MetroHarian
9/10/2013
Kangar: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) mendesak kerajaan mengkaji semula skim gaji Jabatan Perpaduan
Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) kerana skim dilaksanakan tidak
melambangkan fungsi dan beban tugas kakitangan di bawah JPNIN.
Presiden CEUPACS, Datuk Omar Osman berkata, JPNIN adalah nadi
kerajaan sebagai penyalur maklumat daripada rakyat kepada kerajaan namun
banyak perkara yang tidak dinikmati bersama oleh penjawat awam dalam
jabatan itu.
Menurutnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) harus meneliti semula skim penggajian itu yang masih dianggap rendah termasuk kesukaran untuk menikmati kenaikan pangkat.
“Kami akan mendesak kerajaan dan JPA meneliti perkara ini secara
menyeluruh bermula daripada peringkat pengurusan sehinggalah ke
peringkat guru di bawah JPNIN yang kebanyakannya pegawai yang diambil
secara kontrak.
“Jika jabatan ini adalah penting untuk kerajaan dan negara, satu kaedah baru serta penambahbaikan harus dilakukan supaya semua pihak dapat menikmati faedah sama dengan jabatan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Pegawai Perhubungan Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat, di sini, semalam.
Teruskan Perjuangan Mu Dato..Semoga Dipermudahkan..
BalasPadamKAn raya baru ni golongan ni dah terima sebulan bonus, tak cukup-cukup lagi
BalasPadamhak semua N17 untuk naik ke N27 atau N41 wajib dilaksanakan segera. kami dah x larat tunggu. asyik nak kena arah je. ingat kami ni hamba ke? kami pun manusia juga. layanan kena adil jangan asyik pandang kelulusan saja. dah undi BN,patutnya semua sama gred dan sama gaji.ni ada pulak nak beza2 gaji mengikut kelulusan. ini x adil. setakat ijazah tu aku pun boleh beli
BalasPadamBagus zanariah..tukang sapu pn patutnya dapat gaji mcm jusa c..kerani pn sama dapat gji mcm menteri..smua dapat sama gred n sama gaji kn..bagus2..kalo bjaya dilaksanakn nanti bdk2 pn x yah p sekolah dah..universiti pn bleh tutup je cz gaji smua dah sama x kira upsr ke ijazah..hahaha
BalasPadamRasa nya Gred jawatan mengikut kelulusan masih lagi adil dan praktikal dalam perkhidmatan Awam malaysia. Tak kan org yang lulus PMR nak digajikan sama dengan orang yang susah payah, korban tenaga, wang dan masa untuk belajar sampai universiti. kalau nak dikaji pun mungkin boleh JPA Kaji jurang gaji gred bawahan dengan atasan nampak terlalu besar sangat.
BalasPadamBagaimana PA yg melaksanakan transformasi le konon. Melaksanakan tugas 2 kementerian iaitu mengajar pelajar Kolej Vokasional yg belajar di luar Kementerian Pelajaran? Jgn di kambing hitamkan yg mengajar... Lembu punya susu sapi dpt nama.
BalasPadamCEUPACS harus tegas, pantau berkaitan diskriminasi pegawai atasan terhadap pegawai bawahan.. Sistem kerja yang caca marba tiada pengkhususan bagi jawatan skim S, Mohon tindakan segera.. Pegawai atasan main arah jer, sebab nak kejar bintang/rating semata-mata mahu menjaga periuk nasi sendiri..
BalasPadam