Sinar harian
18/11/2013
18/11/2013
- Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR - Sebanyak 70.8 peratus atau 801,871 orang menyertai
kumpulan pelaksana dalam sektor perkhidmatan awam tanpa kelayakan ijazah
sarjana muda, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Shahidan Kassim.
Beliau berkata, sebanyak 29.2 peratus atau 330,579 orang pula menyertai kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional sektor itu dengan ijazah sarjana muda."Jumlah penjawat awam, tidak termasuk polis dan tentera, sehingga Oktober 2013 ialah 1,132,450 orang," katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 29.2 peratus atau 330,579 orang pula menyertai kumpulan pengurusan tertinggi dan profesional sektor itu dengan ijazah sarjana muda."Jumlah penjawat awam, tidak termasuk polis dan tentera, sehingga Oktober 2013 ialah 1,132,450 orang," katanya ketika menjawab soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.
Lip Eng bertanya mengenai jumlah penjawat awam setakat Oktober 2013
mengikut bangsa, jantina, mahasiswa, bukan mahasiswa dan bilangan yang
perlu ditambah setiap tahun untuk lima tahun akan datang.Shahidan berkata, jumlah penjawat awam mengikut kaum ialah 77.4 peratus
Melayu, Cina (6.2), India (4.1), bumiputera Sabah (6.6), bumiputera
Sarawak (4.3) dan lain-lain kaum 1.4 peratus."Jumlah penjawat awam mengikut jantina pula ialah lelaki sebanyak 45.5 peratus manakala wanita 54.5 peratus," katanya.
Shahidan berkata, pada masa ini, pertambahan perjawatan adalah bagi
memenuhi keperluan negara khususnya bagi keselamatan, pendidikan dan
kesihatan."Pendekatan penugasan semula dan tukar ganti pula digunakan bagi memenuhi fungsi dan tugas agensi," katanya. - Bernama
17 ulasan:
FIRST..YAHOO
Pada JPA & SPA... minta pihak tuan, serapkan P.A yang mana gred J17 (kontrak) supaya diserapkan ke perjawatan tetap.
ini adalah kerana J17 kontrak mula menjawat jawatan kontrak ini sejak tahun 2007. Dari tahun 2007 hingga 2013 (sekarang ini), J17 ini masih keadaan yang sama.
Di sini bukan isu tak ada kekosongan jawatan tetap untuk di isi di dalam organisasi, tapi masih ada kekosongan. Jika tiada kekosongan, masakan sepanjang kami berkhidmat, setiap tahun ada pengambilan baru juruteknik J17 tetap. sedangkan kami masih J17 kontrak. Dan kami juga sama-sama pergi temuduga semula jawatan J17 tetap dan melampirkan bersama-sama surat pengesahan ketua jabatan dan juga SKT.
Kelayakan semasa temuduga dahulu, menggunakan sijil/diploma yang sama juga iaitu daripada Politeknik.
Kami yang mana staf kontrak ini punyai keluarga untuk kami sara. Dan ada di antara kami yang sedang dalam PJJ belajar dalam sarjana muda yang mana kami belanja pengajian dengan duit poket sendiri, dan tiada kelayakan bantuan pinjaman JPA (pinjaman boleh ubah).
Andai kami yang J17 kontrak ini ditamatkan kontrak seperti yang termaklum dalam pekeliling baru ini, apalah nasib kami... mungkin terpaksa pulang ke kampung halaman, membawa keluarga... dan menamatkan pengajian sarjana muda...
duduk di KL dah tak mampu... jangankan beli umah yang kami tak dilayakkan untuk pinjaman perumahan kerajaan... nak sewa pun kami belum tentu mampu... kuarters apatah lagi kami boleh dapat...
kami mohonla pihak SPA & JPA pertimbangan untuk kami J17 kontrak ini... kami bukanlah ramai... hanya beberapa orang yang tinggal...
Kasihan juga. Setiap pos nak copy paste ayat ini. Sebenarnya ada jawatan dalam skim lain yang kontrak sampai skrg walaupun mula berkhidmat dari tahun 2003. Kena bersedia sekiranya govt sekarang ke arah right sizing. Kena faham istilah kejat dan sejat.
PENJAWAT AWAM PELAKSANA YANG ADA IJAZAH PUN TAK DINAIK TARAF JAWATAN KE N/W41. NAK MOHON P&P PASTI BYAK PROSIDUR & BUREAUCRACY. YG BUDAK MENTAH DIPILIH CGPA 3.0 KONON TAK PANDAI KERJA & HANYA BUAT ARAHAN. SERAP PA PELAKSANA GRED 32 ATAU 36 YG ADA IJAZAH & BERPENGALAMAN KE JAWATAN N/W41
PENJAWAT AWAM PELAKSANA YANG ADA IJAZAH PUN TAK DINAIK TARAF JAWATAN KE N/W41. NAK MOHON P&P PASTI BYAK PROSIDUR & BUREAUCRACY. YG BUDAK MENTAH DIPILIH CGPA 3.0 KONON TAK PANDAI KERJA & HANYA BUAT ARAHAN. SERAP PA PELAKSANA GRED 32 ATAU 36 YG ADA IJAZAH & BERPENGALAMAN KE JAWATAN N/W41
kalau semua PA ada ijazah,tetapi kerajaan byr gaji tak ikt kelulusan pun no point jgk apa mkna jika semua PA ada ijazah..
Salam, berilah ruang dan peluang yg sesuai kpd golongan pelaksana yg mempunyai ijazah dan berkhidmata lebih dari 10 tahun dalam kumpulan pelaksanan. Kaedah di SPA sekarang perlu dikaji dan diubah utk anggota kumpulan pelaksana dan berpengalaman memohon jawatan gred 41..Tk
klau aku ada ijazah jgn hrp nk keja dgn kerajaan
Kalau semua PA dibayr gaji permulaan gred 41 pun ' no point' jika skop kerja tak berubah - hanya goyang telur kat kaki lima pejabat. Naik gred harus dikuti dengan peningkatan beban tugas dan tsnggungjawab. Jgn sesekali buat kesilapan secara terang2an cth jika N17 dinaikkan ke 41 maka harus padan dgn bayaran gaji, beban tugas dan tanggungjawab. Jgn ada yg menggangkang dan goyang telur sudahlah....
Kalau aku kaya, hari, hari, hari raya... semuanya ku belanja..ijazah aku dpt percuma..!!!
BERSAMA MENGALAS TRANSFORMASI DI SEKTOR AWAM".....MOHON TRANFORMASI KUMPULAN PELAKSANA YG BERIJAZAH DAN PENGALAMAN LEBIH 10 TAHUN YG SEDANG BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN, JABATAN DAN AGENSI DILANTIK KE GRED 41. TRANSFORMASI KUMPULAN PELAKSANA DARI PELBAGAI JAWATAN DAN GRED DAH DILAKSANAKAN, OLEH ITU TRANFORMASILAH PULAK KUMPULAN PELAKSANA BERIJAZAH KE GRED 41
pada pendapat sy govt perlu semak semula umur persaraan wajib PA xperlu smpi umur 60 tahun..kesian pd ank2 muda yg msh mncri2 pekerjaan terutama yg ad kelulusan..pertimbgkn cdgn ini. ..
alasan ijazah bkn menjadi satu isu besar atau kesalah kerana walaupun mereka tidak menpunyai ijazah tidak bermakna mereka tiada pengalaman berkerja..ijazah hanya laa kertas yg bertulis manakala pengalaman adalahn sesuatu yg lebih berharga dari kertas
PADA SAYA IJAZAH TU X PNTG SGT PUN SBB ADA DIANTARA YG ADA IJAZAH X PNDAI BUAT KERJA KRN IJAZAH TU HNYA DI ATAS KERTAS. YG PNTING PENGALAMAN.
ISU PENAMBAHBAIKAN SELEBIH 186 SKIM PATUT DIBERI KEUTAMAAN DARI SEKARANG..JANGAN LENGAH2 ATAS PENAMBAIKKAN TERSEBUT KERANA PA DALAM GOLONGAN SKIM TERSEBUT MENGALAMI KESENGSARAAN OLEH KERANA KOS SARA HIDUP NAIK OLEH KENAIKKAN HARGA MINYAK, BARANG2 , HARGA & SEWA RUMAH
KALAU SERIOUS DARI SEKARANG DALAM MERANGKA PENAMBAHBAIKAN IANYA DAPAT SELESAI DLM BULAN MAC 2014
MACAM MANA NAK MENGUKUR SESEORANG IALAH DGN SEGOLONG IJAZAH DAN PENGALAMAN KERJA. OLEH YG DEMIKIAN PENJAWAT AWAM KATEGORI SOKONGAN YG BERKHIDMAT MELEBIHI 10 TAHUN & MEMPUNYAI IJAZAH ADALAH LEBIH BERKUALITI DAN MANTAP DARI SEGI ILMU & PENGALAMAN
MAKA BAGI MENTRANSFORMASI PERKHIDMATAN AWAM , PA SOKONGAN YG LAMA BEKERJA DAN MEMPUNYAI IJAZAH PATUT DI BERI JAWATAN P&P 41
Saya sangt setuju agar SPA dan kementerian berkaitan tentukan semula kaedah mudah,berkesan dan adil bagi lantikan 41 daripada kumpulan pelaksana yang mempunyai kompetensi tinggi dan mempunyai Ijazah agar negara kita ini diwarnai dan digerakkan oleh penjawt awam yang berkelibaer,high competence dan pengalaman menyeluruh dan terarah.
Catat Ulasan