SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT CUEPACS

*** KUNJUNGILAH BLOGSPOT INI UNTUK MENDAPAT MAKLUMAT TERKINI*** CUEPACS DI HATI KU***Tema Hari Pekerja CUEPACS 2023 : PEKERJA BERINTIGRITI TUNJANG NEGARA MADANI*** SAMBUTAN HARI PEKERJA 1 MEI 2023

05 Mac 2014

KERJAAN DIMINTA KAJI SEMULA SKIM PEKERJA DI INSTITUT MILIK MOSTI

Bernama
3/3/2014


PUTRAJAYA, 3 Mac (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mengkaji semula skim pekerja di tiga institusi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti).

Presiden Ceupacs Azih Muda berkata institut terbabit ialah Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm), Institut Agro-Bioteknologikal Malaysia (ABI) dan Institut Genom Malaysia (MGI) yang bakal digabung di bawah Institut Bioteknologi Kebangsaan Malaysia (NIBM).

"Antara skim pekerja yang dilihat tidak memberi keadilan kepada para pekerja di tiga institusi ini ialah skim gaji, skim pesaraan, kelayakan gratuiti dan skim perubatan yang tidak sama sebelum dikorporatkan," katanya dalam sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia malam ini.

Pada 17 Feb lepas, Azih meminta Mosti menangguh pelaksanaan pengkorporatan tiga institusi miliknya sehingga 1 Mac dan mencari jalan penyelesaian terbaik dalam permasalahan itu demi menjaga kebajikan kakitangan namun langkah berkenaan tetap diteruskan.

Justeru, Ceupacs meminta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa mengambil perhatian terhadap permasalahan itu kerana membabitkan kebajikan kakitangan di institusi berkenaan untuk jangka panjang.

Azih berkata Cuepacs kesal dengan tindakan pihak pengurusan tertinggi di institusi terbabit yang dilihat seperti memaksa kira-kira 71 pekerjanya untuk menandatangani skim korporat pada hujung Februari lepas.

"Selepas menerima tekanan daripada pengurusan tertinggi, sama ada menerima tawaran atau diberhentikan kerja dan tidak dibayar gaji, pekerja tiada pilihan selain menandatangani skim berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Inilah spesis manusia yg tak pernah makan cili....

Tanpa Nama berkata...

Org yg tak makan cili pening lalu ubah komen pihak lawan menjadi fatwa. Pandai2 pula dia ni. Mentang2 tak pernah makan cili lalu setiap ayat dlm komen ditukarnya menjadi fatwa.

Tanpa Nama berkata...

Sejak akhir2 ini, pengurusan pengambilan pekerja baru semakin bertambah rumit dan tidak masuk akal. Sebenarnya bukan rumit dan tidak masuk akal tetapi tangan2 ghaib dan menyeleweng sudah bertapak dan menjadi budaya yg sengaja tidak dibendung oleh pihak berwajib baik dlm sektor swasta maupun kerajaan. Masa kan tidak ramai calon yg berjaya dlm sesi temuduga dan pemeriksaan tidak dipilih langsung oleh agensi terbabit sebaliknya yg gagal pula menjadi pilihan. Inikah antara ciri2 negara akan maju pd thn 2020?
Pd masa dulu jika seseorang calon lulus temuduga dan pemeriksaan kesihatan, calon berkenaan confirm 100% dpt kerja. Rasanya elok lagi negara huru hara spya semua rakyat sama2 hidup susah.Lagi adil dan saksama. Kenapa org bijak pandai ini tidak lebih bersimpati tehadap calon yg bersikap jujur dan ikhlas memohon jawatan berkaitan? Balik2 yg warna kulit dan konco2/croni menjadi pilihan wpun gagal temuduga dan keputusan akademik kurang menyerah berbanding calon yg diketepikan tanpa sebab.

Tanpa Nama berkata...

BOLEH TAK CEUPACS PERJUANGKAN AGAR TIME BASED TIDAK DIBUAT UNTUK GURU-GURU. MEMBAZIRKAN DUIT KERAJAAN. BAYANGKAN GURU PUNYA GAJI DAH ADA MENYEKAT REZEKI PA YANG LAIN. DEGREE SAHAJA TANPA PENGALAMAN DG 41 TAMBAH ELAUN DAH RM 3500. LEPAS TU SETIAP LAPAN TAHUN GAJI DG 44 MASUK ELAUN DAH JADI RM 5000. LEPAS TU KEJE 8 TAHUN LAGI DA DPT GRED DG 48. GAJI DA DEKAT 6000 RIBU. PAS TU 3 TAHUN GAJI DG51..DEKAT 8 RIBU.. KEJE SAMA MENGAJAR BUDAK SEKOLAH. CUBA TENGOK DAH LA GURU ADA DEKAT 400 RIBU ORANG, JADI GAJI GURU SEBENARNYA BANYAK MENYEKAT KENAIKAN COLA, KENAIKAN ELAUN-ELAUN LAIN...TOLONG MINTA HAPUSKAN TIME BASED. KERAJAAN TERPAKSA BERBELANJA BESAR UNTUK TAMPUNG KEMEWAHAN GAJI GURU-GURU...HAPUSKAN TIME BASED GURU!!!!

Tanpa Nama berkata...

BOLEH TAK CEUPACS PERJUANGKAN AGAR TIME BASED TIDAK DIBUAT UNTUK GURU-GURU. MEMBAZIRKAN DUIT KERAJAAN. BAYANGKAN GURU PUNYA GAJI DAH ADA MENYEKAT REZEKI PA YANG LAIN. DEGREE SAHAJA TANPA PENGALAMAN DG 41 TAMBAH ELAUN DAH RM 3500. LEPAS TU SETIAP LAPAN TAHUN GAJI DG 44 MASUK ELAUN DAH JADI RM 5000. LEPAS TU KEJE 8 TAHUN LAGI DA DPT GRED DG 48. GAJI DA DEKAT 6000 RIBU. PAS TU 3 TAHUN GAJI DG51..DEKAT 8 RIBU.. KEJE SAMA MENGAJAR BUDAK SEKOLAH. CUBA TENGOK DAH LA GURU ADA DEKAT 400 RIBU ORANG, JADI GAJI GURU SEBENARNYA BANYAK MENYEKAT KENAIKAN COLA, KENAIKAN ELAUN-ELAUN LAIN...TOLONG MINTA HAPUSKAN TIME BASED. KERAJAAN TERPAKSA BERBELANJA BESAR UNTUK TAMPUNG KEMEWAHAN GAJI GURU-GURU...HAPUSKAN TIME BASED GURU!!!!

Tanpa Nama berkata...

Pada bulan Jun kelak gaji dan gred ku dijangka naik ke dg52 time based yg aku mohon thn lepas. Bestnya dptlah gi melancong luar negara, beli kereta toyota fortuner dan rumah baru utk menambah koleksi sedia ada. Isteriku cikgu gak. Berbaloi... kebaboooo....

Tanpa Nama berkata...

Mulai thn depan gelaran gurubesar dimansuhkan dan diganti dgn pengetua sama spt ketua pentadbir di sekolah menengah. Setelah transformasi dibuat, menjelang tahun 2020 tiada lg guru tanpa ijazah. Guru yg berminat utk menjadi pentadbir sekolah diwajibkan utk mengikuti kursus NPQEL dgn jayanya.Ini bermakna jwatan ketua pentadbir di sekolah rendah akan.sama spt di sekolah menengah iaitu ke gred tertinggi dg54.
- seronoknya aku kerana telah memilih utk menjadi cikgu jika tidak tentu aku terkaung kaung memaki hamun dan membuat pelbagai cadangan tahi babi tanda sakit hati dgn kelebihan guru.

Tanpa Nama berkata...

NAMPAK SANGAT ANDA MEMPUNYAI NILAI MORAL/AGAMA YG PALING RENDAH. CEMBURU DAN SAKIT HATI MELIHAT KERJAYA GURU YG MEMBUAT ANDA CELIK HURUF DAN ANGKA.
- PERSOALANNYA: ADAKAH ANDA MAHU KEUSTIMEWAAN YG DIBERI KPD JAWATAN ANDA DITARIK BALIK?
- SAYA BERDOA AGAR NASIB GURU, DOKTOR, PASUKAN KESELAMATAN DAN PENGUATKUASA SERTA JURURAWAT AKAN TERUS DIBELA.
RASIONALNYA:
-TANPA GURU RAKYAT BUTA HURUF TERMASUK SI BODOH YG MEMBUAT CADANGAN DI ATAS,
-TANPA DOKTOR DAN JURURAWAT PESAKIT SUKAR MENDAPAT RAWATAN MODEN,
-TANPA PASUKAN KESELAMATAN DAN PENGUATKUASA NEGARA TIDAK AMAN.
TAPI TANPA BUDAK2 PEJABAT SPT PT AND THE GANGS RAKYAT TIDAK AKAN MERUNGUT DAN TIDAK AKAN HIDUP DLM KEADAAN DAIF DAN BAHAYA.

Tanpa Nama berkata...

DG51, Gred baru utk guru kah? Bodoh punya budak kaki lima. Gred gaji guru pun tak tau. Hidup bagai katak dibawah tempurung kelapa. Belagak pandai, nak minta kerajaan naikkan gaji sama jusa. Sampai kucing bertanduk pun ko tak dpt capai angan2 tu. Bangsat......

Tanpa Nama berkata...

Pendekkan lagi tempoh time based guru kpd 5 tahun swja sama spt PTD. Semoga dipermudahkan....

Penolong Pegawai Sains, C27 berkata...

Mohon juga kaji skim pekerja di agensi MOSTI yang lain. Banyak agensi di bawah MOSTI terutama bagi "close service" tidak dibela dan terabai.

Kebanyakan kakitangan di bawah skim C terperangkap dan tidak mempunyai ruang kemajuan kerjaya kerana tiada post kenaikan pangkat. Selain itu, skop kerja juga lari dari Skim dan latihan yang berkenaan tidak diberikan.

Dari dulu hingga kini, semua digesa majukan dan ceburi bidang sains. Namun, gaji yang diterima oleh skim C lebih rendah dari skim lain.

Kalau nak majukan bidang sains, semestinya bidang tersebut harus memberi banyak kelebihan kepada yang menceburinya. Namun, kalau lebih rendah berbanding bidang lain, lebih baik ceburi bidang sastera, sejarah, dan lain-lain.

Mohon bagi penekanan kajian terhadap skim C di agensi di bawah MOSTI, khususnya bagi kakitangan sokongan dan perhatikan juga carta organisasi yang bersifat Diamod- melebar di bahagian kumpulan A namun mengecil hingga ke peringkat terbawah