17 Julai 2013

MASIH ADA HARAPAN PENJAWAT AWAM DAPAT BONUS - CUEPACS

Bernama
17/7/2013


PUTRAJAYA, 17 Julai (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berpendapat masih ada harapan untuk lebih 1.4 juta penjawat awam menerima bonus menjelang Aidilfitri.
Ini berikutan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu yang memaklumkan kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang Aidilfitri, kata Omar.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan itu dan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.

"CUEPACS mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi mempertimbangkan permohonan CUEPACS untuk 1.4 juta penjawat awam.

"CUEPACS yakin Perdana Menteri akan mempertimbangkan perkara ini. Saya rasa ada harapan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa di Puspanitapuri di sini.

CUEPACS sebelum ini masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.

Terdahulu hampir 1,000 tetamu hadir pada majlis berbuka puasa Ketua Setiausaha Negara.

-- BERNAMA

41 ulasan:

  1. Pada pendapat peribadi saya, jika diikutkn faktor kewangan sekarang sebenarnya pihak kerajaan memang tidak mahu beri apa2 bentuk bonus pada kakitangan2 nya cumanya mereka memikirkn in a long term investment (undi next PRU) so mereka perlu beri bonus kepada kakitangan2 nya at least RM500 @ 1/2 month salary...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Poket kerajaan semakin hari semakin kempis, hutang bertambah banyak. Last2 kita berputih mata. Biarlah kerajaan buat tabungan dan bayar balik hutang supaya di tahun2 mendtg kerajaan blh bg 2 hingga 4 bln bonus pula. Kan bagus....

      Padam
  2. nak jimat kos bagi bonus org bawah je sapai 54. jusa ketas xpayah. jimat la kos kajaan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nk bagi n Nak lagi jimat beri la 54 ke atas sebb tk ramai...

      Padam
  3. alahai... brim boleh bagi ...xkan la bonus tuk PA x boleh kot.

    BalasPadam
  4. Bila Pm umum nanti mesti tak banyak.

    BalasPadam
  5. Jom ramai2 benti keje gomen...boleh amik BR1M....

    BalasPadam
  6. Banyak ker sikit...yg bersyukur ....d atas rezekiNya . .at least dpt....mmp ringan Kn sedikit ..:)

    BalasPadam
  7. Gov sngje lmbt umum ni, klu x nak bg ckp je terus terang. Jgn wAt kmi tertunggu2... Klu dpt bsyukur la, klu x apa nak dikato...

    BalasPadam
  8. Akhirnya, 2 kali bonus untuk semua.
    Confirm.. !!!

    Berikut adalah beberapa garis panduan pemberian dan penerimaan bonus sebelum hari raya tahun 2013.

    1. Bonus pertama akan masuk dalam tempoh 10 hari sebelum hari raya bermula 29 Julai 2013.
    2. Bonus kedua akan masuk pada 8hb Ogos 2013.
    3. Dibayar tahun ini juga.
    4. Kadar penerimaan bonus tidak berasaskan penilaian atau gred gaji semasa.
    5. Pekeliling umum sudah dikeluarkan.
    6. Pemberian bonus bersyarat & terma.

    Berikut adalah terma dan syarat yang ditentukan pembahagian dan penerimaan bonus tahun ini :

    1. Bonus pertama berupa malam lailatul qadar yang melebihi 1000 bulan beribadat.
    2. Bonus kedua merupakan sambutan hari raya yang akan disambut pada 1 Syawwal
    3. Bersungguh2 memenuhi malam2 10 terakhir dengan amalan yang dianjurkan nabi.
    4. dilakukan dengan ikhlas dan penuh pengharapan kepada Allah sebagai seorang hamba.
    5. Bonus tertakluk kepada kehendak Allah SWT kerana Dialah Yang Memberi dan menjadi tanggugjawab hamba untuk mencarinya.

    BalasPadam
  9. BONUS TAK ADA...BUKANKAH KERAJAAN DAH BERI KENAIKAN GAJI PADA BULAN JULAI...????KENAPA NAK BONUS LAGI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab nye bonus tk beri lagi...kan,kan,

      Padam
    2. Sbb lu sambadigol...kenaikan gaji tahunan same dengan bonus ke dol....

      Padam
    3. Keinginan manusia tiada hadnya selagi dunia ni belum kiamat. Xpe malaysia kaya, boleh byr bonus bila2 masa asalkan ada usaha utk tak berputus asa meminta. Hidup ceupacs selagi malaysia belum muflis.

      Padam
    4. Xleh nak beza ke kenaikan tahunan ngan bonus....kambing tol la dia ni....sek 2 dah bertingkat2...tp...jd kambing gak....

      Padam
  10. x abis2 mintak saja keja kupeks,gaji dah naik lagi nak bonus lps ni apa lagi barua sial ni nak mintak

    BalasPadam
  11. Sedapnye mulut berkata2 di bulan ramadan yg mulia ni...komen la yg positif yg membina ckit....perkataan 'barua sial' x sdp di baca di dgr...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa brader yg diatas ni kadazan dusun kot..xberpuasa..td bru je lepas makan tupai n tapir...sbb tu dia xtau hormat bulan.ramadhan...

      Padam
  12. PA yg layak terima BR1M patut dikecualikan dari terima bonus. Bonus hanya utk yg tak layak terima BR1M, buat spt baru adil. Ataupun PA yg terima BR1M terima setengah bulan bonus je manakala yg lain 1 bulan bonus baru kerajaan dpt kurang sikit perbelanjaan. Betul kankankankan................ Idea yg patut di baea ke pengetahuan PM dgn segera dan pasti diterima punye.

    BalasPadam
  13. Rakaman perbualan di kaunter OSC Majlis Bandaraya Kota Bharu, Kelantan semalam:
    Fakhrul : Ambo
    nok mitok kelulusey buat rumoh, lagu
    mano gak caro dia?
    Puan Lolly : Lagu ni, mulo-mulo kito
    keno tengok pele dulu.
    Fakhrul : Pele? Ambo ado doh!
    Puan Lolly : Mano? Kalu ado wat tubik
    lah, kawe nok tengok.
    Fakhrul : Weh, tok leh! Mano bulih!
    Puan Lolly : Bak po tok lehnyo?
    cepatlah wat tubik!
    Fakhrul : Kalu tok tengok tok leh ko?
    Puan Lolly : Tok leh la!!! kawe nok luluh
    guano, kalu kawe tok tengok!
    Fakhrul : Owoh, ambo malu nok tunjok.
    Puan Lolly : Malu bakpo pulok? Pah tu
    bowok pele wat gapo kalu tok sir
    tunjok?
    Fakhrul : Ehhh! malulah nok tunjok ,
    pele ambo kecik!
    Puan Lolly : Laa! Kecik pun tak po, asa
    kei cukup syarat!
    Fakhrul : Nok wat tubik nok tunjok kat
    mano?, orghe rama sini! Malu ambo!
    Malu weh!
    Puan Lolly : La, tok apo! Nok malu ko
    gapo! Wat tubik letok atas mejo
    kaunter ni pun buleh!
    Fakhrul : Hoh, tengok ni pele kawe....
    Puan Lolly : Owoh....buke pele ni, pele
    bangune!!! nate babi mu ni..!!!

    BalasPadam
  14. Kenaikan gaji tak sama dgn pemberian bonus..........bonus adalah hak semua digelar pekerja....pekerja gov kah...atau pun pekerja bkn gov ka.....bila nak hujung tahun mesti mereka menerima bonus.....betul tak bro....bagi pendapat saya kalau kerajaan nak bagi bonus berilah sama rata.....kalau nak kasih rm1000 tak kira gred rendah kah gred tinggi kah....sama2 kita merasa btl tak hihihi kalau kasih bonus 1/2 bln yang gred gaji rendah memang tak besarlah bonus mereka tapi kalau yang gred tinggi memang berbaloi bagi mereka......hihihi sekarang harga barang pun dah mula nak naik.........perbelanjaran pun makin besar....bkn mcm zaman dulu....harga barang tak setinggi harga sekarang....sebab tu lah pekerja2 banyak membuat hutang kerana mahu kehidupan mereka menjadi lebih baik.....betul kata orang kalau nak menyambut raya biarlah berpada pada tapi kalau dah semua harga barang naik mcm mana nak diperkata....so kami semua berharap agar kerajaan memberi bonus dgn sama rata tak kira gred rendah atau gred tinggi....tq



    BalasPadam
  15. Paling kurang pun setengah bulan gaji kot..
    semua gred sama...kalo ada bonus le... Yg pangkat tinggi berkata2... Kami pun mau setengah bulan dah le brim x layak... Pangkat rendah dapat brim... So biasanya jln penyelesaian... Pukul sama rata... Setengah bulan...

    BalasPadam
  16. Sa sukung semua panjawat awam tak kira pangkat bagi bonos rm1000 ja la ...syukul la dpt ...goverment tengah kumpul duit utk BRIM next year la rm 1200 sorang...panjawat awam tiap tahun dpt rm1000 n org awam dpt rm 1200 kira ok lah berbaloi....phuuuiiiiiiiiiiiiiiiiiiii phuuiiiii

    BalasPadam
  17. Nk tnya,knaikan gaji yg bulan 7 ni ada kaitan jugk ke ngn hrmis? Atau knaikan ni direct ngn akauntan negara?

    BalasPadam
  18. Sekurang2nya dpt bonos 1 bulan sbb jika dikira minggu bekerja setahun ada 52minggu iaitu bersamaan dgn 13bulan. So smmgnya 1bulan bonos sepatutnya dpt setiap tahun xkira di sektor awam atau swasta...

    BalasPadam
  19. betul juga pandangan saudara tu saya bersetuju jika bayaran bonus diberi sama rata daripada semua gred kalau 1000 sama ja dapat baru duit kerajaan tak habis ni jika bg bonus 1/2 bulan kalau peringkat bawah ni berapa sen ja dapat tapi bagi peringkat atasan bayangakn kalau gaji 10k dah 5k dah dapat jadi kesimpulannya bagilah sama adil

    BalasPadam
  20. Di dalam organisasi anda berapa ramaikah yg berpendapatan tinggi bermaksud gaji melebihi RM 7,000, itulah yg dikatakan berpendapatan tinggi, adakah rakyat akan dpt mencapai berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kenaikan harga barangan kini telah membebankan seluruh rakyat malaysia kecuali mereka yg berpendapatan tinggi seta berpendapatan serderhana tinggi. Kenaikan harga barang kini naik sehari demi sehari, barangan keperluan spt beras, gula, susu tin, susu bayi, bawang besar dan kecil, ikan, daging, telur, susu tepung, tepung gandum, serbuk kopi-teh, majerin, gas dapur, minyak masak, dan paling teruk kenaikan harga ayam, ini adalah keperluan rutin harian yg diperlukan oleh seisi keluarga untuk keseimbangan kesihatan, kalau sesiapa nak boikot, dia boikotlah seorang diri , tak masuk akal, tak payah minum kopi-teh tanpa gula, tak payah isi santan masak rendang raya nie.. itu belum lagi keperluan harian untuk berkerja spt minyak kereta-motor, tol, bayaran parking kereta, keperluan pakaian dsbnya.. Bagi perjawatan Turus, Jusa, Gred 41-54, PM, TPM, YB, Menteri, bagi mereka tiada masalah kerana mereka tergolong di dalam yg berpendapatan tinggi, bagaimana pula mereka yg gred R3-32, berpendapatan rendah serta rakyat jelata yg bertungkus-lumus menampung keluarga yg sekian hari harga barangan keperluan semakin naik, tiada turunya, jadi fikir-fikirkanlah..

    BalasPadam
  21. dah menang pru bagilah bonus lebih cikit wat gred yang rendah,jgn masa nak pru saja bgi banyak,sekadar nak pancing undi.

    BalasPadam
  22. esok berita umum la tu bonus...sabar..tetap ade

    BalasPadam
  23. PM saje xnak umum awal2...nanti x pasal2 harga ayam ikan kambing naik plak.....bijak kan 2 PM....smoga PA dpt bonus raya....

    BalasPadam
  24. kalo ada rezeki dapat le PA bonus... betul cakap saudara tu.. kang umum awal2... semua peniaga mula le naikkan harga barangan... tapi ada ke bonus? macam x percaya ajer... khamis dah gaji... bila masa plak.. sah2 mulai 5hb dah ramai yg mula bercuti...

    BalasPadam
  25. Berita terkini yg akan di umumkan esok atau lusa slps PRK Kuala Besut. Bonus utk semua PA minima rm1000@1500 atau 1/2 bulan gaji n akan di masukkan kedlm akaun masing2 pd 31 Julai @ 1 Ogos 2013. Ok dah jgn dok gaduh2 n kutuk2 lg di antara satu sama lain. Bulan Ramadhan bulan yg mulia n jgn lah kita mencela kemuliaan bulan Ramadhan ini. Slmt berpuasa n Slmt menyambut hari raya aidil fitri utk semua PA di seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak Brunei Filipina Indonesia Thailand Singapura.


    Ikhlas dari AG yg membayar n mengakaunkan gaji anda tiap2 bulan.

    BalasPadam
  26. Wahai encik AG yang membayar gaji tiap2 bulan... leh percaya ke? kalau ada alhamdulillah....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada sayang..... sabarlah yer sayang.... dapat bonus raya nanti abg belikan kat syg ikan bilis bakar sekoq.. ikan bilis masak 3rasa... ikan bilis masak halia utk kita berbuka puasa nanti n kena pulak nasi panas2 fuhhhhhh berselera abg buka posa ngan ayang... heheheeeee. ..

      Padam
  27. Kakitangan Awam : RM500
    Pesara Kerajaan : RM250
    Pengumuman Bonus Raya 2013

    Tarikh : 24 Julai @ 31 Julai 2013
    Hari : Rabu
    Diumumkan : Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak)
    sumber : http://media-siber.blogspot.com/2013/07/bonus-raya-2013-saguhati-rm500-rm250.html#.Ue4gPpiRrN4

    BalasPadam
  28. betul ke berita tu? macam x betul ajer geng...x baik menipu bulan puasa ni...

    BalasPadam
  29. boleh kalau PM taknak kasi bonus tetapi beliau sepatutnya umumkan kenaikan gaji tahunan PA mulai April 2013 , jadi ada masa untuk kerani buat gaji baru dengan tunggakan. . ini umum KGT mula julai. . raya pula ogos sebelum gaji mane sempat buat tu tunggakan. . kurang cerdik PM kali ini. .. klau xde bonus raya puasa kita tunggu tunggakan bulan oktober saja laa. . ada raya haji. . harap bersabar yea

    BalasPadam
  30. aksi naik gaji saja kerja gomen....swasta apa citaaaa......telan air liur je laaa

    BalasPadam
  31. Dijadikan cerita; "di sebuah negeri berkumpul para suami di dalam sebuah stadium.."
    Lalu Menteri Besar umumkan' "sapa takut bini pegi sebelah kanan" lalu semua suami berganjak ke sebelah kanan kecuali seorang pakcik tua.
    Menteri besar dan hadirin terkejut lalu bertanya pakcik itu. "Apa rahsia pakcik madi x takut bini?"
    Pakcik madi tu pun jawab' "sebenarnya td isteri saya pesan, jgn pegi mana2, duduk sini saja"!....

    BalasPadam
  32. Harapan tinggal harapan je la..bila dh menang.tggu la 4 thn lg dpt bonus..

    BalasPadam
  33. hahaha.....kata tok kadok...hehehe...kata pak pander...dah nasib kata nuar...kata kerajaan aku punya pasal lah....nk bg ke x nk bg ke...sape suruh pangkah aku...dah tahu tiap kali mengundi mesti pandai berlakon...sape nk jawap....sila kan..........?

    BalasPadam