SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

17 Julai 2013

BONIuS: CUEPACS POSITIF

Utusan Malaysia
17/7/2013



PUTRAJAYA 17 Julai - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menaruh harapan dan positif dengan pertimbangan kerajaan untuk memberi bonus dua setengah bulan termasuk pendahuluan perayaan Aidilfitri.
Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman berkata, beliau dalam masa sama berterima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bersedia mempertimbang pemberian bonus kepada penjawat awam seluruh negara.
"Saya menerima banyak panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) bertanyakan mengenai perkembangan pemberian bonus.
"Saya nampak keadaan di bazar Ramadan dan pusat beli-belah tidak terlalu meriah lagi, pemberian bonus dan pendahuluan perayaan sudah pasti akan memeriahkan sambutan Aidilfitri tahun ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan isteri, Datuk Rohani Abdullah di sini malam ini.
Omar mengulas kenyataan Najib yang bersedia mempertimbang pengumuman khabar baik untuk penjawat awam sempena Aidilfitri.
Dalam pada itu, hampir 1,000 pegawai kerajaan, wakil kedutaan asing dan tokoh korporat menghadiri majlis berbuka puasa dengan KSN tersebut.
Antara tetamu yang yang hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal.
Dalam majlis tersebut, sebanyak empat rumah anak yatim masing-masing menerima sumbangan RM10,000 daripada Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita).

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

positif tapi, tiada pengumuman lagi... kena ambil langkah berjaga2 juga. nanti dh benlanja kata bonus tiada.. dapat gaji 2 minggu lepas raya, dah raya kena tunggu lagi 2 minggu nak gaji pula... kena amalkan langkah berjimat cermat.. baikot dulu ayam...

Tanpa Nama berkata...

Kami penjawat awam gred sokongan betul2 mgharapkan pemberian bonus dr kerajaan utk brblanja pd hari raya..

Tanpa Nama berkata...

AMARAN! Kalau tengah tension jgn baca perbualan ini sampai habis.....

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...

Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari.

Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?

Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa....yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap tahun.

Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...

Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg hitam, padahal jawapan semuanya sama aje?

Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
.
.
.
.
.
Pakcik : Yang hitam pun sama....

Tanpa Nama berkata...

Haa sudah..dh trguna kad kredit laa pulak beli brg raya hr nih..klu xde bonus,mn laa nk cekau duit nk byr blik nih..xberhemah btul laa aku brbelanja..huhu

Tanpa Nama berkata...

Berita terkini yg akan di umumkan esok atau lusa slps PRK Kuala Besut. Bonus utk semua PA minima rm1000@1500 atau 1/2 bulan gaji n akan di masukkan kedlm akaun masing2 pd 31 Julai @ 1 Ogos 2013. Ok dah jgn dok gaduh2 n kutuk2 lg di antara satu sama lain. Bulan Ramadhan bulan yg mulia n jgn lah kita mencela kemuliaan bulan Ramadhan ini. Slmt berpuasa n Slmt menyambut hari raya aidil fitri utk semua PA di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak Brunei Filipina Indonesia Thailand Singapura.


Ikhlas dari AG yg membayar n mengakaunkan gaji anda tiap2 bulan.

Tanpa Nama berkata...

Sungguh ker ni....

Tanpa Nama berkata...

Hooray...badjet kurang th ni nak sambut raya. Brg2 mahal bro

Tanpa Nama berkata...

mahal sungguh brg2...dibulan ramadan ni...kena jimat cermat ni..

Tanpa Nama berkata...

Bagi la bonus 2 stngah bulan gaji...stngah bulan nak buat hapa...kenaikan gaji x byk mana...raya nak pakai duit ni...bagi la penghargaan pd kami yg pngkah bn ms pru lpas...

Tanpa Nama berkata...

KITA MACAM PEMINTA SEDEKAH...DOK MERAUNG MEMINTA PADA KRJAAN...DEPA DOK GELAK KAT KITA HANG PA TAU...BETUL LA TOK GURU CKP...MCM BAGI AYAM MAKAN...LA NI TGK AYAM PUN DAH MAHAL...

Tanpa Nama berkata...

sbab bonus tak da... Kak Mah blm beri kata putus kat najib... kak mah sibuk shopping kat luar negara. shoping raya.

Tanpa Nama berkata...

cm xcy je..berhentila mwmpermainkn perasaan org

Tanpa Nama berkata...

Dijadikan cerita; "di sebuah negeri berkumpul para suami di dalam sebuah stadium.."
Lalu Menteri Besar umumkan' "sapa takut bini pegi sebelah kanan" lalu semua suami berganjak ke sebelah kanan kecuali seorang pakcik tua.
Menteri besar dan hadirin terkejut lalu bertanya pakcik itu. "Apa rahsia pakcik madi x takut bini?"
Pakcik madi tu pun jawab' "sebenarnya td isteri saya pesan, jgn pegi mana2, duduk sini saja"!....

Tanpa Nama berkata...

"Hari ini dalam Sejarah" kalau dapat bonus 2 1/2 bulan.

Tanpa Nama berkata...

The Red BURET said :

UMPAMA MIMPI DLM MIMPI KALAU BONUS 2 1/2 BULAN..lamo sungguh tak masuk dlm blog cuepec ni...mano kawe kawe dulu sila perkenalkan diri bohhh...kita kasi serang balik depa

banggoi petai berkata...

bonus 2 1/2 bulan ??? mabuk ke najib nak bagi. . dapat sebulan pun kira dah tak waras tu najib. .. mana ada duit lagi. .. dah abiss Pru 13. ... sekarang masa najib seksa rakyat cukup cukup. .. lima tahun lagi baru dapat rasa bonus sama BRIM. .. time tu najib dah gol. ... org lain yg jadi PM. ... yg pasti PM ke 7 bukan dari UMNo laaa. .. hidup AYaH CHIKkkkkkkkk. .......

Tanpa Nama berkata...

dpt 5rts pn jd lah..apa pn slangor terbaik..

Tanpa Nama berkata...

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

Tanpa Nama berkata...

Sayangi Selangor... pilihan bijak..

Tanpa Nama berkata...

Taik minyak la cuepacs...positif apa kejadah...positif kat kroni ada la..dpt buat projek bejuta2...

Tanpa Nama berkata...

Entahlah....... aku pun dah tak terkata ape2 dah.... bila Perdana Menteri, hari ini
mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan
RM500 sebagai persiapan Hari Raya kepada penjawat
awam bagi Gred 1 hingga Gred 54. Lidah ku kelu nak berkata dgn anak2 dan isteriku pun dah tak tahu nak berkata mcmmana lg... Sedangkan aku berjaanji kpd isteri dan anak2ku yg seramai 8 org utk membeli baju raya mereka pada Sabtu ini, Bila PM umum dpt RM500 dan campur baki 40% gaji ku yg tinggal hanya RM600 + RM500 yg PM bg dan adalah dlm RM1100. RM1100 itu lah nak beli baju raya utk anak2ku dan jgk isteriku, dan duit sebyk itu jgklah utk nak byr sewa rumah, bil api air dan jgk ansuran bulanan kereta.... dan duit sbyk itulah jgk nak balik kampung minyak tol lg... FUHHHHHH!!!! sedih sungguh memikirkan nasib diri ku yg PA bawahan ni... Nak berhutang, hutang dah keliling pinggang. Nak harap anak bekerja, anak yg sulung baru tingkatan 4 manakala anak yg bongsu baru umur 6bulan. Dgn susu dan pampers lg yg makin mahal...

Aku rasalah.... lg 10 tahun akan datang comformmmm org melayu yg berkahwin hanya mampu menghasilkan 2org anak shj. sbb segala2nya mahal skrg ini. Kalau harap suami bekerja dan isteri tidak bekerja memang perit hidup ini dgn gaji PA spt aku yg gaji bersih dah tinggal 40% ni...

Bila fikir2 balik kenapa arwah ayah ku hanya mampu menyekolahkan kami adik beradikku seramai 10 org setakat tingkatan 3 shj dulu. Dan kini baru ku sedar tentang nasib2 anak2ku yg seramai 8org ini mungkinlah hanya mampu bersekolah setakat tingkatan 5 shj.

Jadi sesiapa2 yg suka mengutuk DULU KENAPA TAK BELAJAR TINGGI2 SAMPAI MASUK UNIVERSITI UTK MENDAPATKLAN JAWATAN YG TINGGI DAN GAJI YG TINGGI. Jadi renung2kanlah kalau rezeki hanya secupak dan mana bisa kami anak beranak boleh mkn segantang.... EHHHH EHHHH Cakap Indon pulak aku ni..... Heheheheheeee

Tanpa Nama berkata...

PA dan rakyat selangor bijak memilih kerajaan negeri

tahniah selangor

Tanpa Nama berkata...

HIDUPPPPPPPP.... SELANGORRRRR...