PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013
PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013
SIARAN
MEDIA
PERJUMPAAN
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
BERSAMA CUEPACS
BERSAMA CUEPACS
1
NOVEMBER 2013
81
SKIM PERKHIDMATAN AWAM DINAIK TARAF
PUTRAJAYA 1 Noveber 2013 –
Berikutan daripada pembentangan Baget
2014 YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan
seperti yang diumumkan oleh YBhg Tan Sri
Dr. Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara, baru-baru ini.. Penambahnbaikan kepada 81 skim perkhidmatan awam akan dilaksanakan oleh
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang melibatkan 613,732 penyandang. Penambahbaikan
ini merupakan salah satu Teras Transfomasi Perkhidmatan AwamPerlaksanaannya
adalah bersesuaian dengan setiuasi semasa agar perkhidmatan awam kekal relevan
bagai mencapai hasrat Kerajaan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju,
nerpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
“ Kajian terhadap 81
skim-skim perkhidmatan awam berkenaan te;ah dilaksanakan secara rundingan di
antara JPA, Ketua Jabatan/Ketua Perkhidmatan, CUEPACS dan Kesatuan/Persatuan
tiga(3) Majlis Bersama Kebangsaan iaitu ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi
Pekerja-Pekerja Pengurusan dan Profesional (MBK P&P), ahli Majlis
Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja-Pekerja
Sains dan Teknologi (MBK S&T) dan ahli Majlis Bersama Kebangsaan Bagi Pekerja=Pekerja
Am (MBK Am) agara penambahbaikan skim perkhidmatan tersebut mendapat
persetujuan pihak kata YBhg Tan sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam selepas pertemuan khas bersama pihak CUEPACS pada hari ini.
Pihak CUEPACS telah
menyambut baik usaha Kerajaan ini dan bersedia untuk turut sama dalam program
turun padang JPA ke seluruh negara bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan
ini, CUEPACS juga berpendapat bahawa masnya adalah amat sesuai serta dapat
melonjakkan lagi kretibiliti penjawat awam.
“Berikutan pendapat 81 skim
perkhidmatan ini, maka Kerajaan berjaya mengurangkan bilangan skim
perkhidmatan sedia ada dari 274 kepada 249 pada 1 Januari 2014 ’ kata
Zabidi lagi.
Selaian dari CUEPACS, JPA
juga akan mengadakan satu taklimat khas bagi memberi taklimat tentang perlaksanaan
penambahbaikan ini pada 4 November 2013
kepada Ketua Perkhidmatan yang terlibat, ahli-ahli MBK S&T dan MBK Am serta
kesatuan-kesatuan perkhidmatan yang berkaitan.
Skim-skim perkhidmatan awam
yang telah sedia untuk dilaksanakan adalah :
a) Pengubalan
skim perkhidmatan baharu iaitu Pensyarah Farmasi
bagi menarik bakat dan calon terbaik untuk menyertai profesion ini serta
memastikan laluan kemajuan kerjaya Penyarah Farmasi standing dengan Pegawai
Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia.
b)
Kenaikan
taraf skim perkhidmatan Gred 1 – Gred 10 kepada Gred 11
berikutan penetapan kelayakan masuk minimum ke dalam perkhidmatan awam adalah
Penilaian Menengah Rendah (PMR)
c)
Pengabungan
19 skim perkhidmatan kepada 7 skim perkhidmatan
dengan tujuan mengembangkan kepakaran/kemahiran yang perbagai penambahbaikan
peluang kemahuan kerjaya dan mobility pegawai.
Contoh
pengabungan:
Tukang K1 Gred R17,R24 = Pembantu Kemahiran
Tukang K2 Gred R11, R22 Gred H17,H22, H26
Tukang K3 Gred R9, R14
d)
Pengabungan
9 skim perkhidmatan kepada 5 skim perkihmatan bagi mrnambahbaik
peluang kemajuan kerjaya berasaskan kesinambungan perkhidmatan:
Contoh:
· Pembantu Veterinar Pembantu
Veterinar/
·
Penolong Pegawai Veterunar = Penolong Pegawai Veterinar
e)
Pindaan
perbekalan 25 skim perkhidmatan seperti nama skim
perkhidmatan, nama dan kod klasifikasi
perkhidmatan, perubahan lapisan gred jawatan, pindaan syarat-syarat kelayakan
masuk, perubahan syarat dalam pengesahan
perkhidnatan, perubahan syarat kenaikan pangkat, peruntukan kenaikan
pangkat ke kumpulam pengurusan tertinggi, perubahan terma dan syarat umur
Peningkatan Secara Lantikan (PSL) dan peruntukan Syarat Indeks Jisim Badan
(BMI)/ peruntukan syarat fizikal.
f)
Penjumudan
7 skim perkhidmatan Juruteknik, Juruteknik Ukur dan Pembantu
Pertanian bagi mengurangkan lapisan penyelia dalam organisasi.
PASUKAN KOMUNIKASI
Jabatan Perkhidmatan Awam
1 November 2013
259 ulasan:
«Lebih lama ‹Lebih lama 201 – 259 daripada 259kalo ko dah gaji akhir ko sokong aku paham.....kalo ko gaji akhir lambat lagi...tu tandanya ko gila pangkat dan gred......hahaha
juruteknik komputer la kj paling rilek.....patut jawatan nie x tak di wujudkan sbb
bila jk x boleh buat diaorg tetap akan pangil company luar datang baiki.....jangan cuba nak nafikan....sbb tu lah hakikatnya
jumud jawatan kali nie x de kenaikan gaji...hanya di tambah gaji akhir....
kalo ada kenaikan gaji hilang seniority pegawai yg mmg berada di jawatan tersebut sebelum kita
n17 ni memang banyak melalak,dah masuk pakai spm nak mintak gaji diploma,pastu kecoh2 dia la yang buat cuti,hrmis bla bla bla PA lain..keje membesarkan punngung atas kerusi je...tak abis2 mendengki gred lain.
tukang memang patut naik gred sebab ade kemahiran n teknikal,xde masa nak berfacebook,ngumpat orang,jual tupperware,jual tudung,main game candy crush sambil mulut meratah jajan..
betol tu bang...tapi yang dimasudkan diatas tu PT(pembantu tadbir N17) jawatan selain PT ada juga pakai gred N17 ni x termasuk macam pt cthnya PPM dan P.asrama
SBPA sebenar sgt baik utk PA....ni yg jpa buat penambahbaikan 81 skim...jadi esk kami leh dpt pekeliling tu...amin...rezeki anak2...terima kasih presiden cuepacs dan presiden KPPSM...Gred G17 ke gred G27....akhinya jumud juga jaeatan pembantu pertanian....selamat memasuki ke rumah penolong pegawai pertanian....alhamdulillah...perjuangan kesatuan pembantu pertanian akhinya telah dimakbulkan oleh Allah...amin
SBPA sebenar sgt baik utk PA....ni yg jpa buat penambahbaikan 81 skim...jadi esk kami leh dpt pekeliling tu...amin...rezeki anak2...terima kasih presiden cuepacs dan presiden KPPSM...Gred G17 ke gred G27....akhinya jumud juga jaeatan pembantu pertanian....selamat memasuki ke rumah penolong pegawai pertanian....alhamdulillah...perjuangan kesatuan pembantu pertanian akhinya telah dimakbulkan oleh Allah...amin
Pt bangang yg x puas hati dan dengki la yg mnjswab ni
Nak meluahkan perasaan dicop pula tak bersyukur..Inilah kita..bila seseorang meluahkan pendapat dikata tidak bersyukur bukan sahaja gitu mengutuk abis-abisan malah menyuruh meletakkan jawatan pula..Inilah rakyat Malaysia yang pendek otak.Kalau boleh berdiam diri macam orang bodoh.
Kita meluahkan pendapat tu bukan tidak bersyukur tapi kita nak meluahkan ketidak adilan dalm proses kenaikan pangkat. Tak bolehlah semua perkara itu dianggap ketentuan. Iyalah semua itu ditentukan oleh orang-orang besar tapi mereka ni boleh mengubah sesuatu skim itu secara adil.
Susahlah mentaliti macam ni nak komen tak boleh nah dibiarkan meranalah badan..hentam sahajalah labu..
Geli hati aku baca komen2 kat sini..kalau rasa tak puas hati dgn skim korang, suarakan kat persatuan lah, buat surat pada JPA..kalau x jalan maksudnya persatuan korang tak kuat..yang nak bising2 kat sini buat apa?. Ada tindakan ke?. daripada buat dosa maki hamun, memperbodohkan orang kenapa?. Kat sini bolehlah berkobar2 bagi komen, tapi realitinya bile depan bos menikus, takut. Kalau tak setuju dengan skim yang ada, jangan sain...hantar surat berhenti...senang, mohon kerja lain...dan bagi mereka yang ada degree tapi masih berada dalam jawatan sokongan, aku nasihatkan kau mohon jawatan 41 tu masa iklan kenaikkan pangkat dikeluarkan. Mohon dan bersama-sama saing dengan mereka yang ada degree juga...mana boleh upgrade2 pulak..muflis kerajaan macam tu...
Geli hati aku baca komen2 kat sini..kalau rasa tak puas hati dgn skim korang, suarakan kat persatuan lah, buat surat pada JPA..kalau x jalan maksudnya persatuan korang tak kuat..yang nak bising2 kat sini buat apa?. Ada tindakan ke?. daripada buat dosa maki hamun, memperbodohkan orang kenapa?. Kat sini bolehlah berkobar2 bagi komen, tapi realitinya bile depan bos menikus, takut. Kalau tak setuju dengan skim yang ada, jangan sain...hantar surat berhenti...senang, mohon kerja lain...dan bagi mereka yang ada degree tapi masih berada dalam jawatan sokongan, aku nasihatkan kau mohon jawatan 41 tu masa iklan kenaikkan pangkat dikeluarkan. Mohon dan bersama-sama saing dengan mereka yang ada degree juga...mana boleh upgrade2 pulak..muflis kerajaan macam tu...
kepada skim profesional 41 ke atas tak kisahlah dari skim mana2 sekalipun..anda dinasihatkan agar tidak beri komen kat sini..tak perlu kita jadi tak matang dengan memaki hamun disini juga..tiada gunanya..kita berpendidikan tinggi, buat cara matang..so kita baca komen2 yang sedia ada untuk sbg rujukan dan pengetahuan..itu sahaja..mereka2 yang kat sini, pandai nak bising2..berkobar2...tapi secara realitinya, mereka takut nak suarakan pada saluran yang betul..sengaja membuat provokasi kerana mereka tidak berpuashati dengan skim mereka. Mereka cuma fikirkan diri mereka sahaja yang betul..kita kalau nak bercakap berlandaskan fakta bukan hanya kepada asumption sahaja. So..lihatlah, inilah mentaliti penjawat awam..Skim dalam perkhidmatan kerajaan digubal berdasarkan kelayakan akademik..mana boleh kita nak samakan gaji nereka N17 dengan N52?. mana boleh nak disetarakan?. N41 hingga JUSA adalah Pegawai tanggungjawab..banyak tugas yang perlu mereka galas..tak sama dengan gred sokongan..tetapi antara gred sokongan dengan gred profesional perlu saling bantu membantu...gred sokongan umpama enjin.Peranan mereka sangat penting....begitu juga gred profesional..jadi hentikanlah sifat memperbodohkan orang dan memaki hamun kat sini..berilah komen secara matang, buang sifat amarah tuan/puan semua.
Kita golongan kumpulan A B C D perlu bagi komen yang bersifat positif or negative tapi membina la tuan tuan puan puan semua...kita sama sama PA...TQVM
skim N dan W merupakan tiang sesebuah organisasi kerajaan....ini kerana jika sesebuah organisasi mengalami masalah contoh nya sistem komputer rosak...jabatan boleh mengupah pekerja swasta memperbaiki sistem tersebut.....akan tetapi jika pekerja Skim N dan W tiada....SIAPA YANG AKAN MENGAMBIL ALIH KERJA MEREKA.......SEBAB MEREKA ADA MEMPUNYAI KAD PINTAR KERAJAAN ELEKTRONIK.......UNTUK URUSAN EPEROLEHAN, ESPKB, DAN GAJI............
Sepatut penambahbaikkan gred untuk penolong juruaudit W27, w32 kerana kerja pengauditan semakin mencabar dan laporan audit mendapat perhatian masyarakat umum
kenapa naik kan gred tak penting pon... kenapa tak naik kan elaun perumahan dan elaun2 lain bagi kepada semua penjawat awam. sy rasa tu lagi adil. semua merasa..
free youtube download link
hahah...tergelak aku bc
BERHENTI JE...LAH JADI PENJAWAT AWAM..KA TAKUT KERETA KENA TARIK.KA TAKUT RUMAH KENA LELONG..KA TAKUT ANAK BINI TAK BOLEH MAKAN..KA TAKUT SUAMI HILANG PUNCA PENDAPATAN..KA
TAKUT ISTERI TIDAK BOLEH TUKAR BAJU BARU IKUT TREND..
syabas dan ucapan cemerlang kepada skim J terutama Juruteknik yang dapat naik gred J29. Alhamdulilah.
kenaikan gred 1-10 ke gred 11 adalah mainan politik BN, adakah patut tambahan 2 tangga gaji akhir je..berapa ramai PA yg merasa tambahan gaji ni..pencen lama lagi,kalau tambahan gaji ni d byr bln Januari 2014 bagus jg..Tipu...tipu..tipu pnya kerajaan...tak paya sain surat setuju terima
Pegawai Khidmat Pelanggan N17 terlibat kena jumud ker? Kebanyakan Pegawai Khidmat Pelanggan N17 yang berkhidmat di Hospital diletakkan sebagai telefonis atau operator. Kerja operator angkat telefon dan penyambungan panggilan luar dalam yang tak tahannya kebanyakkan yang berkhidmat operator ini double shift melebihi 7 jam bekerja. Makanminum pun payah even nak solat atau ke tandas mana taknya telefon asyik tak berhenti berdering bagi yang tak terlibat dioperator alhamduliah waktu anjal... itupun dianaktirikan. Bagi pegawai khidmat pelanggan yang berkhidmat di PKD atau hospital duit blazer boleh dapat 3 tahun sekali yang pegang title kat operator memang tak dapat alasan duduk kat operator bukan kaunter padahal kami PKP tulang belakang jabatan. Rata-rata PKP n17 ramai pemegang diploma dan degree tapi kami bekerja dengan dedikasi sampaikan kelepasan am atau public holiday kerja tak menentu sampaikan keluarga terabai dek kerja yang diamanahkan. Apapun harap penambahbaikan ini dapat memberi input terbaik kepada semua PKP N17. terima kasih.
kpd hairan bin ajaib....anda guru?....klu bukan pn x pe...baca dgn teliti....aku ni dh 18 thn keje dgn cikgu- cikgi ni....betul ada yg x ganggu tp brape ramai?...klaim lmbt sikit masuk marah...gaji kurang sikit marah....terlebih gaji..suruh pulang semula pn marah...itu blum lain-lain hal lg....brape pnya bnyk marah....la cikgu- cikgi ni....pastu keje pn berkira....cuba fikir baik2 ihklas ke keje tu...biar berkat sikit....
BERHENTI JE...LAH JADI PENJAWAT AWAM..KA TAKUT KERETA KENA TARIK.KA TAKUT RUMAH KENA LELONG..KA TAKUT ANAK BINI TAK BOLEH MAKAN..KA TAKUT SUAMI HILANG PUNCA PENDAPATAN..KA
TAKUT ISTERI TIDAK BOLEH TUKAR BAJU BARU IKUT TREND..
Seronok la... D0k lena ja na naik Gred 11..
Jangan dengki mendengki. semua kerja bersama-sama untuk memajukan negara. Cuma guru diberi perhatian kerana inilah skim yang akan menentukan keberhasilan tenaga kerja untuk generasi akan datang. Untuk yang ada anak-anak/rakan yang ingin jadi guru, saya senaraikan tugas yg perlu anda laksanakan sebagai guru:(ambik di internet)
1.e-operasi
2.e-pangkat
3.e-prestasi
4.hrmis
5.splg
7.e-profil
8.psikometrik
9.e-spts
10.apdm
11.e-tukar
12.sppbs
13.sps
14.saps
15.sarana ibubapa
16. program guru penyayang
17.prog.mentor mentee
18.prog.minda sihat
19.prog L4
20.PROG,KONSEP KENDIRI
21.PROG. DWEN
22.VLEFrog
23.e.nilam
24.prog ZOOM A
25.EMISDATA
26.SSDM
27.SSQS
28.NKRA-LINUS
29.e-kehadiran
30.IQ-PSS
31.PROTIM
32.1M1S
33.myspata
34.prog.e-matek for spbt
35.e-bulk for spbt
36.ujian kompetensi ict
37.prog. sekolah selamat, prog motivasi, kem pelajar, aktiviti persatuan, sukan, unit beruniform, kebajikan murid, penyelarasan data bantuan pelajar, peka/pafa, aktiviti sahsiah pelajar, prog. pengayaan dan pemulihan pelajar, kelas tambahan, penyediaan soalan,pengurusan panitia setiap matapelajaran, program peningkatan prestasi subjek dan prestasi akademik, pemeriksaan buku dan kursus dan seminar tentulah kena hadir jika diarah. Apapun-apapun terima kasih cikgu...kerana kalian insyaAllah saya bakal bergelar doktor.Kepada rakan-rakan yg bakal guru..good luck and be a best teachers..
SST ni ada The Return of SBPA
Gred naik;hutang naik jugak!!!!!!!!!!!
jom tengok....senarai pekeliling dah keluar kat laman web JPA
Aku nie dah 10 tahun N22 ... tak berganjak jadi N26 sepatutnya bagi lah time base selepas 10 tahun N22 naik N26 , sekarang nie aku sama dengan N22 yang baru berkhidmat 13 tahun dengan kerajaan ... secara KUP !
sekarang x de gaji matilah. x ikut perkembangan ke sahabat.
http://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2013/
Kenapa PTM dipinggirkan???
puas korang marah cikgu2....apa habuk pun cikgu takde dapata...pekeliling pun x de....
HABIS DH HARAPAN YG DOK MIMPI2 NK NAIK PANGKAT....HABUK PN TAKDAK...KENA PERBODOH PA SEMUA
TOLONG selaraskan dan betulkan gaji guru.yg berkhidmat 8 ke 9 tahun akan di naikan pangkat seterusnya ke 8 tahun tetapi yg dah berkhidmat 10 tahun pun kena tunggu 8 tahun lagi utk dinaikan pangkat.Tangga gaji apa ni ? Tlg perbetulkan dalam PENAMBAHBAIKAN 81 SKIM PERKHIDMATAN SEPERTI YANG DIUMUMKAN OLEH YAB PERDANA MENTERI DALAM PEMBANTANGAN BAJET 2014 ...NUTP DAN CUEPACS TLG pandang sikit tentang ni,gaji yg berkhidmat 10 tahun lebih rendah dari mereka yg dah berkhidmat 8 ke 9 tahun lebih tinggi.Mcm mana dengan sinoriti gaji yg berkhidmat lama??? Tlg beri perhatian sebab jaraknya hanya 2 ke 3 tahun shj,lainlah yg dah berkhidmat 20 ke 30 tahun mungkin ada sistem lain pula oleh kerajaan.
apa nasib pembantu penyelidik yang kelayakan nya sama dengan pembantu pertanian ........ nak ubah ikutla kelayakan masuk bukan ikut skim untuk G untuk Q camana sedangkan lantikan masuk sama, omar tolong tengok banyak2
x bis2 guru 2x. berrrape kali korang nak naik daaa.. agak2 la sikiit..
Pdrm dgn atm xterlibat ker??
Skim yg sepatutnya tersenarai di dalam 81 skimn bagi kenaikan gred di antaranya:
1. Penghulu/Penggawa-dinaikan gred 41-44, kelayakan masuk Ijazah sarjana muda dengan kepujian.
2. Pembantu Tadbir-dinaikan gred 26-27, kelayakan masuk Diploma/STPM.
3. Pembantu Makmal-dinaikan gred 29-32, kelayakan masuk Diploma Sains/STPM aliras sains.
4. Juruteknik Komputer-dinaikan gred 29, kelayakan masuk Diploma Komputer sains.
5. Juruteknik audio-visual-dinaikan gred 29, kelayakan masuk Diploma Audio-visual.
6. Jururawat Desa-dinaikan gred 29-32, kelayakan masuk Diploma kejururawat.
7. Pembantu hal-ehwal Islam-dinaikan gred 27, kelayakan masuk Diploma pengajian Islam atau setaraf dengannya.
8. Imam/Noja-dinaikan gred 32, kelayakan masuk Diploma pengajian Islam atau setaraf dengannya.
9. Pegawai Kastam-dinaikan gred 27-32,kelayakan masuk Diploma undang-undang atau setaraf dengannya.
10. Pengawai penjara-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma undang-undang atau setaraf dengannya.
11. Pembantu Veterinar-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma sains atau setaraf dengannya.
12. Pembantu Audit/kewangan-dinaikan gred 27-32, kelayakan masuk Diploma Akauntan atau setaraf dengannya.
INI ADALAH SEBAHAGIAN DARI JAWATAN YG DI KEMUKAKAN, DENGAN SYARAT KENAIKAN GRED DALAM MENCAPAI PENJAWAT AWAM PENDAPATAN TINGGI MENJELANG 2020. ISYARAT JELAS DARI PENJAWAT AWAM DALAM PRK 2013 DI SUNGAI LIMAU TEMPOHARI, SEKIRANYA TIADA PENAMBAHBAIKAN BAGI PENJAWATAN LAIN, ISYARAT JELAS SETERUSNYA DARI PENJAWAT AWAM DAN RAKYAT DALAM PRU-14 NANTI.. PM,TPM,JPA,SPA,KSN,KPPA,KSN DAN KSU ANDA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN.
Gred W takda kenaikan ke.kami.pun penting dalam sektor kerajaan.
Anak : Mama, adik lapar la...
Guru : Ehh... adik ni, td kan mama dh belikan KFC
Anak : Tapi mama... adik blom mkn pon lg....
Guru : Laa.. knp adik tak mkn.. mama belikan mkanan kegemaran adik tu...
Anak : Adik nak makan bersama mama.. dr td lg adik tunggu... tapi.. mama asyik dengan laptop jer ...
Guru : Mama tengah sibuk isi markah pelajar mama la sayang....
Anak : kalau macam tu adik nak jd pelajar mama lah.... ( ingin perhatian kasih sayang ibu )
Guru : Adik, waktu sekarang sistem tengah laju ni... adik ajak papa lah makan....
Anak : Papa kan keluar tadi.. belom balik pon lagi....
Guru : Oh lupa la... Alamak...!!! dah pukul 12.45 tgh malam.... Sayangnye nak tinggalkan kerja ni...
1 JAM KEMUDIAN...
Guru : Abang baru balik...... abang pegi mana...? selalu keluar balik lewat malam.. dula tak macam ni..
Suami : Awak pon dulu tak macam ni....
Guru : Apa abang cakap nie... Saye tak penah pon keluar rumah...
Suami : Memang awak tak keluar rumah.... tapi awak pon tak pernah wujud kat rumah...
Guru : Kenape ni bang.... saya tak faham...
Suami : Bila saya balik kerja.. awak ckp tak sempat masak balik lewat petang ada aktiviti kat sekolah..
saya mengadap TV awk buka buku latihan budak-budak... bila saya masuk tidur, awak pula
masuk “online”.. ..
Guru : Tapi saya terpaksa buat semua tu bang... Kat sekolah mana sempat.... banyak lg kerja lain yang
nak kena siapkan...
Suami : Saya tahu, tapi saya pon rimas tengok awk mcm ni setiap hari kat rumah... saya kesunyian... saya
tak nak marah awak bt kerja kat rumah... tapi... awk tak perlu pertikai jika saya keluar setiap
malam.
Guru : Saya TERPAKSA bang.... saya terpaksa AKUR dengan semua arahan....
Suami : Okey....!! Awak pon terpaksa akur lah jika saya cari teman untuk berbual diluar...
Guru : Tapi abang..... inikan sebahagian kerja saya... Saya terpaksa siapkan kat rumah....
Suami : Isteri kawan saya tak ada pon kerja sampai kat rumah.... Tengok isteri si Leman tu.. Setiap
petang boleh keluar berjalan dengan anak-anak, hujung minggu pon boleh cuti berehat kat
rumah.. tapi awak tidak... hujung minggu pon kena “attend” kursus... Baik awak kerja pejabat
mcm isteri Leman tu...
Guru : Maafkan saya abang..... saya akui kurang masa bersama abang dan anak-anak ( sambil menagis) tapi... kalau saya tak siapkan nnt saya akan mndapat susah... guru memang macam ni bang.... kat pejabat hanya memberi arahan... tapi kami yang laksanakan....
xfaham aku...
apa yg tak puashati sgt pasal gaji cg...pasal beza wpun dh lam berkhidmat...ampir sama ngan cg baru,,,,tu msti kes cg yg ad diploma....tp tu la selayaknya..tu la beza ngan guru degree atau diploma...bkn nk riak..tp berbaloi bdk yg grad gaji up skit dr dip....tu blum cg2 grad report pihak tertentu ttg cg yang dip..samb degree,,,,freeeee....sellu helah sbuk..wat assement,bla xtvt xle dtg ad kelas..ok...ofismate faham,,.tp ad ssetengah sngaja wa asignment last minit,g kelas time ad xtvt sek...camnertue....gaji nak sama..nak tinggi..
apapun...kje ngan hati ikhlas...insyallah rezeki diberkati..sikitbanyak...sentiasala bersyukur***peringatan utuk diri ini jua..
sape kata kje guru...best..blik awal...cb jd cg...
skang tugs cg.....perkeranian melampau...bkn nk rungut..tp realiti...mengajar sgt best..didik anak2...tp skang...bnyak ssgat perkeranian..hingga terpaksa bawa blikrumah....haaaa..jd la kes seperti kt ats...bgun 2.3 pagi ...online ok...kualiti disekolah rosak,,,cg ngtuk...huhuu
harap pihak tertentu fikir jln terbaik...ni penting untuk masa depan pendidikan..
juruteknik komputer pun pakai sijil dari politeknik jugak, kenapa tak Nampak ye... keliru.. Nampak macam tidak adilll..
Gol yg suka maki hamun guru ni agaknya dah biasa buat camtu kt cikgu masa sekolah dulu, lawan2 ckp cikgu, sbb tu depa dpt gaji kecik, lps tu sambung maki hamun cikgu lg di ruangan ni sbb dpt gaji kecik sbb kerana cikgula depa dpt gaji kecik, kalau x kerana cikgu mesti mereka dah dpt gaji besar, sbb tu mereka maki cikgu sbb gaji mereka kecik, semuanya salah cikgu, kesian cikgu jd mangsa org2 yg bergaji kecik ni, gaji cikgu bukanla besar sgt, tp sbb gaji cikgu besar sikit drp gaji mereka yg kecik, kenala maki cikgu sbb gaji mereka kecik, sabar cikgu, maafkanla mereka yg masih belum matang lagi
FT tak ada pe2... komputer rosak baru lah nak melalak cari kami... email sangkut pun kami lah jugak.... update data kami lah jugak... Sabo je lah kawan2 FT....
OK
skim JONGOS a.k.a. J dah boleh BERHENTI MENYALAK sebab salakan anda telah disahut dan telah dilunaskan.
jadi pergi buat kerja masing-masing.
harap lepasni takda la JONGOS 17/22/26 yang dah naik jadi JONGOS 29 akan mendabik dada dan menjadi hidung tinggi bila berselisih dengan JONGOS 29 sedia ada. sedarlah walaupun anda sudah 29, namun anda masih lagi guna kelayakan SIJIL. anda naik 29 atas dasar SUBSIDI.
Kami staf Keselamatan (KP) IPTA amat kecewa kerana skim KP tidak diberi pertimbangan yang adil daripada dahulu hinggalah sekarang. Umpama melukut di tepi gantang, beban tugas dan tanggungjawab amat berat tetapi Gred jawatan kami masih ditakuk lama KP 11/14 sahaja. Gred lain-lain skim kebanyakannya telah dinaikkan, tatapi skim KP dianaktirikan. Kami ini majoritinya Sudahlah kami Gred KP 11/14 sahaja, Ketua Bahagian Keselamatan IPTA hanya pada Gred KP 41 hingga KP 48 sahaja memikul beban tugas yang amat berat dan mencabar. Kenapa tuntutan kami seolah-olah seolah-olah tidak dipedulikan.
Wednesday, June 5, 2013
Amaran JPA: Penjawat awam masih berpolitik bakal berhadapan tindakan ?
KUALA LUMPUR – Penjawat awam yang masih berpolitik akan dikenakan tindakan berdasarkan peraturan, pekeliling dan undang-undang yang termaktub di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa hari ini.
Beliau berkata semua ketua jabatan diminta memantau dan mengambil tindakan atau melaporkan kepada JPA sekiranya masih terdapat penjawat awam yang masih berpolitik terutamanya di media sosial.
Katanya tempoh berpolitik sudah tamat sebaik sahaja keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 diketahui, dan kini tibalah masa untuk penjawat awam menjadi tonggak pentadbiran negara ke arah menjayakan agenda transformasi negara.
“Sekarang, masa kakitangan awam untuk bergerak ke hadapan dan meneruskan usaha-usaha agenda transformasi nasional dengan kadar segera,” katanya kepada pemberita selepas menutup Persidangan Tahunan Persatuan Suri dan Anggota Perkhidmatan Awam Malaysia (Puspanita) 2013 di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam yang meminta rakyat termasuk penjawat awam supaya tidak terbabit dalam politik berlebihan kerana menyebabkan masa terbuang untuk negara maju ke hadapan.
Ketua Setiausaha Negara berkata penjawat awam kini perlu berfikir ke hadapan, iaitu lebih produktif dalam mengoptimumkan penggunaan sumber-sumber terhad, lebih cepat dalam membuat keputusan dan tepat dalam merangka dasar atau program demi kepentingan rakyat.
Katanya, penjawat awam juga perlu mempunyai integriti, kreatif and inovatif dalam menggunakan pelbagai pendekatan untuk meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam, termasuk menggunakan saluran media sosial dalam menyampaikan maklumat mengenai dasar-dasar awam kerajaan.
Ditanya mengenai perkembangan rancangan mewujudkan Sistem Saraan Transformatif (SST) bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia, Ali berkata proses penyediaan SST yang meliputi 81 skim perkhidmatan pada tahap pertama dijangka selesai menjelang akhir November ini.
“Pada bulan Julai pula, kita akan menyelesaikan enam skim perkhidmatan dan bakinya akan diselesaikan kemudian. Ini merupakan satu proses yang berterusan yang akan turut meliputi kesemua 289 skim perkhidmatan apabila siap kelak,” jelas beliau.
– Bernama
Dicatat oleh atsixty di 9:30 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.
81 jawatan...kenapa tak difikirkan jawatan yang lainnya. Adakan mereka yang lain bukan dari kalangan perkhidmatan awam.
Perlunya CUEPACS memainkan peranan yang lebih proaktif dalam hal ini.
G17,G22,G26 SEMUA NAIK KE G27,..HABIS TU YANG G27, G32 DAN G36 YANG SEDIA ADA NI NAK GI KE MANA.......DIA ORANG TAK NAMPAK KE KITA ORANG NI WUJUD,..KITA ORANG NI PUN ADA PERASAAN JUGAK,.....WAHAI PAK OMAR,..CELIKLAH SIKIT MATA TU,..
skim gaji dan elaun kakitangan penjara jauh ketingalan..risiko kerja di jabatan penjara tidak diketahui orang awam..dari segi stres,risiko dari penyakit berjankit
dan bahaya yang dihadapi menjaga dan membimbing penjanayah seluruh malaysia.semua kes penjanayah yang didengar oleh rakyat malaysia melaui media.ada dalam penjara..apa yang terjadi dalam penjara tidak didedahkan di media..oleh itu minta sesiapa yang berkenaan kaji skim gaji dan elaun penjara.tidak setimpal dengan tugas yang kami hadapi. berbanding jabatan lain.
saya sokong kaji skim jabatan penjara.
berat sngat ke keja jabatan penjara??????
membimbing manusia yang da kotor untuk jadi bersih..lagi senang membimbing manusia yang bersih menjadi lebih bersih..
stres,risiko,bagus lagi jaga kucing tau dengar cakap.
Aku nak naik gred...syukur alhamdulillah rezeki anak2
Pegi kejer sama2 dgn saya ler....AAO baru berkata...he3...dah lama sgt...diaorng ni bukan buat kejer pun
Kalau korg nk tau,kenapa pem.veterinar yg xde sijil ivm xdpat naik gred ? Sedanhkan semua kerja pegawai2,kerja doctor,kerja kerani,kerja hakiki,kerja2 yg berlambak lah kitorg yg xde sijil ivm ni yg kena buat,kitirg trdedah kpd bahaya,zoonotik,penternak pnya kerenah kitorg yg kena handle,oncall pon kitorg..bak kata tadi kitorg di barisan depan..Tapi nk tau nape kitorg xda sijil? SEBAB JABATAN KITORG XNAKHANTAR KURSUS PEMBANTU VETERINAR 2TAHUN MACAM SEPARA PERUBATAN, so...dimana keadilan? Kerja mengalahkan pegawai,tapi gaji mengalahkan kuli... Pembantu vet G17 adalah jwatan paling bawahan sekali dlm skim veterinar...tiada jawatan Atendan Haiwan dlmk jabatan kami... TIMEKASIH!!!!
Kalau korg nk tau,kenapa pem.veterinar yg xde sijil ivm xdpat naik gred ? Sedanhkan semua kerja pegawai2,kerja doctor,kerja kerani,kerja hakiki,kerja2 yg berlambak lah kitorg yg xde sijil ivm ni yg kena buat,kitirg trdedah kpd bahaya,zoonotik,penternak pnya kerenah kitorg yg kena handle,oncall pon kitorg..bak kata tadi kitorg di barisan depan..Tapi nk tau nape kitorg xda sijil? SEBAB JABATAN KITORG XNAKHANTAR KURSUS PEMBANTU VETERINAR 2TAHUN MACAM SEPARA PERUBATAN, so...dimana keadilan? Kerja mengalahkan pegawai,tapi gaji mengalahkan kuli... Pembantu vet G17 adalah jwatan paling bawahan sekali dlm skim veterinar...tiada jawatan Atendan Haiwan dlmk jabatan kami... TIMEKASIH!!!!
Kalau korg nk tau,kenapa pem.veterinar yg xde sijil ivm xdpat naik gred ? Sedanhkan semua kerja pegawai2,kerja doctor,kerja kerani,kerja hakiki,kerja2 yg berlambak lah kitorg yg xde sijil ivm ni yg kena buat,kitirg trdedah kpd bahaya,zoonotik,penternak pnya kerenah kitorg yg kena handle,oncall pon kitorg..bak kata tadi kitorg di barisan depan..Tapi nk tau nape kitorg xda sijil? SEBAB JABATAN KITORG XNAKHANTAR KURSUS PEMBANTU VETERINAR 2TAHUN MACAM SEPARA PERUBATAN, so...dimana keadilan? Kerja mengalahkan pegawai,tapi gaji mengalahkan kuli... Pembantu vet G17 adalah jwatan paling bawahan sekali dlm skim veterinar...tiada jawatan Atendan Haiwan dlmk jabatan kami... TIMEKASIH!!!!
Catat Ulasan