SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

19 Disember 2013

AZIH MUDA DIPILIH SEBAGAI PRESIDEN CUEPACS YANG BAHARU

Utusan Malaysia
19/12/2013

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Pihak Berkuasa Tempatan Semenanjung Malaysia (ANULAE), Azih Muda dipilih sebagai Presiden baru Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) untuk sesi 2013-2016.Beliau yang juga bekas Timbalan Presiden I CUEPACS berjaya menewaskan Presiden Kesatuan Kakitangan Kementerian Pertahanan (KESATRIA), Ahmad Shah Mohd Zain dengan kelebihan 390 undi.Dalam pemilihan itu Azih mendapat 701 undi manakala Ahmad Shah memperoleh 311 undi.

Keputusan rasmi tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengiraan Undi, Borhan Mustafa pada Konvensyen Tritahunan CUEPACS ke-26 di sini hari ini. Sebelum ini penyandang jawatan, Datuk Omar Osman, 62 telah mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan itu selepas memegangnya lebih tujuh tahun.Bagi jawatan Setiausaha Agung pula Lok Yim Pheng berjaya mempertahankan jawatan yang disandangnya itu selepas memperoleh undi tertinggi berbanding dua pencabarnya yang lain iaitu sebanyak 604 undi. - UTUSAN ONLINE

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH....
SEMOGA CEUPACS BETAMBAH DEDIKASI DAN CEMERLANG..

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah maklum balas yang kami terima, dan ada kaitan langsung dengan pelaksanaan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 8 TAHUN 2013. Harap pihak tuan dapat beri perhatian.
“Saya dan beberapa orang lain mula bekerja sebagai seorang kerani di sektor kerajaan, pada tahun 1996. Pada tahun 2006, kami atas nama mengubah nasib diri, memohon jawatan sebagai penolong pegawai, dan sehinggalah ke hari ini. Dalam kes kami, selepas berkhidmat 10 tahun sebagai kerani dan ditambah 7 tahun sebagai Penolong Pegawai, di manakah adil bagi kami untuk menikmati time-based 13 tahun itu. Harap pihak CUEPACS juga melihat hal ini, sama ada dalam skim perkhidmatan yang sama atau berbeza. Disebabkan kami hanya sekumpulan kecil, mohon agar pihak CUEPACS dapat memperjuangkan nasib kami.”

Terima kasih

Tanpa Nama berkata...

Baru 7 thn dah bising...

Tanpa Nama berkata...

untung la jugak kau boleh dapat jawatan penolong pegawai DENGAN MUDAHNYA 10 tahun lepas.


sekarang? melambak kumpulan sokongan gred 17 yang bukan setakat ada diploma, malah sarjana muda dan sarjana.

tapi apa jadi dengan mereka? pegi temuduga sampai 10 kali pun ada.

bersyukur la dengan apa yang ada wei. ramai yang tak bernasib baik seperti kau!

Tanpa Nama berkata...

presiden ANU rupanya ajih ni. wakakakaka...

Tanpa Nama berkata...

hapuskan jer jawatan kasta paria cam r1/r3/n1/n3/ tuh semua. keje derang tu gred 17 pun leh buat. mmg kebanyakan jabatan pun keje derang 17 yg buat pasal gred sampah ni byk yg hilang, mia, awol. wujudkan semula exit policy supaya sampah2 nih leh diterminate secara terhormat.