Sinar Haraian
12/11/2013
12/11/2013
-
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman
KUALA KANGSAR - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan
Awam (Cuepacs) meminta Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)
mengutamakan 45,000 penjawat awam berstatus kontrak yang berkhidmat lima
hingga 10 tahun diserap ke jawatan tetap.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana penjawat awam berstatus kontrak itu diberi tempoh bekerja sehingga 31 Disember tahun depan sebelum diserap ke jawatan tetap.
"Saya berharap agar selepas tarikh itu tiada lagi penjawat yang berstatus kontrak dalam sektor perkhidmatan awam," katanya selepas bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dalam satu majlis anjuran Cuepacs di sini, hari ini.
Beliau turut meminta jabatan dan agensi kerajaan agar tidak memberhentikan perkhidmatan kakitangan kontrak yang telah lama bekerja secara drastik.
"Kita harap mereka ini janganlah diberhentikan supaya mereka dapat menikmati kemudahan sebagaimana jawatan tetap, termasuk pinjaman perumahan, perubatan dan pampasan perkhidmatan sendiri," katanya.
Omar berkata, Cuepacs turut menerima laporan ada kakitangan kontrak yang berkhidmat melebihi 10 tahun di jabatan kerajaan tidak diserap ke jawatan tetap walaupun sering menghadiri temu duga.
Beliau berkata, perkara itu akan dibangkit dalam Konvensyen Tahunan Cuepacs yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Disember ini.
Selain itu, beliau berharap kebajikan kakitangan kontrak yang menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula 1 Jun lepas diberi perhatian.
"Perkara ini memang tertakluk kepada semua jabatan dan agensi tetapi ada majikan yang tidak prihatin mengenai isu ini dengan memberi alasan tiada bajet yang mencukupi untuk menanggung kakitangan kontrak," katanya. - Bernama
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, ini kerana penjawat awam berstatus kontrak itu diberi tempoh bekerja sehingga 31 Disember tahun depan sebelum diserap ke jawatan tetap.
"Saya berharap agar selepas tarikh itu tiada lagi penjawat yang berstatus kontrak dalam sektor perkhidmatan awam," katanya selepas bertemu dan berdialog dengan penjawat awam dalam satu majlis anjuran Cuepacs di sini, hari ini.
Beliau turut meminta jabatan dan agensi kerajaan agar tidak memberhentikan perkhidmatan kakitangan kontrak yang telah lama bekerja secara drastik.
"Kita harap mereka ini janganlah diberhentikan supaya mereka dapat menikmati kemudahan sebagaimana jawatan tetap, termasuk pinjaman perumahan, perubatan dan pampasan perkhidmatan sendiri," katanya.
Omar berkata, Cuepacs turut menerima laporan ada kakitangan kontrak yang berkhidmat melebihi 10 tahun di jabatan kerajaan tidak diserap ke jawatan tetap walaupun sering menghadiri temu duga.
Beliau berkata, perkara itu akan dibangkit dalam Konvensyen Tahunan Cuepacs yang akan berlangsung pada 17 hingga 19 Disember ini.
Selain itu, beliau berharap kebajikan kakitangan kontrak yang menerima caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bermula 1 Jun lepas diberi perhatian.
"Perkara ini memang tertakluk kepada semua jabatan dan agensi tetapi ada majikan yang tidak prihatin mengenai isu ini dengan memberi alasan tiada bajet yang mencukupi untuk menanggung kakitangan kontrak," katanya. - Bernama
24 ulasan:
585antydjturibway1462aku first lagi.....hehe
salah tu abang OM. bukan utamakan pekerja kontrak, tapi utamakan anak-anak kengkawan, anak kroni, saudara mara sepupu sepapat dan akhir sekali baru graduan baru yang takda kerja yang menjadikan perkhidmatan awam sebagai "last resort".
aku yang sedang berkhidmat dalam kumpulan pelaksana ni pegi temuduga sampai 5 kali asyik jawapan "DUKACITA ANDA TIDAK BERJAYA" saja. begitu juga dengan beberapa orang rakan yang pergi temuduga yang sama dengan aku.
kakitangan tetap kumpulan sokongan dan kakitangan kontrak ni ibarat anak tiri saja wehhh..
Terima kasih Sahabatt PA....betul betul jadi...tali kapal Vs Tali benang...
Transformasi atau penambahbaiakan yg dah berlaku baru baru ni...
Sijil darjah 6, srp, spm - tambahbaik setara sijil STP/ Diploma..
Terbaru P&P ada masters dan PHD pulak naik....
Yang tak naik dan payah utk dinaikkan kumpulan pelaksana berijazah dan pengalaman utk ke P&P 41....Banyak yg tak munasabah sangat...
INi nak minta kumpulan kontrak jadi PA tetap pulak....bagus. tapi tengoklah yg PA ada kelulusan ijazah dah nak berkarat dan nak pencen dgn memberikan landasan yg munasabah utk ke P&P...
YBhg Dato Omar, Ybhg Tan Sri KPPA dan Ybhg Tan Sri KSN.....Transformasi utk semua...
BANYAK BETUL USUL DAN CADANGAN YG BELUM PASTI???
ADAKAH SEMUA INI UNTUK PEMILIHAN PENGURUSAN CUEPACS YG DIADAKAN TIDAK LAMA LAGI...
JAWATAN TETAP: UTAMAKAN PEKERJA TETAP.....
BAGI PELUANG KENAIKAN PANGKAT KEPADA KUMPULAN PELAKSANA ITU YANG SEPATUTNYA DATO' OO CAKAP KERANA IKUTLAH SLOGAN SATU MALAYSIA RAKYAT DIDAHULUKAN. DAHULUKAN PENJAWAT AWAM KUMPULAN PELAKSANA NI... MEREKA MENYAHUT SERUAN KERAJAAN UNTUK BELAJAR SEPANJANG HAYAT SEHINGGA MEMPEROLEHI DIPLOMA ATAU IJAZAH SUPAYA PERKEMBANGAN KERJAYA MEREKA BOLEH MENINGKAT DAN SETERUSNYA MENGURANGKAN BEBAN KOS SARA HIDUP.
PERGI INTERVIEW DAH BANYAK KALI TAPI SPA HANTAR EMAIL MAKLUM "DUKACITA ANDA TIDAK BERJAYA"... SPA NI NAK ORANG MACAM MANA AGAKNYA... ASYIK AMBIL FRESH GRADUATE JER... PENJAWAT AWAM NI DAH JADI MACAM ANAK TIRI JER... ANAK TIRI JER...ANAK TIRI JER... SAMPAI PENCEN LAH TAK NAIK PANGKAT... JADI JPA AKAN DATANG TAK PAYAH LAH NAK TAJA KUMPULAN PELAKSANA NI PERGI SAMBUNG BELAJAR... SEBENARNYA DATO' OO NI TENGOK TAK ULASAN KITA NI... DATO' !!!! BUKA MATA SIKIT DATO'
Diharap kerajaan utamakan guru ganti berpengalaman daripada lepasan maktab/upsi untuk diserap menjadi guru terlatih.
Diharap kerajaan utamakan guru ganti berpengalaman untuk diserap menjadi guru terlatih daripada fresh grad maktab/upsi yang perlu diberi kursus merugikan masa dan kos :)
Bagi calon sdg berkhidmat prestasi kerja tu menjadi ukuran utk layak dinaikkan gred berbanding fresh graduate. Sebab tu lah masa bekerja buat yg tebaik spya dpt markah prestasi LNPT cemerlang baru ada peluang. Kalau ada degree tapi prestasi kurang memberangsangkan tentu majikan akan pilih fresh graduate yg ada kemungkinan akan bekerja lebih tekun. Semua tu ikut situasi dlm membuat pemilihan terbaik.
kepada kumpulan pelaksana yang ada sarjana muda:
presiden cuepacs ni kelulusan setakat SPM/SIJIL je. dia takkan paham perit jerit orang yang buat PJJ/PLK semasa dalam perkhidmatan untuk menggenggam segulung ijazah.
begitu juga dengan pembuat dasar yang bermaharajalela di SPA/JPA tu. mereka tu memang lahir-lahir dah senang, masuk kerja pun terus P&P disebabkan mereka berkelulusan tinggi dari awal. jadi orang sebegini takkan paham tentang jenis pekerja yang mula dari bawah.
sama juga seperti perdana menteri. dia ni akan orang senang. anak bekas perdana menteri. lahir-lahir sahaja dah dibalut dengan kain yang mahal. dah makan sedap, bergerak ke sana ke mari dihantar. dia takkan rasa kesusahan dan perit jerih orang lain.
inilah masalahnya apabila orang sebegini diangkat menjadi pemimpin/ketua/pembuat dasar.
walaupun begitu anda semua jangan putus asa. dalam ni kita menyalak macamana sekalipun memang ibarat mencurah air di daun keladi. usahakanlah sesuatu supaya luahan isi hati anda boleh disiarkan di media arus perdana supaya seluruh negara boleh baca, dengar dan lihat. waktu tu barulah mereka yang berkepentingan di atas tu akan melompat dari tidur mereka dan waktu itulah baru mereka akan benar-benar "mengkaji"
Sahabatt PA berijazah pertama, kita usahakan, terus komen sahabatt, ..insya-allah..
Kembalikan degree berasaskan kepandaian,
SPM 5A > degree dan guru
4A - 3A diploma
2A - 1A sijil
0A buruh, pembantu rumah dan pekerja am
Beri biasiswa penuh kepada pelajar SPM 10A
Biar bodo buat kerja bodo pandai buat kerja pandai
Dengan ini tiada lagi perebutan jawatan degree dan kekurangan buruh di sektor pertanian dan pembinaan dan kekurangan pembantu rumah. Adil buat semua.
Di Jepun pekerja pembersihan di panggil jurutera pembersihan dengan gaji RM5000.
tgn2 ghaib byk sgt baiii. tuh yg pelaksana yg ader degree pi interview asyik gagal jer... hehehe. saba jer ahhh
Sahabatt PA berijazah dan pengalaman...sekadar bersembang/bersantai...
Saya dah pergi ujian bertulis, assesment centre dan temuduga....jawapan DUKACITA..sebagai manusia biasa redho, belum ada rezeki.... tapi bila tenggok result yg lain....macam tak percaya, tak logik dan magik berlaku...
Orang yg kantoi public speeking yg berjaya dlm temuduga.....nasib kaulah labu labi...nujum pak belalang...
TRANSFORMASI UTK MEMUNASABAHKAN PA BERIJAZAH DAN PENGALAMAN UTK KE P&P.....JANGANLAH MENYULIKAN DAN MENSULITKAN KUMPULAN INI, MALAHAN NAK PENCEN DAH, KALAU NAIK PUN GAJI TAK BANYAK BEZAPUN DAN ELAUN/PENCEN ADALAH BEZA SIKIT....KENANGKANLAH SEMANAGAT DAN KESUSAHAN NAK DEVELOP DIRI DAN SAHUT SERUAN KERAJAAN BELAJAR......
AKU PUN TMDGA SPA BYK KALI JG DH TAPI AKU RILEK JE DH BUKAN REZEKI AKU LG, AKU TERIMA QADA N QADAR ALLAH,AKU TAKMAU SEBAB ITU MENJADIKAN KEHIDUPAN AKU KECEWA,BERSYUKURLAH DGN JAWATAN AKU SKRG KEJA JG DGN GOMEN WALAU GRED RENDAH JE, BYK LAGI ORG DILUAR SANA MENGHARAP KEJA DGN GOMEN JG TAPI TAK DAPAT2 SAMPAI KE TUA
Org yg tiada basikal hendk dptkan basikal dh dpt basikal teringin nk naik motor pla dh boleh motor tringin nak dpt kereta pla dh boleh kereta teringin kereta yg lagi besar pla sampai bila la kita manusia nk puas, igtlah perjalan kita hnya kesatu tempat saja dunia hnya pinjaman sementara sj
Kembalikan je degree berasaskan kepandaian, siapa2 nak ambil degree kne ambil spm calon persendirian & wajibkan skor 5A, lepas ni takde sape boleh pertikaikan sape2, pt x boleh pertikai guru, fresh grad x boleh pertikai pelaksana, senang dan adil.
Ko yg komen ni ada 10A SPM dan degree 4 pointer kah? Malang sungguh nasib ko.... masih jd PT je tapi buat cadangan hebat, prestasi kerja dan tahap akademik blm tau. Hhehe.n.
Slm smua..mcm mana dgn pmbantu am pjabat n1..sambilan pulak tu..gaji msh rm7rts lbh..cmpur pun lps tolak kwsp n lain2 dpt rm8rts lbh..sy hrp gov naik kn gred kami..ms dpn gov di tgn pmuda skg tuk 5thn akan dtg..
Bukan 5000 yen? Berapa ringgit je.
susah.betul nak dpt kerja penjawat awam duk kt situ tulis tak memenuhi syarat.. padahal jawatan yg diminta guna spm pun kata tak memenuhi syarat.. yg kwn sy dh dkat 10thn berkhidmat dgn jwtn awam tp still tak tetap n skrg dh nak diambik alih oleh syarikat swasta... bagaimana dgn nasib kwn sy nie yg anak rmai selepas hujung bln nie dgn jwtn kontrak kat salah satu agensi kerajaan n tahun depan sykt swasta ambik alih. klau boleh bglh pelantikkan kontrak kepada jwtn tetap sebelum akhir tahun ini... klu hanya 'mungkin saja'
alhamdulillah kerana ingin memperjuangkan pekerja kontrak dan terima kasih CUEPACS
Saya dh 5tahun pgng status kontrak. 23123013 dapt berita yg mndukacitakan kontrak di tamatkan. Bagaimana nasib kami sekarang?hanya khabar angin mengatakan akan di serap tetap tetapi tidak ada pon. Bagaimana nasib kami pada 2014? Tolong perjuangkan hak kami.
Catat Ulasan