SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

12 September 2013

CUEPACS YAKIN 1.4 JUTA PENJAWAT AWAM DAPAT FAEDAH BELANJAWAN 2014

Bernama
12/9/2013


MACHANG, 12 Sept (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin 1.4 juta penjawat awam akan mendapat faedah daripada Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan, Oktober depan.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata CUEPACS mengemukakan empat cadangan kepada kerajaan iaitu berkaitan pinjaman perumahan, Imbuhan Tetap Perumahan (ITP), Imbuhan Tahunan dan Elaun Sara Hidup (COLA).

"Kita penuh yakin kerajaan akan mempertimbangkan berasaskan ekonomi negara masih kukuh," katanya kepada pemberita selepas majlis sesi dialog dengan staf Universiti Terknologi Mara (UiTM) Kelantan di sini, Khamis.

Omar berkata cadangan itu dikemukakan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

"Mengenai Elaun Sara Hidup (COLA), kerajaan perlu menyelaraskan tanpa membezakan antara mereka yang tinggal di bandar (mendapat bayaran tinggi) dan mereka yang tinggal di luar bandar (mendapat bayaran rendah)," katanya.

Omar berkata cadangan itu bukan 'pendesak' sebaliknya mengikut keperluan kerajaan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat berikutan kenaikan harga petrol dan diesel.

Ditanya pengumuman Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan mengisi 60,000 kekosongan jawatan peringkat persekutuan di seluruh negara menjelang akhir tahun ini, Omar berkata SPA perlu memberi keutamaan kepada lebih 45,000 pekerja kontrak yang kini sedang berkhidmat di pelbagai sektor awam.

Beliau berkata, terdapat dalam kalangan pekerja kontrak terbabit sudah melalui enam sesi temu duga, namun masih gagal berbanding mereka yang mudah mendapat pekerjaan tanpa melalui temu duga.

-- BERNAMA

24 ulasan:

Dzulkifli berkata...

Asskm. Cuepecs jangan dok senyap ajer. Bonus tahun ni tak de ker? Satu bulan bonus diberi dua kali pun alhamdullilah.

Tanpa Nama berkata...

harapan kakitangan awm kontrk akan di serap ke jwtn tetap..

Tanpa Nama berkata...

ELAUN SARAH HIDUP (COLA) HARAP DI PANJANGKAN KE SABAH & SARAWAK.. KAMI PUN MALAYSIA JUGA

Tanpa Nama berkata...

berhenti berharap....................................................................................................

Tanpa Nama berkata...

Harap2 adelah bonus hujung tahun nie, at least 2 bln gaji..

Tanpa Nama berkata...

Harap Cuepecs jangan hanya tumpukan pada pekerja kontrak sahaja kami yang memiliki tahap pendidikan tinggi dan berkhidmat sebagai anggota pelaksana ni masih belum mendapat keutamaan untuk mengisi Jawatan Kosong mengikut kelayakan akademik tertinggi dimiliki.

Tanpa Nama berkata...

Hmmmm...jage keselamatan negara kt 15thn...24 jam sehari...demi keselesaan dan lena yg panjang peribumi Malaysia...dlm portal spa melalui jabatan menggariskan kriteria bekas bekas bekas ni...bila p temuduga semua hampeh...contoh...penguatkuasa...3 kriteria...1. Ijazah..2. Ijazah...3. Ex asp polis or kapten atm setaraf...then di lokasi pemilihan sebenar x sampai 10 minit dh disuruh balik...bmi x lepas 2 point...yg tinggal x sampai 10 org fresh gradute cam cicak kubing...tu belum peringkat kecergasan lg...air kencing pn tak check..lenkali jgn jabtan memandai letak kriteria 3 tadi...nak bekas asp polis n kapten atm utk gred 41...den ni semua kriteria ada..lum sempat temuduga...lum sempat kononnya 11 panel nk soal siasat dh kene cantas pasal bmi...sape pk die bertubuh sasa x yah pandai2 try p temuduga bodoh ni..depa bukan sains sukan punye olang yg boleh determine stamina by mengukur dr faktor usia komposisi tubuh dan sbgnya...ponek jo training 2 3 ari lari keliling kmpg...surat panggilan pulak 4 5 ari sblm temuduga...ikut suko dio jo...bagi ketuo pengambilan mado tu tlg jago sahsiah...kerajaan bukan bapak ko punyo...pengorbanan jaga keselamatan negara enggak bermakna jika negara or gomen enggak mau mengenang budi membantu golongan2 ini...cehhhhhh

Tanpa Nama berkata...

elaun sara hidup tu kakitangan awam kat Sabah dan Sarawak lansung x dapat..ini tidak adil..sepatutnya kerajaan x berat sebelah kerana Sabah dan Sarawak juga adalah Malaysia dan kakitangan awam Sabah dan Sarawak pun kakitangan kerajaan Malaysia.so sepatutnya kena adil..elaun rumah tu yang patut diperjuangkan kerana semua merasa dan jumlah yg ada sekarang hanya mampu mebayar kos minyak yang tekah dinaikkan itupn tidak mencukupi bgi menampung kos belanja harian minyak kereta..

Tanpa Nama berkata...

Jgn indah khabar dari rupe udah lerr...biasanya mmg ini yg akan terjadi...hemmmm

Tanpa Nama berkata...

Ayat biasa yg didendangkan setiap kali bajet..PA sampai meleleh air liur tunggu depan TV, last sekali habuk pun tarak.. berbahagialah org2 yg menzalimi org lain dgn kuasa semasa di dunia ni, nanti di akhirat jawablah dgn mungkar dan nakir...

Tanpa Nama berkata...

Harapan agar pejawat awam yg masih bertaraf kontrak kan diserap ke jawatan tetap dgn tujuan sbg jaminan pejawat tersebut.

Tanpa Nama berkata...

minta cola penuh dberikan untuk kakitgn yg dok kuarters.

Tanpa Nama berkata...

JGN lupa janji utk gr kafa, klu sblm pru jnji mcm2, lpas pru sila tunaikan!

Tanpa Nama berkata...

Btul minta elaun cola dinaikkan dan disamaratakan x kira duduk kuarters atau duk luar sbab beli barang sumenye same...

Tanpa Nama berkata...

sekarang ni duduk mana pun belanja sama je..jadi tak perlu membeza-bezakan Elaun Sara Hidup (COLA) tu..biar semua setara..mungkin orang duduk di pendalaman atau jauh akan lebih mahal sara hidupnya kerana barang-barang yang dijual mahal kerana kos akan meningkat bila dihantar semakin jauh kedalam.itulah yang saya alami menjadi pembantu tadbir di hulu pahang setelah 6 tahun di sini.

Tanpa Nama berkata...

cadangkan supaya ada elaun pembelian rumah untuk kakitangan kerajaan yang telah membeli rumah bagi mengurangkan bebanan pembelian rumah yang harganya kian meningkat.

Tanpa Nama berkata...

Bonus saya xmau...saya mau elaun rumah n cola diselaraskan serta dinaikkan....

Tanpa Nama berkata...

naikn elaun rumah,khidmat awam dn cola........

Tanpa Nama berkata...

Jangan la mengharap sangat...Takut nanti tak dapat...KECEWA.

Unknown berkata...

Setuju. Kos di Malaysia Timur pun tinggi juga

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100%...pemimpin asal Sabah & Sarawak d Semenajung ambil endah x endah ja bab bergaji Besar

Tanpa Nama berkata...

Semoga kerajaan skrg sentiasa mmbuat yg tbaik utk rakyat dn negara..

Tanpa Nama berkata...

jgn risau...ayat sebelum PRU dan selepas PRU
mmg berbeza...hahahahhaah

Tanpa Nama berkata...

Sila kaji semula elaun cola dan perumahan.. Harap dpt di selaraskan x kira pkeja awam atau bdn uniform.. Elaun perumahan bdn uniform dh tinggi.. Mcm x logik je wpn dh di selaras dgn gred pkeje awam.. Klu pkeje awam naik elaun x kn dorg pn nk nek lg.. Mana keadilan