Bernama
17.2.2014
17.2.2014
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Cuepacs hari ini meminta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) menangguhkan pengkorporatan tiga institusinya yang dijadual Mac depan demi kebajikan kakitangan berkenaan terutama ketika keadaan ekonomi tidak menentu sekarang.
Tiga institusi terbabit ialah Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm); Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) serta Institut Genom Malaysia (MGI) yang akan digabung menjadi Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).
Presiden Cuepacs atau Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam, Azih Muda berkata jika kementerian berkenaan meneruskan hasrat pengkorporatan itu, ia amat bercanggah dengan komitmen kerajaan yang mahu menjaga kebajikan penjawat awam di negara ini.
"Kita terima banyak aduan daripada kakitangan di tiga agensi itu yang mahu terus berkhidmat sebagai penjawat awam.
"....Malah disebabkan pengkorporatan itu pembekuan pertukaran jawatan telah dilakukan sejak 2012," katanya dalam sidang media di Wisma Cuepacs di sini.
Menurut Azih lebih malang lagi kira-kira 70 pekerja di tiga insitut terlibat bukan sahaja tidak diajak berunding, sebaliknya diberi kata dua iaitu menyertai skim korporat atau dibersarakan dari perkhidmatan awam.
"Paling dikesali Cuepacs selaku payung bagi penjawat awam di Malaysia juga tidak dimaklumkan mengenai isu tersebut dan hanya mengetahuinya menerusi aduan kakitangan terbabit," katanya.
Azih berkata satu mesyuarat dengan pihak Mosti akan diadakan esok, manakala pertemuan dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Dalam perkembangan lain, Azih berkata pihaknya akan menghidupkan semula secepat mungkin Program Penghospitalan dan Pembedahan dikenali sebagai Cuepacs Care yang dihentikan sejak 2009 dalam usaha memastikan penjawat awam yang layak mendapat kemudahan kesihatan terbaik.
Kementerian Kewangan telah bersetuju menyediakan bantuan sebanyak RM9.2 juta kepada Cuepacs untuk menghidupkan semula program itu, katanya.
Azih berkata sejak diperkenal pada 1999, program yang dilaksanakan dengan kerjasama syarikat insurans Sun Life Malaysia Takaful Berhad itu kini mempunyai kira-kira 300,000 ahli.
"Setakat ini kira-kira 40,000 orang telah dapat rawatan di hospital swasta menggunakan Cuepacs Care," katanya.
-- BERNAMA
19 ulasan:
Aku first, I'm the best , aku juara, I'm no 1..
mogok la. takkan berani berkokok kat media je?
amboi Tanpa nama..sket2 nak mogok sket2 nk mogok..ada saluran guna r..klu mogok je keje selesai ke masalah???
Nasib kakitangan kontrak macam mana sejak pengurusan baru ni langsung tak di sebut,apa jadi pada kajian spa..kajian tinggal kajian..tolong lah quepacs kalau benar-benar nak perjuangkan kakitangan kontrak buat sampai habis, besar harapan kami kakitangan kontrak pada quepacs sejak dari datuk omar lagi isu ini tidak selesai-selesai lagi...tolong lah tegas sikit dengan spa dan jpa ni
ingatlah kakitangan awam hanyalah kuli si najib .. jangan nak tunjuk hebat dalam memberi komen ja ..
dah la tu , bagi komen nama tak beri nak bagi tahu .. puiiiiihhh penakut nak mampus ....
Hahahaha...Ayah ..abang ..adik dan bayi
abang dgn adik cuma tua setahun jer,,,,,adik dgn bayi pula beza banyak tahun juga tu...skrg ni adik dh join sekali dgn abang tapi abang pula komplen kat ayah kata adik x sepatutnya join dgn abang.....HABIS TU YG ADIK DOK JOIN DGN BAYI SELAMA 30 TAHUN ...ADIK X BISING PUN...
Jom kita nyanyikan lagu bangau oh bangau manakala PT pula diminta menyalak.
Ko pun penakut nak mampus. Letak lah nama ko dulu sblm suruh org lain. Meludah ke langit kena muka sendiri. Nak ajar org pula... Cakap tak serupa bikin.
Inilah seekor beruk pengecut.
alaaaaaaa jbtn insolvensi nk korporat xlama lg, rilek jeeeeee xde nk nangis2 ponnnn. kiccuhh ler.
korporat ler best. dpt memajukan jbtn yg asal dipenuhi dgn org2 yg malas, yg harap subsidi. bila dh korporat, baru ler tau langit tinggi rendah tuh. keje mesti mau efisyen, klu x, sendriii mau ingat lerrr.
Lu nie perasan beb, lu kat org ngular, kot-kot lu kaki ngulark sembang lebih, jadah punya org..
ada institusi yg terlebih staf. Entah ape-ape keja kat ofis.
Patut satukan istitusi yg sama saja ketua pengarahnya.
gunasama staf .. optimum jwtn. optimum output jbtn.
kurangkan birokrasi.
Yg terlebih staf tu berpunca drpd ketidakcekapan bahagian sumber manusia iinstitusi berkenaan. Pegawai yg tidak cekap ini harus disursaj/didenda. Mereka cuma pandai buat kerja sekadar lepaskan batuk ditangga je.
KERETA PROTON MURAH DI LUAR NEGARA !
SEBELUM ini, sudah banyak kali kita mendengar dakwaan harga jualan bagi beberapa model kereta keluaran Proton Holdings Bhd (Proton) di luar negara dikatakan lebih rendah berbanding harga dalam negara.
Ramai penulis blog dan pengguna mendakwa kereta Proton di negara seperti Australia dan Arab Saudi dijual jauh lebih murah.
Pemeriksaan Sinar Harian menunjukkan, sebagai contoh, Proton Preve di Malaysia dijual pada harga bermula daripada RM58,921 bagi model 1.6 Executive Manual, tetapi di Australia, model sama dijual pada harga RM46,964 (atau 15,990 dolar Australia).
Namun, jika dilihat dalam laman sesawang Proton Australia, harga asal Proton Preve di Australia ditetapkan pada RM55,775 (18,990 dolar Australia) dan harga RM46,964 itu hanyalah promosi Proton di sana.
Tetapi ada pula yang mempersoalkan, jika Proton mampu memberikan harga promosi serendah itu di Australia, mengapa tidak Proton melakukan perkara sama di Malaysia yang merupakan negara pengeluar kenderaan tersebut?
...............................
Tak Patriotik kah aku ( N 17 )?
Beli kereta Proton Persona Elegance,RM 52,000.00.Bayar muka RM 7000.00 hutang RM 45,000.00 .
Sekarang sudah bayar 3 tahun hampir RM 20,000.00. Baki hutang ada lagi RM 41,000.00.
Kalu nak Trade in kedai nak angkat cuma RM 25,000.00 sahaja.
Kalu nak trade in juga nak pakai polo sedan kena bayar cash tambah duit poket pula sebanyak RM 16,000.00.
Tak Patriotik kah aku ?
ADA DUA SAHAJA SYARIKAT YANG PALING KUAT MAKAN DUIT RAKYAT MALAYSIA:
1. SYARIKAT INSURAN
2. BANK
Bagaimana dgn perasuah, pemimpin2 dan kroni kerana ada yg pegang licence itu dan ini utk memenuhi poket mereka.
MACAM NI LA RASE JADI PEKERJA KONTRAK. SWASTAKAN JE.BENCI JPA SPA
Degree xde, kebodohan dan kejahilan ada berguni-guni.
dulu masa interview org tanya jawatan nie jawatan kontrak je. engko terima.. semua yang ditanya semua ok.. sekarang bila dah dapat keja ko dok maki JPA SPA tuk masuk tetap pulak.. engko nie patut ikat kat pokok pastu cucuk hidung tambat ngan tali.. apa punya org.. tak reti nak bersyukur...
Catat Ulasan