SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

11 Oktober 2013

BELANJAWAN TUMPU KUKUH EKONOMI - PM

Utusan Malaysia
10/10/2013



BANDAR SERI BEGAWAN 10 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Belanjawan 2014 yang bakal dibentangkan pada 25 Oktober ini akan memberi penumpuan kepada pengukuhan ekonomi domestik dan nasional berteraskan prinsip ketahanan supaya negara dapat bertahan dan ekonomi tumbuh pada kadar yang munasabah.Perdana Menteri berkata, ini berikutan keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada masa ini terutama kesan daripada krisis pentadbiran Amerika Syarikat (AS) yang memaksa beberapa agensi kerajaan ditutup dan kemungkinan membawa negara itu terjerumus ke dalam bencana hutang.
Menurutnya, Malaysia kini meneliti perkembangan selanjutnya di AS kerana adalah sukar bagi negara untuk mengandaikan apa yang akan berlaku di sana dan mengambil tindakan lebih awal."Kita tidak tahu lagi apa yang akan berlaku sama ada pada saat-saat akhir mereka akan dapat mencapai satu kompromi. Itulah yang kita harap," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Sidang Kemuncak ASEAN Ke-23 di sini hari ini.
Najib berkata, beliau juga mengharapkan tidak akan berlaku satu keadaan yang akan menjejaskan pertumbuhan AS atau lebih teruk lagi keadaan ekonomi negara itu merudum sehingga berlaku kemelesetan ekonomi kerana keadaan itu akan menyebabkan seluruh dunia terjejas.Malah, katanya, dalam Sidang Kemuncak Asia Timur Ke-8 yang diadakan hari ini, beliau sendiri telah meminta supaya satu isyarat yang jelas diberikan tentang quantitative easing yang akan dilakukan oleh Bank Pusat AS terutama dari segi masa dan jumlah pembiayaan yang akan terlibat.
Katanya, perkara itu penting kerana perkembangan itu turut menyumbang kepada ketidaktentuan matawang di rantau Asia Timur yang merupakan kawasan pertumbuhan paling pesat di dunia.Krisis politik yang melumpuhkan kerajaan AS kini memasuki minggu kedua dan Speaker Dewan Perwakilan dari Parti Republikan, John Boehner menolak sebarang pendekatan meluluskan kuasa pinjaman tanpa sebarang kompromi daripada Presiden, Barack Obama.AS mempunyai sehingga 17 Oktober ini untuk menyelesaikan krisis itu sebelum ancaman bencana hutang menjadi kenyataan yang boleh mencetuskan krisis kewangan seperti pada 2008.
Mengenai bonus dua bulan yang diminta oleh Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam Belanjawan 2014, Perdana Menteri berkata, beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan tentang belanjawan sehingga ia dibentangkan.
"Lagipun saya nak tengok akaun kerajaan, belek betul-betul untuk memastikan kita di landasan yang betul untuk mengurangkan defisit fiskal dan pada masa yang sama dapat mengukuhkan kedudukan fiskal dan makro ekonomi negara serta dapat penuhi program untuk kebajikan rakyat," jelasnya. - UTUSAN

71 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yahooo...first...takder keja...

Tanpa Nama berkata...

oooooo yahhhhh ...

Tanpa Nama berkata...

tiada bonus untuk kakitangan awam tahun ini-DS Najib

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Tanpa Nama berkata...

Tak payah beri bonus, beri kenaikan elaun pu dah cukup.

Tanpa Nama berkata...

Tak payah bonus,yang penting ITP MINIMUM RM550.00 dan ITKA MINIMUM RM 350.00

Tanpa Nama berkata...

Huhuhu....Akhbar dah kuar dah..analisa Bajet nanti...Subsidi mungkin akan dikurangkan...

So PA tak yah ler nak kisahkan tantang bonos yer ....

ITP N COLA korang standby ler..yang banyak utang dan hanya ada COLA ngan ITP tu...beringat lah yer.. mana lah tau..kot diumum COLA ditarik balik...

Dalam pemilihan Majlis Tertinggi UMNO rata-rata kita mahukan pemimpin yang Progresif bukanya LIBERAL yang sentiasa ikut jerk apa orang mahukan..

Bila pemimpin Progresif macam Tun M, maka kita mampu memamacu ekonomi negara dengan lebih baik..tanpa melayan kehendak mereka yang hanya tahu meminta-minta...

APA PUN JANGAN LUPA SAKSIKAN PIALA MALAYSIA MALAM INI ANTARA ATM VS KELANTAN

ATM DIJANGKA MENANG DENGAN 4 - 0.

SYABAS ATM...

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak kukuh ekonomi, kalau belanja orang atasan pun tak berhemah.

Kebanyakan dasar cuma memberi beban kepada rakyat.

Bila dikatakan menjana ekonomi maka adakah bermaksud penambahan cukai yang mana sekali gus menyebabkan kenaikan harga barang???

Kerajaan perlu melihat semula dasar perbelanjaan seperti yang telah ditegur dalam laporan audit negara.

Kalau kerajaan masih belanja dengan cara yang sama pembelian berkali2 ganda dari harga pasaran apa bagusnya perbuatan tu. Dan di mana 3e yang kerajaan dok saran kan???

Kalau prmbaziran di lakukan oleh penjawat awam biasa tindakan tatatertib pembayaran semula dikenekan tapi macam mana pulak dengan yang dilaporkan oleh pihak audit.

Sebelum cakap pasal kenaikan cukai sebagai langkah jana ekonomi, sangat lah disarankan semak juga perbelanjaan kerajaan mengunakan dana awam yang langsung tak cermat.

Elakkab pembaziran, makmurkan rakyat.

Tanpa Nama berkata...

insyaAllah kelate mene.askar pon ramai ore kelate

.....
from pok teh mokwo

Tanpa Nama berkata...

kelate warrior


from pok mat tempe

Tanpa Nama berkata...

Bonus xde xpe. Yg penting harga barang xnaik. Kerajaan harus elak buat dasar populis yg memerangkap diri. Kenaikan gaji tahunan dah da kenapa spjg masa minta gaji dinaikkan lagi. Memadailah selepas 5 tahun baru gaji dikaji semula. Maka skrg kerajaan harus naikkan mana-mana elaun yg masih ditakuk lama spt elaun tanggungjawab, perumahan dll.

Tanpa Nama berkata...

kalau bonus tiada semakin beban time buka persekolahan

Tanpa Nama berkata...

Elok juga admin blog CUEPACS memantau komen2 yang bersifat menghina, memaki dan komen yang bersifat atau unsur2 melagakan..Mohon sangat ADMIN jaga blog ini betul2 supaya komen2 yang tidak dikehendaki berada disini..

Tanpa Nama berkata...

bayar bonus ikut peratus markah lnpt je, ini tidak, yang bermasalah pun dapat sama jugak, lepas tu selalu buat hal, yang dapat nama busuk semua kakitangan awam, aku yang kerja macam nak gila jujur ni, bukan orang awam tau pun, aleh-aleh yang dapat khidmat cemerlang ramai yang penyeleweng, aku pulak berhempas pulas menepis tuntutan palsu...lagi satu aku sokong benar cadangan SPRM supaya diwujudkan akta khas untuk menangani salah laku kakitangan awam, buang kerja terus dan hantar masuk penjara, ni sekarang, yang terbukti menyeleweng dan dah jatuh hukum turun pangkat boleh dapat balik pangkat dan perbezaan gaji masa turun pangkat dulu (tak tau le guna kabel apa masa rayuan boleh dapat pangkat lama balik), kat tempat aku ada sekor yang bermasalah sangat, tak tau ngape lambat sangat kementerian nak ambil tindakan...tak faham aku

Tanpa Nama berkata...

Harap kntrak dpt diserapkan.pekerja kntrak pun manusia jgak ke ape.

Tanpa Nama berkata...

BUGET 2013 NANTI , CUEPACS MESTILAH MINTA FAEDAH PERUMAHAN KAKITANGAN DIKURANGKAN 4 PERATUS KEPADA 3 PERATUS. SEBAB; 1.KOS RUMAH SUDAH SANGAT MAHAL.2 PEGAWAI KERAJAAN BUKAN MAHAL SANGAT GAJI.

Tanpa Nama berkata...

Jawapan BODOH dr seorang PM! Tak kan ko tu PM kedudukan kewangan negara pun tak tau? Bini puaka ko simpan buku akaun ka?? Hahaha PM BODOH!!!

Tanpa Nama berkata...

Simpan. ...

Tanpa Nama berkata...

Mana blh nk hukum terus masuk pjara. Selok htr g ksus integriti.andai kau d tmpt dia?aku tau sbab aku kja d pjara.sng2 ia kau nk hukum org.

Tanpa Nama berkata...

Bagi aku org muda ni x pikir sangatpasal bonus. Yg penting peluang pekerjaan untuk nak isi perut.

Pasal tu la kerajaan kena fikir la sesuatu untuk menambahkan pekerjaan pada org mudasekarang ni.

Salah satu cara kerjaan kena menggalakkan penjaat awam supaya bersara awal. Dia org boleh buat bisness sendiri pula setelah menimba pengalaman bertahun-tahun di sektor awam.

Galakan untuk dia orang bersara awal kenalah bayaran pencen diawalkan cthnya pada usia 50 tahun. Barulah dia orang berani nak bersara.

Dengan itu peluang pekerjaan akan bertambah dan secara tak langsung ekonomi negara akan dinaikkan.

Saya berharap sangat pada bajet 2014 yang akan dibentangkan pada 25 Oktober ini kerajaan mengumumkan perkara ini.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

tak payah nak bonus..yg PETING ELAUN PERUMAHAN SEKARANG INI...Sewa bilik pun dah RM 200 ke 300 ringgit...Apa lg nak di KAJI lg,,dah terang2 jelas sekarang hrga bilik sewa mahupun rumah mahal..tunggu sampai bila nak di kaji?...PRU 14?...ckuplah tu...Rm 50 ringgit pun naik tak apalah..syukurlah dng kerajaan..ulasan beginipun tetap jgk tdk di layan..hampa...Dari dulu kaji kaji kaji kaji kaji kaji...entah hbslah proses ini..tak payah nak bonus sngt,,Elaun perumahan tu..bonus tu bagi je kat fakir miskin..ank2 yatim....hai btul2 hampa dng skng,sR lps pru 13....

Tanpa Nama berkata...

Dulu masa tempoh berkhidmat dinaikkan dr 55 ke 56, 58 dan 60 tahun kerajaan telah buat kesilapan tapi semua xsedar kesannya. Baru skrg kita dpt lihat peluang2 pekerjaan dan kenaikan pangkat amat terhad. Kasihan kpd para lepasan spm, graduan yg masih terkapai2 menunggu peluang. Masa era mahathir x seteruk skrg. Adakah ini petanda awal kita melangkah ke arah sebuah negara maju atau sebaliknya?Trend di negara kita skrg, jika gaji dinaikkan bln januari thn depan, esok para peniaga dah naik harga barang. Org tengah dan para peniaga yg dah kaya bertambah kaya raya, kerajaan harus ada cara utk menyekat gejala menjahanamkan org miskin ni.

Tanpa Nama berkata...

Belum apa2 lagi beberapa menteri telah berkata kemungkinan bajet 2014 terpaksa mengambil langkah tidak popular demi memastikan ekonomi stabil...ermm...apa benda ni?.Adakah harga barang akan naik?. Adakah tiada bonus buat penjawat awam?.kalau tiada bonus kenapa kerajaan naikkan BR1M?. Penjawat awam sebenarnya apa pada mata kerajaan?. tak mahulah buat spekulasi...tunggu dan lihat saja bajet 25 oktober ini

The Red Buret@D'Janggo berkata...


HEHEHEEHEEEEE............

MAAF BERCAKAP MUNGKIN AGAK PEDAS BUNYI NYE...TAPI HAKIKAT....PA AWAM NI UMPAMA MCM SAMPAH AJE PADA PADANGAN MATA JIBAUK JIBAUK NI....

JIBAUK TU UMPAMA PENYAPU...PA AWAM UMPAMA SAMPAH.....

PADA PANDANGAN JIBAUK JIBAUK TU....APA LAH SGT NAK JAGA HATI DAN PERASAAN PA AWAM NI...TAKDE KEUNTUNGAN AND FUNGSION PUN PA AWAM NI.....TU LAH SEBAB JIBAUK JIBAUK NI BOLEH BUAT APA SAJA YANG SEDAP DI MATA AND HATI DEPA TU......

JIBAUK JIBAUK NI LEBIH PENTING JAGA HATI AND PERASAAN KRONI KRONI DEPA YANG MANO MENDATANGKAN KEUNTUNGAN KEPADA DEPA TU.....

HUHUHUHUUUUUUU......

(JIBAUK = MEREKA YG BERJAWATAN TINGGI AND ORG ORG YG MEREKA RASA DEPA TU BESAK).....HEHEHEHEHHEEEE

(BERSIH,CEKAP,AMANAH)......

Tanpa Nama berkata...

untuk merancakkan ekonomi dalam negara...PM boleh pertimbangkan pemberian bonus...kerana ia dlm bentuk tunai....apa???? bonus juga boleh jadi pemacu ekonomi domestik....mcm BR1M yg diberi pada rakyat n lain2 pemberian dlm bentuk tunai...semua utk merancakkan ekonomi domestik....

Tanpa Nama berkata...

YUP!!!..DISEBALIK PEMBERIAN BONUS..PA NAK BELANJAR KE MANA SEMUA DLM NEGARA...DAPAT DUIT BAYAR HUTANG BANK...BELI BARANG..BAGI ORG TUA DI KG..BANK DAPAT DUIT...KERAJAAN BOLEH ROLLING BALIK DUIT....BELI BRG...PERNIAGA DAPAT UNTUNG...PENGELUAR DAN PENGILANG DAPAT BEROPERASI....EKONOMI RANCAK PELUANG PERKERJAAN STABIL....SUSAH SANGAT KERRR NAK BAGI.....BONUS GRED 8-29 DUA BULAN, 32 - 48 SATU BULAN...52 KEATAS 1/2 BULAN....ADILKAN...HAHAHA...52 KEATAS PENDAPATAN SEBULAN SAMA DGN SETAHUN GAJI KAKITANGAN GRED RENDAH APA?

Tanpa Nama berkata...

dari sumber KAK MAH BAM BAM....no way bonus dan no way jalan untuk bonus tahun ni....betul lah apa yang dikatakan oleh the red buret@djanggo tu....PA umpama sampah dan org besar umpama penyapu....sekali sapu aje bersih segalanye...KAK MAH BAM BAM ckp peruntukan shooping dia untuk tahun ni akan dinaikkan...yahoooooo....KAK MAH BAM BAM ckp tahun ni dua kapal terbang jumbo akan bawa barang-barang shooping balik ke malaysian.....hahaha....baru lah PA akan masuk angin keluar asap...kihkihkih....

DARI SUMBER YG BOLEH DIPERCAYAI DAN PALING RAPAT DGN KAK MAH BAM BAM @ TEMBAM

Tanpa Nama berkata...

Abang Az berkata

Gaji
===================================
1991 - Kenaikan Gaji 5%
1992 - Sistem Saraan Baru (SSB) diperkenalkan
1995 - Kenaikan Gaji 15%
2000 - Kenaikan Gaji 10%
2002 - Kenaikan Gaji 10%
2002 - Sistem Saraan Malaysia (SSM) diperkenalkan
Naik RM15.00 untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan spm)
2007 - Kenaikan Gaji antara 5% - 35%
25% untuk untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan spm)
2008 - Tiada Kenaikan
2009 - Tiada Kenaikan
2010 - Tiada Kenaikan
2011 - ??????????????????????????????????????????????????????????
2012 - SPBA dibatalkan dan digantikan dengan SSM ditambah Baik
Naik 9% - 13%

===============================================================
Januari 2005 - Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan spm)
dinaikkan daripada RM135.00 kepada RM180.00

Januari 2006 - Elaun Batuan Saraan Hidup (COLA) diperkenalkan
antara RM50 hinnga RM150.00

Januari 2007 = Elaun Khidmat Awam (EKA) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma)
dinaikkan daripada RM115.00 kepada RM160.00

Januari 2007 - COLA dinaikkan 100% kepada RM100 hingga RM300.00

2008 - Tiada apa-apa elaun dinaikkan
2009 - Tiada apa-apa elaun dinaikkan
2010 - ??????????????????????????
2011 - ??????????????????????????
2012- COLA kawasan B dan C dinaikkan sebanyak RM50.00
RM100 jadi RM150
RM200 jadi RM250
yang kawasan A kekal RM300.00

Tanpa Nama berkata...

lu sapa abg az.....kalau lu abg besar boleh sembang.....takat abg az aje jgn sembang maa.....takde makna pun lu tulis dan hurai panjang panjang dkt sini....dia org lagi besar lahh....takat abg az celah kuku aje....jgn marah abg az....gurau gurau manja aje...tapi lu kene faham...KAK MAH BAM BAM lagi besar dari abg az.....hehehe

Tanpa Nama berkata...

Abang Az berkata

Bonus
=======

1993 – Mula diperkenalkan
Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim
Satu bulan gaji minima RM400

1994 - Satu bulan gaji minima RM600

1995 - Satu bulan gaji minima RM600

1996 - Satu bulan gaji minima RM700

1997 - Satu bulan gaji minima RM700

1998 - Bantuan Khas Kewangan RM400

1999 - Satu bulan gaji minima RM1,000

2000 - Setengah bulan gaji minima RM500

2001 - Setengah bulan gaji minima RM1,000

2002 - Satu bulan gaji minima RM1,200

2003 - Satu bulan gaji

2004 - Satu setengah bulan gaji gaji jika kurang RM1,000
Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500

2005 - Satu setengah bulan gaji gaji jika kurang RM1,000
Lebih RM1,000 satu bulan minima RM1,500

2006 - Dua bulan gaji gaji jika kurang RM750
Lebih RM750 satu bulan minima RM1,500

2007 - Tiada Bonus ( Kenaikan Gaji dan Cola)

2008 - Satu bulan gaji minima RM1,000

2009 - Bantuan Khas Kewangan RM500

2010 - Bantuan Khas Kewangan RM1,000

2011 - Satu bulan gaji minima RM1,000

2012 - Satu setengah bulan gaji minima RM1,500

2013 - Bantuan Khas Kewangan RM500 dah dapat pun

25 Oktober Harapan tetap harapan

Tanpa Nama berkata...

Abang Az berkta

Tak marahpun.... Ahad, Oktober 20, 2013 1:16:00 PTG saya cuma bentangkan fakta... hara-harap pada 25hb ni adalah pembentangan yang sewajarnya...

Harapan tetap harapan

Tanpa Nama berkata...

hahaha...tq abg az kita kawan kawan ngak mau lawan dong...hehehe...tapi bro kene ingat...dari sumber yg diterima dari KAK MAH BAM BAM...agak tepat maklumat tu yg menyatakan bajet 2014 ni takde yg istimewa utk PA ni...bajet kali ini adalah yg paling teruk dlm sejarah perlembagaan negara malaysian...bajet yg akan membebankan rakyat jelata kelak...semua akan ditarik balik...bajet 2014 adalah bajet untuk membalas dendam kepada rakyat jelata kerana PRU yg lepas...luahan perasaan oleh meka meka tu...jadi kene terima seadanya...pasal bonus tu takde harapan bro...umpama mimpi dlm mimpi brooo...KAK MAH BAM BAM nak buat shooping hujung tahun ni.....

PTD Cerdik berkata...

rakyat dan kakitangan awam wajib sedar bahawa KERAJAAN BN perlu berhemah untuk elakkan defisit. Hutang negara angkara Anwar dan pembangkang perlu dikurangkan.

1. tiada bonus
2. BR1M ditambah
3. COLA dimansuhkan kerana tidak lagi relevan, selain kejayaan kawalan harga barang oleh KPDNKK
4. elaun khas untuk semua kepimpinan UMNO bermula dari ketua cawangan sebanyak RM500 sebulan.
5. atas dasar menginsafi rakyat yang susah dan miskin, rumah mampu milik bawah RM400,000 akan dibina besar-besaran
6. cukai untuk golongan berpendapatan tinggi dikurangkan untuk menjana ekonomi
7. cukai GST akan dilaksanakan agar semua rakyat bertanggungjawab keapda negara

memandangkan keadaan negara yang aman dan permai, rakyat sepatutnya bersyukur. lihat contoh Somalia, Mesir, Libya dan Palestin yang huru hara akibat tersilap pilih pemimpin

Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Tanpa Nama berkata...

Kasi petrol bnyak2....bg terbakar lg.

Tanpa Nama berkata...

PTD Cerdik tapi bongok dan bangang....mana bukti ko yg ckp anwar buat hutang....jgn sembang tanpa bukti....ko jgn fikir duniawi....fikir akhirat jugak....jgn menuduh org tanpa bukti...dunia ko lepas...fikir di bawah tu nanti...kes liwat pun tak lepas lepas lagi nak sabit dgn kes....lagi ko sembang pasal hutang anwar pulak....PTD Cerdik kepala butuh apa ko ni....akal dkt kepala lutut ko lahhh....bongok tak sudah

Anak Muda Menganggur berkata...

Saya menyokong apa yang dicadangkan olen tanpa nama berkata pada sabtu 19 Oktober 2013 1:12:00 petang ynag menyuarakan agar peluang pekerjaan diperluaskan memandangkan pengangguran berleluasa di kalangan anak muda sekarang tak kira yang keluar u atau tidak. Sekurang-kurangnya kerajaan galakkanlah penjawat awam supaya bersara awal. Dengan ini kekosongan jawatan akan dapat di isi oleh anak muda yang menganggur ini.

Tanpa Nama berkata...

Akal Adakah kawan...moral letak mana..tak pernah bljrkah.

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM ...YANG MENYEBABKAN ANAK MUDA LULUSAN UNIVERSITI TIDAK MENDAPAT KERJA DGN KERAJAAN..

DULU MASA KHIDMAT 55 TAHUN PUN DAH SUSAH...SKRG NI DAH SAMPAI 60 TAHUN LAGI LER SUSAH..

KENAPA TAMAK SANGAT...LARAT KE NAK KEJA SMPAI UMUR 60 TAHUN...

1. LARAT LAGI KE NAK BAWA AMBULAN YANG DREBAR TU..

2. LARAT LAGI KE NAK ANTAR SURAT YANG PION TU..

3. LARAT LAGI KE NAK TAIP SURAT YANG KERANI TU..

4. LARAT LAGI KE NAK TOLAK PESAKIT YANG ATENDANT KESIHATAN TU...

5. LARAT LAGI KE NAK TAHAN TELINGA YANG BURUH BURUH KASAR TU... TUKANG SAPU, TUKANG KEBUN, TUKANG CUCI DAN ESS

6. JANGAN ASYIK NAK MENGULAT MAKAN GAJI BUTA PAS TU SEMBANG BAB AGAMA MACAM HEBAT..DIRI SENDIRI TU TAK NAMPAK.. MASUK KEJA LEWAT, PAS TU REHAT AWAL....PETANG KUL 2 TAK MASUK KEJA LAGI..

PA KAKI NGULAT, MAKAN GAJI BUTA, DAH LER TAK PERNAH BAYAR CUKAI YANG GOLONGAN GAJI RM3000 KE BAWAH PAS TU ASYIK NAK MINTAK JERK....

SAPE NAK JAWAB...SILA KAN..

Tanpa Nama berkata...

GURU , TENTERA DAN POLIS...PASTI DAPAT DURIAN RUNTUH LAGI...BEST NYER..

OPSSS SATU AGI..PESARA TENTERA YANG BERPENCEN PASTI NAIK GRED PENCEN HUHUHU...BSETNYER..

Tanpa Nama berkata...

Yang penting naikkan elaun perumahan atau COLA.Kos sara hidup sekarang sangat membebankan.Walaupun dari kumpulan profesional, kami pun tak mampu nak hidup normal.....ekonomi tak padan dengan gaji.Kalau tak bagi bonus atau tak ada kenaikkan yakni rakyat tak akan berbelanja beli barang, ekonomi swasta akan menurun, mungkin ramai pekerja swasta akan kehilangan kerja.Saya rasa bagus kita berjimat kerana nampaknya akan berlaku kemelesetan ekonomi tak lama lagi....

Tanpa Nama berkata...

bila nak naikkan gaji mereka yang ada master dan phd?pekerja akan produktif dan maju jika pihak atasan menghargai.bonus satu bulan wajib kerana kita kerja sebulan lebih jika dikira minggu.....diharap bounus, elaun rumah, cola, semua-semua diberi perhatian oleh pihak bos kitaorang

Tanpa Nama berkata...

yang umur bersara tu kembalikan ke 56 atau 55....biar diaorang buka business je....atau rehat.....kerja sampai 60 buat orang muda menggangur je....kalau perkhidmatan diperlukan ambil balik dalam bentuk pekerja kontrak.....contoh macam pensyarah kat uni.

Tanpa Nama berkata...

wajib kerajaan umum faedah pinjaman perumahan utk PA gred 44 ke bawah 1% macam bank bagi kat pekerja dia ! Baru membantu rakyat tu ! Interest menjadikan PA terpaksa beli rumah harga lipat kali ganda !

Tanpa Nama berkata...

Jangan asyik tak puas hati ??? persoalan ini hanya keluar apabila berlakunya ketidakadilan dalam isu gaji dan alaun, persoalannya kenaikan gaji sekarang adalah tidak adil dimana jurang gaji makin membesar tidak seperti kenaikan gaji masa paklah.

Tanpa Nama berkata...

mana keadilan? jurang gaji sangat besar gred 17 gaji+alaun start kurang dari 1500. kalau jusa c sebulan lebih 15k, belum jusa b,a,turus lagi.

Tanpa Nama berkata...

kalau dah bajet lebih kepada nak kukuhkan ekonomi rasa2nya.faham2 ajelah apa yg PM akan mahukan..cukai akan naik...subsidi akan akan kurang...HASILNYA ???? RAKYAT YANG SUSAH..!! sebab duit tu dah masuk ke akaun kroni2 yang berkuasa..BRIM tu cuma gula2 untuk rakyat jer..xder beza pun dgn kenaikan harga barang runcit dan barang mentah...

Tanpa Nama berkata...

kALAU SEMUA NAK DI NAIKAN....SUBSIDI DIKURANGKAN UNTUK PEMBANGUNAN NEGARA....APA KATA YURAN PENDIDIKAN DI KURANGKAN....ATAU PALING TIDAK DIPLOMA DIBIAYA KERAJAAN SECARA PERCUMA...PALING TIDAK RAKYAT MALAYSIA PADA TAHUN 2020 SEMUA ADA DIPLOMA.....ILMU JUGA PELABURANKAN????

Tanpa Nama berkata...

bonus dpt sekali blanjer dh abis..bg naek elaun/gaji dh tentu tiap2 bln dpt...yg ssh dpt..yg sng pn dpt..yg sng leh cpt kayo maaa...

Tanpa Nama berkata...

mudah-mudahan ada penambahbaikan..

Pegawai Khidmat Tadbir berkata...

Berita baik untuk sumer PA! Pekeliling panas dan terkini untuk sumer!

http://www.jpa.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2476%3Aservice-circulated-no-82013&catid=186%3A2013-circular&lang=ms

HASIL PERJUANGAN KITA SEMUA!

Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM ...YANG MENYEBABKAN ANAK MUDA LULUSAN UNIVERSITI TIDAK MENDAPAT KERJA DGN KERAJAAN..

DULU MASA KHIDMAT 55 TAHUN PUN DAH SUSAH...SKRG NI DAH SAMPAI 60 TAHUN LAGI LER SUSAH..

KENAPA TAMAK SANGAT...LARAT KE NAK KEJA SMPAI UMUR 60 TAHUN...

1. LARAT LAGI KE NAK BAWA AMBULAN YANG DREBAR TU..

2. LARAT LAGI KE NAK ANTAR SURAT YANG PION TU..

3. LARAT LAGI KE NAK TAIP SURAT YANG KERANI TU..

4. LARAT LAGI KE NAK TOLAK PESAKIT YANG ATENDANT KESIHATAN TU...

5. LARAT LAGI KE NAK TAHAN TELINGA YANG BURUH BURUH KASAR TU... TUKANG SAPU, TUKANG KEBUN, TUKANG CUCI DAN ESS

6. JANGAN ASYIK NAK MENGULAT MAKAN GAJI BUTA PAS TU SEMBANG BAB AGAMA MACAM HEBAT..DIRI SENDIRI TU TAK NAMPAK.. MASUK KEJA LEWAT, PAS TU REHAT AWAL....PETANG KUL 2 TAK MASUK KEJA LAGI..

PA KAKI NGULAT, MAKAN GAJI BUTA, DAH LER TAK PERNAH BAYAR CUKAI YANG GOLONGAN GAJI RM3000 KE BAWAH PAS TU ASYIK NAK MINTAK JERK....

SAPE NAK JAWAB...SILA KAN..

CCCCCCCCCCCCCCCCC

APA KENA MENGENA ANAK MUDA LULUSAN UNIVERSITY DENGAN: PRA, PAP DAN KERANI. JAWATAN TU TAK PAYAH MASUK UNIVERSITY PUN BOLEH MOHON..........MANGKUK AYUN SUDU GARPU PERIUK BELANGA CAWAN PINGGAN BELANGA TEMPAYAN.........KOMEN MACAM ORANG SAIKO JERK....

Tanpa Nama berkata...


PENJAWAT AWAM ...YANG MENYEBABKAN ANAK MUDA LULUSAN UNIVERSITI TIDAK MENDAPAT KERJA DGN KERAJAAN..

DULU MASA KHIDMAT 55 TAHUN PUN DAH SUSAH...SKRG NI DAH SAMPAI 60 TAHUN LAGI LER SUSAH..

KENAPA TAMAK SANGAT...LARAT KE NAK KEJA SMPAI UMUR 60 TAHUN...

1. LARAT LAGI KE NAK BAWA AMBULAN YANG DREBAR TU..

2. LARAT LAGI KE NAK ANTAR SURAT YANG PION TU..

3. LARAT LAGI KE NAK TAIP SURAT YANG KERANI TU..

4. LARAT LAGI KE NAK TOLAK PESAKIT YANG ATENDANT KESIHATAN TU...

5. LARAT LAGI KE NAK TAHAN TELINGA YANG BURUH BURUH KASAR TU... TUKANG SAPU, TUKANG KEBUN, TUKANG CUCI DAN ESS

6. JANGAN ASYIK NAK MENGULAT MAKAN GAJI BUTA PAS TU SEMBANG BAB AGAMA MACAM HEBAT..DIRI SENDIRI TU TAK NAMPAK.. MASUK KEJA LEWAT, PAS TU REHAT AWAL....PETANG KUL 2 TAK MASUK KEJA LAGI..

PA KAKI NGULAT, MAKAN GAJI BUTA, DAH LER TAK PERNAH BAYAR CUKAI YANG GOLONGAN GAJI RM3000 KE BAWAH PAS TU ASYIK NAK MINTAK JERK....

SAPE NAK JAWAB...SILA KAN..

DDDDDDDDDDDDDDDDDDD



BETUL TU, ADA KE PUNCA ANAK MUDA LULUSAN U MENGANGGUR SBB PION, ATTANDEN, KERONI, PAP GAWAI, PRA, DREBA.....BETUL KE SI TANGGANG KAT ATAS NI CAKAP? SAPA NAK JAWAB?

JAWATAN NI SEMUA LEVEL SPM DAN KE BAWAH.....

Tanpa Nama berkata...

Tempoh berkhidmat yg dilanjutkan hingga 60 tahun antara faktor penyebab pada semua peringkat jawatan. Andaikan had umur persaraan masih 55 tahun dah ramai kalangan PA pd pelbagai peringkat dah pun bersara. Maka kita harus terima hakikat bahawa semua yg di lihat baik/sempurna sebenarnya ada saja keburukannnya. Yg penting selepas ini kerajaan hendaklah membuat kajian impak yg komprehensif sblm memutuskan sesuatu pindaan atau dasar. Bukan sekadar buat kerja janji siap nanti jadilah "RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI". Kononnnya yg buat dasar2 kerajaan bukan calang2 org tapi lihatlah keputusan yg mereka buat, menyusahkan rakyat adalah.

Tanpa Nama berkata...

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013.Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai
penambahbaikan pelaksanaan dasar kenaikan pangkat secara time-based
berasaskan kecemerlangan pegawai Kumpulan Pelaksana yang berada di gred lantikan.Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dan memperkukuhkan lagi kaedah kenaikan pangkat pegawai Kumpulan Pelaksana berdasarkan kepada prinsip Time-Based Berasaskan Kecemerlangan. Dengan laluan kerjaya ini, tempoh kenaikan pangkat secara KUP telah dipendekkan daripada 15 tahun kepada 13 tahun. Penambahbaikan ini juga mengambil kira penilaian kecemerlangan.Kenaikan pangkat time-based berasaskan kecemerlangan bertujuan untuk menyediakan peluang kemajuan kerjaya yang lebih baik kepada pegawai yang mencapai prestasi yang baik di samping menunjukkan sikap dan komitmen kerja yang positif. Dengan ini, pegawai berpeluang untuk meningkat dalam kerjaya melalui kaedah kenaikan pangkat tanpa terikat kepada keperluan kekosongan jawatan.
Kerajaan telah mengotakan janjinya...so sesiapa yang maki dan kutuk kerajaan, mohonlah kemaafan banyak2 ye

Tanpa Nama berkata...

Betul..patutnya pencen 55 je. ramai yg pencen 55 badan masih sihat dan cergas. Modal gratuti pulak banyak. Ramai mereka berjaya dalam bisnes. Ini lebih menguntungkan dan mengembangkan ekonomi Negara.Bila pencen 60...jawabnya cuma nak tunggu bila nak mati je..nak bisnes pon dah tak sempat.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong cadangan umur pencen dikurangkan. terbaik. patut wak macam dulu. umur 50 opsyen. 55 wajib.

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

PENJAWAT AWAM ...YANG MENYEBABKAN ANAK MUDA LULUSAN UNIVERSITI TIDAK MENDAPAT KERJA DGN KERAJAAN..

DULU MASA KHIDMAT 55 TAHUN PUN DAH SUSAH...SKRG NI DAH SAMPAI 60 TAHUN LAGI LER SUSAH..

KENAPA TAMAK SANGAT...LARAT KE NAK KEJA SMPAI UMUR 60 TAHUN...

1. LARAT LAGI KE NAK BAWA AMBULAN YANG DREBAR TU..

2. LARAT LAGI KE NAK ANTAR SURAT YANG PION TU..

3. LARAT LAGI KE NAK TAIP SURAT YANG KERANI TU..

4. LARAT LAGI KE NAK TOLAK PESAKIT YANG ATENDANT KESIHATAN TU...

5. LARAT LAGI KE NAK TAHAN TELINGA YANG BURUH BURUH KASAR TU... TUKANG SAPU, TUKANG KEBUN, TUKANG CUCI DAN ESS

6. JANGAN ASYIK NAK MENGULAT MAKAN GAJI BUTA PAS TU SEMBANG BAB AGAMA MACAM HEBAT..DIRI SENDIRI TU TAK NAMPAK.. MASUK KEJA LEWAT, PAS TU REHAT AWAL....PETANG KUL 2 TAK MASUK KEJA LAGI..

PA KAKI NGULAT, MAKAN GAJI BUTA, DAH LER TAK PERNAH BAYAR CUKAI YANG GOLONGAN GAJI RM3000 KE BAWAH PAS TU ASYIK NAK MINTAK JERK....

SAPE NAK JAWAB...SILA KAN..
================================

bodoh jgk menantang sorg ni..tu lh bile aku kata belajor tinggi2 lagi bodoh marah plk nanti....wei menatang, mu p ngaji sek tadika semula, belajor semula dri awl kkkk

Tanpa Nama berkata...

pekeliling kup 13 tahun sudah keluar---sila lihat laman web jpa..

Tanpa Nama berkata...

ape yg di tgu tgu sudah pun kuar..alhamdulilah...pekeliing perkhidmatan kup 13 tahun

Tanpa Nama berkata...

patutnya sesiapa yang nak ambil opsyen bersara awal dibayar pencennya sebaik sahaja dia bersara awal sekiranya dia dah cukup syarat perkhidmatan 25-30 tahun, bukannya kena tunggu tahun dia bersara wajib seperti 56/58/60. tu pasal ramai yang terpaksa bekerja lagi sehingga umur 60 walaupun dah takda tenaga lagi disebabkan nak menyara hidup.

kalau kerajaan boleh pinda akta pencen supaya pencen dibayar sebaik sahaja seorang penjawat awam itu bersara dari perkhidmatan tak kira berapa umurnya, pasti ramai yang akan bersara awal, silap-silap seawal umur 50 tahun lagi.

lihat seperti anggota tentera. mereka berkhidmat hanya 21 tahun. sebaik sahaja genap 21 tahun perkhidmatan, mereka akan bersara wajib.

Tanpa Nama berkata...

Join la politik..byk sgt ko nak komen..ko amek la jwtn besar..jgn pndai ckp je

Tanpa Nama berkata...

Elaun COLA/ITPA/Perumahan untuk kakitangan awam mungkin tidak akan disentuh pada baget 2014 kerana dalam masih dalam semakan sehingga Disember 2013..Bonus mungkin dapat RM500 je untuk bantuan sebelum bermula persekolahan..

Tanpa Nama berkata...

BUGET 2013 NANTI , CUEPACS MESTILAH MINTA FAEDAH PERUMAHAN KAKITANGAN DIKURANGKAN 4 PERATUS KEPADA 3 PERATUS. SEBAB; 1.KOS RUMAH SUDAH SANGAT MAHAL.2 PEGAWAI KERAJAAN BUKAN MAHAL SANGAT GAJI.
_____________________________________
DEI.....BELANJAWAN 2014 LAH DEI...

JEJAK SANG PENDETA berkata...

akhirnye..


patih karma wijaya alaf baru, telah di aibkan oleh statement yang di typenye sendiri..

ingatlah!!.. kite bukannya pakar dalam semua bidang..

tidak ada sesiapa pun yg diberi hak untuk menghina dan memperlekehkan org lain..

walau siapa pun kite..

" kite hanyalah seekor serangga di taman belantara "..

wassalam..

Tanpa Nama berkata...

orang DBP yang beri ceramah kepada pejabat aku kata, kalau sesuatu perkataan bahasa inggeris itu sudah ada maksudnya dalam bahasa melayu, bahasa asal tersebut tidak perlu dibunyikan jadi bunyi melayu.

dalam erti kata lain, budget ni telah ada terjemahannya sebagai BELANJAWAN berpuluh-puluh tahun dahulu, malah sebelum ni kita telahpun gunapakai BELANJAWAN tu. alih-alih ditukar kepada BAJET, iaitu budget yang dimelayukan.


jangan ajar orang awam tentang "BAHASA JIWA BANGSA" kalau ahli politik sendiri tunggang langgang.

Tanpa Nama berkata...

Bonus tak yah lah.yang penting elaun perumahan naik disebabkan kenaikan harga rumah sekarang yang terlampu menggila naiknya.masa sekarang elaun rumah hanya 180 sedangkan sewa rumah sekarang boleh dikatakan mencecah sehingga 500 hingga 600 sebulan menyamai bayaran bulanan untuk pembelian rumah.kos sara hidup yang semakin meningkat juga tidak dapat menjamin pendapatan walaupun gaji seisi rumah 2 hingga 3 ribu sebulan.bayangkan kenaikan minyak petrol, kenaikan keperluan harian termasuk susu untuk mereka yang masih mempunyai anak.gaji sampai 2 hingga 3 ribu pun masih belum mencukupi.kadang2 tu baru terima gaji 2 atau 3 hari sudah kering poket.belum lagi untuk membeli barang2 basah yang turut naik.sampai bila akan menghadapi keadaan seperti ini.minta budi bicara pihak kerajaan lah untuk menimbang dan seterusnya mengerti kesusahan rakyat akibat kenaikan semua harga barang dan kos sara hidup.jganlah hanya melihat dari luaran sahaja.lihatlah sedalam dalamnya mengenai kesusahan rakyat barulah dinamakan rakyat didahukukan pencapaian diutamakan.

Tanpa Nama berkata...

P,A ade bonus ke tak de bonus ke yang mu sibuk sangat bakpe ketik perut mu ke,mu xyoh kabo takpe orang tahu belake doh,orang atasan memang kuat puto belit lebih pada keling lagi,mu kate macam mane pun ,puak2 atasan ni takan die ambik kesoh nye,jadi toksoh nok wowa-wowa dalam ni ,srabut laa bongok.

Tanpa Nama berkata...

Cadangan :-

Diharap pihak cuepacs dapat memohon kepada PM agar kakitangan beragama islam yang bekerja dengan kerajaan persekutuan dan negeri, gred sederhana dan ke bawah, yang telah berkhidmat selama 10 tahun di tanggung untuk mengerjakan haji sekali sahaja.

Kerajaan Brunei Darussalam menanggung kakitangan kerajaan untuk menunaikan haji.(untuk makluman)

PROF JUSA B berkata...

Saya perlu bangkitkan tentang gaji pensyarah. Aneh dan pelik kerana sepanjang 30 tahun saya bertugas sebagai pensyarah, gaji pensyarah tidak pernah melalui penstrukturan semula berbanding gaji guru yang saya lihat begitu drastik perubahannya. Bayangkan seorang guru pakar (guru cemerlang) yang hanya berkelulusan ijazah pertama layak menerima gaji bergred DG52 (setaraf dengan gred gaji pensyarah berkelulusan PhD) atau DG48 sedangkan seorang pensyarah yang berkelulusan sarjana dan bergred DS45, mengajar pula calon-calon sarjana tetapi menerima gaji yang lebih rendah daripada itu.
Lebih malang lagi ialah, sebahagian besar pensyarah bergred DS45 ini merupakan bekas-bekas guru yang berpengalaman mengajar lebih daripada 15 tahun. Jika dibandingkan dengan rakan-rakan guru mereka yang berada di sekolah atau di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau Kolej Matrikulasi, maka golongan pensyarah ini seperti sengaja dizalimi. Lebih memalukan lagi jika dibandingkan dengan guru-guru sekolah yang mengajar Tingkatan 6 (pra-universiti), dengan pengalaman kurang 10 tahun tetapi turut menerima gaji gred DG48/DG44.
Inilah satu kezaliman dalam kes pembayaran upah dan guna tenaga kerja kepada pensyarah. Oleh itu, saya mencadangkan supaya gred gaji pensyarah tanpa PhD perlu dinaiktarafkan kepada DS52 (atau setara dengan tingkat gaji DG48) dan pensyarah berkelulusan PhD dinaik taraf ke Gred DS54 dan begitulah seterusnya. Situasi ini akan dapat menunjukkan status dan kedudukan pensyarah di mata dunia setanding usaha memartabatkan golongan profesional.
Secara peribadi, saya melihat skim perkhidmatan pensyarah IPTA pada zaman ini adalah amat menyedihkan berbanding guru sekolah. Golongan ini terpaksa berhadapan dengan satu persaingan dunia yang jumud dan amat menekan. Pensyarah hari ini lebih teruk daripada seorang guru yang terpaksa berhadapan dengan cabaran atau kemungkinan pertembungan budaya ilmu. Tentunya pertembungan ini menuntut iltizam dan komitmen yang tinggi sebagai satu usaha persaingan yang sihat.
Kepada KPM, fikirkanlah kebajikan dan nasib para pensyarah yang akan membawa impian dan nama universiti tempatan ke mata dunia sebelum mereka berhijrah ke universiti swasta (IPTS) yang menjanjikan pulangan yang lebih baik. Tugas pensyarah sebenarnya lebih berat berbanding guru sekolah. Mereka perlu membuat penyelidikan, menyelia tesis sarjana mahupun PhD, mengajar dan mereka juga menjadi milik masyarakat.
Akhirnya, sebagai seorang profesor Gred Jusa B, saya tidak mempunyai apa-apa kepentingan terhadap gaji dan jawatan kerana saya sudah menikmati kesemuanya itu. Apa yang saya harapkan ialah belalah nasib golongan pensyarah ini kerana di tangan merekalah akan lahirnya generasi hebat negara dan generasi bermodal insan yang bakal menyambung gagasan kepimpinan negara.Seperti yang selalu saya suarakan di dalam mesyuarat dengan anggota senat-senat universiti bahawa sudah sampai masanya pihak KPM berfikir seperti mana cara orang Jepun berfikir, iaitu memastikan bangsa mereka berada di baris hadapan tanpa membunuh jati diri bangsa. Budaya menginsafi falsafah Melayu “kera di hutan disusukan; anak mati dalam pelukan” perlu difahami sebaik-baiknya.Sebagai penutup surat ini, sekali lagi saya merayu agar KPM dapat memikirkan kewajaran pandangan dan cadangan saya ini supaya kita sama-sama dapat mengangkat martabat dan memikirkan kebajikan golongan pensyarah yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana pihak sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Tanpa Nama berkata...

hurm....tk ke mana la suara ceupacs neh..bhenti je la presiden

Tanpa Nama berkata...

YEEYYYYYYYYYYYYY....

GULA NAIK....

GST 6% 2015...

SERONOKNYA...

DENGAR KHABAR MINYAK NAK NAIK LAGI...

TEPUNG DIHAPUSKAN SUBSIDI...

YEEEEYYYYYYYYYY....RAKYAT DIDAHULUKAN....