Utusan Malaysia
9/1/2014
9/1/2014
KUALA LUMPUR 9 Jan. - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan
menyedikan lapan buah bas untuk menghantar kakitangannya ke tempat kerja
masing-masing secara percuma.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS), Azih Muda berkata, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri
Ahmad Phesal Talib telah bersetuju dengan cadangan itu.
"Saya difahamkan, sebanyak lapan buah bas akan digunakan oleh DBKL
untuk mengambil pekerja mereka di lokasi-lokasi tertentu mengikut jadual
yang ditetapkan."Jika jumlah bas tersebut tidak mencukupi, pihak DBKL akan
mempertimbangkan untuk menambah kenderaan berkenaan bagi menampung
kesemua pekerja mereka," katanya.Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Taklimat
Penambahbaikan 81 Jenis Skim Perkhidmatan Awam kepada warga DBKL di
Auditorium DBKL di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Presiden II CUEPACS, Mohd. Shaman Jaes dan Timbalan Setiausaha Agung 1 CUEPACS, Adnan Mat. Dalam pada itu, Azih menegaskan, usaha DBKL tersebut adalah untuk
membantu dalam meningkatkan produktiviti pekerjanya dan selaras dengan
masalah ekonomi yang dihadapi pada masa ini.
"Kita berdepan dengan kenaikan harga pelbagai barangan terutama barang keperluan harian seperti bahan mentah dan barang basah."Dengan menyediakan bas percuma, DBKL akan dapat membantu pekerjanya
menjimatkan kos hidup dan mengurangkan perbelanjaan harian mereka,"
katanya.
untung dapat bantuan cam tu
BalasPadamkalau boleh sediakan taman asuhan percuma pada anak-2 kakitangan awan yang berumur sebelum 5 tahun.supaya tidak ada lagi kanak-2 yang mati tersedak susu yang tinggal di taman asuhan swastar yang kosnya sehingga RM300.00 sebulan seorang.....cuepacs kena kaji juga benda ini dimasa akan datang.wujud satu jabatan untuk menjaga kanak-2 kakitangan awam.
BalasPadamzaman sekarang ni anak2 kena dijaga oleh orang lain pulak dek kerana mak bapak dia mengejar kemewahan dunia.
BalasPadamdunia duniaaaa
ha apa lagi! menyalak la wei pada kerajaan malaysia supaya sediakan bas untuk yang lain pulak.
BalasPadamlemak penjawat awam ni. dah bagi betis nak peha. dah dapat peha nak celah peha pulak!
OIII LU MANA MARI PUNYA.
BalasPadamKILANG PUN ADA SEDIAKAN BAS UTK PEKERJA LAH.
BIAQ PI LAH DEPA NAK WAT APA PUN.
YG HANG DUK KALUT PASAI APA.
LOK LAQ! X PAHAM BETUIII AKU....
BUWAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH....
Presiden kan dari pbt..tentula dia respon kt pbt..
BalasPadam