Utusan Malaysia
10/12/2013
10/12/2013
KUALA LUMPUR 10 Dis. - Hukuman gantung jawatan dan buang kerja kepada
mereka yang terlibat dengan ketirisan dalam menguruskan kewangan negara
seperti dilaporkan Laporan Audit Negara adalah tidak cukup.Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, kerajaan perlu
mengkaji satu hukuman tegas untuk dikenakan kepada pesalah-pesalah
pentadbiran berkenaan.
"Perkara ini terbukti apabila saban tahun, tetap berlaku salah urus
serta ketirisan, perkara ini saya lihat amat menjelikkan dan perlu
diubah."Pada saya, perlu ada satu sense of urgency untuk mengubah
perkara ini dengan mengenakan tindakan lebih tegas kepada pesalah,"
katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan
Negara hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi mengenakan tindakan
terhadap penjawat awam yang membelakangkan kepentingan awam sehingga
merugikan negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara
itu dilihat perlu kerana skop Seksyen 23 Akta SPRM yang diguna pakai
sekarang agak kecil.
9 ulasan:
salah siapa? pegawai pengawal atau kuli yang buat boucer bayaran?
dua2 sbb dah berpakat
salah pihak berkuasa melantik kerana tersalah lantik mereka ini untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.
klu betol nak buat hukum tembak mati je sbb pengkhianat amanah. tapi undang2 mesia biasa tuk org bawah je. org atas xde kes punya.
sy bekeje d agensi krajaan yg trlibat dgn penyelidikan d sg buloh .... bnyk wang rakyat d gunakan utk membaiyai projek sakit dan bayar ot serta travelling kosong ... sprm diam jer ....
Poorraah..!! Org besar-atasan rasuah dan habiskan duit rakyat, diam jer..
Gjgdb
GANTUNG LEHER SAJA EZAM TU... GANTUNG SAMPAI MATI PENGKHIANAT PARTI TU...USAH CAKAP BESAR SOMBONG !!
senang cakap..ko dah kaya raya..PA jugak yg haprak papa kedana..
Catat Ulasan