Utusan Malaysia
6/1/2014
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
6/1/2014
Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
pengarang@utusan.com.my
PUTRAJAYA 6 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata, perubahan melalui dasar transformasi akan
diteruskan pada tahun ini dan tahun-tahun akan datang dalam usaha
memperkukuhkan ekonomi negara sekali gus meningkatkan kesejahteraan
rakyat.Tegasnya, dalam situasi tempoh untuk mencapai status negara maju yang
semakin singkat, kerajaan tidak mempunyai opsyen lain kecuali perlu
melakukan perubahan terhadap sektor ekonomi negara.
Walau bagaimanapun, Perdana Menteri menjelaskan, segala perubahan
serta pembaharuan yang berlaku akan mengambil kira pandangan dan hasrat
supaya kerajaan tidak melakukan sesuatu yang boleh membebankan rakyat."Inilah opsyen yang ada pada kita. Kita mesti sedar inilah satu
keadaan yang perlu dihadapi oleh semua negara disebabkan oleh
persekitaran ekonomi yang berubah."Bagi menentukan daya saing negara, kita perlu membuat perubahan dan
perubahan ini sudah pun kita garis dalam agenda dan dasar transformasi
negara," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam perhimpunan bulanan
Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun ini di Dataran Perdana
di sini hari ini.Yang turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,
menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri
dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa.Najib berkata, hanya negara yang sanggup melakukan perubahan terhadap
sektor ekonominya boleh menghasilkan pertumbuhan secara mampan.
"Perubahan yang saya maksudkan ialah perubahan struktur dan perubahan
pada dasar yang lebih tepat dan dikemas kini pada setiap masa."Sekiranya kita tidak sanggup melakukan perubahan iaitu perubahan
struktur dan perubahan yang strategik, kita akan mengalami keadaan yang
mana ekonomi Malaysia akan tumbuh perlahan dan tidak mungkin dapat
mencapai kadar pertumbuhan sekitar lima atau enam peratus seperti yang
dihasratkan," ujarnya.
Beliau dalam pada itu turut menarik perhatian tentang senario ekonomi yang melanda seluruh dunia ketika ini. "Lihat pada senario dunia terutama dalam konteks andaian dan tahun
2014 kita dapat lihat terdapat kawasan-kawasan tertentu menghadapi
masalah ekonomi yang agak kritikal, misalnya zon Eropah."Walaupun krisis yang genting sudah berlalu tetapi negara-negara
dalam zon Eropah akan melalui dekad yang mana pertumbuhan ekonomi mereka
akan berlaku pada tahap yang sangat rendah. Malah ada yang menyifatkan
dekad akan datang bagi zon Eropah sebagai lost decade," katanya.
Begitu juga katanya, keadaan ekonomi yang melanda negara-negara lain
seperti Jepun, namun hasil usaha Perdana Menterinya, Shinzo Abe sudah
menunjukkan tanda-tanda pemulihan pada ekonomi negara berkenaan."Negara China sekali pun yang kita anggap sebagai 'engine of growth'
untuk ekonomi global, tidak mungkin dapat mencapai pertumbuhan ekonomi
antara sembilan hingga 10 peratus setahun melainkan China sanggup
melakukan perubahan menyeluruh dalam sistem ekonomi mereka," ujarnya.Mengulas tentang rasionalisasi subsidi, beliau berkata, Malaysia membelanjakan RM42 bilion untuk tujuan itu.
"Tidak ada negara di dunia ini peruntukan pembangunannya sebanyak
RM49 bilion, (dengan) RM42 bilion daripadanya untuk subsidi dan
insentif. Keadaan ini dalam satu segi mencerminkan kerajaan memang
prihatin kepada bebanan rakyat tetapi keadaan ini tidak boleh kita
teruskan kerana tidak mampan."Cuma kita kurangkan beban atau subsidi dengan cara berperingkat.
Mana yang boleh kita lakukan untuk menolong pelbagai golongan seperti
mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah termasuk penjawat
awam kita mesti lakukan," katanya lagi.
Beliau percaya, jika ekonomi negara lebih kukuh serta hasil negara
lebih mantap, maka projek pembangunan boleh ditambah manakala segala
kemudahan serta kebajikan untuk penjawat awam dan rakyat pelbagai
golongan boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa.
Selain itu, beliau menyatakan komitmennya untuk melaksanakan semua
janji-janji yang telah ditawarkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU-13).
4 ulasan:
hahaha topik ni wujud jam 9.30 malam. beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd ni takdan nak main permainan bodoh tu pasal diorang tu cuma tau lenjan internet pejabat je!
p/s: pasti beruk2 yang sentap & terasa tu akan berbunyi esok. kah kah kah
InsyAllah...
Semoga ekonomi negara Malaysia akan terus maju melangkah ke arah aras sasaran kerajaan...
HEBOH CAKAP NAK JIMAT ITU DAN INI..TAHU TAK KOS SARA HIDUP KIAN MENINGKAT SEKARANG. KENAIKAN ELAUN & PENAMBAHBAIKKAN SKIM PERKHIDMATAN TERUTAMA SKIM "W" DAN 'N" BAGI KATEGORI SOKONGAN PATUT DIPERCEPATKAN
Kalau xjd anak emas kerajaan, lg teruk semua generasi baru akan buta huruf dan angka. Selagi mereka rakyat msia cara tetap sama.
Catat Ulasan