SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

30 Disember 2013

NAJIB UMUM 11 LANGKAH KURANGKAN PERBELANJAAN SEKTOR AWAM MULAI 1 JAN

Bernama
30/12/2013


KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, termasuk mengurangkan elaun keraian menteri dan timbalan menteri sebanyak 10 peratus, berkuatkuasa 1 Jan.
Tindakan itu selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengamalkan perbelanjaan yang lebih berhemah pada tahun depan, katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini Isnin.

Beliau berkata keputusan itu dibuat hasil rundingan dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan juga akan mengurangkan elaun keraian sebanyak lima hingga 10 peratus bagi pegawai kanan kerajaan Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (Jusa C) ke atas.

Selain itu, kemudahan tol pegawai kanan kerajaan gred itu juga akan dikurangkan sebanyak RM50 hingga RM100 atau sebanyak 30 peratus, katanya dalam kenyataan dua muka surat itu.

Najib berkata kerajaan juga akan meminda kelayakan Tiket Penerbangan Domestik dan Antarabangsa bagi penjawat awam iaitu kelayakan penerbangan sektor domestik bagi Gred Jusa C ke bawah ialah Kelas Ekonomi.

Selain itu, kerajaan juga akan mengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan, selain membekukan permohonan baharu bagi pengubahsuaian ruang pejabat kerajaan.

Perdana menteri berkata kerajaan juga memutuskan untuk mengoptimakan penggunaan ruang pejabat sedia ada bagi mengurangkan sewaan premis pejabat.

Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga akan mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek-projek fizikal kerajaan termasuk dalam menjalankan kajian kebolehlaksanaan.

Beliau berkata cadangan pelantikan hendaklah dikemukakan terlebih dahulu kepada Jawatankuasa Perancang Pembangunan Negara yang dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara untuk kelulusan.

Kerajaan juga akan mengurangkan penggunaan syarikat pengurusan acara atau 'event management' serta pemberian saguhati (door gifts) atau cenderamata untuk penganjuran persidangan atau majlis-majlis kerajaan yang melibatkan anggota pentadbiran dan penjawat awam, katanya.

Najib berkata kerajaan juga akan mengurangkan penyediaan makanan dan minuman serta mengurangkan penggunaan kain pemidang (bunting dan banner) bagi penganjuran persidangan, seminar, mesyuarat, kursus, bengkel atau sebarang acara rasmi kerajaan.

Kerajaan juga akan mengaplikasi pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimakan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) dan kemudahan-kemudahan di institusi-institusi latihan milik kerajaan bagi penganjuran kursus, seminar dan bengkel, katanya.

-- BERNAMA

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

11 Langkah utk sektor awam... baik.
Berapa langkah pula untuk pak2 menteri BN yang boros?

Tanpa Nama berkata...

Di peringkat KPM, program susu sekolah (PSS) dan rancangan makanan tambahan(RMT) patut juga diberhentikan semantara waktu kerana kedua2nya melibatkan kos yg tinggi kpd kerajaan.

Tanpa Nama berkata...

Selamat Datang Tahun 2014

Tanpa Nama berkata...

Alaaa.... Di agensi getah terulung .... Kerja ot 2 jam jer tp kelim 10 jam... Jimat ke tu..... tk pun sprm dtg jengok.... Kecot kote....

Tanpa Nama berkata...

kenapa hanya penjawat awam sahaja perlu berjimat sedangkan kakitangan TNB diberi 6 bulan bonus

Tanpa Nama berkata...

Najib hang bagi la kami aks yang ada ijazah dan berpengalaman 10 tahun naik ke P&P, kami bukan minta program pensiswazahan yang mudah luluih tu, kami dah buat seniri degree dgn jalan yg adil bersaing dgn student muda2.

Tanpa Nama berkata...

Berapa kali bapa dah cakap duit bapa dah tinggal cukup utk belanja dapur. Sudah2 lah!! Anak tak faham bahasa. Berjimatlah sikit. Bapa tak pernah janji utk belanja lebih jika ko org dpt degree. Ada baca syarat skim perkhidmaan PT N17? Elok lagi kitA makan nasi putih dgn ikan masin drpd tak makan langsung pas ni.

Tanpa Nama berkata...

Jgn lengah lagi, esok bawa bukti dan buat laporan dgn sprm. Kat sini sprm xpandang. Biar yg terlibat meringkuk dlm penjara.

Tanpa Nama berkata...

Hi! Masa kat universiti hebat bersaing dgn pelajar muda2 ya? Kenapa dtg bab nak naik gred tak nak bersaing dgn org muda lagi? Raja pengecut betul aks ni.. Berani jgn alang2 k?

NAJIB + JIMAT = NAJIMAT berkata...

turunkan balik semua gred subsidi a.k.a. jumud ke gred asal sebagai langkah penjimatan. lepastu hentikan pengambilan pekerja baru terutama graduan universiti. mereka belajar tinggi dah cukup cerdik dah, takkan tak reti berusaha cari kerja selain dari kerja dengan kerajaan?

dari situ boleh kurangkan perbelanjaan mengurus yang banyak habis dengan bayar gaji & elaun saja.

lepastu gunakan sehabis baik tenaga manusia/kerja yang ada. kalau dulu skim jongos a.k.a. J ni sekadar jadi "mandur" dan "pemantau", sekarang kerah mereka buat kerja2 yang sekarang ni dibuat oleh konsultan luar. bagi skim fucker a.k.a. F ni kerah "kepintaran" mereka dalam bidang IT untuk buat itu dan ini dimana sekarang ni hampir 90% dibuat oleh vendor. apa guna sembang pasal SDLC hebat ketika temuduga tapi tak adaptasikan dalam kerja? asyik harapkan vendor je.

begitu juga dengan skim lain yang banyak gunapakai konsultan luar. buat sendiri kerja tu. puak2 ptd yang ramai dalam kerajaan ni pun gunakana "kepakaran" anda untuk merangka dasar yang hebat2 tu jangan asyik pakai konsultan je. begitu juga dengan pegawai lembu a.k.a. L (undang-undang) buat kerja tu betul-betul bukan asyik sub ke konsultan je.

dari situ dah boleh jimat begitu banyak sekali. masalah dalam kerajaan ini adalah kakitangan kemain ramai, tapi buat kerja sambil lewa.

mereka yang sambil lewa ni elok berhentikan saja, dari pemberhentian mereka ini boleh jimatkan kos, dan naikkan sedikit gaji mereka yang benar-benar efisyen tersebut kerana mereka telah menganggung beban kerja yang ditinggalkan oleh mereka yang diberhentikan ini.

selamat tahun baru.


p/s: gred-gred yang tersenarai di atas pasti akan sentap. tengok jela nanti sapa quote post aku ni. kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

Berani la drpd cekgu maketab... hempa langsung x berani besaing... buat pensiswazahan pakat ramai2 p jumpa lecturer minta luluih... hempa taw kpli grup upsr tak skor ni dok kutuk hempa di belakang. .. aku bukan nk jdi batu api tapi ni hat benaq... bila kualiti baguih depa amek nama... bila kualiti jatuh depa kata hempa punya pasai.. depa tak skor upsr nikata kat hempa yg cemerlang punya pasai kualiti jatuh... kami geng aks yang dok bela hempa taw ka.

Tanpa Nama berkata...

Dah la pengecut penipu plak tu... asigment upah orang buat... bila lecturer x mau bagi luluih dpa guna org atasan suruh tekan lecterur tu... ni cerita betoi ni dia bukti..
http://merahandbiru.wordpress.com/2013/07/20/554/

Tanpa Nama berkata...

Hri tu aku tgh photostate mai dua ekoq guru dok kutuk guru kpli. Walehai bdk ni bekas murid depa jugak. Tapi depa hangat pasai budak ni pandai dari depa.
Depa lwn kot mna pun tetap kalah... Depa punya kata tutoq la salah saja padahai depa lgi terok.. aku dgq aku bngkt aku jerkah woi gheja guru mmg melia tapi org dia lansung x melia... busuk perut.. hati itam... mulut jahat.. teruih dpa melutut kat ak mnta ampun..

Tanpa Nama berkata...

MASA TENGOK MAHARAJALAWAK MEGA 2013 HARI TU AKU GELAK BUKAN PASAL PESERTA BUAT LAWAK TAPI GELAK TENGOK DATUK HASAN MALEK NI GELAK MACAM TAK DAK GIGI PULAK MASA DIA GELAK TU.KORANG PERASAN KE HE HE HE HE HE

Tanpa Nama berkata...

Najib baru umum 11 langkah penjimatan sector Awam mulai 1 Januari 2014. Anehnya .. Kem Pelancongan lancar Visit Malaysia Year 2014 di Dataran Merdeka yang menelan belanja jutaan ringgit. Boleh lancar.. tapi buatlah secara berhemah/sederhana. Duit Rakyat. Yg Untungnya sape2 dpt kontrak persiapan tst...hehehe itulah gambarannya..

Tanpa Nama berkata...

PADA KETIKA INI CUEPACS PATUT MEMBERI KEUTAMAAN MENANGANI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP DGN MEMBERI PENEKANAN KPD KERAJAAN BAGI PENAMBAHBAIKAN SKIM PERKHIDMATAN, MENAIKKAN ELAUN DAN KENAIKKAN PANGKAT KATEGORI SOKONGAN YG BERIJAZAH KE P&P