SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

10 Januari 2014

CUEPACS CADANG GAJI MINIMUM PENJAWAT AWAM RM1,200

Bernama
9/1/2014

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.
Presidennya Azih Muda berkata berdasarkan analisis CUEPACS, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10 peratus sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5 peratus.

Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah, katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat kepada warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini.

Beliau berkata CUEPACS juga menggesa kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (COLA) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.

Pada 2011, CUEPACS mencadangkan kepada kerajaan agar memperkenalkan gaji minimum RM900 untuk membantu kelompok kumpulan pelaksana seperti pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu yang menerima gaji asas bawah RM700 sebulan.

-- BERNAMA

71 ulasan:

jijoee berkata...

Salam.....
Dah lama menunggu...dapat juga no 1

abi berkata...

kalau dapat untung le

Tanpa Nama berkata...

Pada pandangan saya, kita tak wajar menaikkan gaji minimum tak kiralah sektor awam atau swasta. Ini adalah kerana ia akan mempengaruhi kos pengurusan majikan institusi atau badan tertentu. Kesan daripada kos pengurusan meningkat maka akhirnya barang-barang dan perkhidmatan juga akan meningkat bagi menampung kos pengurusan itu. Adalah lebih wajar kita mengawal harga barang dan perkhidmatan supaya ia kekal rendah ataupun pada kadar yang munasabah. Ia bukan saja dapat menjamin kos hidup yang rendah bahkan dapat mengurangkan kadar inflasi negara. Gaji minimum yang tinggi juga akan menyebabkan pelabur tidak berminat melabur di sini kerana kos buruh yang tinggi. Adalah lebih baik mereka melabur di Indonesia, Vietnam, Kemboja ataupun Thailand misalnya kerana kos buruh mereka rendah berbanding kita.

Tanpa Nama berkata...

Lu nie dah ketinggalan zaman.. ikan sekilo jea dah RM 11, mana dapatnya RM 2-3 sekilo, mcm zaman 80-an dulu..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan tak kan layan punya...menteri duduk senang dng projek jutaan ringgit...golongan berpendapatan rendah dan sederhana ni...pandai2 la cari rezki sendiri...kena bnyakkan berniaga nampaknya

Tanpa Nama berkata...

Kumpulan 54, 52 dan 48 tak merasa tekanan kenaikan harga barang dan kos tinggi kehidupan lah....mereka masih mampu belik kereta mewah dan rumah yg cantik di banding dgn kumpulan 32 ke bawah. Tak payah nk bezakan benda lain tetapi elaun ITKA kump atasan ni dah boleh mengalah kump bawahan... Kos hidup yang terlalu 'hectic' skrg ni masih lg kump bawahan menerima E.ITP 180.00...cuma cari mana ada lg rumah 180.00. Jgn nak kata rumah bilik pun skrg dah naik 250.00. Fikir2kan....

Tanpa Nama berkata...

kalau tak salah dengar smlm ada sebut pasal kerajaan tanggung makan pati dalam tahanan RM35.00 sehari.... orang kerajaan sendiri pun makan takat RM27.00 jer sehari

Tanpa Nama berkata...

ha...ha....ha... ke-8

Tanpa Nama berkata...

turunkan harga minyak dan tariff lektrik...serta naikkan gaji penjawat awam sekurang2nya 10%...baru lega kit poket....

Tanpa Nama berkata...

naik 10% je??? baik naik 100%...PA kan

Pilot Lori Hantu berkata...

Adakah gaji tak cukuppppppppppppp.

Pegawai Khas Menteri mana pula kena cekup dengan SPRM.

Kalau macam ini siapa mahu hormat sama Menteri atau pegawai menteri.

Kesaian pegawai yang dibawah.Betul-betul jadi kuli.

Mereka yang diatas tak perlu masuk CEUPACs pun hidup kaya raya.

Tulah syoknya jadi pegawai Menteri.Jadi menteri lagi syokkkk.

Tanpa Nama berkata...

woi azih muda dan barisan n32 kebawah yang bododh2 dan malas... cuepacs ni kononnya mewakil 1.4 juta penjawat apasl website rasmi pakai blogspot lagi.. bodoh ke bebal.. ke malas? semua di atas? ahahahhahahaha

Tanpa Nama berkata...

Pecahan yang sesuai,

Keperluan dapur 500
makan pakai, duit muka dll (duit bonus)
Yuran2 (duit brim)
Instalment rumah (900)
Instalment motor (160)
minyak & maintainance motor (200)
Lain-lain 300
jumlah gaji minima RM2000

Tanpa Nama berkata...

Mana portal rasmi cuepacs..

Tanpa Nama berkata...

Nak mintak yg bru.....jgn mimpi lh.....
Tuntut lh apa yg kerajaan dh janji tu...kalau dpt yg pm dh janji pn dh. Bersyukur sngat.....
Macm2 janji sudah dicapati.....tunggu tk gugur

Tanpa Nama berkata...

Betul tu, jgn terlalu ghairah nak naik gaji tanpa melihat kpd kesan negatifnya. Sentiasa ingat bhwa jika gaji naik akan disusuli dgn kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana majikan terpaksa menanggung kos tambahan. Elok difikir mcmmana nak menangani
isu kenaikan harga barang sbb 2 puluh thn lepas dgn gaji 1 ribu masih mampu menyara keluarga tapi skrg 6 ribu pun susah nak buat simpanan. Gaji naik 5% tapi barang naik 10%; tiada guna naik gaji - nmpk angka sahaja yg berubah pd slip gaji sdgkn kuada beli kita terhad.

JM berkata...

Pada saya CUEPACS jangan terlalu gairah nak minta perkara yang baru-baru. Nanti kerajaan pening nak fikir. CUEPACS minta JPA segerakan keluar Pekeliling SST yang dijanjikan nak ganti SSM dengan SST. CUEPACS selesai satu-satu jangan terlalu gairah. Kalau keluar SST tu semua PA dapat satu kenaikan gaji kerana perubahan skim. Terima kasih

BERCUKURLAH berkata...

PORTAL RASMI CUEPACS????....

kaji jangan tak kaji berkata...

cuba selesai dulu yang belum selesai sama ada tuntutan elaun rumah sewa dan lain-2 yang belum di terima oleh kerajaan.benda lama belum selesai ...sekarang nak minta benda baru....kalau boleh tolong bicang balik yang lama kepada kerajaan
.

Tanpa Nama berkata...

Elaun rumah cola pun x dapt lg nak minta itu ini tunai kan yg x dapt lg ni pecai dok kaya ja hak bwh makan ikan masih lah anak pun minum suru tin diaorg senang lenang keta br semua br rakyat susah peyamun pun byk seb kos sara hdp ni dul. Mana ada pun fkr sendr lah

Tanpa Nama berkata...

malas nak ckp apa..
ape kata kita test benda ni..
kalo murah rezeki alhamdulillah.. tak rugi mencuba kan?
http://www.theweeklypay.com/index.php?share=266885

Tanpa Nama berkata...

blogspot dah ketinggalan zama. kalau nk maju buat la url sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya xlayak jd pemimpin. Buat kerja kebudak2kn, nampak sgt kelemahan berfikiran dlm membuat perancangan. Main hentam saja janji ada buat sesuatu.Hanya nak jd popular dgn membuat cadangan2 yg sensasi yg sbnrnya menampakkan kelemahan mereka.

Tanpa Nama berkata...

ntah. padahal tumpu je elaun rumah, ITKA ngan cola. biar setel se hal baru minta yang lain lak. Elaun RUMAH pon dah lama duk gitu je

Tanpa Nama berkata...

CUEPACS sepatutnya meminta agar gaji asas minima bukan hanya RM 1200 tetapi lebih lagi iaitu sekurang-kurangnya RM 2000 sebulan. Dari mana sumber yang boleh diperolehi untuk menanggung kenaikkan tersebut adalah dengan menggunakan dana dari mana-mana subsidi yang telah dikurangkan oleh Kerajaan dari masa ke semasa yang jumlahnya berbillion RM.
Penjimatan subsidi perlu dikembalikan kepada rakyat dan bukan dimasukkan ke peruntukan untuk pembangunan negara kerana rakyat Malaysia majoritinya menganggap pembangunan sudah tidak diperlukan lagi dan membazir. Lagipun peruntukan pembangunan sudah sedia ada dan amat mencukupi.
Bagaimana pulak dengan nasib pekerja sektor swasta? Kebanyakkan syarikat swasta sebenarnya menetapkan kadar bayaran gaji berdasarkan berapa kadar bayaran minima di sektor Kerajaan.Tidak ada gaji mengikut gred tetapi mengikut kemampuan syarikat berdasarkan keuntungan syarikat. Jika harga barang naik sudah pasti keuntungan syarikat juga akan ikut naik. Jika kerajaan boleh meletakkan kadar minima RM 2000 sebagai contoh, sektor swasta akan menjadikannya sebagai penanda aras gaji minima mereka. Lagi pun pekerja di Malaysia mempunyai kemahiran yang jauh lebih baik dari negara jiran kita.

Bagi kumpulan peniaga kenaikkan gaji samada kerajaan atau swasta ianya akan menguntungkan sebenarnya. Tidak akan ada mana-mana individu yang naik gajinya hanya menyimpan duit di bank. Pasti ianya akan dibelanjakan dengan sebaik-baiknya.
Kenaikkan gaji minima hakikatnya akan memberi kesan positif pada semua pihak samada pekerja swasta atau kerajaan mahupun kumpulan peniaga. Semua pihak akan merasa hasil masing-masing tetapi samada cukup atau tidak itu akan bergantung kepada cara pengurusan kewangan sesebuah keluarga itu sendiri. Tepuk dada tanya selera dan ukurlah baju di badan sendiri apabila berbelanja.

CUEPACS perlu terus berjuang untuk mendapat kadar gaji asas minima yang terbaik untuk kebaikkan semua pihak. Jika kerajaan menyatakan tidak ada wang untuk menanggung kenaikan gaji minima, setiap subsidi yang dikurangkan Kerajaan perlu diambil kesempatan oleh CUEPACS dengan sebaik-baiknya kerana berbillion RM yang terapung apabila subsidi dikurangkan. Jangan biarkan RM yang terapung itu menjadi peruntukan pembangunan yang hanya akan menguntungkan golongan kontraktor dan pemberi kontrak yang sudah sedia kaya itu dan apabila sesuatu pembangunan itu telah selesai dibuat kita pulak yang perlu membayar jika hendak menggunakannya.

CUEPACS melalui Presiden barunya perlu lebih bijak menangani tuntutan gaji minima ini. Bukan hanya membuat tuntutan dan selepas itu melepaskannya kepada para pegawai-pegawai Kerajaan, biasanya PTD yang menguruskan dari mana punca kewangan yang boleh diperolehi. Sudah tentu tak akan dapat puncanya sampai bila-bila. Hantarlah tuntutan bersama cadangan dari mana punca kewangan yang boleh digunakan dan dalam konteks ini, gunakanlah wang pengurangan subsidi berbillion RM yang terapung itu.

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan xperlu bayar hutangkah sehingga berani nak letakkan gaji minima 2k? Aku dah binggung dgn komen ko org. Mungkin ko org pakar ekonomi patut boleh minta gaji naik sesuka hati. Sbg pakar ekonomi kenapa tak cari kaedah yg sesuai utk menangani kenaikan harga barang? Takkan hanya melalui kenaikan gaji je. Kenaikan gaji akan menyebabkan kadar inflasi meningkat manakala nilai ringgit akan merosot. Adakah ini.yg kita kejar dlm usaha menjadi negara maju?

Tanpa Nama berkata...

THE HAGUE - Sebanyak 1,058 calon telah dipilih daripada 200,000 orang yang memohon untuk dilatih dalam misi untuk hidup di planet Marikh, menurut pihak penganjur, Mars One kelmarin.

Kesemua mereka yang berumur di bawah 24 tahun dari 140 buah negara akan berlepas ke planet tersebut pada tahun 2024.

Sebanyak enam pelancaran roket akan membawa mereka ke planet tersebut.

Sebahagian dana yang digunakan untuk membawa mereka ke Marikh adalah dibiayai sebuah program realiti televisyen.

Kesemua mereka akan mengharungi penerbangan sejauh 55 juta kilometer selama enam bulan sebelum tiba di Marikh.

Para peserta itu tidak lagi akan pulang ke Bumi kerana kos untuk penghantaran pulang terlalu tinggi.
Menurut Mars One yang beribu pejabat di Belanda, semua calon itu telah diberitahu tentang pemilihan mereka ke Marikh pada 30 Disember lalu.

Pihak Mars One itu menyatakan, calon itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat pada diri mereka.

Antara kriteria itu ialah bijak membuat keputusan, bebas dadah dan boleh berbahasa Inggeris.

"Malah, terdapat permohonan satu pasangan yang dibuat menerusi rakaman video yang menunjukkan mereka berada dalam keadaan bogel," kata pengasas bersama Mars One, Bas Landsdorp.

Menurut ketua perubatan Mars One, Norbert Kraft, calon-calon itu akan menjalani ujian fisikal dan emosi dalam tempoh lebih dua tahun. - AFP


SAPA NAK GI MARIKH... CEPAT BAGI NAMA... KAT MARIKH GAJI & ELAUN TINGGI... TANAH X PAYAH BELI... SAPA LANDING DULU, KIRA BOLEH GERAN HAK DIA...

last berkata...

kepada beruk yang suka main 1st 2nd 3rd di atas:

topik kalau create masa office hour memang bleh la. cuba dia buat hari cuti atau lepas waktu pejabat.

mesti beruk2 ni tak dapat main permainan bodoh ni

Tanpa Nama berkata...

Memang nampak sgt mereka tu suka curi tulang dan salahguna kemudahan di pejabat. Gaji nak tinggi melangit tapi kerja malas. Yg selalu 1st ni jelas sentiasa menghadap skrin blog ceupacs yg dibuka spjg masa. Mereka mesti PAP dan PT.

Tanpa Nama berkata...

kepada last...jgn sesekali samakan manusia dengan beruk.....mereka dicipta ALLAH sbgai manusia seperti juga anda....anda rasa anda manusia bukan? kalau mereka beruk...anda???? harap gunakan bahasa yg baik didlm komen anda....mereka berbuat demikian mungkin krn tekanan pekerjaan dan kewangan mereka....

Tanpa Nama berkata...

betul apa yg dikatakan oleh hamba Allah kat atas tu...kalu nk maeah sekali pun jgn lah gunakan perkataan yg x bermoral...soal curi tulang ke x...itu urusan mereka dgn ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

ADA PLAK YG CAKAP, QPACS XDE PORTAL RASMI....

SEBELUM BUAT PERNYATAAN,
PASTIKAN DULU KEBENARANNYA....
JANGAN MELULU....

BAK KATA PEPATAH, " TERLAJAK PERAHU, BOLEH UNDUR....TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA....

Tanpa Nama berkata...

" JANGANLAH ENGKAU MENGHINA ORANG LAIN , KERANA SESUNGGUHNYA ENGKAU TELAH MENGHINA PENCIPTANYA "....

jangan amalkan tabiat gemar mempersendakan orang lain....

mempersenda ialah menghina/memperlekehkan/mengutuk/ mencaci dan sbgnya....

tabiat memanggil dengan panggilan yang buruk, "character assassination" sudah menjadi lumrah dlm masyarakat kita....

Tanpa Nama berkata...

Jadi kite x boleh sokong pembangkang utk gulingkan kerajaan rasuah sbb itu urusan merek dgn Allah.

Malah kita tak boleh cakap apa pun sbb itu urusa mereka dgn Allah klu mengikut fatwa bahalol 6:44ptg kat atas

Tanpa Nama berkata...

Eleh grup digi result spm upsr tak pandai boleh pula dibayar gaji mahal bila sampai tang aks mcm2 pula alasan ye.

Tanpa Nama berkata...

apa tindakan sewajarnya ke atas kakitangan kerajaan yang datang kejer hanya sekadar punch kad, pastu menghilang entah ke mana...

gejala sebegini makin menjadi jadi di pejabat² kerajaan... bagaimana nak dapat rezeki yang barakah, kalau dah tabiat sebegini.

datang kejer tapi malas buat kerja, boleh terima lagi. datang kejer hanya punch kad selepas itu hilang, petang datang pula punch kad tidakpun tangan ghaib tolong punch kad.

kejer dia, kawan sepejabat lain kena buat. cukup bulan sedap terima gaji.

Tanpa Nama berkata...

Menurut fatwa bahalol 6:44 kita x bleh ckp ape sbb itu urusan die dgn Allah.

tapi ulamak ade cerita bab kapal dua tingkat. Yg bawah kne naik atas utk ambil air so ade org buat cadangan supaya tebuk je badan kapal. Yg atas x larang akhirnya dua2 tenggelam.

Bgi yg spm 5A akan faham cerita ni.

Tanpa Nama berkata...

BETUL JUGA....
CURI TULANG XPE, KENGKAWAN X MARAH, BOSS PUN X MARAH....
ITU URUSAN DIA DGN TUHAN JEW....

sebuah enjin mempunyai pelbagai komponen....jika salah satu daripada komponen tersebut rosak/tak berfungi dengan baik, ia akan menjejaskan sistem/prestasi enjin....

BIGITU JUGA DALAM SEBUAH ORGANISASI, JIKA ADA YG CURI TULANG/TAK BUAT KERJA, IA AKAN MENJEJASKAN OPERASI SESEBUAH JABATAN/AGENSI....


WAWAWAWAWAWAWAWA


~DEGREE ADA, KEPANDAIAN XDA~

Tanpa Nama berkata...

Di organisasi getah terulung di kota tinggi... Pihak pengurusan membantu pekerja bawahan meningkatkan pendapatan mereka dengan membenarkan membuat tuntutan ot .... Kerja sejam dua ... Tuntut 8 jam... Pengawal pula tolong punchkan kawan dia yang sedang tidur di rumah ... Ikut turn .... Malam besok turn pengawal lain pulak...

Tanpa Nama berkata...

BERITA TERKINI
AKAN ADA SEMAKAN GAJI DENGAN KENAIKAN SEKITAR 8-10% SEBELUM AKHIR TAHUN INI KERANA GST AKAN START APRIL 2015. JADI GUNAKANLAH KENAIKAN GAJI ITU NANTI UNTUK BAYAR SEGALA GST2

Tanpa Nama berkata...

Kalau ko pandai kenapa tak masuk u? Dah spm tu spm la. Boleh ke ko ajar fizik, kimia, bio, maths tamb dll? Kerja pun duduk2 sedap2 dlm aircond, byk pulak songel, lps tu nak gaji elaun kalau boleh biar sama dgn guru. Patut gred PAP setaraf dgn pt sbb PAP pun pandai mcm pt, result upsr spm PAP dgn pt sama je

Tanpa Nama berkata...

Abag Az

Januari 2005 - Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma dan spm)
dinaikkan daripada RM135.00 kepada RM180.00

Januari 2006 - Elaun Batuan Saraan Hidup (COLA) diperkenalkan
antara RM50 hinnga RM150.00

Januari 2007 = Elaun Khidmat Awam (EKA) untuk kumpulan sokongan satu (lepasan diploma)
dinaikkan daripada RM115.00 kepada RM160.00

Januari 2007 - COLA dinaikkan 100% kepada RM100 hingga RM300.00

2008 - Tiada apa-apa elaun dinaikkan
2009 - Tiada apa-apa elaun dinaikkan
2010 - ??????????????????????????
2011 - ??????????????????????????
2012- COLA kawasan B dan C dinaikkan sebanyak RM50.00
RM100 jadi RM150
RM200 jadi RM250
yang kawasan A kekal RM300.00
2013 - ????????????????
2014 - ????????????????

Tanpa Nama berkata...

camana la kerajaan boleh amik pekerja kelas rendah jadi kakitangan awam ni? pelik betul lah aku.

tapi tak hairan pun. hanya orang bodoh saja yang akan pilih orang bodoh. wakakakaka.

bagi yang rasa diri pandai tu, meh join sektor swasta. di sini memang memerlukan orang yang pandai dan paling penting adalah rajin. kedudukan kerjaya pun tak stabil 100% jadi disebabkan itu kakitangan swasta akan lebih berdaya saing dan berusaha.

tak macam penjawat awam. rasa dah selesa sangat, nak buang pun sikit punya susah, tu yang seko seko lemak tu.

Tanpa Nama berkata...

Aku dah jemu dgn cuepec..tuntutlah 1000x pun...ada kerajaan ambik kisah...u sapa...klu mcm ni x ada cuepec pun lagi baik laa...tak nampak terbela kat mana pun kakitangam awam...asyik minta..bincang...minta bincang...last2..habuk pun tarak.

Tanpa Nama berkata...

aku sokong komen diatas...minta apa pu x dapat...bincang,,bincang...hasilnya tiada.....

BERCUKURLAH berkata...

woi azih muda dan barisan n32 kebawah yang bododh2 dan malas... cuepacs ni kononnya mewakil 1.4 juta penjawat apasl website rasmi pakai blogspot lagi.. bodoh ke bebal.. ke malas? semua di atas? ahahahhahahaha

-----------------------------------

CUEPACS TIADA PORTAL RASMI OIII.

HUHUHUHU




Tanpa Nama berkata...

Jumaat, Januari 10, 2014 6:40:00 PTG.Kepala butuh hang.

Tanpa Nama berkata...

hebatnya mulut PA ni.......x pe itu urusan dia dgn Allah....Allah tahu segalanya...ingat akidah kita jgn terpesong....ini bkn fatwa..ini kebenaran...hanya yg kurang didikan agama yg perlekehkan apa yg dikomen oleh 6.44 ptg semlm

Tanpa Nama berkata...

ADA PLAK YG CAKAP, QPACS XDE PORTAL RASMI....

SEBELUM BUAT PERNYATAAN,
PASTIKAN DULU KEBENARANNYA....
JANGAN MELULU....

BAK KATA PEPATAH, " TERLAJAK PERAHU, BOLEH UNDUR....TERLAJAK KATA, BURUK PADAHNYA....

-----------------------------------

SAPEW TUW?.
BIASE LA KAHN, SAPEW LG KALAU BUKAHN OWG KITEW.

BUHAHAHAHA

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama berkata...
hebatnya mulut PA ni.......x pe itu urusan dia dgn Allah....Allah tahu segalanya...ingat akidah kita jgn terpesong....ini bkn fatwa..ini kebenaran...hanya yg kurang didikan agama yg perlekehkan apa yg dikomen oleh 6.44 ptg semlm

Sabtu, Januari 11, 2014 8:58:00 PG
-----------------------------------
huhh main akidah plak....betullah mamat ni kata....akidah ni jgn dipermainkan...kita wajid tahu bhw ALLAH mengetahui segalanya...soal PA yg curi tulang tu maybe bos mrk x tahu tp ALLAH tahu....mrk mungkin x akn rasa gaji mereka cukup sbb x berkat.....

Tanpa Nama berkata...

Mengikut fatwa bahalol 6:44 smlm itu urusan mereka dgn Allah.

berbeza dlm hadis nabi, jika kita lihat kemungkaran nabi minta kita cegah dgn kuasa, jika x mampu dgn kata2, jika x mampu cukup sekadar kita x merestui dgn hati dan itulah selemah2 iman.

sanudara ikhtiar lah mana2 patut dgn hikmah.

Tanpa Nama berkata...

Mengikut fatwa bahalol 6:44 smlm itu urusan mereka dgn Allah.

berbeza dlm hadis nabi, jika kita lihat kemungkaran nabi minta kita cegah dgn kuasa, jika x mampu dgn kata2, jika x mampu cukup sekadar kita x merestui dgn hati dan itulah selemah2 iman.

sanudara ikhtiar lah mana2 patut dgn hikmah.

hoiii gi amik lesen dakwah lah oiii...g ceramah kt dpn PA curi tulang tu...kita org nak bincang pasal gaji...yg ko ni budget alim tp gunakan ayat bahalol tu nape????? nak ceramah pun gunalah ayat baru beretika....bahalol!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sikit2 mintak gaji...kakitangan kerajaanbni kerja xserupa bikin.....m3ngulat ja lebih....puiihhh....kerja malas...bebal memanjang....

Tanpa Nama berkata...

BAJET BAGUS PLAK.
DOK CERITA KAKITANGAN AWAM MENGULAT BAGAI.
LU MANA PUNYA COMPANY?.
KALAU LU BUKAN PA, PE JADAH LU MASUK SINI.
BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA....

Tanpa Nama berkata...

PA kump pelaksana malaysia zaman globalisasi ini cuma RAJIN minta gaji dan gred naik. Mereka sangat MALAS bekerja/berusaha utk meningkatkn prestasi. Dlm kata lain, mereka hanya nakkan gaji saja dan jika boleh xbuat kerja lg bagus. Ini kehendak dan wawasan mereka menjawat jawatan.

Tanpa Nama berkata...

Mengapa, Kenapa, Apakah Kat Sarawak x ade elaun COlA???

Tanpa Nama berkata...

Haha...swasta? Jd pecacai, khadam, kuli batak boleh la. Dh laa gaji tahunan naik pjn ciput tp kena kerja mcm lembu! Cuti pun susah, masa dgn anak2 pun tadak... sebab tu ramai muda-mudi skang perangai mcm setan sbb kurang kasih sayang dan masa bersama ibu bapa! Ibu bapa dh kena kerahan tenaga dh mcm abdi kt tempat kerja... dpt duit byk pun x guna!!

Tanpa Nama berkata...

TOLONG NAIK JAWATAN PENJAWAT AWAM SOKONGAN YG MEMPUNYAI IJAZAH DAN BERTUGAS MELEBIHI 10 TAHUN KE GRED P&P N/W41

Tanpa Nama berkata...

buatlah apa sekali pun jika sekadar mengutungkan penjawat awam yang baru saja ,yang lama terus dipinggirkan,lihat saja perubahan skim sekarang yang telah berkhidmat lebih dari 20tahun apa yang dapat?cuma kertas untuk ditanda tangan saja.jelas sekali kami kumpulan yang telah berkhidmat hampir 30tahun ini di anak tirikan,sedangkan gaji yang digembar gemburkan itu kami tidak akan merasainya,kerana kami cuma ada paling lama lagi pun 5tahun saja.

Tanpa Nama berkata...

kuliah maghrib hari ini di masjid tempat aku:

diriwayatkan oleh anas r.a, Rasulullah S.A.W. bersabda, sekiranya anda telah cukup makan pakai, tapi masih lagi bersikap meminta-minta, maka dia telah meminta(booking) bara dari neraka.

maksud cukup makan tu, anda cukup makan sehari paling bangsat pun sekali makan (biasa dapat makan siang & malam), ada tempat tinggal, ada pakaian untuk menutup aurat, itu maksudnya adalah MAMPU. sebaliknya sekiranya dia masih lagi meminta-minta seperti kebanyakan penjawat awam dalam ni yang suka minta naik gaji tak memasal sebab nak penuhkan keinginan nafsu, maka sesuaikanlah diri anda mengikut hadis di atas. selain daripada itu, maksud meminta di atas juga adalah meminta sesuatu yang melebihi kemampuan/kelulusan/hak seseorang. sebaliknya sekiranya dia meminta sesuatu berdasarkan pra-syarat yang dia ada dalam masa yang sama dia berusaha, maka tidaklah tergolong dalam golongan tersebut.

golongan yang ditimpa musibah sampai hilang tempat tinggal, tempat bergantung, makan pakai, mahupun memang miskin papa kedana dibolehkan meminta-minta sekadar untuk keperluan hariannya sahaja seperti pakaian untuk menutup aurat, tempat berteduh dari panas hujan dan untuk beribadah, serta makan minum untuk meneruskan hidupnya.

renung2kanlah, selamat beramal

Tanpa Nama berkata...

KERAJAAN DAH TAKDA DUIT OIIIIII...... KUMP PELAKSANA ADA DEGREE TAK FAHAM BAHASA KE? ADA DEGREE, OTAK TAKDA. KUANG...KUANG...KUANG.....

Tanpa Nama berkata...

Sebab sarawak dah ada kilang coca cola.

Tanpa Nama berkata...

Tuntutan kenaikanan elaun rmh tu bila nak dapat dah bertahun mintak x dapat dapat sibuk nak minta naik gaji..usaha dulu minta sampai dapat kenaikan elaun rumah..memang dah tak logik dan tak masuk dik akal elaun rmh zaman sekarang rm180..elaun yg sesuai ialah rm 350 itu pun pa kena tambash lg separuh untuk sewa rmh..nih cukai nak elaun kedekut pahit nak bagi

Tanpa Nama berkata...

ooii pendengar kuliah masjit maksud berminta minta tu org tu malas buat kerja tapi hanya tahu meminta sedekah dan x berusaha..senang cakap nak makan free sampai mati..tak sama maksud dengan org yg bekerja nak mintak bayaran yang setimpal dengan hasil kerjanya atau pun sesuai dengan keaadaan kos hidup semasa..ada paham kaa haiiyaa..

Tanpa Nama berkata...

Dah nasib kita PA jawatan rendah... tukar skim mcm tukar warna baju ja.... tiada apa2 yg nak dibanggakan.. gaji sama ja... mkn telor le hari2... indah kabar dari rupa... hamcusssssssss

Tanpa Nama berkata...

Yang mahal ialah tender Makan. Tapi yang dibekalkan kepada PATI tak sampai RM10 aje. Seperti juga Kontrak Makan anak-sekolah di asrama, bunyi je RM12 sehari, yang budak dapat tak sampai RM6. Lebihnya tu faham-fahamlah, dari mula masuk tender lagi kena Jamu hantu Raya, jika tidak tak dapat. Yang dapat tender pulak bagi kat orang lain. Inilah Malaysia Tanah Airku.

Tanpa Nama berkata...

salam..di sini cuepacs tak pernah perjuangkan cuti umum bagi penjawat awam selaras seluruh malaysia,iaitu jumaat dan sabtu.ini kerana kebanyakan kakitangan awam adalah orang melayu dan bumiputera.ahad untuk ke church,harap cuepacs mendengar.

Tanpa Nama berkata...

Bilalah elaun rumah 44 naik yer..klu aks mintak naik elaun umah..44 pun nk jugak...hehe..rm400 mcm x cukup jer..apakata elaun umah 44 naik rm 800 ker..

Kiki J berkata...

Minta elaun dari rm 500 dinaikkan ke 800-900.sebab harga sewa rumah di selayang sekarang ni pun dah 700..

Kiki J berkata...

Elaun perumahan.

Kiki J berkata...

Elaun perumahan.