Utusan Malaysia
31/10/2013
31/10/2013
PUTRAJAYA 31 Okt. - Laporan Indeks Inovasi Global
2013 meletakkan Malaysia di tangga ke-32 daripada 142 negara yang
mengiktiraf peranan utama inovasi sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan
kemakmuran sesebuah negara.Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Hasan Malek berkata, laporan yang dikeluarkan Universiti Cornell,
Amerika Syarikat (AS) dan Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) itu
menunjukkan peningkatan pengumpulan mata Malaysia daripada 45.90 tahun
lalu kepada 46.92 tahun ini.
Menurut beliau, kejayaan itu merupakan hasil inisiatif kerajaan dalam
mentransformasikan perkhidmatan awam termasuk melalui perkongsian
strategik antara agensi.Tambahnya, inovasi yang merupakan faktor penentu kejayaan dalam
konteks pengukuhan daya saing sesebuah negara banyak membantu Malaysia
merealisasikan matlamat membawa kesejahteraan kepada rakyatnya."Jadi, tidak hairan jika inovasi menjadi pemangkin kepada pertumbuhan
ekonomi negara melalui peningkatan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar
(KDNK)," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Sambutan Hari Inovasi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan di sini
hari ini.Yang hadir sama, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
dan Kepenggunaan, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah dan Ketua Setiausaha
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk
Saripudin Kasim.
Menurut Hasan, inovasi-inovasi yang dihasilkan pihak swasta dan agensi kerajaan memberi manfaat besar kepada rakyat dan negara.Contohnya, kata beliau, Institut Jantung Negara (IJN) menghasilkan
inovasi baharu sehingga pesakit di negara ini tidak perlu ke luar negara
untuk mendapatkan rawatan."Selain itu, kerjasama strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga berjaya memberi sumbangan yang
signifikan dan berimpak tinggi kepada negara," katanya.Hasan berkata, kementeriannya tidak ketinggalan menghasilkan inovasi
atau merealisasikan idea-idea bernas yang memberi impak tinggi kepada
rakyat antaranya menerusi penubuhan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
Tambah beliau, pihaknya juga mewujudkan projek Integrasi Rakan Dagang
Kad Diskaun yang merupakan inovasi melibatkan kerjasama banyak pihak
antaranya Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA)
dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)."Apa yang kita banggakan projek ini bakal memberi manfaat kepada
pelajar, anggota polis dan tentera, pesara serta golongan orang kurang
upaya," katanya.
9 ulasan:
Yaahoooo aku plak first...
aku no.2...
aku no 3....apa cerita kajian SST,SBPA,82 jenis elaun.takkan berita baik untuk 81 skim je......setahun kami tunggu...adakah hanya untuk ini saja...
allah allah allah ya allah..
allah allah allah ya allah..
pahala mereka yg baca comment sy ni insyaAllah..
Mohon Bonus 2 bulan gaji, nak bayar hutang Maybank.
TOLONG BERTANGGUNGJAWAB PASTIKAN MAKLUMAT ADALAH TEPAT.
TAJUK KATA YG KE 23
ISI CERITA KATA YG KE 32
MANA YG BETUL?
PT tak dpt apa-apakah? Hehe.... Leganya hati aku....
Skim yg sepatutnya tersenarai di dalam 81 skimn bagi kenaikan gred di antaranya:1. Penghulu/Penggawa-dinaikan gred 41-44, kelayakan masuk Ijazah sarjana muda dengan kepujian.
2. Pembantu Tadbir-dinaikan gred 26-27, kelayakan masuk Diploma/STPM.
3. Pembantu Makmal-dinaikan gred 29-32, kelayakan masuk Diploma Sains/STPM aliras sains.
4. Juruteknik Komputer-dinaikan gred 29, kelayakan masuk Diploma Komputer sains.
5. Juruteknik audio-visual-dinaikan gred 29, kelayakan masuk Diploma Audio-visual.
6. Jururawat Desa-dinaikan gred 29-32, kelayakan masuk Diploma kejururawat.
7. Pembantu hal-ehwal Islam-dinaikan gred 27, kelayakan masuk Diploma pengajian Islam atau setaraf dengannya.
8. Imam/Noja-dinaikan gred 32, kelayakan masuk Diploma pengajian Islam atau setaraf dengannya.
9. Pegawai Kastam-dinaikan gred 27-32,kelayakan masuk Diploma undang-undang atau setaraf dengannya.
10. Pengawai penjara-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma undang-undang atau setaraf dengannya.
11. Pembantu Veterinar-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma sains atau setaraf dengannya.
12. Pembantu Audit/kewangan-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma Akauntan atau setaraf dengannya.
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI JAWATAN YG DI KEMUKAKAN, DENGAN SYARAT KENAIKAN GRED DALAM MENCAPAI PENJAWAT AWAM PENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020. ISYARAT JELAS DARI PENJAWAT AWAM DALAM PRK 2013 DI SUNGAI LIMAU TEMPOHARI, SEKIRANYA TIADA PENAMBAHBAIKAN BAGI PENJAWATAN LAIN, ISYARAT JELAS SETERUSNYA DARI PENJAWAT AWAM DAN RAKYAT DALAM PRU-14 NANTI.. PM,TPM,JPA,SPA,KPPA,KSN DAN KSU ANDA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN.
PENBANTU TADBIR adalah jawatan paling malang dan paling tak guna tidak dipandang oleh cuepacs dan juga JPA sejak 50 tahun yang lalu oleh itu PT PT PT marilah kita berdemo/ mogok tidak payah buat kerja menuntut hak kita tidak diperlukan biar bos bos aja yg buat kerja dan bayar gaji semua.
Catat Ulasan