Berita Harian
9/11/2013
Ipoh: CUEPACS meminta kerajaan mempercepat kajian semula semua jenis
elaun dan insentif penjawat awam bagi menseimbangkan kos sara hidup yang
semakin meningkat.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata pihaknya sudah menghantar
semua maklumat berkaitan perkara itu kepada Perbendaharaan awal tahun
ini dan hanya menunggu untuk dipanggil bagi memberi penjelasan lanjut
mengenainya.
“Bagaimanapun, sehingga kini kami belum dipanggil untuk membincangkan
perkara itu. Justeru, kita minta Perbendaharaan mempercepatkan kajian
semua elaun serta insentif baru dalam perkhidmatan awam yang tiada dalam
Bajet 2014, baru-baru ini.
/> “Kajian berkenaan perlu dilakukan secara menyeluruh, contohnya
menaikkan elaun perumahan, penyelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA)
dan pinjaman perumahan,” katanya pada sidang media selepas mengadakan
perjumpaan dan sesi dialog bersama warga Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ) Perak, di sini, semalam.
Selain itu, beliau berkata, pihaknya juga berusaha untuk
mempercepat pelaksanaan Skim Saraan Transformatif (SST) kepada kira-kira
700,000 penjawat awam di negara ini yang belum menerima tawaran opsyen
itu.
Sebelum ini, katanya, 600,000 penjawat awam yang terbabit dalam
81 skim perkhidmatan awam yang ditambah baik dalam Bajet 2014 sudah
menerima opsyen berkenaan, tetapi kongres mempunyai 1.3 juta penjawat
awam seluruh negara.
Sertai badan sukarela
“Jadi, kita berharap kira-kira 60 peratus lagi yang belum
menerima tawaran, dapat diselesaikan pada tahun ini supaya mereka dapat
menikmati SST,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Omar juga mencadangkan penjawat awam
supaya menyertai sekurang-kurangnya satu badan sukarela seperti Pasukan
Sukarelawan Malaysia (RELA), Pasukan Wataniah, bomba atau polis bantuan
bagi memupuk daya inovasi, kreatif dan ‘berfikiran di luar kotak’.
“Selain menjaga kesihatan, ia turut membantu meningkatkan tahap
perkhidmatan dan memberi sumbangan kepada kerajaan kerana penjawat awam
tidak hanya semata-mata melakukan tugas mereka yang hakiki, sebaliknya
mampu berfikiran di luar kotak,” katanya.
Pada sidang media sama, beliau juga menegaskan tidak akan
mempertahankan jawatannya sebagai Presiden CUEPACS bagi memberi laluan
kepada pemimpin pelapis selepas tujuh tahun menerajui kesatuan itu.
212 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 212 daripada 212Aku pun tak faham maksud ko ni hehe diorg lg faham kot
kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....kaji...kaji....muak dah,tak ada kesudahannya...
semalam,anak murid aku baru habis paper akaun.....alhamdulilah,ALLAH pemudahkan mereka....letih menjaga budak ni....pas ni cuti sekolah ni tanda kertas spm pulak selama 2 minggu....takpelah,kerana ALLAH...2,2 minggu untuk keluarga, 1 minggu pengurusan sekolah persediaan sekolah tahun depan..........terima kasih cikgu aku dulu ajar aku jadi budak berguna..kini, waktu aku giliran aku menabur bakti......................
Sy plak penat jadi pengawas spm akak..sampai budak berak kena ikut ke tandas.terpaksa tunggu dan cium bau tahi budak..ada elaun khas cium tahi budak tak nk tuntut
Sy plak penat jadi pengawas spm akak..sampai budak berak kena ikut ke tandas.terpaksa tunggu dan cium bau tahi budak..ada elaun khas cium tahi budak tak nk tuntut
Bersyukurlah dengan nikmat yang telah ALLAH berikan.... nak banding perkara dunia bandingkan dengan yang lebih rendah dari kita.... kalau nak bandingkan bekalan akhirat bandingkan dengan yang lebih bagus dari kita..... same same kite renungkan... rezeki datang dari yang maha kuasa...
PENAFIAN KENYATAAN TAN SRI KPPA BERKAITAN PENYELARASAN KADAR ELAUN YANG BAHARU E-mail Cetak PDF
13 NOVEMBER 2013
"Berhubung Kenyataan Berkaitan Penyelarasan Kadar Elaun Yang Baharu Seperti Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Perumahan Dan Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) Untuk Penjawat Awam Yang Sedang Tersebar Melalui Sms, Ingin Saya Nyatakan Di Sini Bahawa Kenyataan Tersebut Adalah Tidak Benar. Sidang Media Saya Bersama Pihak CUEPACS Tempoh Hari Hanyalah Pengumuman Penambahbaikan 81 Skim Perkhidmatan Yang Sedang Dilaksanakan Oleh Pihak Kerajaan Bagi Penjawat Awam Terbabit Dan Tiada Kenyataan Mengenai Apa-Apa Elaun" - Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
DATUK, SEDIKIT PENJELASAN BERKENAAN GROUP FT AKAN DI NAIK KAT GRED JGK KER..
JPA oh JPA....ghdi 32
BELUM LAMA SBPA GAGAL KERANA TIDAK ADIL, KALI INI SST HANYA SEBAHAGIAN YG UNTUNG...SST TIADA PENJELASAN YG KONKRIT DARI KERAJAAN..HARAP JANGAN GAGAL NANTI KALAU KEADILAN TIDAK DITERAPKAN
SEPATUT NYA YG PA SOKONGAN YG ADA DIPLOMA/IJAZAH/SARJANA & BERPENGALAMAN DINAIKKAN JAWATAN UTK MENGELAK KETIDAKADILAN. BAHARU NEGARA DPT TRANSFORM MENJADI NEGARA MAJU BERPENDAPATAN TINGGI
Datuk, saya sangat bersetuju elaun diselaraskan di antara penjawat awam di Malaysia terutama elaun perumahan yang sekarang ini sgt jauh berbeza dan tidak mencerminkan 1 Malaysia langsung , double standard pun ada. Sangat tidak logik hanya menyeberang sempadan ( cth dari Merapok, Sarawak ke Sipitang, Sabah) dapat elaun berbeza sedang jaraknya tidak sampai 15km. Ibubapa mereka yang berasal dari wilayah lain ( cth Sarawak) tetapi anak mereka (kakitangan awam) telah lahir dan bermastautin sejak sekian lama di wilayah lain ( cth Sabah) juga boleh dapat elaun yang lebih tinggi.
dimana jawapan yang ditunggu berakhir disember tp tiada sebarang jawapan dari mana2 pihak berikutan isu elaun2 semua yang dituntut...perrrgkkk..janji mana janji...janji ditepati
Catat Ulasan