SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

23 Ogos 2013

PROGRAM TRANSFORMASI JADIKAN JPA LEBIH KREATIF DAN INOVATIF - KSN


Bernama
23/8/2013


PUTRAJAYA, 23 Ogos (Bernama) -- Program transformasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), berupaya menjadikan agensi itu lebih kreatif dan berinovatif, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
Katanya JPA menjadi agensi pertama yang menyiapkan program transformasi dan langkah itu sekali gus dapat mengurangkan kerenah birokrasi yang sering dikaitkan dengan perkhidmatan awam.

"Tahniah dan terima kasih kepada ketua pengarah JPA, pengurusan tertinggi, pegawai dan semua kakitangan kerana telah berjaya menghasilkan program transformasi yang amat dinamik," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau sebelum itu menghadiri majlis sambutan Aidilfitri yang dianjurkan dengan kerjasama semua kementerian dan jabatan kerajaan di Kompleks C di sini, antaranya JPA, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perangkaan.

Ali berkata lebih membanggakan kejayaan itu dilakukan secara dalaman tanpa menggunakan konsultan luar, sekali gus mempamerkan kemampuan penjawat awam dalam menghasilkan sebuah program transformasi.

"Kejayaan itu akan menjadikan JPA sebagai penanda aras kepada program transformasi dan berharap semua agensi dan kementerian lain di seluruh negara akan mengikuti jejak langkah sama," katanya.

Ali berkata beliau difahamkan program transformasi Kementerian Kewangan kini dalam peringkat kajian dan akan dilaksanakan dalam waktu terdekat.

-- BERNAMA

14 ulasan:

Baju ala F1 berkata...

terima kasih! teruskan usaha tu!

Tanpa Nama berkata...

Tak sabar tunggu isi kandungan SST (Skim Saraan Transformatif)

Kekasih berkata...

Saya menyokong semua usaha murni kerajaan Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

JPA SEMESTINYA TERBAIK..KERANA BANYAK MEMBERIKAN PERJUANGAN PADA PERKHIDMATAN AWAM...TAK KURANGNYA CUEPACS...OLEH ITU ATAS KEPERIHATINAN ORGANISASI INI...MOHON GRED GUNASAMA N17 DICEPATKAN KUP KE N22 DGN 8 TAHUN....

Tanpa Nama berkata...

Apa Perkembangan Kenaikkan Gred Juruteknik?
Sehingga kini tiada berita.

Tanpa Nama berkata...

Jgn lupa selesaikan isu lantik kroni, keluarga, kaum dan yg suka akur kpd calon2 yg menggunakan kabel2 besar apabila ada pengambilan pegawai baru PA. Amat tidak adil kpd yg guna cara adil/ikhlas dan layak menjawat sesuatu jawatan apabila ada yg tidak layak tetapi 'dilayakkan' krana gunakan cara kotor spt yg dinyatakan diatas.

Tanpa Nama berkata...

KUALA LUMPUR: Hari Raya kali ini disambut dalam keadaan kos hidup rakyat negara ini dijangka akan bertambah mahal dan menekan mereka, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub."Saya diberitahu, apabila agensi penarafan yang berpangkalan di Amerika Syarika Fitch Rating meletakkan prospek Malaysia daripada stabil kepada negatif, ia akan mencetuskan banyak kesan termasuk kejatuhan nilai ringgit."Keadaan itu sangat membimbangkan kerana Malaysia adalah negara pengimport makanan," kata beliau.Salahuddin berkata, berikutan penarafan tahap negatif itu, mereka yang mengkaji ekonomi menjangkakan keadaan akan menjadi bertambah buruk kerana ringgit Malaysia telah pun berada pada tahap terendah dalam masa tiga tahun berbanding dollar Amerika."Harga barangan import sudah tentu akan bertambah mahal dan ia akan memberi kesan kepada hampir kesemua perniagaan dan industri dalam negara ini," katanya.Ringgit Malaysia juga, katanya lagi, berada pada kadar terendah dalam masa 15 tahun berbanding dollar Singapura."Sekarang bertambah murah dan mudahlah orang-orang Singapura membeli hartanah di negara ini."Semua ini perkembangan yang tidak baik bagi rakyat Malaysia," kata Salahuddin.Beliau berkata, rakyat perlu memahami bahawa apabila nilai ringgit jatuh dan penarafan pula diletakkan pada tahap negatif, lebih banyak wang terpaksa dibelanjakan oleh negara ini untuk membayar hutang luar termasuklah kos untuk pelbagai jaminan kerajaan yang melibatkan bond, sukuk dan sebagainya."Apabila lebih banyak wang dibelanjakan untuk membayar hutang, peruntukan untuk pembangunan pula akan berkurangan," katanya.Salahuddin juga mengingatkan, dengan perkembangan sebegini di mana harga barangan termasuk makanan akan bertambah mahal dan menekan, wang sekali bagi seperti BR1M tidak akan dapat membantu meringankan beban rakyat."Persoalannya, apa akan jadi dengan nasib rakyat dan negara ini di bawah kerajaan yang tidak berkemampun kerana penarafan yang diturunkan ke tahap negatif itu dengan sendirinya jelas menunjukkan kegagalan dan ketidakmampuan kerajaan Umno Barisan Nasional mengendalikan ekonomi negara," kata beliau.Fitch Rating menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengemukakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.Ia juga membangkitkan kebimbangan berhubung peningkatan hutang isi rumah dan hutang kerajaan, sebanyak 53.3 peratus pada penghujung 2012, tidak termasuk liabiliti luar jangka.

Tanpa Nama berkata...

Di dalam organisasi anda berapa ramaikah yg berpendapatan tinggi bermaksud gaji melebihi RM 7,000, itulah yg dikatakan berpendapatan tinggi, adakah rakyat akan dpt mencapai berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kenaikan harga barangan kini telah membebankan seluruh rakyat malaysia kecuali mereka yg berpendapatan tinggi seta berpendapatan serderhana tinggi. Kenaikan harga barang kini naik sehari demi sehari, barangan keperluan spt beras, gula, susu tin, susu bayi, bawang besar dan kecil, ikan, daging, telur, susu tepung, tepung gandum, serbuk kopi-teh, majerin, gas dapur, minyak masak, dan paling teruk kenaikan harga ayam, ini adalah keperluan rutin harian yg diperlukan oleh seisi keluarga untuk keseimbangan kesihatan, kalau sesiapa nak boikot, dia boikotlah seorang diri , tak masuk akal, tak payah isi gula minum kopi-teh, tak payah isi santan masak rendang .. itu belum lagi keperluan harian untuk berkerja spt minyak kereta-motor, tol, bayaran parking kereta, rumah kediaman,kenderaan kereta-motor,keperluan pakaian dsbnya.. Begitu juga dengan kenaikan harga kereta nasional spt myve, pesona, inspira, preve, viva, Bagi perjawatan Turus, Jusa, Gred 41-54, PM, TPM, YB, Menteri, bagi mereka tiada masalah kerana mereka tergolong di dalam yg berpendapatan tinggi, bagaimana pula mereka yg gred R3-32, berpendapatan rendah serta rakyat jelata yg bertungkus-lumus menampung keluarga yg sekian hari harga barangan keperluan semakin naik, tiada turunya, jadi fikir-fikirkanlah.. inilah natijahnya jikalau urus tadbir negara, negeri tidak di urus dengan cara yang berlandaskan Al-Quran dan sunnah SAW.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tuan nk kata 41 tu pndapatan tinggi.. agak kurang tepat lah.. bile sebut pendapatan.. mksudnye gaji yg dapat bulan2 laa kan.. setakat 41 tu.. tinggi apenye laa dah 3 tahun keje tak smpi pon 3k basic.. Tp bersyukur.. ade pendapatan tetap... cume musykil, bile ade isu pndptn tingi je.. termasuk laa gred 41... mungkin bole strt ngn gred naik pangkat kot... wallahualammm...

Tanpa Nama berkata...

manalah tahu kot2 dalam SST (Skim Saraan Transformatif) akan dilonjakkan menjadi gaji berpendapatan tinggi............
kita tunggu dan lihat

Tanpa Nama berkata...

sembang lebih jela. jpa transformasi? lebih kreatif? inovatif? ini semua perilaku syok sendiri puak2 ptd yang menguasai jpa tu.

buat keje senang macam pekeliling pun tunggang langgang. lagi mau sembang lebeyyy

Tanpa Nama berkata...

entah apa cerita sampai skrg tak da berita. sonyap jo.

Tanpa Nama berkata...

KTG kumpulan sokongan ni bila nak naik. beku je.
kumpulan professional dah lama naik

Wawasan 2020 berkata...

Saudara PA semua...
Saya ada satu soalan...harap semua dapat beri pandangan...

PA yang diambil berkhidmat mengikut kelayakan. Kalu kelayakan PMR/SPM = *1 = * 16. Sijil = *17 hingga *26. Diploma = *29 hingga *36. Ijazah keatas = *41 hingga tak pastidah.....
Malah gaji permulaan dan elaun adalah berbeza mengikut kelayakan.

Soalan saya sekarang adalah mengapa selepas dikaji sekian lama kenaikan gaji tahunan PA sangat berbeza jurangnya. Bayangkan gaji permulaan dan elaun pun dah berbeza iaitu amat sedikit bagi golongan sokongan dan tinggi bagi golongan profesional. Bukankah kerajaan sendiri berjanji akan mengurangkan jurang pendapatan yang semakin tinggi supaya semua rakyat jelata menikmati kehidupan yang hampir sama. Bayangkan kenaikan gaji bagi *41 adalah RM 225 dan *1 adalah lebih kurang RM80. Bayangkan selepas 5 tahun berapa kenaikan yang telah dinimati oleh kedua PA tersebut. *41 RM225 X 5 = RM1125
dan *1 RM80 X 5 = RM400. Macam mana kita akan menjadi negara maju serta berpendapatan tinggi pada masa akan datang..
Mohon bagi pandangan...