SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

20 Jun 2013

KR1M PERKUKUH DANA KPA1M, MANFAAT KEPADA AHLI

  Utusan Malaysia
 20/6/2013

 
Hasan Malik menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Presint 16 kepada Omar Osman (depan, tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings, Datuk Ameer Ali Mydin (tiga dari kanan) di Putrajaya, semalam. - BERNAMA

PUTRAJAYA 19 Jun - Penyerahan dua buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia (KPA1M) dilihat mampu memberi manfaat besar kepada ahli koperasi tersebut.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malik berkata, kedai itu bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi dana koperasi itu tetapi juga memberi peluang kepada penjawat awam dan orang ramai membeli barangan keperluan pada harga murah.

"Penyerahan KR1M di Presint 16 merupakan yang kedua selepas KR1M Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur kepada KPA1M yang ditubuhkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)."Saya difahamkan kedua-dua kedai terbabit telah menjana pendapatan antara RM10,000 hingga RM12,000 sehari sejak ia diserahkan kepada KPA1M awal bulan lalu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan KR1M kepada KPA1M di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.Sehubungan itu, Hasan berkata, sokongan penjawat awam amat penting agar usaha murni CUEPACS itu dapat diteruskan dengan pembukaan tiga lagi outlet KR1M."Pada sambutan Hari Pekerja 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima buah KR1M akan diserahkan kepada koperasi.

"Tiga lagi lokasi KR1M itu akan ditentukan berdasarkan permintaan ahli koperasi dan penjawat awam," katanya.

24 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mohon bantuan untuk masuk campur dalam kebajikan staff agensi kerajaan yang bakal dikoporatkan. agensi kami bakal dikoporatkan dan majoriti staff akan menjadi mangsa keadaan.

Bagi kami, tindakan ini hanya menguntungkan pegawai gred atasan yang dah nak pencen untuk mendapat "gaji Besar" + pencen. sedangkan majoriti staf kerugian dalam banyak perkara.

tiada staff yang berani bersuara dalam hal ini kerana takut dengan tindakan pihak pengurusan tertinggi dan bakal teraniaya.

berdasrkan agensi-agensi yang telah dikoporatkan, tindakan pengkoporatan agensi akan hanya menambah beban kerajaan dengan kenaikan peruntukan berbanding sebelumnya. kenapa perlu koporatkan kalau ianya bakal menjadi beban?

Bagaimana agensi kerajaan dapat membantu rakyat kalau dalam pada masa yang sama perlu mengaut keuntungan?

jika geran-geran bantuan ditukar kepada pinjaman, bagaimana perkara ini membantu dalam memajukan negara ?

Tanpa Nama berkata...

bagaimana nak masuk ni koperasi.. tak tahu nak dapatkan borang.

Tanpa Nama berkata...

Bonus raya ada ke tidak tahun ni?

Tanpa Nama berkata...

wahai sahabatku didlm blog ini....kiter dh dpt 1kenaikn kgt julai ini....xkn kerajaan nk bagi lagi bonus raya wehh......tu dh kira naik lemak tu weh...

Tanpa Nama berkata...

KGT janji pilihanraya, bonus lain. BN menang sebab majoriti PA sokong BN. Buktinya kemenangan di Putrajaya. Sewajarnya kerajaan pertimbangkan bonus sebelum raya ini bagi meringankan staf sokongan dgn kenaikan kos sara hidup yg melampau sekarang.

Tanpa Nama berkata...

saguhati rm500 ringgit pada 01.08.2013

Tanpa Nama berkata...

penguatkuasaan CST akan dilaksanakan tidak lama lagi.. mamposlah semua rakyat Malaysia..!!!

Tanpa Nama berkata...

Saya mau bonus raya minimum RM2,000 atau sebulan gaji sebanyak 2 kali setahun. Pertama bonus raya dan kedua bonus hujung tahun. Kita tak mau bonus separuh gaji seperti tahun-tahun sudah.

Tanpa Nama berkata...

Berapa lama lagi nak tunggu pasal pelarasan elaun ITP dan COLA. Bila nak kasi rumah mampu milik kat PA yang berpendapatan rendah?

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Berapa lama lagi nak tunggu pasal pelarasan elaun ITP dan COLA. Bila nak kasi rumah mampu milik kat PA yang berpendapatan rendah?
Sabtu, Jun 22, 2013 7:55:00 PG
uuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Masih dalam kajian
sabar la yee

Tanpa Nama berkata...

staff bawahan berkata... 2013

KGT N17 ~ RM 95 x 2 = RM 190

KGT N27 ~ RM 145 x 2 = RM 290

KGT N41 ~ RM 225 x 2 = RM 450

.....................................

Jurang perbezaan amat ketara ?

Tanpa Nama berkata...

Kenaikan 13% yg diumumkan tahun lalu

Basic RM1000x13% = RM 130

Basic RM2000x13% = RM 260

Basic RM3000x13% = RM 390

yg kaya makin kaya..yg miskin sekadar cukup mkn, kenaikan x selari dgn kenaikan hrga barang bg jawatan rendah..

apa jenis kenaikan pun hanya lebih mementingkan dan menguntungkan yg gred tinggi dan gaji tgi je..ini kah yg dikatakan utk meringankan beban rakyat yg berpendapatan sederhanan & rendah..

...................................

Peratus yang sama penyebab jurang yang tinggi ?

Tanpa Nama berkata...

Adalah xlogik jika kenaikkan gaji dan elaun kumpulan pelaksana hendak disamakan ataupun lebih tinggi dari kumpulan atasan. Jgn kerana anda berada di kumpulan pelaksana maka anda xfikir perasaan kump lain dan syarat kemasukan yg telah ditetapkan utk semua gred. Jgn kerana kita kecewa dan bermasalah maka org lain hendak dianiayakan pula. Tak gaji dan elaun atendan hospital nak disamakan dgn doktor. Gunakan pemikiran yg waras dan logik pabila berbicara...

Rabu, Jun 19, 2013 6:11:00 PTG

Jawapan kepada statement di atas..kenaikan tahunan KGT kumpulan sokongan tidak mempertikaikan kerana itu lah kelebihan yg berlajar pandai dan mempunyai kemahiran, tetapi yg dipertikaikan ialah kenaikan menggunakan kaedah peratusan yg sama iaitu 13% adalah tidak munasabah utk semua gred..ini kerana 13% bagi gaji basic rendah adalah sgt sedikit nilainya berbanding yg gaji basic tinggi..

...................................

Keadilan itu bukannya pada peratusan yang sama ?

Tanpa Nama berkata...

KGT diawalkan satu kenaikan pada JULAI 2013 ?( 2 kenaikan dalam 2013 )

KGT N17 ~ RM 95 x 2 = RM 190

KGT N22 ~ RM 115 X 2 = RM 230

KGT N27 ~ RM 145 X 2 = RM 290

KGT N41 ~ RM 223 x 2 = RM 446

KGT N44 ~ RM 250 X 2 = RM 500

Kenaikan harga barang / kos sara hidup mengikut kemampuan siapa ? N17 @ N41/N44 ?

Tanpa Nama berkata...

Aku kerja dikilang haram !

Gaji Basic ~ RM 350

KGT 2013 ~ RM 10 sahaja!

Ikan Sardin King Cup tin kecil Harga semasa RM 2.50 ....... huu huu huuu.

Tanpa Nama berkata...

Apa apa pun SOKONG LA BALISAN NASIONIOL utk kamajuang nagara

Tanpa Nama berkata...

tahniah kpd CUEPAC..

dari kesatuan kerja dah masuk kpd bidang perniagaan pula..ada kemajuan..

sokong ler kedai KR1M CUEPAC ni terutama kpd penjawat awam..dengan itu ekonomi umat Islam juga akan meningkat dan ekonomi semakin seimbang..InsyaAllah..

ABC....BCL.....

Tanpa Nama berkata...

KGT N17 ~ RM 95 ~ up ke RM 115

KGT N22 ~ RM 115 ~ up ke RM 135

KGT N27 ~ RM 145 ~ up ke RM 155

KGT N41 ~ RM 223 ~ kekal

KGT N44 ~ RM 250 ~ kekal

Tahun 2020 6 tahun 6 bulan lagi kearah negara berpendapatan tinggi ...... tak terkejor yop !

Tanpa Nama berkata...

Salam 1 Malaysia. Cuba semak semula KGT gred 41 bukan RM 223 tapi RM225. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia (KPA1M).

...................................

Pohon KR1M dibuka di bandar - bandar kecil juga !

Tanpa Nama berkata...

KGT diawalkan satu kenaikan pada JULAI 2013 ?( 2 kenaikan dalam 2013 )

KGT N17 ~ RM 95 x 2 = RM 190

KGT N22 ~ RM 115 X 2 = RM 230

KGT N27 ~ RM 145 X 2 = RM 290

KGT N41 ~ RM 223 x 2 = RM 446

KGT N44 ~ RM 250 X 2 = RM 500

Kenaikan harga barang / kos sara hidup mengikut kemampuan siapa ? N17 @ N41/N44 ?


Ahad, Jun 23, 2013 8:58:00 PG

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

hari ni 24 jun di wisma cuepacs , kl, mesyuarat majlis kongres.

Soalan :
ada dia orang kisah utk bincang hal ini?
aku tengok agenda dia orang, huuuhhh bincang hal perabot, bangunan, entah apa-apa !!

habih borehhh!!!!!!!!!!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Melaka Tengah: Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) akan mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta kakitangan awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.
“Bagaimanapun, jumlah sebenar pemberian bonus yang akan dicadangkan itu akan diputuskan dalam mesyuarat Kongres CUEPACS esok (hari ini) yang dianggotai 135 ahli di Wisma CUEPACS sebelum di bawa kepada kerajaan.

“Saya berharap kerajaan akan membayar (bonus) lebih sebulan setengah atau setidak-tidaknya kekal seperti 2012 iaitu sebanyak sebulan setengah gaji," katanya selepas merasmikan Persidangan Perwakilan CUEPACS Bahagian Melaka di sini, semalam.

Yang turut hadir, Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng serta Pengerusi CUEPACS Bahagian Melaka, Md Salleh Majid.

Omar berkata, permohonan CUEPACS itu wajar dipertimbangkan kerana memikirkan keperluan kewangan tinggi kakitangan awam setiap kali menyambut musim perayaan.

...................................

Cuaca Berjerubu ! Awas Jerubu Dihadapan! Tunggu Hujan !

Tanpa Nama berkata...

sokongla KR1M kalaupun x sokong BN..yg pasti bagus utk PA..
mmg betul hrg brg kt econsave murah tp hanya mengkayakan nonmuslim..
bila lg nk sokong produk muslim..

Tanpa Nama berkata...

memang la jualan 10k hingga 12k sehari.tapi modal minimun 100k.berapa ramai penjawat awam yang mampu.tapisan dan pemilihan pulak telus ke?mudah ke dapat loan?siapa yang layak?patutnya yang nak bersara dan ada gratuti rm100k titawarkan kedai ni...boleh?