Bernama
17/2/2014
17/2/2014
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Beberapa badan kakitangan awam dan
swasta menyambut baik pengisytiharan kadar dividen oleh Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.35 peratus untuk tahun berakhir 31
Dis 2013, tertinggi sejak 10 tahun lalu.
Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Azih Muda berkata peningkatan prestasi KWSP ini merupakan hasil positif daripada program transformasi kerajaan.
Beliau berkata persekitaran pekerjaan yang semakin baik juga menyebabkan adanya pertambahan pelaburan yang boleh menyuntik modal kepada KWSP untuk melabur dalam portfolio yang memberi keuntungan kepada kumpulan itu.
"Kami yakin sekiranya KWSP dapat menguruskan pelaburan dengan penuh berhemah dan berintegriti, maka kita jangka pulangan akan lebih bertambah," katanya kepada Bernama di sini Isnin.
Azih berkata dengan kemakmuran yang dicapai di negara ini dan dengan tambahan peluang pekerjaan, maka lebih banyak pekerja baharu akan mencarum dan KWSP akan meneroka sektor pelaburan yang memberi pulangan lebih baik.
Semalam, Pengerusi Lembaga KWSP Tan Sri Samsudin Osman berkata ini merupakan bayaran dividen paling tinggi sebanyak RM31.20 bilion kepada para pencarum, meningkat 13.66 peratus daripada RM27.45 bilion pada 2012.
Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Mohd Khalid Atan pula berkata golongan pekerja berharap agar prestasi KWSP dapat dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang supaya pulangan yang seimbang dapat diberikan kepada semua pencarum.
"Pengisytiharan ini merupakan berita baik untuk pekerja, kami berdoa agar KWSP mengekalkan momentum dan prestasinya serta pelaburan yang dibuat menguntungkan," katanya.
-- BERNAMA

10 ulasan:
ha..!! ha..!! Aku first, Aku no.1, Aku juara, Aku terbaik..
6.35 % tu tinggi ker?
tuuuuuiiihhhhh.......
taniah encik dapat no 1....he.he
Bodoh encik no1.. Tu pon nk bangge...ni kompem dh xde keje...
Itulah buktinya PA berkenaan memang dah layak dihantar ke tanjung rambutan. Terlampau stres hingga tidak berfikiran waras lagi, cuma buat kerja kebudak2kan.
JANGAN TERLALU HEBOH PERKARA. YANG PENTING MENYELESAI KOS SARA HIDUP KAKITANGAN AWAM..SURUK KTA BERJIMAT CERMAT..MACAM MANA BRG KEPERLUAN NAK DIBELI TAK CUKUP GAJI UTK BELI...TAK KAN MKAN KANGKONG HARI2..PUI
JANGAN TERLALU HEBOH PERKARA INI. YANG PENTING MENYELESAI KOS SARA HIDUP KAKITANGAN AWAM..SURUK KTA BERJIMAT CERMAT..MACAM MANA BRG KEPERLUAN NAK DIBELI TAK CUKUP GAJI UTK BELI...TAK KAN MKAN KANGKONG HARI2..PUI
Berapa banyak gaji ko nak? 1 juta... Beberapa tahun kemudian .... nak 2juta lg kan? Keinginan dan nafsu manusia memang tiada had langsung. Dah mampu beli kereta viva tapi nak juga beli kereta exora. Entahlah Labi...
bos kami tidak bayar epf kami pun..mcmna la tu..walhal dalam slip gaji/gaji ada potongan epf. Tapi dalam penyata kwsp byk bulan yang kosong tiada pembayaran epf dr pekerja mahupun syarikat.Tolong lah kami
bro..klu gitu buat je laporan polis.biaq meringkup dlm jail bos kau tu.klu ko ckp kt sini agk2 klu bos ko baca pun ade dia nk kisah ke?xslesai gk mslh ko tu bro
Catat Ulasan