10 November 2013

KESATUAN SEKERJA PERLU JADI RAKAN TERBAIK JABATAN

Bernama
9/11/2013


KANGAR, 9 Nov (Bernama) -- Kesatuan sekerja perlu menjadi rakan terbaik jabatan dan tidak mewujudkan suasana yang boleh mencalar keharmonian, kata Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Datuk Azman Amin Hassan.
Menurutnya, dengan hubungan rapat itu, segala masalah yang berbangkit di peringkat dalaman boleh diselesaikan secara baik dan lebih sempurna.

Berucap pada Malam Semarak Impian JPNIN yang dihadiri lebih 200 kakitangan JPNIN seluruh negara di sini malam tadi, beliau berpuas hati dengan hubungan rapat kesatuan sekerja di bawah jabatan itu dengan pihak pentadbiran. Turut hadir Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Omar Osman.

Azman Amin berkata pihaknya sentiasa membawa cadangan dan pandangan kesatuan-kesatuan sekerja ke peringkat atasan demi masa depan dan kebajikan mereka.

Antara usaha berterusan yang dilakukan ialah memohon bagi pegawai berstatus kontrak dilantik ke jawatan tetap di samping usaha meningkatkan gred kakitangan.

Azman Amin berkata cadangan juga telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menaikan taraf kakitangan gred 17 yang berkhidmat lebih 13 tahun ke gred 22, yang berkhidmat lebih 20 tahun ke gred 26 dan yang lebih 30 tahun berkhidmat ke gred 32.

"Itu antara usaha jabatan bagi memastikan kakitangan yang memberi perkhidmatan cemerlang dinaikkan gred supaya mereka tidak kekal dengan gred asal sehingga bersara," katanya.

Terdahulu, Presiden Kesatuan Penolong Pegawai Perpaduan dan Pembantu Pembangunan Masyarakat Semenanjung Malaysia Zulazmi Mohd Yusof berkata, pihaknya sentiasa merujuk kepada jabatan dalam membuat apa jua tuntutan dan cadangan.

Katanya, antara yang diperjuangkan oleh kesatuan itu ialah peningkatan gred kakitangan dan penyerapan kakitangan kontrak ke jawatan tetap.

Pada majlis yang diadakan sempena penganjuran "Bengkel Memperkasakan Perpaduan JPNIN" itu, Azman Amin turut berdialog dengan peserta bengkel.

-- BERNAMA

8 ulasan:

  1. Teruskan Perjuangan Mu Dato..Semoga Dipermudahkan..

    BalasPadam
  2. yeah.... no 2... bestnya...

    BalasPadam
  3. Teruskan berjuang Dato..kami kakitangan kontrak kerajaan (putrajaya)khasnya dan semua kakitangan yang berstatus kontrak amt berharap Dato terus membawa isu ini dengan lebih tegas kerana kami merasakan pihak JPA,SPA tidak serius dalam membantu kami,sebab itu berbagai-bagai kajian di perkenalkan bagi melengahkan sedangkan masa semakin berjalan.Dalam keadaan kos hidup sekarang situasi ini benar-benar memberi kesan kepada kami..tahun berganti tahun dalam isu kakitangan kontrak langsung tidak diambik perhatian sedangkan dalam manefesto pilihan raya pru 13 ada dinyatakan untuk di serap tetap...tolonglah kami kerajaan,kalau sebelum pilihanraya kerajaan memerlukan kami kenapa dalam isu ini kerajaan tidak mahu mendengan rintihan kami pada siapa lagi kami hendak mengadu..pada cuepacs kami sentiasa memantau baik di blog. website cuepacs mahu pun jpa dan pengumuman dari kerajaan berhubung isu kakitangan kontrak.

    BalasPadam
  4. Bengong...balik2 13 thn kerja naik 22,omar oiiii, j17 naik j29 pulak berapa tahun kerja..ini org aaaa di ipoh ckp lain di kedah ckp lain...wahai omar,ang suruh org beterima kasih, n 1 naik n11 tak cukup pun 13 thn...kami skim 17 ni nak jumud, bkn nak 13 thn...ko suruh org berterima kasih kat ko...ko sendiri ta faham ape org nak...ape cerita...KAMI SKIM N17 N SKIM SKIM 17 YG LAIN MINTAK DI JUMUDKAN KE 27....BKN NAK KENE TUNGGU 13 TAHUN........HADOIIIIIII JUMUD JUMUD JUMUD....N1 J17 N11 SEMUA JUMUD JUMUD...CAM TU KALO NAK JUGAK KAMI TUNGGU SAMPAI 13 TAHUN,KALO NAIK KE 41,KAMI BLH TUNGGU...FIKIR LAH..BERTERIMA KASIH KONON

    BalasPadam
  5. Aku kesian kat pak Omaqqqq

    KAu tau tak, pak omaq dah jadi absorber, tak mintak, orang bawah marah, mintak orang atas tak kasi.

    heheheh

    tapi yang sebenarnya kita patut sedar, pak omar ni tak lebih macam pengerusi PIBG jeee. Puat penyeri blog ni je, dia tak ada kuasa apa2, jd dah la duk kutuk dia. Sian dia aku tengok doh makin tua orang tua tu.

    Apa kata PA sekalian bagi komen kat blog PM Najib plak....

    BalasPadam
  6. asyik tak puas hati je n17 ni... ada hati nak ker n27 heheheheh abis kalo dah semua n27, sape yang nak kena suruh hehehehe

    BalasPadam
  7. HARAP KERAJAAN MSIA MENIMBANGKAN UNTUK MENJADI NEGARA MAJU & PENJAWAT AWAM YANG BERPENGETAHUAN, PA PELAKSANA YG ADA IJAZAH DAN SARJANA DAN N/W32 & N/W36 YANG DAH 7 TAHUN PATUT DITINGKATKAN JAWATAN KE N/W41...ITU BARU DIKATAKAN TRANSFORMASI SST

    BalasPadam