Johor Bahru: CUEPACS mendesak penjawat awam yang terbabit dalam pemilihan UMNO supaya sentiasa mematuhi peraturan ditetapkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung pembabitan dalam politik.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menyambut baik peringatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kelmarin kerana ia penting bagi mengelakkan penjawat awam daripada dikenakan tindakan tatatertib.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya menyambut baik peringatan yang diberikan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Datuk Seri Dr Ali Hamsa, kelmarin kerana ia penting bagi mengelakkan penjawat awam daripada dikenakan tindakan tatatertib.
Tak halang pembabitan
“Kita tidak menghalang pembabitan penjawat awam dalam politik.
“Bagaimanapun pada masa sama, mereka harus melaksanakan tanggungjawab diberikan supaya ia tidak mengganggu proses perkhidmatan awam,” katanya kepada BH, di sini semalam.
Berdasarkan peraturan, Pegawai Kumpulan Pelaksana dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 hingga DG48 selain Pengetua atau Guru Besar dibenarkan bertanding, memegang atau dilantik ke dalam jawatan parti politik selepas mendapat kebenaran secara bertulis ketua jabatan.
Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional pula dilarang mengambil bahagian.
Omar berkata, CUEPACS berharap mereka yang terbabit dalam pemilihan parti supaya memaklumkan perkara itu kepada ketua jabatan masing-masing, selain mendapatkan kebenaran ketua terlebih dulu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sementara itu, Omar berkata kesatuan berkenaan juga sudah mengemukakan beberapa perkara kepada kerajaan berhubung kebajikan penjawat awam untuk dipertimbangkan dalam Bajet 2014.
“Antaranya mengenai kenaikan elaun bantuan sara hidup (COLA), imbuhan tetap perumahan (ITP) dan penurunan kadar faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus sekarang kepada satu peratus.
“CUEPACS berharap perkara ini akan mendapat perhatian kerajaan dalam usaha untuk terus melindungi kebajikan penjawat awam,” katanya.
11 ulasan:
Mana kenaikkan elaun2 yg di hebohkan sebelum ni?Tup tup harga minyak naik - brg keperluan pun ikut naik! Belum dpt rasa elaun naik dh kena hadap kenaikkan harga brg2! Mcm mana kjaan yg kononnya dahulukan rakyat buat kerja bangang mcm ni? Ni la kali pertama kjaan BN yg memerintah dilihat rejim yg MENYUSAHKAN RAKYAT! Dalam lain perkataan PM yg ada lani PALING BODOH untuk tadbir negara!!!
jpa ni kalau buat pekeliling, tunggang langgang bahasa nya. lepastu maksud berubah-ubah. tak jelas dan mengelirukan.
kalau benda senang pun tak boleh nak buat, lagi nak suruh kita ikut peraturan jpa??
Saya gred 41 berharap kerajaan naikkan elain ITP dan elaun COLA selaras semua tempat kerana wujudnya ketidakadilan. Mohon perhatian PM kita DS Najib.
ye ke mcm tu? tp Ketua Pngarah JPN negeri2 boleh pulak aktif Umno. mcm Pengarah Jab. Pelajaran Terengganu. Last2 dapat jd speaker DUN Terengganu. cibai korg semua kena kencing je la.
ingatkan pak omar jumpa PM nk minta bonus. rupanya nak suruh semua PA bersabar dan belajar berjimat dan bersyukur ...
hahahaha
Mintak kebenaran nak jadi ketua cawangan parti pas atau pkr boleh ker?
Piiiiirah mcm bagus sangat Profesion perguruan ni , kenapa & Mengapa tidak dipanjangkan kpd jawatan lain ? Takut dgn berkepentingan kuasa yg ada .
Tidak semua Guru ni bijak belako kadang2 pun ada juga yg bengong .
Ramai yang minta kenaikan COLA an ITP.. Harap ada kenaikan juga untuk TUNTUTAN PERJALANAN kerana masih menggunakan kadar yang lama. 50sen untuk 500km pertama adalah tidak wajar bagi pekerja gred rendah.
Siapa kata PAS dan PAkatan Rakyat tidak bagus, mereka bagus. Mereka ada Anwar Ibrahim yang pernah menjadi TPM.. Banyak pengalaman beliau.. Mahkamah kata Anwar tidak bersalah.. So apa lagi jom kita undi Pas dan PR pada pilihnraya akan datang...
Soal BONUS dan pinjaman 10 tahun dibuat oleh pemimpin yang sudah terlalu lama memerintah negara. UMNO dan sekutunya. Inilah akibat jika kita sanjung orang terlalu lama. Mereka akan hilang kesedaran diri bahawa mereka sebenarnya setaraf dengan kita. Kita yang undi mereka, tapi mereka pijak kembali kepala kita.
Bila mereka nampak baik? Semasa nak dekat pilihanraya lah. Cuba tengok semasa selepas baru pilihnraya, semua keputusan menindas rakyat dihumban kepada rakyat. Macam dah terkumpul banyak sangat sampai tak mengumumkan dari jauh. Terus mendadak pengumuman. Kurang ajar mereka ni.
Dah jangan nak undi UMNO dan sekutunya lagi. Mereka ni jenis pijak kepala dan naik kepala jika menang. Cukuplah tu. Undilah PR dan PAS. Siapa kata orang Melayu Islam tidak boleh jadi PM? Tak semestinya UMNO sahaja. PErangi UMNO, kejadah buat pinjaman 10 tahun saje.
Tahniah pengundi PRU 13.. anda tlh membuat keputusan yg tepat, klu minyak tak naik dan GST tak dilaksanakan.. jenuh kita nak simpan duit berkepuk2..Rakyat kita skrg semuanya berpendapatan tinggi terutamanya peneroka felda... sbb tu nak bayar jgk tol, ptptn dll..teruja sgt bila harga barang melambung tinggi... klu ada kemampuan , rasa mcm nak hantar kad ucapan terima kasih kepada 46% pengundi BN dgn ucapan " tahniah kerana sekali lagi anda diperbodohkan "
BN LAKSANAKAN SSB BENTUK BARU, SILAP PRU13 UNDI BN
Catat Ulasan