08 Januari 2014

PERHEBAT PERLAKSANAAN DASAR TRANSFORMASI NEGARA - PM

Berita Harian
7/1/2014


Perhebat pelaksanaan dasar transformasi negara: PM
Najib menyampaikan amanat kepada warga kerja penjawat awam di Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada perhimpunan bulanan JPM di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam. Turut sama Muhyiddin dan Ali Hamsa. - Foto BERNAMA

Putrajaya: Pelaksanaan dasar transformasi negara perlu diperhebatkan dalam 2014 dan tahun seterusnya kerana tempoh mencapai status negara maju berpendapatan tinggi semakin singkat, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, walaupun tidak mahu lari daripada landasannya, perubahan yang dilakukan tetap akan mengambil kira pandangan dan hasrat rakyat supaya pelaksanaannya tidak membebankan mereka. Sebagai contoh, beliau berkata, rasionalisasi subsidi bukan bererti kerajaan mahu hapuskan subsidi secara terus, sebaliknya akan dilakukan secara berperingkat.

“Tak ada negara dalam dunia menyediakan peruntukan pembangunan RM49 bilion, manakala insentif subsidi berjumlah RM42 bilion. Dalam satu segi ini mencerminkan kerajaan prihatin terhadap rakyat tetapi ini tak b oleh diteruskan sebab tak mapan.

“Namun, kita perlu tolong golongan berpendapatan rendah dan sederhana rendah selain penjawat awam. Saya yakin kalau ekonomi lebih kukuh, kedudukan negara lebih mantap, maka projek pembangunan akan bertambah dan penambahan kebajikan untuk golongan yang memerlukan boleh dipertimbangkan dari semasa ke semasa,” katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri yang pertama bagi tahun ini, di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Akujanji tak dilupa
Najib juga berkata, akujanji ketika pilihan raya tidak pernah dilupakan, termasuk hasrat meningkatkan kesejahteraan rakyat, pertumbuhan ekonomi negara pada kadar lima peratus atau lebih, pembaharuan ekonomi yang bersifat strategik dan pembangunan modal insan, yang menjadi antara faktor penting dalam usaha mencapai status negara maju.

Sanggup laksana perubahan

Katanya, tanpa kesanggupan melakukan perubahan dari segi struktur dan strategik, negara akan mengalami pertumbuhan ekonomi perlahan yang tidak mungkin dapat mencapai kadar pertumbuhan lima hingga enam peratus setahun.

Beliau berkata, hanya itu pilihan yang ada kerana keadaan sama turut dihadapi negara lain dan persekitaran ekonomi yang menentukan daya saing negara memerlukan Malaysia melakukan perubahan seperti digariskan dalam agenda serta dasar transformasi negara.

“Pada hemat saya, negara yang sanggup lakukan perubahan ekonomi dari segi struktur dan dasar dari semasa ke semasa melihat kepada pembangunan yang tumbuh secara mapan. Inilah keadaan yang dihadapi di seluruh dunia dan sudah tentu Malaysia tak ada kelainannya.

“Di Eurozone misalnya, walaupun krisis genting sudah berlalu, negara dalam zon ini diunjur akan melalui dekad di mana pertumbuhan ekonomi mereka akan berlaku pada tahap yang sangat rendah, malah ada yang menyifatkan dekad akan datang bagi Eropah sebagai ‘lost decade’ (dekad yang hilang).

“Jepun pula, 20 tahun alami ekonomi yang disifatkan sebagai tidak berubah sehingga Perdana Menteri baru, Shinzo Abe yang memegang jawatan akhir tahun lalu melaksanakan dasar perubahan ekonomi ‘Abenomics’,” katanya.

Najib juga membuat kesimpulan bahawa China yang dianggap sebagai enjin pertumbuhan ekonomi global pun tidak mungkin mencapai pertumbuhan sembilan hingga 10 peratus setahun, melainkan melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem ekonomi sedia ada.

46 ulasan:

  1. hahaha topik ni wujud jam 9.45 malam. beruk2 yang suka main 1st 2nd 3rd ni takdan nak main permainan bodoh tu pasal diorang tu cuma tau lenjan internet pejabat je!

    p/s: pasti beruk2 yang sentap & terasa tu akan berbunyi esok. kah kah kah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beruk pejabat tkde beruk kt rumah pulak ambik alih.....mcm2 beruk ada skrg ni yee

      Padam
    2. Nmpk sgt beruk2 pejabat salahgunakn kemudahan kat pejabt kerana xmampu langgan internet/wifi. Kasihan mereka... Kah..kah...kah

      Padam
    3. Nmpk sgt beruk2 pejabat salahgunakn kemudahan kat pejabt kerana xmampu langgan internet/wifi. Kasihan mereka... Kah..kah...kah

      Padam
    4. Suka hati beruk 1st kt rumah bila dapat kalahkan beruk2 pejabat....huhuhu
      Siap perasan kaya pulak tu, setakat dpt langgan internet....ish2000x

      Padam
  2. Sempena tahun baru 2014...buang yang keruh ambil yang jernih

    BalasPadam
  3. retorik je "transformasi" ni.

    BalasPadam
  4. InsyAllah..jika dilaksanakan dengan bersungguh2 ianya akan memberi faedah kepada rakyat dan negara.

    BalasPadam
  5. 1.42 juta PA akan melakukan transformasi PRU-14 nie akibat peningkatan kos sara hidup yg tinggi sedangkan pendapatan PA sgt rendah dan sungguh membebankan seisi keluarga..

    BalasPadam
  6. woiii sst mana daaaaa...kata nak muktamadkan....macam lupeeee je

    BalasPadam
  7. org kata transformaSHIT

    hehe

    BalasPadam
  8. AKU NO.8 WEI... NO.8 WEI... YEAH..... PHEWWWWIITTTT...

    BalasPadam
  9. AKU NO.8 WEI... NO.8 WEI... YEAH..... PHEWWWWIITTTT...

    BalasPadam
  10. tak sangka yang no.1 atas tu beruk... wakakaka...

    BalasPadam
  11. tak sangka yang no.1 atas tu beruk... wakakaka...

    BalasPadam
  12. Bagaimana nak laksanakan dasar transformasi negara sedangkan keadaan semasa sosial, politik dan kewangan negara semakin meruncing dan bercelaru sejak Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

    BalasPadam
  13. HEBOH CAKAP NAK JIMAT ITU DAN INI..TAHU TAK KOS SARA HIDUP KIAN MENINGKAT SEKARANG. KENAIKAN ELAUN & PENAMBAHBAIKKAN SKIM PERKHIDMATAN TERUTAMA SKIM "W" DAN 'N" BAGI KATEGORI SOKONGAN PATUT DIPERCEPATKAN

    BalasPadam
  14. Sepatutnya kerajan tidak membezakan antara penjawat awam berhubungan kenaikan pangkat. Sebagai contoh Juruteknik J17, berkelulusan SPM telah dinaikan ke gred J29. Sepatutnya semua jawatan yang berkelulusan SPM gred 17 juga sepatutnya dinaikan ke gred 29 juga, seperti kerani, pembantu makmal dsb. Atau semua yang berkelulusan SPM mempunyai gred yang sama tetapi mempunyai elaun yang lebih mengikut kesukaran kerja (elaun khas). Contoh elaun untuk J17 diberikan RM1000 dsb., Kerani (Pembantu tadbir) gred 17 mungkin kurang . Sebab itu kita lihat sentiasa ada ketidak puasan hati penjawat awam tidak berkesudahan.Jika nak ubah, ubahkan semua dan serentak...bukan satu-satu atau bergantung siapa atau kesatuan mana yang pandai mendesak atau melobi.

    BalasPadam
  15. Sepatutnya kerajan tidak membezakan antara penjawat awam berhubungan kenaikan pangkat. Sebagai contoh Juruteknik J17, berkelulusan SPM telah dinaikan ke gred J29. Sepatutnya semua jawatan yang berkelulusan SPM gred 17 juga sepatutnya dinaikan ke gred 29 juga, seperti kerani, pembantu makmal dsb. Atau semua yang berkelulusan SPM mempunyai gred yang sama tetapi mempunyai elaun yang lebih mengikut kesukaran kerja (elaun khas). Contoh elaun untuk J17 diberikan RM1000 dsb., Kerani (Pembantu tadbir) gred 17 mungkin kurang . Sebab itu kita lihat sentiasa ada ketidak puasan hati penjawat awam tidak berkesudahan.Jika nak ubah, ubahkan semua dan serentak...bukan satu-satu atau bergantung siapa atau kesatuan mana yang pandai mendesak atau melobi.
    ======================================================================
    INI CERITA LAPUK..DAH BASI..APA MAU DIKENANG LAGIII..

    BalasPadam
  16. Tanpa Nama berkata...

    Sepatutnya kerajan tidak membezakan antara penjawat awam berhubungan kenaikan pangkat. Sebagai contoh Juruteknik J17, berkelulusan SPM telah dinaikan ke gred J29. Sepatutnya semua jawatan yang berkelulusan SPM gred 17 juga sepatutnya dinaikan ke gred 29 juga, seperti kerani, pembantu makmal dsb. Atau semua yang berkelulusan SPM mempunyai gred yang sama tetapi mempunyai elaun yang lebih mengikut kesukaran kerja (elaun khas). Contoh elaun untuk J17 diberikan RM1000 dsb., Kerani (Pembantu tadbir) gred 17 mungkin kurang . Sebab itu kita lihat sentiasa ada ketidak puasan hati penjawat awam tidak berkesudahan.Jika nak ubah, ubahkan semua dan serentak...bukan satu-satu atau bergantung siapa atau kesatuan mana yang pandai mendesak atau melobi.
    ======================================================================
    INI CERITA LAPUK..DAH BASI..APA MAU DIKENANG LAGIII..

    Khamis, Januari 09, 2014 10:29:00 PG


    ------------------------------ Assalam betul tu cerita lama kami semua dah sain opsyen pun tak yak cerita lagi...( 81 skim berkenaan)

    BalasPadam
  17. kumpulan pelaksana teknikal, pengalaman dan berijazah dinaikkan ke P&P..

    BalasPadam
  18. Transformasi taik rosmah, kami maw kumpulan aks berpengalaman dan berijazah naik ke P&P dgn cara mudah mcm skim digi, degree kami dah buat seniri, nak tggu 2020 bru nk buat ka..

    BalasPadam
  19. Tanpa Nama berkata...
    Sepatutnya kerajan tidak membezakan antara penjawat awam berhubungan kenaikan pangkat. Sebagai contoh Juruteknik J17, berkelulusan SPM telah dinaikan ke gred J29. Sepatutnya semua jawatan yang berkelulusan SPM gred 17 juga sepatutnya dinaikan ke gred 29 juga, seperti kerani, pembantu makmal dsb. Atau semua yang berkelulusan SPM mempunyai gred yang sama tetapi mempunyai elaun yang lebih mengikut kesukaran kerja (elaun khas). Contoh elaun untuk J17 diberikan RM1000 dsb., Kerani (Pembantu tadbir) gred 17 mungkin kurang . Sebab itu kita lihat sentiasa ada ketidak puasan hati penjawat awam tidak berkesudahan.Jika nak ubah, ubahkan semua dan serentak...bukan satu-satu atau bergantung siapa atau kesatuan mana yang pandai mendesak atau melobi.

    Khamis, Januari 09, 2014 10:12:00 PG

    ----------------------------------

    ni syeh... ko tarak baca punya orang... SPM kekal sbg J17... bagi lantikan sebelum tahun 89 sahaja boleh ditawarkan kepada JA29... itu pun yg ada di PBT sahaja...

    yang lain semua KPSL dan DIPLOMA.

    BalasPadam
  20. Assalam betul tu cerita lama kami semua dah sain opsyen pun tak yak cerita lagi...( 81 skim berkenaan)

    -----------------------------------

    BETUL JUGA,
    CERITA LAMA BUAT APA LAH KAUOWG NAK UNGKIT-UNGKIT LAGI....
    YANG DAH BERLAKU, BIARLAH IA BERLALU....

    MACAM SBPA LAH JUGA, DIBATALKAN SETELAH SIGN OPSYEN....
    SETELAH SIGN OPSYEN....
    SETELAH APA????....
    SIGN OPSYEN....
    PANDAIII....

    KADANG ADA PERKARA YANG BOLEH DIJANGKA DAN ADA JUGA DILUAR JANGKAAN KITA....

    HARAP X BERLAKU, SEPERTI KATA PEPATAH, " PISANG BERBUAH DUA KALI "....

    WAWAWAWAWAWAWA

    BalasPadam
  21. bodoh punya teori..kejar status negara maju..naikkan harga barang terutama minyak dan elektrik..rakyat sengsara...biar dikatakan negara miskin..asalkan rakyat selesa....pooorahh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemikiran songsang ma. Lu xfaham kah?

      Padam
  22. THE HAGUE - Sebanyak 1,058 calon telah dipilih daripada 200,000 orang yang memohon untuk dilatih dalam misi untuk hidup di planet Marikh, menurut pihak penganjur, Mars One kelmarin.

    Kesemua mereka yang berumur di bawah 24 tahun dari 140 buah negara akan berlepas ke planet tersebut pada tahun 2024.

    Sebanyak enam pelancaran roket akan membawa mereka ke planet tersebut.

    Sebahagian dana yang digunakan untuk membawa mereka ke Marikh adalah dibiayai sebuah program realiti televisyen.

    Kesemua mereka akan mengharungi penerbangan sejauh 55 juta kilometer selama enam bulan sebelum tiba di Marikh.

    Para peserta itu tidak lagi akan pulang ke Bumi kerana kos untuk penghantaran pulang terlalu tinggi.

    Menurut Mars One yang beribu pejabat di Belanda, semua calon itu telah diberitahu tentang pemilihan mereka ke Marikh pada 30 Disember lalu.

    Pihak Mars One itu menyatakan, calon itu dipilih berdasarkan beberapa kriteria yang terdapat pada diri mereka.

    Antara kriteria itu ialah bijak membuat keputusan, bebas dadah dan boleh berbahasa Inggeris.

    "Malah, terdapat permohonan satu pasangan yang dibuat menerusi rakaman video yang menunjukkan mereka berada dalam keadaan bogel," kata pengasas bersama Mars One, Bas Landsdorp.

    Menurut ketua perubatan Mars One, Norbert Kraft, calon-calon itu akan menjalani ujian fisikal dan emosi dalam tempoh lebih dua tahun. - AFP

    BalasPadam
  23. http://www.sinarharian.com.my/nasional/ganti-pengawal-keselamatan-dengan-polis-bantuan-1.224065

    BalasPadam
  24. wooii..ape cite nie minyak RON 95 naik lagi 20 sen malam nie, ape dah jadi wooiii..melampau sgt nie,.

    BalasPadam
  25. kepada tanpa nama di atas:

    lu cerita apa bai? bila masa ron95 naik?

    BalasPadam
  26. Tranformasi apa.
    Dua kementerian yang paling tak popular kini ialah kementerian pelajaran dan kementerian kepenggunaan.
    Kementerian peljaran paling top sekali isu permohonan pertukaran guru .Isteri Sarawak.Suami Perlis.Anak kecil nenek jaga.Kementerian yang paling zalim sekali.
    Kedua ialah kementerian kepenggunaan.Hari-hari rakyat kutuk kerajaan.Harga barang melambung naik.Toke Cina kata ini kerajaan punya pasal.

    Menteri dan pegawai tinggi lena kat pejabat sahaja.

    Mana ada tranfomasi.

    Doa rakyat penting.Jangan pandang ringan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je, jgn hantar guru dr semenanjung bertugas di swak. Penduduk tempatan apa kurangnya. Kesilapan kerajaan inilah yg patut dibetulkan. Takkan hingga jwtn PAP dan PT pun org malaya nak kebas semua, mcmmana penduduk swak nak maju? Kerajaan UMNO BN ni mundurkn swak.

      Padam
  27. Melayu juga kan? Kuang....kuang....kuang......

    BalasPadam
  28. saya mewakili seluruh kakitangan awam menyokong penuh usaha PM meajukan negara, walau perlu berkorban demi kesenangan masa depan dan pemimpin kita.

    Hidup BN. Kakitangan awam wajib sokong BN atau perludihantar masuk BTN utk kembalikan keazaman membela Melayu

    BalasPadam
  29. Tanpa Nama berkata...
    Senang je, jgn hantar guru dr semenanjung bertugas di swak. Penduduk tempatan apa kurangnya. Kesilapan kerajaan inilah yg patut dibetulkan. Takkan hingga jwtn PAP dan PT pun org malaya nak kebas semua, mcmmana penduduk swak nak maju? Kerajaan UMNO BN ni mundurkn swak.

    Khamis, Januari 09, 2014 10:47:00 PTG

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ENCIK TANPA NAMA...

    SAYA MAU TANYA ARR... KENAPA KM SARAWAK DISKRIM SEMENANJUNG...

    CONTOH ARR... SARAWAK MASUK DLM MALAYSIA... KENAPA BILA ORG MALAYSIA NEGERI LAIN MASUK KENA COP BORDER PASS...

    LAGI ARR... KENAPA ROTI GARDENIA X BOLEH MASUK MARKET SARAWAK... ROTI GARDENIA, MASSIMO ETC BANYAK SEDAP... TAPI KM SARAWAK TAK KASI KITA NIAGA KAT SANA...

    TGK MB TERENGGANU, CUKUP SUKA ROTI GARDENIA... SEMUA YANG PENUH DALAM LORI, DIA BELI KASI RAKYAT MAKAN... BAGUS MB TERENGGANU...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebab kalau takde sekatan habis swak dikuasi sepenuhnya oleh malaya. Hingga pegawai gred N1 pun diimport dari malaya. Seolah2anak sarawak sekolah rendah pun tak lepas. Kenyataan bukan andaian bagi yg tak bercakap berdasarkn fakta. BI pun tak pandai tp boleh jd pegawai control org yg lebih layak.

      Padam
  30. Pegawai dari kementerian pelajaran kata tak ada calon yang layak dari Sarawak.Yang ada pun tak layak jadi guru.Syarat tak cukup.
    56 tahun merdeka itulah anggapan Pegawai Kementerian pelajaran terhadap anak Sarawak.

    Menteri macam tong kosong.Apa pun tak tahu.Pegawai banyak kelentong Menteri.

    Yang buat dasar bukan Menteri iaitu Pegawai.Menteri cuma angguk sahaja.Pegawai kementerian pelajaran kata pula Menteri punya kerja ini semua.Mereka ikut arahan.

    Begitulah cara Pegawai kementerian pelajaran urus penempatan guru macam urus haiwan kucing kurap.Nama saja kementerian pelajaran .Buat kerja macam tak ada pelajaran.

    Yang kena maki kerajaan BN.

    Menteri jadi patong.

    BalasPadam
  31. ***Pegawai Am Pejabat N41 berkata...
    saya mewakili seluruh kakitangan awam menyokong penuh usaha PM meajukan negara, walau perlu berkorban demi kesenangan masa depan dan pemimpin kita. Hidup BN. Kakitangan awam wajib sokong BN atau perludihantar masuk BTN utk kembalikan keazaman membela Melayu***
    Memang benar kita wajib menyokong usaha PM memajukan negara TETAPI perlulah amanah, adil dan berintergriti. Saya bekerja di sektor awam, prinsip saya ialah bekerja untuk rakyat tanpa mengira kaum berdasarkan dasar-dasar pemerintah semasa.

    BalasPadam
  32. macam mana nak mencapai status negara maju, sedangkan perkembangan teknologi kita tak seberapa, banyak membeli...kurang membangunkan teknologi sendiri...

    BalasPadam
  33. sebagai contoh... apa itu transformasi... perubahan dari satu era ke era baru yang lebih baik, dari segi konteks negara mesti ada pembangunan teknologi, kalu tak jadi mcm bujet khalid la banyak belanja mengurus jer....

    BalasPadam
  34. ANAK SARAWAK BYAK YG BERIJAZAH & DIPLOMA. NANTI TENGOK JAWATAN P&P W41 DAN SOKONGAN W27, BYAK SEMENANJUNG YG DAPAT. YG HAIRAN BYAK ANAK SARAWAK YG MEMANG FASIH DAPAT B.INGGERIS SPM A1 TAK DPAT MEMASUKI MAKTAB PERGURUAN MAJORING B INGGERIS


    RAKYAT SWAK MACAM DIANAKTIRIKAN..ATAU KITA MASIH DIJAJAH DI BUMI SENDIRI

    BalasPadam
  35. bumi sarawak ni memang banyak kena rompak. hasil petroleum masuk poket persekutuan. lepastu banyak agensi kerajaan di sana diisi oleh orang dari semenanjung.

    jadi cara paling mudah adalah keluar dari persekutuan malaysia, jadi negara sendiri macam brunei. brunei tu sebenarnya bersyukur teramat sangat sebab tak join persekutuan malaysia dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brunei dan singapura akan senasib dgn sabah dan sarawak jika masih dibawah msia.

      Padam
  36. TOLONG NAIK JAWATAN PENJAWAT AWAM SOKONGAN YG MEMPUNYAI IJAZAH DAN BERTUGAS MELEBIHI 10 TAHUN KE GRED P&P N/W41

    BalasPadam
  37. ada KSN sekor nie sibuk jaga perot dia ja . cilakang and laicikang punya orang ..

    BalasPadam