Bernama
26/11/2013
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja
Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan ditambah bilangan anggota
penguat kuasa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) di pelabuhan bagi
memastikan kecekapan pasukan itu menangani penyeludupan melalui laut di
tahap optimum.
Presidennya Datuk Omar Osman berkata pertambahan itu memudahkan anggota penguat kuasa memantau lebih teliti barangan kontena dengan lebih pantas tanpa mengorbankan masa proses kemasukan dan penghantaran barangan dagang.
Beliau berkata pertambahan itu juga dapat memastikan Kastam membuat pemeriksaan terhadap dokumen palsu pengisytiharan barangan kontena dengan efisien.
"Kita dapati anggota KDRM didapati bekerja di dalam bilangan syif yang banyak hingga mereka hilang tumpuan ketika berada di tempat kerja hingga menyebabkan pemeriksaan kastam dapat dibolos dengan mudah," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau mengulas mengenai pendedahan polis bahawa satu sindiket antarabangsa diketuai rakyat Malaysia menyeludup ke luar negara kereta curi jenis pacuan empat roda dan kenderaan pelbagai guna (MPV), yang dicuri di negara ini, melalui kapal dengan memalsukan dokumen kastam, bernilai jutaan ringgit.
Semalam, Ketua Penolong Pengarah Risikan, Operasi dan Rekod (D4) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman SAC Abd Manaf Abd Razak berkata statistik polis menunjukkan secara purata antara 35 dan 45 buah kenderaan dicuri setiap hari di negara ini selain 70 motosikal dan 12 buah van, yang menurut Persatuan Insurans Malaysia (PIAM), negara kerugian purata RM550 juta setahun akibat jenayah itu.
Osman turut mencadangkan kerajaan menimbangkan insentif khas kepada anggota KDRM yang berjaya menyelesaikan kes barangan seludup atau rampasan dagangan berprofil tinggi bagi memberikan suntikan semangat kepada anggota.
"Insentif khas juga dapat mengelakkan gejala rasuah di kalangan anggota yang sering dituduh menerima suapan bagi kes melibatkan kehilangan kereta mewah dan barangan di dalam sesebuah kontena," katanya.
Sementara itu, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar meminta jabatan itu mengadakan latihan berbentuk keintelektualan bagi memberikan pengetahuan mendalam terhadap taktik penyeludupan dan mengesan pemalsuan dokumen dagangan.
"Apa yang perlu dititikberatkan ialah pengetahuan yang mencukupi. Kena latih betul-betul," tegas beliau.
Beliau berkata satu kajian dan siasatan yang menyeluruh harus dilakukan bagi mengenal pasti punca dan siapakah yang terlibat dalam jenayah tersebut untuk menangani perkara itu secara holistik.
Akhbar berkata peranan unit perisikan untuk mengesan sindiket berkaitan melalui sumber perlu diperkasakan untuk membanteras kegiatan haram membabitkan anggota KDRM.
-- BERNAMA

14 ulasan:
Tiga remaja lelaki ditahan muat turun filem tempatan dalam website dan blog
PUTRAJAYA: Tiga remaja lelaki berumur 15 hingga 18 tahun ditahan dalam serbuan di Selangor dan Pulau Pinang masing-masing pada 29 Oktober dan 8 November lepas kerana memuat turun filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hak cipta.
Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Roslan Mahayudin berkata, ketiga-tiga suspek yang ditahan dalam Operasi Spyglass itu diletakkan di bawah jaminan polis, dan telah dibenarkan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.
Katanya operasi bahagian penguatkuasaan KPDNKK yang disertai 10 pegawai termasuk dari bahagian Cybersecurity Malaysia itu turut merampas tiga unit komputer riba, satu unit broadband, dua unit router dan dua unit modem bernilai RM12,000.
Antara filem yang dimuat turun ialah "KL Gangster 2", "KL Zombie" dan "Tanda Putra" dalam laman web:www.allinoneatheremovie.blogspot.com;www.pjsenter.com dan www.piratesbytez.com., kata dalam sidang media di sini hari ini.
Mereka adalah remaja pertama ditahan di bawah Ops Spyglass dan boleh dikenakan denda sekurang-kurangnya RM2,000 dan maksimum RM20,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika didapati bersalah di bawah Seksyen 41 1(G) Akta Hakcipta 1987.
"Walaupun di bawah umur tindakan tetap diambil di bawah undang-undang sedia ada. Serbuan dilakukan atas aduan pemilik hakcipta dan orang ramai berhubung laman web yang dijadikan sebagai portal untuk memuat-turun atau tayangan (streaming) filem-filem tempatan tanpa kebenaran pemilik hakcipta.
"Berdasarkan soal siasat ke atas suspek, mereka memaklumkan bahawa filem-filem yang disediakan di dalam laman web/blog seliaan mereka diperolehi sumbernya daripada laman/blok lain,"katanya.
Katanya antara laman web yang paling terkenal ialah www.ganool.com yang didapati beroperasi di Jawa Timur, Indonesia yang dikendali seorang remaja, selain sumber filem lain darihttp://pencurimovie.sx dan http://moviepecah.blogspot.com.
Menurut Roslan bahagian penguatkuasaan KPDNKK juga akan mengeluarkan notis kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk menghalang akses laman sesawang tersebut mengikut Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Roslan menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar sentiasa mengawasi dan memantau aktiviti siber anak-anak mereka supaya mereka tidak melakukan sebarang aktiviti siber yang menyalahi undang-undang. -Bernama
hari ni tak ramai yang buat komen
PERBAIKI SISTEM PENTADBIRAN DAHULU.SOP PON TUNGGANG LANGGANG LG.KUATKUASAKAN UNDANG2 DENGAN KETAT DAH MEMADAI DARI MENAMBAH ANGGOTA.KELENGKAPAN MENJALANKAN AKTIVITI PENGUATKUASAAN PON TK SERAGAM.PAKAI LA UNIFROM NGAN BTL CM POLIS.AMIK TINDAKAN PD PEGAWAI YANG INGKAR.
YANG PENTING MASYUUUUUK
Memang tak ramai buat komen, masing-masing cuti panjang bawa keluarga melancung, cikgu cuti panjang balik kampung, ada juga melancung ke china, vietnam, indon, arab saudi dsbnya, bagi ketua-ketua jabatan pula ada melancung ke euro, us, uk, australia, hawaii, dsbnya, ada mereka yg melancung di dalam negara jea spt melaka, kelantan, terengganu, johor, cameron highland, pulau pangkor, langkawi, dsbnya..inilah masanya nak cuti sebelum naik persekolahan.. termasuklah aku tengah cuti nie, balik kampung di langkawi serta cari barang-barang sekolah anak-anak aku..
Salam sahabat PA..Tingkatkan jati diri ke arah integriti dan dalam masa yg sama tambahan anggota juga boleh dilaksanakan....
KALAU BOLEH 186 SKIM YG BELUM DINAIKTARAF DIBERI KEUTAMAAN SEBOLEH2 NYA PADA MAC 2014
Assalamualaikum.
Sejak pergi kursus induksi haritu, rasa releks semacam je. Aku berkursus selama tiga hari bermula hari selasa, pastu rabu dan khamis. Sebab dah alang-alang sampai khamis, aku pun mintak cuti rehat khas (CRK) untuk hari jumaat. Kebetulan hari jumaat aku cuma ada kelas PJK je satu masa so tak rasa bersalah sangat lah nak mintak cuti kan.
Next week pulak, cuti sempena Deepavali. Sekolah aku yang memang satu malaysia ni haruslah cuti seminggu. Wahh syorgaa dunia di situ dapat rehat-rehat di rumah selama seminggu. :p
Naik cuti hari isnin tu, murid yang datang pun cuma beberapa ketul je uols. Ramai yang ambik cuti tambahan sendiri nampaknya. Tapi aku kena settlekan tugas sebagai guru tingkatan. Buku kedatangan, kad kesihatan pelajar, rekod kemajuan pelajar, pemulangan buku teks, uruskan pelajar yang belum bayar yuran sehingga nak ke akhir tahun ni, masukkan markah dalam sistem...bla..bla...
Lagi tiga minggu nak habis sekolah ni lah macam-macam pulak program nak dibuat. Dengan program Semarak Rukun Negara, Hari Graduasi, Perjumpaan Tiga Penjuru (perjumpaan ibubapa bersama guru), perkhemahan perdana, tak ketinggalan Annual Dinner yang melibatkan ahli-ahli kelab guru dan staf sekolah. Fuh~
Di saat genting macam tu lah, tiba-tiba aku kena hantar 5 orang pelajar untuk bengkel teknik menjawab soalan. Tak melekat kat sekolah lah kan..Dua hari pulak tu. Esoknya pulak, kena pergi bengkel penataraan Kemahiran Hidup pulak. Again takde kat sekolah. Kerja dah banyak yang tertangguh. Dengan kerja kursus pelajar tingkatan 1 dan 2 ada tak settle lagi. Kesian aku diorang. Aku datang sekolah hari jumaat haritu pun, budak dah bising mana cikgu pergi, hari-hari saya datang sekolah bawak buku teks yang berat ni tapi cikgu takde..macam mana nak pulangkan buku?
Oh anak...Jangan kau ingat cikgu kau ni tak datang sekolah pergi bersuka ria nak...
Esok pula dah nak raya haji. Isnin cuti. Sekolah aku selasa pun dia bagi cuti. Sempena nogori menang piala Malaysia ke apa tah? (HOBIN JANG HOBIN! eh...) Memang syorgaa tapi memikirkan kerja yang menimbun-nimbun tu terus takde feel cuti ok.
Selasa baru-baru ni baru aku tau nama aku naik untuk jadi pengawas SPM!
*pengsan ok!
Cuti akhir tahun lenyap begitu sahaja. sob..sob....
Salam, Evolusi dan revolusi pengambilan penjawat awam di bawah bidang kuasa SPA..
Rasuah
Rasuah
Rasuah!
Kastam selalu dikaitkan dgn rasuah- jika tidak dengan rasuah, bagaimana sebesar kereta boleh lepas masuk kontena.... apa nak muat kereta dlm kapal tak perlukan apa-apa dokumentasi ka? Kalau benda2 kecil mcm sebutir dua jam tangan wanita tu boleh kata terlepas pandang la. Ini sebesar kereta bolek terlepas pandang.
Ada khabar angin yg mengatakan sebuah AP boleh digunakan beberapa X utk membawa masuk kereta...apa pihak kastam tak tahu ka perkara ini? Apa pihak kastam buta ka? Atau wang yg membutakan mata pegawai kastam?
Selagi masalah rasuah tidak dapat diselesaikan .....selagi itu masalah sebenar tidak selesai. Tambah kakitangan bukan jalan penyelesaian....makin tambah rasuah boleh jadi.
Bayangkan bagaimana sempadan Malaysia Thai yg dijaga oleh begitu ramai penguat kuasa...sebut saja....polis/askar/kastam/upp/imigresen/rela....namun sempadan kita tetap jg bolos. Pati berlambak yg masuk. Minyak petrol yg merupakan barangan bersubsidi utk rakyat Malaysia, entah berapa banyak yg menyeberang masuk ke sana! Apa pelbagai nama penguat kuasa itu semuanya bermata buta ka? Atau wang yg membutakan mata mereka!!!!! Jika rasuah tidak dapat diselesaikan jika ditambah 10 jenis penguat kuasa lagi pun masalah tidak selesai.
Pegawai imigresen Singapura melempar pasport kawan saya ke lantai apabila di dlmnya secara tak sengaja ada beberapa keping wang Malaysia, beberapa ringgit shj.... dgn kata pegawai itu...Awak ingat ini Malaysia ka? Mengapa mereka boleh bersikap begitu? Jawabnya mereka kuno, diberi wang pun tak mahu.Tak mcm kita, peringkat KP pun boleh makan rasuah.... ini bukan aku yg kata, mahkamah yg kata.
Pegawai tak perlu ditambah. Kesedaran dalaman yg perlu ditambah dan diperbaik. Sedikit bukti rasuah cukup untuk buang kerja org2 ini...exit policy.
YG PENTING PENAMBAHBAIKKAN 180 SKIM YG TIDAK DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN. NAK TUNGGU PERTENGAHAN 2014 TERLALU LAMA. SEPATUT MAC 2014 DAH SIAP PENAMBAHBAIKAN TERSEBUT.
KOS SARA HIDUP & KESEMPITAN HIDUP MMENGHIPIT PA SEPERTI KOS & SEWA RUMAH YG TERLALU NAIK MENDADAK, HARGA MINYAK, MAKANAN DAN SEGALANYA SEMUA MENINGKAT
habis dh kwn ko tu bg bbrapa ringgit je,tu yg kena baling pasport tu.try la bg bbrapa ratus ke mesti xkena baling.singapore bleh la wat cam tu gaji diaorang tinggi,xpayah nk amik rasuah dh,huhuhu.....tukar.....
sampai ada yang translate akronim
KDRM = kejar duit rasuah million
wakakakakakaka...
drpd dok tambah anggota kastam, bek perbetulkan organisasi dulu. sbg contoh, sepak kuar ketua pengarah dia yg PTD tuh. KP kastam seharusnya dari skim kastam, bukannye skim PTD. dok letak parasit kt situ wat per?????
SALAM SEJAHTERA.!!! bagi saudara-saudaraku dimanahpun berada, semogah anda masih diberikan kesehatan, walau tidak memiliki uang. PEPATAH Mengatakan,jika tidak memiliki uang asal bisa makan, tidak bisa makan asal bisa bergerak, NAH.!!! jika anda masih bisa bergerak dan mau berusaha pasti ada jalan keluarnya.
Kami mengimpormasikan buat Semuanya bagi yg mengalami kesulitan apapun itu jika menurut Anda itu sulit diselesaikan
Anda bisa Konsultasi atau minta bantuan kepada orang yg saya temui kemarin yg sangat bisa di percaya yaitu Atas nama Mbah Wirang,
Beliaulah kemarin yg telah membantu Saya dan keluarga terlepas dari Masalah yg menurut kami begitu Sulit untuk di selesaikan bersama yaitu masalah Hutang sama tetangga dan Rentenir sebesar 300 Juta mungkin bagi orang yg mampu hutang segitu tidak lah sulit namun bagi kami itu malah sebaliknya…
Beliau kemarin membantu kami dgn 2 cara yaitu Main Togel dan penglaris Usaha,,,
Sayapun mengadukan Nasib saya di permainan Togel singapur kemarin alhamdulillah Ternyata hasilnya tdk mengecewakan, kami menang banyak di 3 putaran dgn Total 857 JUTA Kami bersyukur dgn hasil tersebut dan akhirnyapun kami lepas dari hutang piutang yg ada,,,
Serta kami punya modal besar untuk usaha warung kami,,,saya hanya mengucapkan banyak terimah kasi Atas jasa Mbah Wirang kepada kami sekeluarga karna Tanpa bantuannya mungkin kami belum bisa
Seperti sekarang,,,,,
Dan Info bagi Kalian yg punyah masalah silahkan minta bantuan kepada Mbah Wirang untuk caranya Anda bisa tlfn beliau di NO 082346667564 Silahkan Mengadukan nasip Anda siapa tau bisa seperti Nasib kami
STOP!!! jika saudara-saudari punya masalah seperti saya, insya allah mbah siap membantu anda, tapi mbah bukan munafik, mbah tidak menerima imbalan/sogokan dalam bentuk apapun, kecuali MAHAR yang sudah dijelaskan, karna Mahar tersebut mbah gunakan buat keperluan RITUAL tidak dan harus disiapkan, dibayar sebelum RITUAL, Wassalam...
1. PAKET (2D) MAHAR 100.000,-
2. PAKET (3D) MAHAR 200.000,-
3. PAKET (4D) MAHAR 500.000,-
4. PAKET (5D) MAHAR 750.000,-
5. PAKET (6D) MAHAR 1,250.000,-
Catat Ulasan