16 Julai 2013

KENAIKAN HARGA MAKAN AYAM DORONG KENAIKAN HARGA AYAM DI PASARAN

Bernama
15/7/2016


KUALA LUMPUR, 15 Julai (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menolak kemungkinan kenaikan harga makanan ayam menjadi punca harga ayam naik mendadak sehingga RM9 sekilogram sekarang.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata harga makanan ayam yang diimport dari Australia dan Thailand meningkat dari semasa ke semasa.

"Sektor ternakan ayam negara di bawah seliaan kementerian selama ini tidak mengalami sebarang masalah malah negara mampu mengeksport ayam ke Singapura," katanya pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat kementerian tersebut bersama Exco pertanian negeri di sini, Isnin.

Justeru, beliau berkata sudah tiba masanya negara menghasilkan bekalan makanan ternakan sendiri bagi membantu menyelesaikan masalah itu pada masa akan datang.

Beliau berkata Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) sedang melaksanakan projek rintis dengan syarikat pengeluar makanan ternakan dari India untuk menghasilkan makanan ternakan berasaskan soya dan jagung.

"Projek rintis ini sedang dijalankan di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) dan dijangka menghasilkan 20 tan metrik bekalan makanan ternakan tahun ini," katanya.

Beliau berkata jika projek ini berjaya, negara akan meminimumkan import bekalan makanan ternakan antaranya lembu, ayam, ikan patin dan kambing.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengajak 1.4 juta penjawat awam memboikot ayam supaya pembekal dapat menurunkan semula harga pasaran ayam kepada kadar berpatutan.

"Kenaikan harga ayam sehingga RM9.50 sekilogram setakat ini, melebihi harga siling yang ditetapkan iaitu RM6.80 sekilogram adalah keterlaluan dan alasan menaikkan harga kerana bulan Ramadan dan hari raya sangat tidak munasabah," kata Presidennya Datuk Omar Osman pada sidang media di sini.

Selain itu, katanya skuad pengguna Cuepacs seramai 45,000 orang akan membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan memantau harga barang basah dan kering di pasaran bagi membendung masalah kenaikan harga.

Dalam pada itu, Cuepacs sekali lagi memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian bonus dua setengah bulan kepada penjawat awam tahun ini dengan setengah bulan bonus diberikan sebelum menjelang Hari Raya agar dapat membantu meringkan beban berikutan kenaikan harga barangan pada masa kini.

Tinjauan Bernama di beberapa negeri pula mendapati harga ayam dan barang basah yang lain masih terkawal walaupun ada sedikit peningkatan harga berikutan permintaan tinggi di pasaran.

Di MELAKA, tinjauan di Pasar Besar Melaka Sentral mendapati harga ayam antara RM8.40 hingga RM8.50 sekilogram manakala ikan kembong (RM10 hingga RM11 sekilogram), cencaru (RM8 hingga RM9 sekilogram), pari (RM12.50 hingga RM15 sekilogram), sotong (RM10 hingga RM22 sekilogram) dan udang (RM15 hingga RM20 sekilogram).

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PDNKK) Melaka Muhabir Ibrahim berkata harga ayam masih terkawal dan pihaknya melakukan pemantauan harga setiap hari di semua pasar bagi memastikan harga yang dikenakan tidak membebankan pembeli.

Di KUALA TERENGGANU, harga ayam masih terkawal dan mengikut purata harga seluruh negara dan sehingga kini PDNKK negeri belum menerima sebarang aduan mengenai kenaikan harga barang terutama ayam.

Pengarah Pejabat PDNKK Terengganu Syamsul Badrein Mohshin berkata pihaknya telah menggerakkan kesemua 81 anggota penguatkuasa di Besut, Dungun, Kuala Terengganu dan Kemaman untuk memantau paras harga barangan sepanjang Ramadan dan Syawal nanti.

Di ibu negara, harga ayam masih terkawal iaitu dijual antara RM7.50 sehingga RM8 sekilogram, manakala daging import antara RM14.50 sehingga RM16.50 sekilogram dan daging tempatan RM26 sekilogram.

Suri rumah Asmirawati Abdullah, 31, meminta peniaga tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan keperluan sewenang-wenangnya menjelang Aidilfitri agar tidak membebankan umat Islam.

Bagaimanapun, harga barang keperluan lain seperti timun, terung, tomato, kacang panjang, kubis dan cili merah tidak menentu kerana dipengaruhi faktor seperti iklim, kesegaran dan harga yang ditawarkan pembekal.

Di KOTA BAHARU, harga daging lembu meningkat secara mendadak kepada RM25 sekilogram berbanding antara RM18 hingga RM22 sekilogram sebelum Ramadan berikutan permintaan tinggi.

-- BERNAMA

70 ulasan:

  1. Bonus akan diberi ikut kewangan kerajaan

    BalasPadam
  2. CUEPACS BERAT SEBELAH. DUIT POTONG TIAP2 BULAN.

    BalasPadam
  3. mu duk susah ape hal ayam.. mu duk janji naik gred JT apa cerita..duk perjuang harga ayam pulak ker.. taubatla puak2 cuepacs jgn mungkir janji di bulan pose ni..

    BalasPadam
  4. bodo. harga ayam naik,kne boikot dan jgn makan ayam. makan daging pula kata menteri.

    harga daging murah ke????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu noh omaq xcerdik..now ismail sabri yaakob pula...dia xpa la makan daging akak.sharizat n cronies dtg hantor..makan daging duit haram NFC...daging kat tempat.aku rm26 1 kg...baik.aku.makan ikan temenung...beli.yg mata merah.n perut dh teburai...murah sja...tp dh hakikat...kum sokongan mmg itu je mampu...

      Padam
    2. Aku lg best... ayam tak mkn n dagingpun tak mkn. Hr2 aku mkn ikan dgn anak2 bini aku.
      Sehari aku beli ikan harga dia rm1 dptlah dlm 50 ekor.
      Ptg ni aku nk buat ikan bilis bakar sekoq.. ikan bilis masak 3 rasa sekoq..... ikan bilis masak masam2 manis sekoq.... ikan bilis goreng halia sekoq. Jadi perbelanjaan aku dah jimat.

      Minggu depan compooommmm taukey ayam n taukey daging bangkrap punyerrr... sbb aku n anak2 bini aku dah boikot mkn ayam n daging sbb kami mkn ikan aje... heheheeeee

      Padam
  5. tahniah buat 6 jawatan gred j dan g. naik gred 27 gaji bulan julai ni. skim lain boleh jd merapu dah. malas betul buat kerja. hari ni x buat ape2 lagi. bgs cuepacs pilih kasih.

    BalasPadam
  6. Aku tengok Menteri ni agak tak berapa cerdik/pandai..kalo harga makanan naik pon...awat harga ayam tak naik sebelum puasa atau lepas raye?...Kedua dia juga tak cerdik sebab hanya MARDI yg dia bagi buat penyelidikan berkaitan pertanian...yg lain tak payah sebab di mardi penyelidik dah ramai. Apa salahnya banyakkan lagi penyelidik seperti di UPM dll.
    baru lebih berkembang...

    BalasPadam
  7. tu namanya monopoli. mmg dasar kat malaysia ni selagi BN merintah,monopoli yg utama. jerung.

    BalasPadam
  8. Blog Cuepacs dah jadi blog ayam.

    BalasPadam
  9. naik waktu raya jerr lah...kos itu naik lah...kos ini naik lah.....cheh! kenapa sebelum tahun baru cina barang tak naik? napa masa tahun baru ayam tak naik...beras tak naik...gula tak naik...sebab market depa pegang....la ni kita semua asik dok kena main...pasai apa???

    BalasPadam
  10. pasai hang tu cerdik duk pangkah BN.

    BalasPadam
  11. Ye la....kita kumplan sokongan telah di ayam-ayamkan....ayam mahal suruh.makan daging....pikir boleh x encik.menteri....daging import pun kroni yg dpt tender...sbb tu harga di kawal...porah..taik minyak la...

    BalasPadam
  12. siapa org BN kat sini tak payah nk merungut sb barang naik. korang yang pilih sendiri terimalah akibatnya. hahahahahhahahahaha

    BalasPadam
  13. Kat malaysia ni dh banyak universiti, banyak juga institut penyelidikan..tak masuk akal kalau kena import makanan ayam dari luar negara melainkan company yg import makanan tu berkepentingan... varilah solusi utk cipta makanan ayam keluaran malaysia..sangat tidak boleh diterima akal dalam keadaan ramai bijak pandai di malaysia ni.

    BalasPadam
  14. Kenaikan harga ayam hanyalah permulaan kpd kenaikan yang lebih menyeluruh semua harga barang selepas ini.

    BalasPadam
  15. Malaysia.dh haru biru..kalo mcm n Kita back to basis ..tanam jagung ..bela Ayam kat rumah..bela kambibg bagai...semuanya home made..kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg....menteri & peniaga jer yg kaya raya...air pon lah n kena bayaq..Kita tadah ayaq ujan jerlah utk muna seharian ....

    Bonus..oh..bonus....napalah hang x mai..mai...Kesian kat cheq n...x blh nk Makan Ayam dh raya n...Ayam mahai ...

    BalasPadam
  16. gred j17 dr tahun 1583 telah dianak tiri.. so skg rezeki dr ALLAH SWT utk dberi kenaikkan gred.. so mmg la patut dsokong grd j ke JUSA A.. syukrannnn.. kpd gred2 lain belajarla memahami penderitaan gred j yg telah dpinggirkan sejak 430 tahun yg lalu..

    BalasPadam
  17. ibu dan bapak ayam mesti senyum puas dsebabkan kekurangan ayam.. bisik mereka dlm hati.. inila hasilnya jika pusat hiburan milik ku selalu diserbu oleh pbt..Sila buktikan anda bukan robot

    BalasPadam
  18. Diserbu sbb talakkkkk asyukkkkk... heheheeeee

    BalasPadam
  19. ayam di terengganu minggu depan naiklah.... kilang pembekal dah warning harga makanan ayam akan....naik... tApi... bukan makanan ayam jer ..simen naik harga.... seme bende kesan bukan kepada satu barang... kehidupan seharian... Harap pihak berwajid... yang cerdik pandai.. belajar sampai oversea... takkan tau nak tolong rakyat...

    BalasPadam
  20. Di suatu kawasan pedalaman di Kedah, seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Minah.
    Minah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.

    Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.

    Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang pondan, dan seorang kaki mabuk..

    Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Minah terpaksa memilih salah seorang dari mereka.

    Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Minah memilih si pondan bernama Leman untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang pondan daripada tinggal dengan seorang pemabuk.

    Minggu demi minggu berlalu. Leman telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin.

    Leman kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.Gembiralah si Minah ni tadi.

    Kerana ingin menghargai kerajinan si Leman ni, Minah pun berkata kepada Leman, "Leman, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja…"

    Gembiralah Leman, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.

    Sampailah ke tengah malam, Leman tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah Leman pulang kerumah..

    Sampai ke rumah, di dapati Minah sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.

    "Buka butang bajuku dan tanggalkannya." Kata Minah.Leman dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut,melakukan apa yang diarahkan.

    "Sekarang, buka kasut but ku."Leman buat, perlahan sekali.

    "Buka, setokin ku.."Dia buat juga.

    "Sekarang, buka skirt ku."Dia buat juga.

    "Sekarang buka coliku."Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.

    "Sekarang….buka seluar dalamku…"Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.

    Kemudian, Minah pun memandang Leman, sambil berkata…

    "Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.

    BalasPadam
  21. Raya kita jer yg naik harga, raya org lain mana ada...nak tahu kenapa, sbbnya market share depa pegang... nak buat lagu mana, kita kena main lagi, tiap-tiap tahun mesti kena main. aku ingat malam jumaat jer bole main...ish ish ish

    bonus pun kena meminta, tu pun belum tentu dpt...padan la dgn kemampuan...sabar jelah.



    BalasPadam
  22. Pinjaman perumahan tiada faedah ape cer , senyap aje ? Rakyat didahulukan betul ke ?

    BalasPadam
  23. 1. J naik pun tak banyak mana.yang dah servis 30 tahun tak kan sampai maksimum.J yang muda dan baru kerja ada peluang sampai J36.so jangan marah2.kami dah tunggu perubahan ni sejak 1983 lagi..
    2. Jangan terkejut ayam dah mahal.tarif elektrik naik mulai julai ni.lepas ni tol pulak naik.harga makanan naik.minyak masak naik.kan ke menteri dah kata kenaikan ni masih murah jika dibandingkan dengan negara lain....rakyat didahulukan...

    BalasPadam
  24. Keratan akhbar tahun 2007....

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0909&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

    Adakah peristiwa lepas akan berulang kembali? Angkara KSN yang segan nak mintak lagi memandangkan kenaikan gaji telah diberi pada bulan Julai. Akibatnya BN hilang majoriti 2/3 dalam PRU-12 gara-gara tiada bonus untuk kakitangan awam.

    BalasPadam
  25. Bonus blm pasti..elaun petugas PRU13 pn xdpt2 lg.. semua dh jd ayam berak kapur.. ade ijazah terpaksa jd krani..jwtn pgawai xdpt2..pganggur ramai..dpt gaji byr ptptn.. dh keje kn sewa umh rm300..elaun rumah rm180.. ini la kehidupan graduan negara kita...

    BalasPadam
  26. Hang ade degree sapa suruh apply kerja kerani pastu marah kerajaan tak naikkan gred dia! Kerani tu utk pemegang SPM . Kerani ni aku tengok memang dengki kat org lain , org lain naik gaji dia dengki, kau ni tak takut Tuhan ke , asyik dengki kat org aje , Bila kita dengki kat org , rezeki kita yg berkurang , kau tak gi ceramah ke dol ? sepatutnya kerja kerani ni tak perlu , bukannya diaorang buat kerja pun, taip surat pun tak buat dah, ape ke jadah dibuatnya pun tak tahu

    BalasPadam
  27. menteri najib kata, bonus belum bincang.dia takut klau salah cakap depan media nanti dia kene tembak dgn si najib yg sangat22222 cerdik tu..so cuepacs dari minta 2bulan bonos terpaksalah minta 1/2bulan gaji.kat situ kita nampak semua orang terpaksa tunduk dgn perintah dia.kita kan sebenarnya kerajaan yg mmerintah jadi kita perlu pertegaskan hak kita.nak dibandingkan dengan anjakan gaji 2 kali setahun manakan sama jumlahnya pemberian bonus 1/2 bulan.cth...rm80x2=rm160 klau bonus pun paling cikang pun rm 500.kan nampak banyak bezanya.tak kan nak beli persiapan raya dgn rm 160 tu.....kesian kat golongan sokongan.nampaknya kita perlulah pilih menteri yg pandai kira2.

    BalasPadam
  28. ya betoi tu .. ada ksn pon pdai mengampu .. dapat gelaran terus diam . mudah2 han PR dapat memerintah negara nie .. amin .

    BalasPadam
  29. JT terpedaya lagi oleh janji2 manis mu....hahaha

    BalasPadam
  30. Biasa lah... KSN... geng mamak... terkenal semnjak zaman kesultanan Melayu Melaka... sila bca teks Sejarah Melayu... mcm mana golongan ini menghuru harakan sistem pemerintahan Kesultanan melayu melaka dan tidak Mustahil jika pekara tersebut berulang kembali

    BalasPadam
  31. tiap2 thn PA minta bonus mcm pengemis.org atas apa tau.gaji dia dh tinggi.blk2 statement suruh bersyukur apa yg ada.klu mcm ni gayanya apakata demi kerajaan yg prihatin iaitu rakyat didahulukan....boleh tak gaji pegawai tinggi ni termasuk KSN(ahli politik trmsk PM) ditukarkan kepada gaji kumpulan sokongan dan kumpulan sokongan pula menikmati gaji pegawai atasan(KSN,PM,AHLI POLITIK) sempena hari yg mulia ni.CUMA SEBULAN JE BRO...BOLE TAK??dgn cara tu br boleh dikatakan kerajaan yg perihatin.sebulan je...takkan tak mampu..duit simpanan pegawai atasan byk lg..jimat2 la pula

    BalasPadam
  32. tiap2 thn PA minta bonus mcm pengemis.org atas apa tau.gaji dia dh tinggi.blk2 statement suruh bersyukur apa yg ada.klu mcm ni gayanya apakata demi kerajaan yg prihatin iaitu rakyat didahulukan....boleh tak gaji pegawai tinggi ni termasuk KSN(ahli politik trmsk PM) ditukarkan kepada gaji kumpulan sokongan dan kumpulan sokongan pula menikmati gaji pegawai atasan(KSN,PM,AHLI POLITIK) sempena hari yg mulia ni.CUMA SEBULAN JE BRO...BOLE TAK??dgn cara tu br boleh dikatakan kerajaan yg perihatin.sebulan je...takkan tak mampu..duit simpanan pegawai atasan byk lg..jimat2 la pula.bagus tak idea ni????

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea bagus cuma cara perlaksanaan aje nak kena kaji n kaji n lepas tu kaji lg n kaji lagi sehalus2nya dan pastupun kena kaji lg dan sehalus2 drp kaji yg dah halus tu td n pastu nk kena kaji lg sampailah PA mkn nasi kanji aje... pastu baru dpt jawapan yg idea bro ni tak boleh pakai sbb dicampur ditolak n dibahagi sama rata n didarab2pun jawatan pm tpm yb2 ksn ksu baru ada tak sampaipun 2000 jawatan mcmmana nak bg PA yg 1.42juta ni nak merasa gaji depa ni selama sebulan. Cohhhh citer cohhhh citer nk dengaqqqqq sat...

      Padam
  33. tiap2 thn PA minta bonus mcm pengemis.org atas apa tau.gaji dia dh tinggi.blk2 statement suruh bersyukur apa yg ada.klu mcm ni gayanya apakata demi kerajaan yg prihatin iaitu rakyat didahulukan....boleh tak gaji pegawai tinggi ni termasuk KSN(ahli politik trmsk PM) ditukarkan kepada gaji kumpulan sokongan dan kumpulan sokongan pula menikmati gaji pegawai atasan(KSN,PM,AHLI POLITIK) sempena hari yg mulia ni.CUMA SEBULAN JE BRO...BOLE TAK??dgn cara tu br boleh dikatakan kerajaan yg perihatin.sebulan je...takkan tak mampu..duit simpanan pegawai atasan byk lg..jimat2 la pula.bagus tak idea n ni???????komen skit

    BalasPadam
  34. tiap2 thn PA minta bonus mcm pengemis.org atas apa tau.gaji dia dh tinggi.blk2 statement suruh bersyukur apa yg ada.klu mcm ni gayanya apakata demi kerajaan yg prihatin iaitu rakyat didahulukan....boleh tak gaji pegawai tinggi ni termasuk KSN(ahli politik trmsk PM) ditukarkan kepada gaji kumpulan sokongan dan kumpulan sokongan pula menikmati gaji pegawai atasan(KSN,PM,AHLI POLITIK) sempena hari yg mulia ni.CUMA SEBULAN JE BRO...BOLE TAK??dgn cara tu br boleh dikatakan kerajaan yg perihatin.sebulan je...takkan tak mampu..duit simpanan pegawai atasan byk lg..jimat2 la pula.bagus tak idea ni???komen2 la skit

    BalasPadam
  35. tiap2 thn PA minta bonus mcm pengemis.org atas apa tau.gaji dia dh tinggi.blk2 statement suruh bersyukur apa yg ada.klu mcm ni gayanya apakata demi kerajaan yg prihatin iaitu rakyat didahulukan....boleh tak gaji pegawai tinggi ni termasuk KSN(ahli politik trmsk PM) ditukarkan kepada gaji kumpulan sokongan dan kumpulan sokongan pula menikmati gaji pegawai atasan(KSN,PM,AHLI POLITIK) sempena hari yg mulia ni.CUMA SEBULAN JE BRO...BOLE TAK??dgn cara tu br boleh dikatakan kerajaan yg perihatin.sebulan je...takkan tak mampu..duit simpanan pegawai atasan byk lg..jimat2 la pula
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    cadangan anda kt atas cukup berkualiti dan amat menarik.klu ada yg komen x bagus pn mesti dr pegawai gred atas..

    BalasPadam
  36. kita patut peluku kepala ksn tu ?

    BalasPadam
  37. aku sokong 1000% cadangan di atas.tak perlu kerajaan susah payah nak byr bonus tiap2 thn.cuma tukar sebulan sekali je dlm tiap2 thn.tp nk tukar pn mesti la bermula dgn gred gaji 52 ke atas.cuma sebulannnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Idea bagus cuma cara perlaksanaan aje nak kena kaji n kaji n lepas tu kaji lg n kaji lagi sehalus2nya dan pastupun kena kaji lg dan sehalus2 drp kaji yg dah halus tu td n pastu nk kena kaji lg sampailah PA mkn nasi kanji aje... pastu baru dpt jawapan yg idea bro ni tak boleh pakai sbb dicampur ditolak n dibahagi sama rata n didarab2pun jawatan pm tpm yb2 ksn ksu baru ada tak sampaipun 2000 jawatan mcmmana nak bg PA yg 1.42juta ni nak merasa gaji depa ni selama sebulan. Cohhhh citer cohhhh citer nk dengaqqqqq sat...

      Padam
  38. ea bagus cuma cara perlaksanaan aje nak kena kaji n kaji n lepas tu kaji lg n kaji lagi sehalus2nya dan pastupun kena kaji lg dan sehalus2 drp kaji yg dah halus tu td n pastu nk kena kaji lg sampailah PA mkn nasi kanji aje... pastu baru dpt jawapan yg idea bro ni tak boleh pakai sbb dicampur ditolak n dibahagi sama rata n didarab2pun jawatan pm tpm yb2 ksn ksu baru ada tak sampaipun 2000 jawatan mcmmana nak bg PA yg 1.42juta ni nak merasa gaji depa ni selama sebulan. Cohhhh citer cohhhh citer nk dengaqqqqq sat...
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    sebenarnya klu dikaji,dikaji,dikaji,dikaji sampai mkn kanji pendapat tuan di atas ni mmg btul cuma pd pandangan sy idea penulis tu mgkin untuk sindiran pegawai2 atasan sbb dh pasti jumlah kewangan pasti akan bertambah melainkan pertukaran yg penulis ni buat dimulakan dgn gred 41 smpi ke PM yg telah berkhidmat selepas 10 thn..mgkin bole kot

    BalasPadam
  39. idea bagus cuma cara perlaksanaan aje nak kena kaji n kaji n lepas tu kaji lg n kaji lagi sehalus2nya dan pastupun kena kaji lg dan sehalus2 drp kaji yg dah halus tu td n pastu nk kena kaji lg sampailah PA mkn nasi kanji aje... pastu baru dpt jawapan yg idea bro ni tak boleh pakai sbb dicampur ditolak n dibahagi sama rata n didarab2pun jawatan pm tpm yb2 ksn ksu baru ada tak sampaipun 2000 jawatan mcmmana nak bg PA yg 1.42juta ni nak merasa gaji depa ni selama sebulan. Cohhhh citer cohhhh citer nk dengaqqqqq sat...
    >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
    sebenarnya klu dikaji,dikaji,dikaji,dikaji sampai mkn kanji pendapat tuan di atas ni mmg btul cuma pd pandangan sy idea penulis tu mgkin untuk sindiran pegawai2 atasan sbb dh pasti jumlah kewangan pasti akan bertambah melainkan pertukaran yg penulis ni buat dimulakan dgn gred 41 smpi ke PM yg telah berkhidmat selepas 10 thn..mgkin bole kot

    BalasPadam
  40. cuba tengok ada bonus ke tak tahun ini tolong?????????????

    BalasPadam
  41. Tanpa Nama berkata...
    Hang ade degree sapa suruh apply kerja kerani pastu marah kerajaan tak naikkan gred dia! Kerani tu utk pemegang SPM . Kerani ni aku tengok memang dengki kat org lain , org lain naik gaji dia dengki, kau ni tak takut Tuhan ke , asyik dengki kat org aje , Bila kita dengki kat org , rezeki kita yg berkurang , kau tak gi ceramah ke dol ? sepatutnya kerja kerani ni tak perlu , bukannya diaorang buat kerja pun, taip surat pun tak buat dah, ape ke jadah dibuatnya pun tak tahu (org tk bnama yg bodoh diatas bcakap)

    (aku nk jwb)Mu nie terlalu bodoh sgt2... klu kerja krani xdiperlukan mansuhkan terus..tp org nk pakai ke idea bodoh ko nie..mn ade ustaz ceramah pasal kerani kt masjid.. nmpk sgt bagang. ko tau tak beribu-ribu graduan pganggur. Jawatan pgawai bp ekor je. tu pn ko bnasib baik dpt. pakai kabel plak tu.. tu ckp cm taik.. npe ko tkt krani gji byk jgk,tkt pakai keta lbh besar dr ko..pk la dr segi moral,akal..sama2 nk hdup senang..

    BalasPadam
  42. Kalau dicampur2 dari gred 41 sehingga ke jawatan PM baru ada 88,821 orang sahaja. Mcmmana PA yg 1.42juta ni nak merasa jawatan 41 sampai ke jawatan PM selama sebulan... cohhh citerrr cohhh citerrrr habaqqq mai sat awat boleh jadi lagu tu.....

    BalasPadam
  43. Setiap jawatan ada keperluan peringkat pendidikan tertentu. Seperti contoh jawatan N17 menggunakan kemasukkan guna SPM. Kalaulah dia sambung study, dapat degree.Dia tidak boleh dinaikkan secara automatik ke gred 41 melainkan kerana kekosongan atau sokongan dari ketua jabatan. Kalau semasa mohon jawatan tu, kena tengok prospek kerja atau kena kaji dalam2..kalau dah mohon jawatan 17,buatlah degree atau Phd sekalipun. kalau dia pilih opsyen pencen jawatan itu.dia akan tetap pencen dengan gred 17 jugak. So janganlah nak salahkan kerajaan saja..lain kali, strategi masa nak mohon tu kena betul. Dah boleh plan dah apa yang nak buat.

    BalasPadam
  44. Masa raya cina Harga ayam berapa RM sekilo?Tak naik sebab depa makan daging babi jadi ayam murah le masa musim raya cina.ni musim raya puasa harga ayam n lembu naik lagi biasa le tiap tahun mcm tu.Yang buat makanan ayam ni siapa agaknya tlg jawab sat.Silap kita le bagi orang yg makan babi buat makanan ayam n makanan lembu.

    BalasPadam
  45. Peniaga tahu raya dan kenaikan gaji x lama lg maka mereka pun nak ambil peluang menikmati peningkatan pendapatan tapi cara mereka krg berperikemanusiaan kerana awal2 merampas gaji PA dan umat islam menyambut hari raya dgn harga barangan yg mahal. Sebenar para peniaga/pemborong ni lah yg mjdi penyangak ekonomi dlm negara. Cuba kita besepakat memboikot peniaga yg tamak ini, usah lama dlm sebulan pun cukup.

    BalasPadam
  46. Seorang peladang mempunyai 15 ekor lembu betina dan seekor lembu Jantan Tua. Oleh kerana lembu jantan Tua sudah tidak efektif lagi membiakkan bakanya peladang itu membeli seekor lagi lembu jantan Muda untuk jadi pembaka.
    Selepas lembu Muda sampai dia disapa oleh lembu Tua.
    Tua: Selamat datang, Kita boleh bekerjasama membuntingkan semua lembu betina ni agar tuan kita gembira.
    Muda: Kerjasama?? Kamu sudah tua dan patut bersara biar aku uruskan semua kerja pembiakan ini.
    Tua: Kamu bagilah aku tolong seekor betina pun jadi laa....
    Muda: Tak boleh, aku gagah dan mampu melaksanakan kerja pembiakan tanpa bantuan kamu orang tua.
    Tua: Ok kalau kamu gagah perkasa esok kita lumba lari kalau kamu menang aku tak akan ganggu walau seekorpun lembu betina.
    Muda: Ok aku setuju esok pagi kita lumba.

    Keesokannya.
    Tua: oleh kerana aku dah tua kamu kena bagi aku lari dulu lepas sepuloh langkah baru kamu mula berlari.
    Muda: ok lah Tua apa lagi lari lah..


    Lembu Tua berlari dengan perlahan kemudian dikejar oleh lembu muda... dalam 10 meter lembu muda mengejar lembu tua dan sudah hampir di bontot lembu Tua.. tiba tiba bam..  bam.. lembu muda tersungkur rebah.

    Tuan lembu telah menembak lembu muda sambil menyumpah Chiss !!! Sudah tiga ekor lembu jantan yang aku beli ni Gay... tak boleh beli lagi lembu jantan dari pasir bedengun. huh....

    Moral of story...
    Jangan sombong dengan orang lama. Respek la otai dia banyak taktik yang tidak disangka....��������

    BalasPadam
  47. Assalammualikum..

    Sepatutnya ramadhan tidak berlaku kenaikan harga barang makanan.

    Ini kerana umat Islam di negara ini berpuasa. Menahan lapar dan dahaga dari terbit fajar hingga terbenam matahari lebih kurang 12 jam.

    Puasa ini tuhan mendidik manusia. supaya menjadi hamba yang bertaqwa kepada nya.

    Puasa yang sebenar mampu menundudkan nafsu, bukan nya menaikan nafsu. Maka jika penghayatan Puasa zahir dan batin maka nafsu makan itu akan menurun.

    Jika kenaikan harga ini terjadi kerana permintaan tinggi oleh umat islam di negara ini pada bulan Ramadhan, maka jelas lah Nafsu lebih melonjak di bulan ramdahan berbanding bulan lain.Kerana makan lebih di utamakan..

    Maka program2 untuk mendidik umat islam agar berjimat cermat, menjadi pengguna bijak di bulan mulia ini haruslah di pertingkatkan lagi....

    Wallahu a’lam bish-shawab

    BalasPadam
  48. Baik makan ayam 'kg, thai,cina,vietnam or filipina'... W/pun mahal tp puas hati.. Hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam Thai mahal woooooo.. umur 20tahun pun rm300 heheheeeeee

      Padam
  49. Juruteknik pun nak naik gred ke? Dalam ni cite pasal harga ayam. Tapi kalu nak juga belajar la dapat diploma baru la bole naik gred.Kalu tak mampu nak belajar tu setakat 22/26 dah cukup. Tu yang terdaya. Mana bole sama dengan yang mempunyai akdemik yang lebih tinggi. Kelam kabut la kalu semuanya nak sama taraf. Nnti ada yang hidungnya tinggi melangit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samdol... kala tak tahu bab gred j lepasan poli baik diam

      Padam
  50. Sedak la demo kakitangan kerajaan..mugo puok demo jah hok reti makei ayam..jd keno naik la gaji n bonus..nyanyo la ko ore swasta lagu ni gak..xdok pembelaan..rayo ni gak x mkn ayam la jwb nyooooo....wooooooooooooooo

    BalasPadam
  51. Blogger peeepppsssssss berkata...

    Sedak la demo kakitangan kerajaan..mugo puok demo jah hok reti makei ayam..jd keno naik la gaji n bonus..nyanyo la ko ore swasta lagu ni gak..xdok pembelaan..rayo ni gak x mkn ayam la jwb nyooooo....wooooooooooooooo

    Khamis, Julai 18, 2013 11:30:00 PG

    xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

    orang kerajaan ngadu kat cuepacs..
    hang yg demo yg swasta tu pakat2 lah ngadu kat MTUC boh.. ok bye..

    BalasPadam
  52. Mat Telo berkata...

    Juruteknik pun nak naik gred ke? Dalam ni cite pasal harga ayam. Tapi kalu nak juga belajar la dapat diploma baru la bole naik gred.Kalu tak mampu nak belajar tu setakat 22/26 dah cukup. Tu yang terdaya. Mana bole sama dengan yang mempunyai akdemik yang lebih tinggi. Kelam kabut la kalu semuanya nak sama taraf. Nnti ada yang hidungnya tinggi melangit.

    Khamis, Julai 18, 2013 10:11:00 PG

    -----------------------------------

    man..klu xtahu ape2..baik diam..
    nampak sikit bodoh lh disitu..
    sori..selamat berpuase..

    BalasPadam
  53. Tanpa Nama berkata...

    Mat Telo berkata...

    Juruteknik pun nak naik gred ke? Dalam ni cite pasal harga ayam. Tapi kalu nak juga belajar la dapat diploma baru la bole naik gred.Kalu tak mampu nak belajar tu setakat 22/26 dah cukup. Tu yang terdaya. Mana bole sama dengan yang mempunyai akdemik yang lebih tinggi. Kelam kabut la kalu semuanya nak sama taraf. Nnti ada yang hidungnya tinggi melangit.

    Khamis, Julai 18, 2013 10:11:00 PG

    -----------------------------------

    man..klu xtahu ape2..baik diam..
    nampak sikit bodoh lh disitu..
    sori..selamat berpuase..

    Khamis, Julai 18, 2013 11:51:00 PG


    wwwwwwwwwwwrrrrrtttttttooooooo;;;;

    Hai tak habis habis dengki dan dosa kering je bulan puasa ni .. pekeliling lum keluar lagi na pa caya sangat.. belum apa apa dah busok hati... khabar angin je tu... sbb pekeliling lum keluar lagi kalau dah keluar baru la heboh sekampung... ada rezeki kami J terima kalau tk da kami terima yg penting bersyukur dgn ya ada sekarang ... yg penting hidup sihat hati senang dan jgn tinggal solt 5 waktu ya .....slmat berpuasa,,,...

    BalasPadam
  54. AYAM VS LEMBU

    Ayam : Manusia ni memang pentingkan diri sendiri!
    Lembu : Kenapa kau kata macam tu?
    Ayam : Tengoklah. Apa mereka buat kat aku!
    Lembu : Hah! Buat apa pulak?
    Ayam : Aku ni bertelur hari-hari. Aku cadang naklah dapat
    anak dua tiga ekor. Orang kata ada juga waris aku bila aku
    dah tak de nanti.Tapi manusia ni memang tak berhati perut.
    Hari-hari dia orang makan telor aku,Macamana aku nak dapat anak!
    Lembu : Alah! Kau punya masaalah kecil aja!
    Ayam : ?? Maksud kau?
    Lembu : Aku ni, kalau fikirkan nasib aku lagi malang. Rasa nak
    bunuh diri pun ada. Bayangkan, hari-hari manusia minum susu aku
    tapi sorang pun tak pernah panggil aku MAK!
    Ayam : ?? (Dalam hati: Tak boleh pakai punya lembu!)

    RGDS,
    ZACK...HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahhhhhhhh.. kelakor siotttt lah lu bro... boleh masuk raja lawak ni.. heheheeeee

      Padam

  55. Kesan dari kenaikan harga ayam..telur ayam jadi pilihan..

    Aku ada cerita ni... lawak la juga.. tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang
    siang malam makan telur rebus.

    Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni..sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah.. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta
    aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah
    kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup
    mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...

    Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!...fuh bau jangan cakap
    beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku
    ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!.


    RGDS,
    ZACK...HAHAHA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adoooiii adoooooiiii hadooooiiiii bro... ko ni betul2 buat perut aku sakit sbb gelak punyer pasal bc ko punyer maharaja lawak ni... dah lah aku baru aje lepas berbuka pekena murtabak 2 bijik... nasi briani 2bungkus buah kurma 2 kotak... ayaq cendol 2 jug... hadooooiiiii. ....

      Padam
  56. NAK CANTIK MUSIM PERAYAAN?

    http://sabunbeauty.blogspot.com/

    BalasPadam
  57. Aku da tak faham dengan kelayakan semasa dalam kakitangan awam... Makin caca merba... Patut tukar pun sekarang coz makin ari makin pelik...

    Remaja Bosan Mencari Kebenaran.

    BalasPadam
  58. POSE NK RAYA LA NEH

    Kelantan...
    Make ikke cicoh budu
    Jange lupo tamboh satar
    Kelik rayo taksir laju
    Nanti rayo dale sepita

    Terengganu...
    Makang ubi jamang jepong
    Makang kepok cicah cuke
    Bulang pose mung bengong
    Bulang raye mung gile

    Pahang...
    Sepadan Pahang ada kasino
    Nasi dagang ikan patin
    Jange mu masam muko
    Raya makan rendang sadin

    Johor...
    Cegitu cegini awak suke
    Awak suke kite tak suke
    Esok luse hari raye
    Sama-sama bersuke rie

    Melaka...
    Hawau kau berak merate
    Kaki bengkak ulau patok
    Kalu balik naik kerete
    Jangan pandu kalau ngantok

    N. Sembilan...
    Masak lomak cili api
    Campo dongan daun turi
    Hari rayo kolumpo sopi
    Tinggal penyamun dongan pencuri
    (org kolumpo jgn kocik ati!!)

    Selangor/K.Lumpur...
    Wa cakap lu wa tak tau
    Tapi wa tipu sama lu
    Raya jangan buat tak tau
    Angpau ada bagi gua dulu

    Perak...
    Gulei tempoyak ikan mayong
    Deroyan busok tebok tupei
    Pandu hemat ingat kampong
    Ase(Asal) teman selamat sampei

    Kedah...
    Aloq Staq terketaq-ketaq
    Lapaq perut makan pau
    Macam mana tak ketaq
    Kena paksa bagi angpau

    Penang...
    Nasi kandaq kedai mamak
    Anak mami juai pesemboq
    Lepaih raya jgn dok triak
    Kalu ceti mai kot dapoq

    Perlis...
    Padang besaq kecik aja
    Tempat siam lalu lalang
    Hari raya kita berbelanja
    Jangan sampai menambah utang

    RGDS,
    ZACK...HAHAHA

    BalasPadam
  59. Rakaman perbualan di kaunter OSC Majlis Bandaraya Kota Bharu, Kelantan semalam:
    Fakhrul : Ambo
    nok mitok kelulusey buat rumoh, lagu
    mano gak caro dia?
    Puan Lolly : Lagu ni, mulo-mulo kito
    keno tengok pele dulu.
    Fakhrul : Pele? Ambo ado doh!
    Puan Lolly : Mano? Kalu ado wat tubik
    lah, kawe nok tengok.
    Fakhrul : Weh, tok leh! Mano bulih!
    Puan Lolly : Bak po tok lehnyo?
    cepatlah wat tubik!
    Fakhrul : Kalu tok tengok tok leh ko?
    Puan Lolly : Tok leh la!!! kawe nok luluh
    guano, kalu kawe tok tengok!
    Fakhrul : Owoh, ambo malu nok tunjok.
    Puan Lolly : Malu bakpo pulok? Pah tu
    bowok pele wat gapo kalu tok sir
    tunjok?
    Fakhrul : Ehhh! malulah nok tunjok ,
    pele ambo kecik!
    Puan Lolly : Laa! Kecik pun tak po, asa
    kei cukup syarat!
    Fakhrul : Nok wat tubik nok tunjok kat
    mano?, orghe rama sini! Malu ambo!
    Malu weh!
    Puan Lolly : La, tok apo! Nok malu ko
    gapo! Wat tubik letok atas mejo
    kaunter ni pun buleh!
    Fakhrul : Hoh, tengok ni pele kawe....
    Puan Lolly : Owoh....buke pele ni, pele
    bangune!!! nate babi mu ni..!!!

    BalasPadam
  60. senang jadi menteri la ni...harga ayam naik suruh rakyat jangan makan ayam...boikot..boikot..boikot...senang bercakap apa yg terlintas tanpa berfikir...owh! apa ni!! habih kalau air naik nak jawab apa kat rakyat...takkan nak jawab..."jangan minum air..." da ni dalam negara dah tersedia undang2...awat hangpa tak nak guna akta pencatutan tu...akta kawalan harga....awat tak leh guna..cuba habaq mai...tetapkan harga syiling...sapa dok naik sesuka hati ambil tindakan...susah ka nak kawal...jgn bagi alasan dedak ayam naik...awat masa tahun baru cina...dedak murah ka? kenapa mesti raya sahaja harga naik...apa kerajaan tak nampak ka tren ni...tiap2 tahun la ni jugak....apa tunggu lagi..hampa tak buat kajian ka...hampa tido ka...la ni dah lain...wakil rakyat dulu.....bekerja untuk rakyat....la ni....wakil rakyat dok perguna rakyat!

    BalasPadam