SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

15 September 2013

JABATAN KERAJAAN PERLU BERANI LAKSANA TRANSFOPRMASI - KP PERKHIDMATAN AWAM


Bernama
13/9/2013




PUTRAJAYA, 13 Sept (Bernama) -- Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan perlu berani membuat keputusan ketika melaksanakan transformasi masing-masing tanpa perlu merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata ini kerana semua agensi terbabit sudah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian dan tidak memerlukan 'lampu hijau' daripada JPA.

"Sepatutnya ketua-ketua jabatan boleh mengambil tindakan, tetapi mereka tidak mahu membuat keputusan. Kalau boleh benda-benda yang boleh buat keputusan di peringkat kementerian dan jabatan, ia perlu dilaksanakan. Kita di JPA buat polisi sahaja," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas majlis penyerahan penempatan 'Cross Fertilization Program' (PCF) kepada 20 peserta, di sini Jumaat.

Menurut Mohamad Zabidi, dalam menjayakan transformasi sektor awam, JPA melaksanakan lima teras strategik iaitu Meremaja, Merekayasa, Merakyatkan, Keterangkuman dan Nilai Bersama.

Lima teras ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem penyampaian JPA tetapi juga imej baik sektor awam dalam kalangan rakyat, katanya.

Menurutnya proses transformasi itu yang sudah selesai dilaksana di JPA akan diperluas ke agensi kerajaan lain bermula hujung tahun ini.

Mengenai PCF, beliau berkata program itu yang dilaksana sejak 2009 dan memberi manfaat kepada 69 pegawai setakat ini merupakan sebahagian daripada Strategi Lautan Biru Kebangsaan.

Menerusi program itu, kerajaan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan awam menerusi perkongsian maklumat, pengalaman dan kepakaran selain mewujudkan multisinergi antara sektor awam dan swasta, katanya.

-- BERNAMA

18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JPA juga perlu berani untuk menyerap golongan bukan PTD contoh Doctor, Engineer, lecturer dan lawyer sebagai pentadbir atasan dalam pentadbiran tertinggi perkhidmatan awam kerana golongan inilah golongan cerdik pandai. Ada berani? jangan hanya pandai bercakap tapi.....

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.... Tak semestinya pegawai PTD sahaja yg pandai mentadbir. Apalah sangat dgn gelaran jawatan jika dibanding dgn pegawai lain yg punyai bidang kepakaran khusus dan pengalaman yg luas. Sebenarnya semua memainkan.peranan dlm urus tadbir organisasi. Tanpa sokongan pihak bawahan pihak pengurusan akan gagal dlm kerjyanya.

Tanpa Nama berkata...

Betul tue, golongan bawahan yg banyak membantu golongan atasan, tapi golongan bawahanlah yg dihina, ditindas, tiada pergerakan gred dan gaji, dinafikan hak menjawat jawatan gred A, di maki-hamun, dicerca, difitnah, dibohong, ditipu-daya, dsbnya..ayuh bangkitlah kumpulan sokongan menentang kezaliman demi kezaliman..

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat. Dah tiba masanya SPA dan JPA diberi kepada golongan professional dan cerdik pandai aliran sains untuk menjawat PTD hatta di peringkat KPP JPA /SPA. Kepada golongan sokongan berijazah, teruskan usaha anda untuk menjawat jawatan lebih tinggi dan CUEPACS kena tegas lah.

pyo berkata...

Ini sumo poyo

Tanpa Nama berkata...

tul tuh. sbelum heboh nk suh jbtn transformasi, transformasi dulu top mgmt tuh dulu. yg ade jd kapla spa/jpa kem/jbtn k'jaan yg lain tuh msti ditransformasi dulu.

Tanpa Nama berkata...

Peratusan rakyat sabah & sarawak dilantik untuk jawatan P&P dan kenaikkan pangkat adalah sedikit berbanding dgn negeri lain. Ianya tidak proportionate & tidak seimbang. Harap ianya tidak menjadi isu besar kemudian hari

Wai007 berkata...

Sekiranya Sabah dan Sarawak nak naik jawatan no 1, semua hal kena no 1. Jangan hal ni bagi org ni, hal yang best je no 1. Jangan memilih nak beri jasa pada negeri sendiri. Nanti kalau org luar naik no 1 ngelabah..

Wai007 berkata...

Zaman pandai cakap sahaja sudah kembali..

27 lama berkata...

Ada ke ketua2 jabatan teknikal spt jkr,pertanian perikanan,jps dsbnya berani buat transformasi skim2 kump.pelaksana yg ada menjadi mcm skim pen.peg.perubatan atau jururawat. Skim yg ada masa depan sikit bg staf gred 27/29 maju ke depan...ada pengiktirafan terhadap pgtahuan dan kemahiran

anti-JTK berkata...

sign in.. jam 10 tulis jam 8

8-10 pergi kantin sarapan

10-12 on internet, komplein kat forum dan fb ancam nak boikot x nak repair komputer yanng tak pernah dan tak pandai pun repair.

12-2 keluar makan

2-4 on internet, sambung komplein kat forum kjkm dan fb, ada org suruh buat kerja luar job scope, komplein bila nak naik gred dan gaji, komplein x ada bonus, komplein guru ICT tak mbuat kerja kat makmal sbb sebok UPSR, KoKum, event sek, komplein kakitangan sokongan tak buat kerja dan balik awal,

4-430 pura2 buat kerja check komputer, tampal kertas kt komputer,

4.30 pulang

-----
dipetik daripada diari seharian seorang JTK

Tanpa Nama berkata...

ooooi.. tan sri KPPA.. jangan banyak cakap PEKELILING 3/2013 (kenaikan untuk KUP 13 tahun) pun kamu belum keluarkan apa ni... nak buat itu ini jabatan dibawah jagaan sendiri pun belum buat kerja LEEEEEEEEEEEMBAP.

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Kesian kat staf JPA kerana KPPA staf bawahan jadi mangsa. Korang x tau transformasi yg KPPA buat ni semua melembapkan urusan. Semua staf JPA bertukar keluar...so, keje2 sape nk buat? KPPA malaun tu ke? Cuba korang yg berpangkat pengarah ni boikot tukar KPPA lain. KPPA tu berbelanja lebih dr peruntukan...KPPA ni mmg x boleh pakai. Kaki bodek KSN....

PA Awam yg paham berkata...

Pendapat saya amat bagus Kerajaan melakukan Transformasi...Tetapi saya ingin memberikan beberapa cadangan penambaikan:-
* Pengambilan PA baru mestilah lebih efisyen, calon yang dipih mestilah seorang yang pandai, berpengetahuan, rajin serta sedia belajar..(Ramai masuk kerajaan adalah kerana kerja senang dan gaji terjamin..tak tahu akan diserahkan kepada pihak ketiga dengan kos )
* Kenaikan pangkat, PA dinaikkan pangkat atas dasar kecekapan,kerajinan, kesediaan serta pengalaman. (bukan mereka yang tak tahu apaX2, rapat dengan orang atas, tak sedia belajar, merugikan duit rakyat dengan bagi kerjanya kepada kontraktor walaupun senang)
*imbuhan, Mereka yang betulX2 berkerja dengan tekun rajin serta sedia menyumbangkan ilmu dan pengalaman kerja perlu diberikan APC.. sambung belajar..kenaikan gaji yang lebih tinggi.(bukan mereka yg saja mohon tanpa apax2 sumbangan diberikan semua peluang diatas)
*lain-lain, bagi peluang untuk PA yang layak serta gigih menimba ilmu baru atau lebih tinggi cthnya Kursus. (ini bagi kat makluk tak tak pernah buat buat / sumbangan kat tmpt kerja serta bila balik mmg tin kosong..(kerugian yg amat bessar kpd kerajaan)
harap beberapa perkara ini dapat diambil perhatian dan dipertimbang semasa melaksana transformasi nanti

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat naik pangkat, gaji n kelebihan kat PA tu ape kejadahnya bai..ko tu ckp pasal kepentingan ko je. Ko x fikir impak kat staf gov yang lain. Mmg transformasi ni bagus tapi bukan transformasi menyusahkan penjawat awam. Contohnya ade agensi kerajaan yang diswastakan tu seperti Bahagian Pinjaman Perumahan N Bahagian Pencen..ade ko fikir ke? Ko tau penjawat awam dari agensi tersebut dicampak entah ke mane2. Bila bapa ko pencen x dapat memekak, padahal transformasi ni la punca staf xde nak bayar pencen bapa ko tu tau x? Jangan la penting diri sendiri. Ko jangan haraplah pandangan ko tu KPPA malaun ni nak pandang. Dia sendiri pun mcm org gila kuasa. Ko duduk kat JPA tu baru ko tau KPPA tu mcm mane. Sikit hari lagi kalau dah semua penjawat awam maki hamun mmg x lama la dia jd KPPA.

Tanpa Nama berkata...

dah elok ada kppa yang boleh dikatakan OK seperti abu bakar dulu, dibuangnya. sudahnya yang mengganti ni lagi parah.

nak buat macam mana, bubuh la lagi PTD kat situ. pemimpin yang ada ni pun sama je bodoh sebab membiarkan saja PTD ni bermaharajalela.

Tanpa Nama berkata...

kalau setakat naik pangkat, gaji n kelebihan kat PA tu ape kejadahnya bai..ko tu ckp pasal kepentingan ko je. Ko x fikir impak kat staf gov yang lain. Mmg transformasi ni bagus tapi bukan transformasi menyusahkan penjawat awam. Contohnya ade agensi kerajaan yang diswastakan tu seperti Bahagian Pinjaman Perumahan N Bahagian Pencen..ade ko fikir ke? Ko tau penjawat awam dari agensi tersebut dicampak entah ke mane2. Bila bapa ko pencen x dapat memekak, padahal transformasi ni la punca staf xde nak bayar pencen bapa ko tu tau x? Jangan la penting diri sendiri. Ko jangan haraplah pandangan ko tu KPPA malaun ni nak pandang. Dia sendiri pun mcm org gila kuasa. Ko duduk kat JPA tu baru ko tau KPPA tu mcm mane. Sikit hari lagi kalau dah semua penjawat awam maki hamun mmg x lama la dia jd KPPA.
*******************************
Salam
Apa sebenarnya saudara ingin sampaikan di sini. Kami tak faham..