerana menteri berkenaan dah umumkan bahawa tarif elektrik BELUM dikaji semula...tapi kami bersyukur kerana mulai bulan julai ni tarif elektrik dah berubah.bil elektrik biasanya sekitar RM90.00 je...tapi aku bersyukur kerana bil naik jadi RM162.95..rakyat didahulukan..janji ditepati..he..he..

    BalasPadam
  49. rugi2 saja bayar beribu-ribu ambil diploma tapi tidak dapat naik pangkat. Tp mereka yang hanya ada SPM naik pula....

    BalasPadam
  50. Menyelaras semua gred tidak mengira jawatan sebagai contoh Gred 40 di ujudkan untuk semua jawatan pelaksana.

    BalasPadam