Sinar Harian
25/3/2014
25/3/2014
Ahmad Phesal (dua, kiri) dan Azih (kanan) bersama van yang menjadi salah satu pengangkutan kakitangan DBKL.
KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjadi agensi
kerajaan pertama menyediakan kemudahan pengangkutan kepada kakitangannya
untuk ke tempat kerja, menerusi perjalanan dari beberapa stesen sistem
transit ringan (LRT) yang ditetapkan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib berkata, sebanyak dua bas dan empat van disediakan untuk perjalanan pergi dan balik berdasarkan jadual perjalanan yang ditetapkan, dan beroperasi sejak 20 Mac lalu.
Menurutnya, inisiatif itu secara tidak langsung bantu mengurangkan kos pengangkutan kepada sebahagian kakitangannya sekali gus mengurangkan beban peningkatan kos sara hidup di bandar.
“Penjimatan kira-kira RM100 boleh dibuat jika mengambil kira kos minyak kenderaan dan juga tambang pengangkutan awam.
“Sebelum dilaksanakan, bancian telah dibuat terhadap 10 peratus daripada 10,300 kakitangan DBKL dan rata-rata bersetuju cadangan kemudahan ini, dan mengemukakan beberapa lokasi menunggu.
“Bagaimanapun, hasil kaji selidik, kita telah tetapkan empat lokasi iaitu Star LRT Bandar Tun Razak, Star LRT Sentul, Putra LRT Wangsa Maju, dan Komuter Batu Caves,” katanya selepas melancarkan Pengangkutan Khas Ke Tempat Kerja (PKKTL) DBKL Shuttle.
Ahmad Phesal berkata, kakitangan yang mahu menaiki kemudahan itu perlu menunjukkan kad e-akses kepada pemandu sebagai bukti.
“Ini projek perintis, jika menggalakkan, kita akan teliti untuk tambah kemudahan. Jika tiada sambutan daripada kakitangan DBKL, kita akan buka kepada mana-mana kakitangan kerajaan lain,” katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Azih Muda, menyifatkan inisiatif DBKL perlu dicontohi agensi lain demi impak positif hasil kerja.
“Dengan usaha ini diharapkan ia mampu menyumbang produktiviti yang lebih baik, termasuk perkhidmatan kepada orang awam,” katanya.

8 ulasan:
syabas kepada pentadbir blogspot cuepacs ni kerana akhirnya telah buka mata & cerdik sikit dengan mematikan fungsi "ulasan tanpa nama". dari sini kita sudah tahu bahawa selama ni yang banyak komen merapu-rapu & berulang2 adalah orang yang sama yang buat komen yang nampak macam orang lain. maklumlah "Tanpa Nama" kan? bila dah kena guna akaun gmail, barulah beruk-beruk ni hilang dari penyalahgunaan komen anonymous di dalam ni.
hanya mereka yang cerdik dan berakal sahaja yang akan daftar akaun dan akan komen dalam ni. mereka yang takda akaun akan kekal sebagai orang tidak cerdik di luar sana.
diharap bukan DBKL sahaja yang menyediakan kemudahan sebegini. jabatan lain pun boleh mengikut jejak langkah seperti ini. bukannya jemput pekerja dari rumah seperti yang dibuat oleh kilang, memadailah kalau jemput mereka dari suatu tempat berkumpul, sebagai contoh, tempat meletak kenderaan, stesen keretapi, tren, bas dan sebagainya.
saya berpendapat perkhidmatan ini hanya sesuai dijalankan oleh pekerja yang yang bekerja pejabat sahaja yang dapat menikmati dan tidak menyeluruh kepada penjawat awam. Kalau dilihat pihak swasta contohnya pekerja kilang. Pihak kilang menyediakan pengangkutan bagi yang tidak mempunyai pengangkutan tetapi bagi yang ada pegangkutan sendiri diberi elaun. Jika dilihat pada perkhidmatan polis, diberi elaun patrol sebanyak RM120. Kenapa pada perkhidmatan awam tidak boleh dilaksanakan. Minta pihak ceupacs menkaji perkara tersebut.

wakakaka mmg lengang blog nih lps beruk2 nih xdpt lg nk spam komen2 dlm nih. klu x penuh dgn beruk2 yg dok ngutuk skim2 len, beruk2 yang dok mntk nek gajii, beruk2 yg dok berpantun2 bersyair2.
tp sunyi lak rasanyer xde hiburan2 camtuh.
dicadangkan kpd cuepacs supaya mncadgkn elaun pengangkutan utk penjawat awam dgn syarat mereka guna pengangkutan awam. dr sini dh bleh galakkan mereka utk guna pengangkutan awam. elaun tuh mesti dlm bentuk pas, token / kad diskaun. klu bagi cash kalu, lain lak jdnyer.
jd mereka yg guna kenderaan sendiri tuh nasib ler. yg guna pengangkutan awam tuh yg akan dpt benefitnye.
Inilah konsep perlu kita elakkan,jgn sebahagian sahaja yang dapat. Timbul ketidakpuasan, mengutuk, adalah disebabkan perkara tersebut. Cadangan hendaklah menyeluruh semua penjawat awam. Kalau diberikan pas untuk pegangkutan awam hanya segelintir sahaja yg dapat kerana bukan semua tempat pegangkutan awam ada. Lihat di negeri yg kurang hebatnya pegangkutan awam, penjawat awam inilah yg akan membantah. Elok cadangan dilaksanakan semua penjawat awam dpt benefit
Assalam...
saya ingin bertanya mengenai tindakan tatatertib melibatkan penahanan gaji pekerja..
Simpol-simpol di dalam pengangkutan awam
Catat Ulasan