SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

21 Januari 2014

KAKITANGAN AWAM BOLEH BERSATU TANGANI ISU HARGA BARANG - AZLAN

Bernama
21/1/2014






KANGAR, 20 Jan (Bernama) -- Kakitangan awam sebagai sebahagian besar daripada kuasa pengguna boleh memainkan peranan membantu kerajaan dalam menangani isu kenaikan harga sesetengah barang kini, kata Menteri Besar Perlis Azlan Man.

Beliau berkata kakitangan awam juga boleh menjadi tenaga pengguna yang kuat untuk bersatu memastikan harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenangnya.

"Saya percaya sekiranya tidak ada pembeli, akhirnya harga akan turun kerana kenaikan harga sesetengah barang banyak dimainkan oleh orang tengah semata-mata untuk memungut keuntungan berlebihan," katanya dalam dalam ucapan sulung tahun baharu 2014 perhimpunan bulanan pentadbiran kerajaan negeri di sini Isnin.

Menteri Besar berkata setiap kakitangan awam juga harus mempunyai inisiatif untuk menambah baik mutu kerja sempena kedatangan tahun baharu 2014.

Bagi mencapai maksud itu, mereka perlu bekerja secara berpasukan, supaya sesuatu yang sukar dilaksanakan akan menjadi lebih mudah, katanya.

Suatu yang penting yang perlu dielak para penjawat awam ialah ponteng kerja kerana amalan sedemikian akan menyebabkan kerja terbengkalai dan akhirnya menyusahkan rakyat, kata menteri besar.

Azlan turut mengaitkan isu perpaduan yang perlu ditangani dengan baik oleh setiap individu kerana tanpa perpaduan, keamanan negara akan mudah terancam dan kesannya akan menyusahkan rakyat sendiri.

Turut hadir pada majlis itu ialah Speaker Dewan Undangan Negeri Hamdan Bahari dan para anggota Exco negeri.

-- BERNAMA

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju...
Tapi, kepimpinan yang baik akan lebih mudah mengubah segalanya.
kata orang berjimat bila ada... tapi dah peringkat tak cukup.. gena nak jimat.

Tanpa Nama berkata...

Ya...kita bersatu tolak Barang Naik dalam pru 14 kelak.

Tanpa Nama berkata...

Cara BN dan PR memerintah agak sama maka jika ada parti ketiga rasanya lebih elok diberi mandat memimpin negara. Biar YB BN & PR dihapuskn daripd arena politik negara kerana mereka dah terlalu lama berkuasa dan terlalu selesa dgn kemewahan yg mereka ada sehingga rakyat terabai.

Tanpa Nama berkata...

PR dah bagi penawaran TERBAIk kenapa DITOLAK...! PA bodoh tumpul...!!!

Tanpa Nama berkata...

Tawaran terburuk adalah. Sama2 dua kali lima kerana misi mereka cuma nak balas dendam dan gila kuasa maka rakyat tersepit. Jika mereka benar2 ikhlas kenapa harus ada ahli BN bertukar parti ke PR dan sebaliknya. Tentu kerana mereka gila kuasa bukan nak tolong rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Rakyat dah bagi mandat dkat BN untuk perintah...so kenapa rakyat pula yang kena brtindak? Kami tak ada kuasa utk turunkan harga...kalau tak boleh buat kerja letak saja jwatan...