SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Disember 2013

Ph,d, SARJANA DIBERI INSENTIF

Utusan Malaysia
9/10/2013




KUALA LUMPUR 9 Dis. - Pegawai kerajaan yang mempunyai kelayakan akademik doktor falsafah (Ph.D) dan sarjana akan diberikan insentif melalui penetapan gaji permulaan yang lebih tinggi.Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim berkata, pemberian insentif itu meliputi 33 skim perkhidmatan yang memperuntukkan kelayakan tersebut.Skim tersebut katanya, termasuk pensyarah universiti, pegawai teknologi maklumat, pegawai penyelidik, akauntan, pegawai kanan polis serta pegawai tadbir dan diplomatik."Bagi pegawai yang berkhidmat dan masih berada di gred lantikan yang kemudiannya memperoleh Ph.D atau sarjana, kerajaan juga memberi insentif hadiah kenaikan gaji (HKG), khusus bagi skim-skim perkhidmatan seperti pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai perkhidmatan pendidikan lepasan diploma," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Baharudin Abu Bakar berhubung insentif khas terutama kenaikan pangkat kepada penjawat awam yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat Ph.D dalam bidang-bidang kritikal kepada pembangunan negara.Mengulas lanjut, Razali berkata, bagi urusan kenaikan pangkat, Lembaga Kenaikan Pangkat akan menimbang pegawai berdasarkan merit.Menurutnya, pegawai yang mempunyai Ph.D mendapat kelebihan dalam proses pertimbangan ke sesuatu jawatan kenaikan pangkat.
Kata beliau, sebagai contoh, bagi pegawai perkhidmatan pendidikan siswazah di Kementerian Pendidikan, pegawai dinaikkan pangkat melalui laluan cemerlang yang mengambil kira kelayakan akademik termasuk Ph.D dan pengalaman dimiliki."Kewajaran yang diberikan adalah sebanyak 15 peratus daripada keseluruhan kriteria kecemerlangan," ujarnya.

214 ulasan:

«Lebih lama   ‹Lebih lama   201 – 214 daripada 214
Tanpa Nama berkata...

mainan politik semata-mata....

Tanpa Nama berkata...

Bila nk keluar ni???

Tanpa Nama berkata...

Bila nk keluar???

Unknown berkata...

Erm. seriusly sgt3 xpaham. Saya ada master, tp bila buat pelarasan gaji tidak dipertimbangkan. apakah syarat2nya? Dan apa yg sy tau kebanyakan pegawai yg buat pelarasan gaji tidak dipertimbangkan. what does it mean by "SEMUA PENJAWAT AWAM YG ADA MASTER OR PHD GAJI PERMULAAN AKAN DINAIKKAN". Anyone can explain this to me? TQVM..

makan berkata...

mana ni dah 2015....???

Unknown berkata...

As salam saya mohon cadangkan semakan kepada insentif guru phd dan sarjana. walaupun cuepacs telah memperjuangkan insentif tersebut tetapi hanya pada guru baru. setakat ini ada perbincangan tetapi sudah terlalu lama sehingga guru-guru yang ada master dan phd telah pun pencen. apa yang pelik guru-guru yang baru sahaja yang dapat menikmati perjuangan guru-guru sebelum ini. Namun adakah mereka yang memiliki phd hdk menjadi guru lebih baik mereka menjadi pensyarah kerana masih berusia muda berbanding guru lama yang sudah pakar dlm bidang yang sedia ada ditambah pula ada kelayakan phd dan master tidaj dihargai.....kesian-kesian

Unknown berkata...

As salam saya mohon cadangkan semakan kepada insentif guru phd dan sarjana. walaupun cuepacs telah memperjuangkan insentif tersebut tetapi hanya pada guru baru. setakat ini ada perbincangan tetapi sudah terlalu lama sehingga guru-guru yang ada master dan phd telah pun pencen. apa yang pelik guru-guru yang baru sahaja yang dapat menikmati perjuangan guru-guru sebelum ini. Namun adakah mereka yang memiliki phd hdk menjadi guru lebih baik mereka menjadi pensyarah kerana masih berusia muda berbanding guru lama yang sudah pakar dlm bidang yang sedia ada ditambah pula ada kelayakan phd dan master tidak dihargai.....kesian-kesian. lebih menyedihkan lagi guru-guru ini yang dikatakan berpeluang sebarang kenaikan pangkat tidak dicdgkan dan dipandang sepi.

empathy mom berkata...

Saya dah berbalas tahun dpt degree masters smpi skrg tkde apa2 kelebihan atau incentif diberikan... ramai lagi yg dah ada masters n PhD tpi tkde ape ganjaran...nak komen dah malas dah sbb akhirnya tkde apa2 juga...apakh itu kantoi pemalas sambung belajar...? Golongn ini golongn profesional .. tak payah mnyalak2 bagai semua mlalui media mcm ni....ada saluran2 yg lebih baik utk PA menyuarakn pandangn..

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Saya terpanggil untuk berkongsi pendapat dengan rakan guru yang termasuk dalam kalangan GST (Guru Sudah Tua) yang memiliki sarjana sejak lama dulu. Saya masih ingat sewaktu YAB PM Datok Seri Najib memjadi Menteri Pendidikan dulu, galakan agar guru meningkatka profesionaliti melalui bidang pendidikan begitu hebat sekali, sehingga wujudnya SPACE di UTM contohnya, demi untuk merealisasikan hasrat murni ini. Maka bertolak dari titik itulah kalangan guru mula menyambung pelajaran masing-masing dengan melupakan sementara berbagai kekangan yang ada. Tidak lama selepas itu sebagai bukti keinginan yang bersungguh-sungguh dari KPM, maka OUM dan beberapa universiti lain telah menawarkan tempat untuk menyambung pelajaran kepada para guru. Seruan ini disambut oleh sebilangan besar guru untuk meningkatkan lagi tahap akademik masing-masing ke peringkat sarjana dan PhD. Mereka telah wujud dalam kalangan guru hari ini. Maka persoalannya, apakah segala keringat dan pengorbanan mereka itu tidak diperhatikan secara saksama agar mereka mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang telah mereka korbankan selama ini, kerana tidak kurang dari kalangan yang menyambung pelajaran ini menanggung beban hutang pinjaman semata-mata untuk menamatkan pengajian mereka dahulu dengan 100% pembiayaan dari poket sendiri.

zack berkata...

Hahaha jgn main tuduh aje bang..ko masuk oum pun tak pernah tetiba ckp senang nak Lulus ek.. ko masuk oum dulu la baru leh Komen n kondem..bongok

zack berkata...

Kiki peliklah ko.ko khwn pastu Bini ko beranak anak ko nanti mghadap Jugak Cikgu sekolah ajar anak ko n cucu ko. kenapa suruh Cikgu ajar anak cucu ko knp x buat sekolah sendiri atau home school? Tau plak hntr anak ke sekolah ajar anak cucu ko tu to ko melalak kat sini jadi keyboard warrior ....bongok siot org mcm ni

ABD MUN'EM DATO HJ MAHMAD MUHTAR berkata...

Sabo je la...ikut yg nak memberi jgn pertikai rezeki org lain...

Tanpa Nama berkata...

ada lagi ke nak cerita pasal phd ni?
selepas hampir 10 tahun.....

«Lebih lama ‹Lebih lama   201 – 214 daripada 214   Terbaru› Baru»