SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Disember 2013

HUKUMAN GANTUNG, BUANG KERJA TIDAK CUKUP

Utusan Malaysia
10/12/2013

Ezam Mohd. Noor

KUALA LUMPUR 10 Dis. - Hukuman gantung jawatan dan buang kerja kepada mereka yang terlibat dengan ketirisan dalam menguruskan kewangan negara seperti dilaporkan Laporan Audit Negara adalah tidak cukup.Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, kerajaan perlu mengkaji satu hukuman tegas untuk dikenakan kepada pesalah-pesalah pentadbiran berkenaan. 

"Perkara ini terbukti apabila saban tahun, tetap berlaku salah urus serta ketirisan, perkara ini saya lihat amat menjelikkan dan perlu diubah."Pada saya, perlu ada satu sense of urgency untuk mengubah perkara ini dengan mengenakan tindakan lebih tegas kepada pesalah," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Negara hari ini.
Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan satu undang-undang baharu digubal bagi mengenakan tindakan terhadap penjawat awam yang membelakangkan kepentingan awam sehingga merugikan negara.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata, perkara itu dilihat perlu kerana skop Seksyen 23 Akta SPRM yang diguna pakai sekarang agak kecil.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salah siapa? pegawai pengawal atau kuli yang buat boucer bayaran?

Tanpa Nama berkata...

dua2 sbb dah berpakat

Tanpa Nama berkata...

salah pihak berkuasa melantik kerana tersalah lantik mereka ini untuk menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam.

Tanpa Nama berkata...

klu betol nak buat hukum tembak mati je sbb pengkhianat amanah. tapi undang2 mesia biasa tuk org bawah je. org atas xde kes punya.

Tanpa Nama berkata...

sy bekeje d agensi krajaan yg trlibat dgn penyelidikan d sg buloh .... bnyk wang rakyat d gunakan utk membaiyai projek sakit dan bayar ot serta travelling kosong ... sprm diam jer ....

Tanpa Nama berkata...

Poorraah..!! Org besar-atasan rasuah dan habiskan duit rakyat, diam jer..

Tanpa Nama berkata...

Gjgdb

Tanpa Nama berkata...

GANTUNG LEHER SAJA EZAM TU... GANTUNG SAMPAI MATI PENGKHIANAT PARTI TU...USAH CAKAP BESAR SOMBONG !!

Tanpa Nama berkata...

senang cakap..ko dah kaya raya..PA jugak yg haprak papa kedana..