SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

27 November 2013

ZAHID SELAR NEGARA LUAR MENCEROBOH KERAHSIAAN NEGARA

Bernama
26/11/2013



 KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar tindakan negara luar cuba mencerobohi maklumat kerahsiaan Malaysia yang merupakan tindakan amat tidak wajar.

Beliau menegaskan melalui dasar terbuka Malaysia, negara sedia berkongsi maklumat yang diperlukan sekiranya maklumat tersebut melibatkan negara-negara berkenaan.

"Pada prinsipnya, maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia sepatutnya tidak ada sebuah pun negara yang berhak untuk melakukan intipan.

"Jadi tidak perlu menceroboh atau cuba memantau negara kita," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis sambutan Hari Inovasi KDN 2013 di Universiti Putra Malaysia di Serdang, Selasa.

Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.

Rentetan laporan itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pihak berkuasa Malaysia sedang menyiasat secara menyeluruh mengenai laporan terkini media itu.

Berhubung dakwaan pembabitan Singapura itu, Malaysia memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk mendapatkan penjelasan.

Sementara itu, Ahmad Zahid akan memperhalusi cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya menukarkan pegawai Imigresen di pintu masuk negara setiap enam bulan bagi memastikan penyampaian sesuatu perkhidmatan dijalankan tanpa unsur rasuah.

"Kami dirunding oleh Ketua Pengarah JIM (Jabatan Imigresen Malaysia) sendiri untuk tindakan dilakukan dengan tidak menyembunyikan soal imej tetapi soal bagaimana penyampian sesuatu perkhidmatan ini harus dijalankan tanpa unsur rasuah terutama dalam keizinan membawa masuk pekerja asing," katanya.

Beliau berkata pemantauan dan tindakan akan dilakukan terhadap mana-mana pegawai jabatan itu yang disyaki terlibat dalam rasuah.

--BERNAMA

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

YG PENTING PENAMBAHBAIKKAN 180 SKIM YG TIDAK DILAKSANAKAN SECEPAT MUNGKIN. NAK TUNGGU PERTENGAHAN 2014 TERLALU LAMA. SEPATUT MAC 2014 DAH SIAP PENAMBAHBAIKAN TERSEBUT.

KOS SARA HIDUP & KESEMPITAN HIDUP MMENGHIPIT PA SEPERTI KOS & SEWA RUMAH YG TERLALU NAIK MENDADAK, HARGA MINYAK, MAKANAN DAN SEGALANYA SEMUA NAIK

Tanpa Nama berkata...

lu pon endon..apa mau ckp keamanan ng? bongok

Tanpa Nama berkata...

ISU politik & TAK MEMBERI MANAFAAT KPD PA JGAN LAH DIHEBOH DI LAMAN INI

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya ianya berkaitan dengan penjawat awam.

ini kerana kerahsiaan negara seharusnya dijaga oleh penjawat awam.

sebagai contoh, maklumat rahsia dalam bentuk digital yang tersimpan di dalam pelayan harus dipastikan keselamatannya oleh pentadbir sistem/rangkaian dimana ianya terdiri dari skim F

manakala maklumat rahsia dalam bentuk bercetak yang disimpan dalam bentuk kertas atau fail harus dipastikan keselamatannya oleh mereka yang dilantik sebagai pegawai keselamatan jabatan atau secara khususnya kepada skim KP GSO memandangkan mereka ini bergelar "pegawai keselamatan" dan tugas utama mereka adalah memastikan keselamatan dokumen kerajaan, membanteras ancaman keselamatan, intipan, aktiviti pengintipan dan sewaktu dengannya.

Tanpa Nama berkata...

ISU BUKAN UNTUK KESENANGAN DAN KEBAJIKAN PENJAWATV AWAM TAK PERLU DIMASUK DALAM LAMAN INI SEPERTI ISU POLITIK