SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

25 Julai 2013

PENJAWAT AWAM, PESARA UCAP TERIMA KASIH PEMBERIAN BANTUAN KHAS KEWANGAN


Bernama
24/7/2013


KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengucapkan terima kasih kepada kerajaan atas pemberian Bayaran Bantuan Khas Kewangan RM500 sebagai persiapan raya kepada penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata ia membuktikan kerajaan menghargai dedikasi dan sumbangan penjawat awam serta jasa golongan pesara kepada negara.

"Pemberian ini pasti memberi keceriaan dan kegembiraan kepada penjawat awam khasnya yang berpendapatan sederhana bagi membuat persiapan Aidilfitri yang bakal tiba," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam kenyataan hari ini, mengumumkan Bayaran Bantuan Khas Kewangan itu yang akan dibuat pada 31 Julai ini kepada penjawat awam daripada Gred 1 hingga Gred 54 serta pesara kerajaan.

Omar turut berharap kerajaan menimbang pemberian bonus kepada penjawat awam ketika pembentangan Belanjawan 2014.

Sementara itu, Naib Yang Dipertua Persatuan Pesara Kerajaan Wilayah Persekutuan Datuk Nik Mohamad Kamil Nik Daud berkata pemberian itu adalah 'durian runtuh' buat pesara kerajaan.

"Kita hanya jangka pemberian seperti ini pada akhir tahun. Sekarang bukan sahaja Felda dapat bantuan kewangan hari raya tetapi pesara dan penjawat awam juga dapat," katanya.

Sambil mengucapkan terima kasih kepada kerajaan, beliau berkata bantuan khas itu sedikit sebanyak meringankan beban pesara dalam menghadapi kenaikan harga barangan.

Bagi Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Hashim Adnan, keprihatinan kerajaan memberi bantuan menjelang musim perayaan seharusnya disyukuri warga penjawat awam.

"Kita harus bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana masih prihatin untuk memberi bantuan, terutama ketika Aidilfitri bakal menjelma," katanya.

"Rezeki yang diterima ini kita belanjalah mengikut kemampuan, jangan berlebihan sehingga memudaratkan ekonomi keluarga," katanya.

Hashim berkata penjawat awam juga tidak harus kecewa dengan kadar bantuan yang dihulurkan, lebih-lebih lagi tahun ini menyaksikan kenaikan gaji sebanyak dua kali seperti yang diumum Perdana Menteri.

"Kadang-kadang kita lupa ada negara yang langsung tak dapat apa-apa, makanan pun tak ada, atau negara tidak stabil seperti di Mesir.

"Sebaliknya kita di Malaysia masih mampu menerima bantuan daripada kerajaan, kita perlu bersyukur negara kita aman dan tidak menjejaskan ekonomi serta perjalanan hidup seharian," katanya.

-- BERNAMA

50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah..terima kasih

Tanpa Nama berkata...

janji ditepati

Tanpa Nama berkata...

1st..syukur.. TQ PM

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah.. syukur dapat daripada tak dapat...

Tanpa Nama berkata...

Tahniah

Tanpa Nama berkata...

selangor is the best.

PA selangor pandai1 memilih kerajaan negeri.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih sebagai tanda kesedihan dan kekecewaan kami semua sebagai PA kepada PM. Lepas ni jangan la nak merayu lg nak memerintah k PM?

Tanpa Nama berkata...

rm500 mmg bersyukur..rezeki dri Allah SWT..tp harga barang2 kn dh naek..camner lh nk gne rm500 sebaik mungkin..klau gaji besar xper lh jgk..rm500 celah gigi jew..tp yg gaji kecik nie..dua kenaekan pn masih sangkut2 had hidung..puiiii..

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur memang le kena bersyukur samada dapat @ tak dapat bonus/bantuan raya ni..Setiap pagi bangun tidur pun first2 patuh bersyukur coz masih boleh bernafas seterusnya melihat serta mendengar.Anyway
dgn duit Rm 500 ni boleh la berbelanja sakan kalau shoping kat Bangladesh atau Myammar !!!!!!

Tanpa Nama berkata...

S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam

2:31PM Jul 24 2013

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini.

"Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.

Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.

"Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.

"Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk simpanan untuk kegunaan pada masa depan," tegas menteri besar.

===============

jauh bezanya kerajaan BN dengan kerajaan PKR

kakitangan awam negeri selangor amat bertuah.

Tanpa Nama berkata...

sekelumit PA memang species bangang..dah dapat RM500 pun dok riuh rendah macam haiwan ternakan kena sergah rimau..bersyukur la dapat jugak..orang yang tamak jangankan rm500..bagi 5 juta pun tak cukupjugak..

Tanpa Nama berkata...

Akur.... Akur.... Akuuuurrrrrr! Paling sial punya PM.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh.meh sini aku tunjuk ko bangang ke kami bangang.ayat biar cNtik sikit.dah itu memang hak kami.

PA Federal keje di Selangor berkata...

PR Selangor vs BN Federal
Bonus 1 bln vs RM500

Jom nyanyi ramai2....Terima kasihhhh, ku ucapkan paaaaadamu...atas nikmat yg diberikan pd ku... na na na naaaa...na na na na naaaaa na na...

Tanpa Nama berkata...

Cara nk mengguna duit rm500 yg lebih eficien..

1. Yg dok JOHOR BAHRU nak balik ke Utara Alor Setaq Pendang Sintok Baling Yan Changlon Arau Perlis... tips.. tanggal 6.8.2013 isi minyak keta penuh2 n touch n go jgn reload lg. Tunggu lg 2hr nk raya n sms kat abah mak abg kakak adik2 kata keta kena tarik sbb 4bln tak byr.. dlm sms tu jgn lupa pesan kalau mak ayah abg kakak n adik2 nk suruh balik kampung jgk tolonglah bankin duit sorg cikit sbb nk ambik keta tumpang bank buka lg.. bg no akaun bank sekali dlm msj tu...

Pastu anda isteri n anak2 anda bertolaklah ke Utara ... percayalah anda sampai di HENTIAN GURUN ada ATM CIMB mungkin perjalanan anda ambik masa dlm 12jam.. berhenti di hentian Gurun n cubalah check duit d ATM CIMB tsbt... nescaya ada duit yg masuk drp ayah atau ibu atau kakak atau abg.. pengalaman aku yg lepas2 bila check adalah dlm rm1000

Kesimpulannya rm500 yg PM bg ni anda boleh simpan utk blk kampung raya tahun depan pulak. Sbb kelentong utk kali ke dua selalunya tidak berjaya.. sbb kelentong kali pertama shj yg berjaya... Slmt mencuba... heheheeeee. .

Tanpa Nama berkata...

Tq byk2 PM...tak sangka PM bg kurang drpd Khalid Ibrahim...

Tanpa Nama berkata...

Tq byk2 PM...tak sangka PM bg kurang drpd Khalid Ibrahim...

PA dari Penang berkata...

Tunggu belanjawan nanti Najib akan kata ekonomi negara tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012. Ekonomi negara kita meningkat lebih pantas dari negara Amerika Syarikat. Tahun depan ekonomi kita semakin mantap.

Yang peliknya, nak bayar bonus pun semakin tak mampu. Peruntukan yang turun sentiasa tak cukup.

Hebat pakar ekonomi negara kita nie.

Tanpa Nama berkata...

Bagus komen tu. saya sokong 100%. Beri 1 juta bonus pun masih kata tak cukup. Keinginan manusia memang tiada had.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha...mcm komen org meroyan! Mesti nk xlepas interview nk jd PA ni. Bonus tu hak kami. Sepatutnya mmg dpt 1 bulan bonus setiap tahun kalau ikutkan kiraan jumlah minggu bekerja setahun. Yg bangang tu spesis ko dan keluarga ko yg xpuas hati dgn org gomen.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya masa inilah paling sesuai nak bagi bonus lebih sedikit untuk berterima kasih kepada PA dan menarik hati rakyat. Dapat bonus tinggi lepas waktu bulan raya tidak seindah jika bonus pd waktu ini. Tuan2 penasihat PM kenalah memainkan peranan dan pandangan.

Tanpa Nama berkata...

PERBUALAN TERKINI ANTARA PM KITA DATO SERI NAJIB DAN JGK DGN TAN SRI KHALID MB SELANGOR SEMASA BERBUKA PUASA TADI DAN SEMPAT DIRAKAM OLEH WARTAWAN YG TAK KETAHUAN... 

MB SELANGOR:... Ceroiii hang jib.. kamipun boleh bg 1bulan bonus... huhuhuuuu

PM KITA:.... Hahahaha rm500 cukuplah tu... nak belanja raya nk buat apa byk2 ... hahahaha....

Tanpa Nama berkata...

Kepala hotak...ayat cukup la tu...nk raya nk buat apa byk2....
Dia bg croni dia berbillion2....dia dok sri perdana tue duit rakyat....

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...

Bersyukur memang le kena bersyukur samada dapat @ tak dapat bonus/bantuan raya ni..Setiap pagi bangun tidur pun first2 patuh bersyukur coz masih boleh bernafas seterusnya melihat serta mendengar.Anyway
dgn duit Rm 500 ni boleh la berbelanja sakan kalau shoping kat Bangladesh atau Myammar !!!!!!

Khamis, Julai 25, 2013 10:09:00 PG


-----------------------------

orang yang bagi kenyataan ni dia ibarat seperti orang yang tahu bahawa najis itu tidak boleh dimakan, tapi dia tetap makan.

dia kata bersyukur, tapi ayat terakhir tetap mengeluh, merungut dan silap-silap menyumpah-nyumpah.

berbelanjalah ikut kemampuan, bukan ikut keinginan. rm500 tu kalau dibelanjakan dengan cara patut, patutlah jadinya. ini dapat rm500, keinginan nak beli itu ini rm5,000. memang la tak cukup!

kesian.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak suruh bersyukur pun, syukurilah nikmat yang lebih besar diberi secara percuma oleh tuhan kpd kita terlebih dahulu....contohnya: nikmat kehidupan, kesihatan, penglihatan, pendengaran, oksigen yg membolehkan kita bernafas, kaki yg membolehkan kita berjalan, tangan yg membolehkan kita melakukan setiap tugasan dll....war2kan lah nikmat yg besar ni terlebih dahulu.....kemudian baru yg ciput2 tu.....dlm ni takde sorang pun yg cakap pasal nikmat tuhan yg tiada tolok banding dan tidak ternilai harganya.....jika nak dibandingkan dengan yg ciput tu......

Tanpa Nama berkata...

Thanks a lots a lovely prime minister..may god bless u..I hope Malaysia country succes to vision 2020..
Smile for ur bonus..
Saving for ur live..

Tanpa Nama berkata...

WALAU APE-APE PUN KAU ORANG BILANG KAT SINI AKU TETAP SOKONG DS NAJIB

TERIMA MASIH DENGAN DUIT RAYA 500 TU, TERINGAN SIKIT BEBAN DEN

SEMOGA BN MEMERINTAH SELAMA-LAMANYA
PRU 14 NANTI KALAU DIPANJANGKAN UMUR TETAP KU PANGKAH BN, WALAUPUN APA TERJADI SAYA SERU KEPADA SEMUA BN ADALAH YANG TERBAIK...

SYUKUR, SYUKUR

TERIMA KASIH YA ALLAH DENGAN NIKMAT YANG YELAH KAU CURAHKAN

Tanpa Nama berkata...

Presiden Cuepec aja yang berterimah kasih pada najib..tukang ampu kerajaan BN.

makin menyampah adalah PA dengan cupecs dan kerajaan BN.

Tanpa Nama berkata...

KLalau menyampah bolehlah kau orang pakat ramai-ramai beghonti khoja, ghamai lagi geng-geng ambe nok masuk kejeeeee.

mintak maap banyak2 la no bulan2 posa ni kalu klu kata2 mengguris hatiiiii

terima kasih

Tanpa Nama berkata...

betul tu. setiap hari menyumpah dan merungut terhadap majikan anda iaitu kerajaan yang memerintah, tapi setiap bulan terima juga gaji dan makan juga duit gaji tersebut.

memang tak tau malu & tak sedar diuntung punya penjawat awam!

Tanpa Nama berkata...

Satu je lupa sebut MULUT jgn lupa ucap syukur krna ada mulut. Mulut jgala yg buat badan binasa.

Tanpa Nama berkata...

Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil.
"Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta
Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi
salam lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya
tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap
bertanggung jawab atas perbuatan saya. Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan
saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta. Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang,
dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta. Tapi sekiranya anak
anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah
berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi bg anak aku mengandung..

Tanpa Nama berkata...

Terbaek..... ada yg tersirat sebalik yg tersurat.

Tanpa Nama berkata...

Ko mmg harap kami berhenti kerja kan? Iye lah.. dah banyak kali ko interview PA tapi asyik kena reject. Tapi bila ko dah jadi PA nanti, ko pun akan rasa apa yg kami rasa.

Tanpa Nama berkata...

Sokong !

Tanpa Nama berkata...

Ko tentu bengang klu harga minyak naik kan? Tapi kenapa ko masih isi minyak? Fikir dulu sblm komen.

Tanpa Nama berkata...

SALAM, KUALA BESUT DAH BN MENANG, TERENGGANU DAH SELAMAT DLM TNGAN BN... HAH, APA LAGI TUNGGU? ANNOUCE DUIT RAYA RM500 SAJA... HAMPA BETUL ?! MAI LAH SEKURANG2NYA 1 BULAN BONUS PADA 31 JULY 2013 (KALAU TIDAK PUN, 1.5 BULAN BONUS PUN OK - MESTI LAH LEBIH TINGGI DRP KERAJAAN SELANGOR YG BERI 1 BULAN BONUS RAYA)... MCM TU KE BN BERTERIMA KASIH KPD PENGUNDI KUALA BESUT DAN PENJAWAT AWAM MSIA, DGN RM500 SAJA?

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULILAH... RM200 bagi ayah mentua, RM200 bagi ibu mentua, RM100 bagi duit raya saudara-mara (cukup RM500)... DUIT utk beli baju Raya takde, duit utk diberi kpd ayah & ibu sendiri takde, DUIT utk isi petrol balik kampung takde, duit tol takde... ini mcm zaman Pak Lah je? Semua takde dan tak boleh ?????

Tanpa Nama berkata...

Kesian juga jikalau pekerja awam yang bergred N17-21 tu tidak diberi bonus. Mungkin pihak kerajaan boleh beri kadar bonus yang lebih tinggi kepada yang bergred rendah, kadar yang lebih rendah kepada yang bergred tinggi. Gred VK tu tak payah bonus lah. Saya Flat rate RM500 yang diberikan baru-baru ni adalah yang terbaik - adil dan saksama... Daripada DS52

Tanpa Nama berkata...

Yg dok sokong syukur bg 500 tu tlg ajar mcmna nk blanja duit tu..aku x reti la nk buat kira-kira

Tanpa Nama berkata...

Wlu apa pn sy ttp brsyukur dgn pmberian bonus kpd pesara awam spt syg. Tq PM
Wlu pn hakikatnya rm250 tk cukup disamping pencen yg tk sebrp brbanding dgn mrk yg masih bkerja mmg jauh panggang dr api. Harap khidupan pesara yg byk myumbang kpd negara jugak perlu diberi perhatian.

Tanpa Nama berkata...

pada org yang g interview PA tp kene reject tu,n aku nk gtau sket...korang kene reject sbb korang n bodo...kalo x xkn kene reject...

Tanpa Nama berkata...

Dia org kena reject bkn sbb bodo bro... dia org kena reject sbb semasa temuduga diorg p pakai baju yg beli kt Reject Shop tu yg kena reject tu sbb sticker hargapun tak buang n penemuduga jatuh hukum kalau ambik bkerjapun tak ada Integriti n tak ada paradigma sbb tak buat persediaan awal2 n ketrampilan diri... itu pasal ler kena reject.

Kalau nk interview nnti.. lain kali beli baju kat kedai kt Bkt Bintang nama kdai dia I SETAN kalau kita interview n tk dpt jgk kerja n kita boleh jerit kt penemuduga tu U SETANNNNNNNN sbb tak ambik I kerja gomen huhuhuuuu

Tanpa Nama berkata...

apa lagaaaa????

nyanyi ler weiii!!


terimaaaaaaaaa kassssihhhh! ku ucapkan paaaaaaaaadaaa Mu!

ingat yer, M tuh beso, bukan m kecik. anderstengggg????

Tanpa Nama berkata...

Lapa bonus blakow weh..tgg pru nnt ler. Sabar2, malu kokram kijo swasta jah.

Tanpa Nama berkata...

Ni nk tnya dlm rmai2 yg komen, brape rmai oram bukan malay? Sj nk tau bukan malay ni ada yg lapa bonus mcm oram malay yg byk duk komen lapa bonus x??

Tanpa Nama berkata...

Komen apo ke benda... Banding rm500 dengn 5juta. Kalau pn sama2 tk cukup......
Org gila pn nak 5 juta. Cakap apo pn, 5 juta tk cukup. Org gila tu ttp nk 5 juta.

Tanpa Nama berkata...

Ini lagi pelik....apa kaitan dgn cina malayu pulok....
Org cina pn aku tk pernah dgr tolak duit bonus lg.....yg harap dpt bonus 4 @ 5 bulan mcm swasta ada tempt aku keje ni...

Tanpa Nama berkata...

wahhhhhhhhh blog cuepacs sunyi hari ni siollll... beruk2 yg rajin komen dlm nih dh blik raya tuh. kt kmpg mana ade pc & internet ek? wakakakaka


slamat ari rayer macai2 sumeeeee utk x ke-2!!! wakakakaka

Tanpa Nama berkata...

Org melayu sumo balik raya....ko sorg je beruk raya sorg2...pi lah kwn ngan bigfoot pak sedara hang tu...wakakakaka!!!!!!